WAWANCARA BERSAMA AZARBAIJAN STATE NEWS AGENCY (Ogos 2008)
ADNAN OKTAR:Baginda akan menjadi pemimpin dunia Kristian dan akan membawa mereka kepada Islam dengan mengatakan bahawa baginda seorang Muslim. Baginda akan mengaku sebagai nabi mereka, dan juga beragama Islam. Baginda akan memberitahu bahawa mereka juga perlu mengikuti agamanya kerana mereka mengikutinya. Maka mereka semua akan menjadi Muslim pada Akhir Zaman. Ini adalah antara peristiwa yang paling menakjubkan pada Akhir Zaman. Pertama ialah kedatangan Imam Mahdi (as), kedua ialah kepulangan Nabi Yesus (as), dan ketiga ialah dominasi Islam di dunia. Kesemua perkara ini pasti berlaku di abad ini.
WAWANCARA DENGAN AZARBAIJAN TV (Jun 2008)
ADNAN OKTAR:Sebagaimana yang anda sedia maklum, Nabi Yesus (as) asalnya berbangsa Yahudi. Baginda menukar kepercayaan itu kepada Kristianiti. Kini baginda akan merubah Kristianiti kepada Islam. Nabi Yesus (as) akan bertanya sama ada mereka beriman kepadanya, bahawa bagindalah nabi mereka, dan menuruti perintah Al-Quran. Maka pengikutnya juga harus taat kepada ajaran Al-Quran.
WAWANCARA BERSAMA DENGE TV (9 Disember 2009)
ADNAN OKTAR:Kita akan menunggu kepulangan Nabi Yesus (as). Apabila baginda kembali, hati mereka akan dilapangkan. Pada ketika ini, mereka risau melakukan sesuatu yang menyalahi Nabi Yesus (as) dan tidak dapat menghindari kebimbangan psikologi tersebut. Namun hati mereka akan lebih terbuka apabila Nabi Yesus (as) sendiri yang memberitahu perkara ini. Baginda akan berkata, “Lihat, akulah nabimu, Al-Quran itu benar, agama yang dibawakan oleh Nabi Muhammad (saw) itu juga benar, aku telah menganutinya dan kamu juga perlu mengikutinya, dan seluruh dunia Kristian akan menerima Islam.” Allah berfirman di dalam satu ayat bahawa pada saat baginda wafat, tiada seorangpun Ahli Kitab, Kristian dan Yahudi yang tidak beriman dengannya.
WAWANCARA DI EKIN TV 26 (Januari 2009)
ADNAN OKTAR: ...Said Nursi berkata; “apabila Kristianiti dan Islam sedia untuk bersatu”semua kesangsian akan diangkat dan para Kristian akan bersedia untuk menerima Islam. Namun mereka juga mengharapkan Nabi Yesus (as) memberi pengesahan tentang perkara ini. Mereka berharap baginda memberitahu “Ya, kamu harus menjadi Muslim; aku seorang Muslim dan kamu harus mentaati Al-Quran.” Golongan Kristian tidak akan melakukan perkara ini kerana takut menyalahi Nabi Yesus (as). Namun mereka akan merasa senang apabila Nabi Yesus (as) sendiri yang mengkhabarkan perkara tersebut.