Keluarga adalah teras asas masyarakat. Dalam usaha membina masyarakat yang berkembang dan kekal sihat, keluarga harus terdiri daripada seorang bapa dan seorang ibu yang mampu menghasilkan dan membesarkan anak-anak. Walaubagaimanapun, terdapat satu budaya yang semakin meningkat di negara Barat, yang asasnya bertentangan dengan norma masyarakat biasa: perkahwinan sejenis. Kini, menjadi moden dan bergaya dalam masyarakat memerlukan kebebasan, itu adalah benar, tetapi penerimaan budaya barat termasuklah perkahwinan sejenis, ternyata jauh berbeza. Tambahan pula, ramai aktivis yang menyokong homoseksual sebagai satu hak asasi manusia yang mesti dilindungi. Terdapat usaha yang bertentangan dengan nilai-nilai agama dan budaya manakala ada yang keliru demi menjadi popular, moden dan bergaya, selaras dengan tanggapan mereka terhadap tuntutan budaya moden. Mereka tidak menyedari kesan buruk pada masyarakat, terutama pada kanak-kanak dan generasi muda.
Selain itu, homoseksual telah menggunakan setiap peluang yang ada dalam menyebarkan gaya hidup homoseksual mereka di kalangan komuniti mahupun di luar komuniti. Media menjadi alat utama untuk menyebarkan dan membenarkan hujah mereka. Gaya hidup homoseksual dan segala yang mempromosikan hak tersebut semakin mencari sokongan dan pengiktirafan di Amerika Syarikat melalui filem dan televisyen Hollywood, rancangan TV, rancangan realiti, rancangan yang berkaitan dengan fesyen, laporan berita, rencana, muzik video, buku, majalah dan lain-lain. Mereka ingin menggambarkan bahawa gejala homoseksual adalah budaya biasa, sihat, dan moden. Untuk mengukuhkan hujah mereka, beberapa aktivis menggambarkan homoseksual adalah sangat sihat, cergas, mewah, bergaya, dan mereka telah berjaya menjadi eksekutif dalam komuniti dan masyarakat. Kesan sokongan homoseksual ini, 20% rakyat Amerika mendakwa bahawa program TV telah berubah perspektif baru mengenai perkahwinan. Bertambah malang, mereka di dalam filem dan industri fesyen telah menyokong homoseksual demi mendapat kedudukan yang lebih tinggi. Walaubagaimanapun mengubah struktur perkahwinan dan wabak homoseksual adalah ancaman besar bagi masyarakat sama ada melalui moral, fizikal dan ekonomi.
Saya rasa adalah penting mengingatkan pembaca sebab saya menulis artikel ini. Hakikatnya, tujuan artikel ini adalah untuk mengingatkan anak-anak muda agar tidak jatuh ke dalam perangkap ini dan menjaga nilai-nilai rohani yang kuat untuk kehidupan yang baik; agar masyarakat terus memelihara moral dan menghormati mereka dengan cara yang sepatutnya. Oleh itu, menjadi tanggungjawab semua agar sedar akan perbuatan keji dan hina ini yang dianggap sebagai "cara baru" dalam gaya hidup yang hanya bertopengkan hak asasi manusia. Paling utama, homoseksual telah dilarang sama sekali dalam agama (Al-Quran 7 / 80-82, Bible Roman 1 / 24-28) dan kisah-kisah pengajaran terhadap perbuatan keji ini turut didedahkan dalam kitab-kitab suci (Al-Quran 15 / 68-75, Bible2 Peter 2 / 6-10).
Selain aspek moral dan etika, kita turut mendapati kadar pencabulan kanak-kanak sejenis menjadi tinggi di kalangan masyarakat. Adalah menjadi tanggungjawab moral bagi masyarakat untuk melindungi kanak-kanak yang lemah ini. Kajian lanjut mendapati bahawa kanak-kanak yang ibu bapa jantina sejenis lebih cenderung mengalami kekeliruan seksual dan terjebak dalam aktiviti homoseksual yang akhirnya menyebabkan mereka mengalami gangguan psikiatri, ketagihan dadah, serangan seksual, bunuh diri, dan penyakit-penyakit kelamin seperti AIDS . Di Amerika Syarikat sahaja, dana kerajaan untuk masalah HIV telah meningkat kepada lebih daripada $ 24 bilion setahun.
