Transkrip daripada wawancara langsung En. Adnan Oktar di Kanal 35 dan TV Kayseri, Samsun Aks, Gaziantep Olay TV,13 Disember 2010
En. Adnan Oktar |
ADNAN OKTAR: Pastinya, kedua-dua saudara Kristian dan Yahudi kita perlu didekati dengan penuh simpati. Golongan yang menghampiri mereka dengan kemarahan, saya rasa, adalah mereka yang tidak mahu agama tersebar atau mereka melakukannya atas kejahilan sendiri. Terdapat ramai Yahudi dan Kristian di Turki yang sebenarnya Muslim tetapi menyembunyikan agama mereka; kita ada ramai penduduk yang sebegini. Jika saya mengira mereka yang saya jumpa dan kenali sendiri, kamu akan terkejut; orang yang saya kenali secara peribadi. Mereka benar-benar menyembunyikannya kerana ditekan oleh persekitaran. Tentu sahaja mereka harus menjelaskannya, mereka tidak patut merahsiakan hal tersebut, namun kadang-kala sifat manusia tidak mampu menanggungnya. Mereka rasa akan hidup lebih tenang dengan menyembunyikannya, atau mereka dapat melindungi diri sendiri. Namun ini adalah bukti penting yang menunjukkan peningkatan dominasi Islam di dunia.