logo
HARUN YAHYA
SEMUA NABI ADALAH BERAGAMA ISLAM
ucgen

SEMUA NABI ADALAH BERAGAMA ISLAM

837

(Petikan daripada wawancara langsung En. Adnan Oktar di  www.harunyahya.tv, 1 Mac 2010)

ADNAN OKTAR:Atas beberapa sebab, ramai saudara Muslim kita tidak begitu menyukai Nabi Yesus (as). Sebenarnya Nabi Yesus (as) lebih daripada ini. Mereka menyangka bahawa baginda ialah Nabi Kristian, kenapa dia perlu ada? Mereka merasa terganggu. Mereka juga tidak senang dengan Nabi Musa (as). Mereka mendakwa bahawa baginda ialah Nabi bangsa Yahudi. Maaf jika saya katakan bahawa orang-orang ini menunjukkan kejahilan yang bersifat kebinatangan. Kesemua mereka adalah Nabi kita. Nabi Ibrahim (as), Nabi Yesus (as), Nabi Musa (as) dan Nabi Muhammad (saw); kesemua mereka adalah Nabi kita. Baru-baru ini seorang yang jahil tampil dan berkata “Dia menggunakan nama Harun (Aaron) dan Yahya (John)”. “Lihat, lihat” kata beliau, “Harun ialah Nabi bangsa Yahudi, Nabi beragama Yahudi. Dia mengambil namanya. Yahya ialah Nabi Kristian. Kenapa dia tidak mengambil nama Nabi beragama Islam?” Perlu saya katakan bahawa ini adalah peringkat kebodohan yang paling dalam. Dia ini adalah seorang yang bodoh dan tolol. Kesemua mereka adalah Nabi sebenar; semuanya adalah Nabi kepada agama Islam. Orang tersebut bahkan tidak sedar bahawa kesemua Nabi itu beragama Islam.

ALTUĞ BERKER:Ia telah dinyatakan di dalam Al-Quran bahawa golongan Muslim tidak membeza-bezakan para Nabi.

ADNAN OKTAR:Sudah pasti. Mereka semua diterima baik dan dihargai, insyaAllah.


KONGSI
logo
logo
logo
logo
logo