Atas sebab ini, adalah satu kebimbangan apabila melihat kepada statistik perkahwinan sejenis dan peningkatan pengambilan anak-anak angkat. Sebagai contoh, 94,627 kanak-kanak hidup dengan pasangan homoseksual di Amerika Syarikat dan jumlah anggaran kanak-kanak yang hidup dengan sekurang-kurangnya satu ibubapa homoseksual adalah sekitar 6 sehingga 14 juta. Malah di United Kingdom, sehingga Mac 2015, bilangan anak angkat yang dijaga oleh ibu bapa gay naik mendadak pada 12 bulan terakhir, mencecah rekod tertinggi. Terdapat banyak kes pencabulan seksual dari kanak-kanak lelaki terhadap ibu bapa homoseksual mereka telah dilaporkan dan banyak lagi kes lain yang tidak dinyatakan kerana mereka malu atau takut untuk melaporkannya. Oleh itu, adalah penting untuk ambil perhatian tentang kenyataan Pavel Astakhov – Pegawai Kebajikan Rusia (Ombudsman) untuk Hak Kanak-kanak – telah memberi komen yang bernas mengenai kes gangguan seksual pasangan sama jantina dalam satu sesi temubual: "Anak yatim Rusia sentiasa menarik orang asing yang miang kerana mudah diperoleh. Mereka datang dan ambil kanak-kanak dengan mudah kerana wang." Sejurus laporan ini, Rusia telah membuat beberapa rombakan terhadap pengambilan kanak-kanak Rusia oleh keluarga asing dengan mengharamkan rakyat Amerika daripada mengambil kanak-kanak Rusia pada tahun 2012 dan pada tahun berikutnya State Duma ( Mahkamah Russia ) telah meluluskan akta yang melarang pengambilan kanak-kanak Rusia oleh pasangan asing yang homoseksual. Ia membuatkan kita tertanya-tanya mengenai penderitaan psikologi kanak-kanak ini. Langkah pertama mengatasi situasi ini adalah dengan melatih kanak-kanak dari segi ancaman yang bakal mereka alami. Kanak-kanak seawall umur 4-5 tahun perlu diberi penjelasan teliti mengenai isu ini; mereka perlu belajar untuk mengambil langkah berjaga-jaga demi melindungi diri mereka dan tidak takut untuk melaporkan gangguan seksual terhadap mereka kerana itu semua bukanlan kesalahan mereka dan mereka tidak seharusnya berasa malu.
Demi meraih simpati dan penerimaan masyarakat, golongan homoseksual memberi hujah dengan beberapa alasan tidak logik untuk mengharuskan perbuatan keji mereka seperti mendakwa bahawa mereka mempunyai tahap estrogen yang tinggi, atau takdir mereka sudah dilahirkan begitu. Namun, semua dakwaan ini telah disangkal melalui kajian saintifik. Tiada perbezaan yang signifikan antara kandungan estrogen ataupun testosteron di antara pelaku homoseksual dan lelaki normal. Penyelidik juga tidak menemui sebarang bukti yang menyokong bahawa pelaku homoseksual adalah kerana kandungan genetik mereka bermasalah. Malah langsung tiada bukti genetik. Lapan kajian terhadap kembar seiras di Australia, Amerika Syarikat, dan Scandinavia dalam dua puluh tahun yang lalu telah menyimpulkan keputusan yang sama, bahawa homoseksual tidak dilahirkan secara genetik. Perlu diingat bahawa jika mereka betul sekalipun, semua itu tidak mengharuskan perlakuan sumbang mereka. Seseorang boleh dilahirkan tanpa jantina ataupun dengan dua jantina atau kecacatan seksual yang lain tetapi itu bukanlah justifikasi untuk mereka menjadi sumbang. Setiap manusia bertanggungjawab menjaga kehormatannya sepanjang masa untuk peroleh kehidupan yang baik.
Setiap dari kita harus mempunyai rasa tanggungjawab untuk meningkatkan kesedaran orang ramai agar kita dapat hidup dalam persekitaran sosial dan kehidupan yang lebih baik dengan melihat kepada contoh dan bukti yang telah dijelaskan dalam artikel ini. Adalah penting untuk menjelaskan dan mendidik orang ramai tentang bahaya buruk gejala homoseksual yang bakal mengundang mereka dan persekitaran. Selain itu, aktivis seharusnya berhenti memberi galakan seolah-olah ianya adalah sesuatu yang patut dibanggakan kerana kebenaran ternyata sebaliknya. Walaubagaimanapun, adalah penting ditekankan di sini bahawa saya turut menentang sekeras-kerasnya tindakan ganas dan kejam terhadap golongan homoseksual ini kerana kita hanya tidak bersetuju dengan perbuatan abnormal yang mereka lakukan. Oleh itu, manusia yang baik seharusnya bergabung tenaga melindungi masyarakat dari ancaman homoseksual secara keseluruhannya.
Pravda.ru & Jefferson Corner:
http://www.pravdareport.com/opinion/columnists/12-05-2016/134394-homosexuality-0/
http://www.jeffersoncorner.com/key-facts-about-homosexuality-misrepresented-to-the-public/