Transkrip daripada wanwancara langsung En. Adnan Oktar di Kocaeli TV bertarikh 4 Jun 2010
ADNAN OKTAR: Allah mewahyukan, "…, dalam pada itu kebanyakan mereka berpaling ingkar (tidak mahu mengetahui dan memahaminya), maka dengan sebab itu mereka tidak menerima dan tidak mematuhinya."(Surah Fussilat, 4). Allah menciptakan satu komuniti yang hatinya ingkar kepada Al-Quran. Lazimnya, seseorang tidak akan menolak untuk mendengarkan Al-Quran. Itu adalah satu keajaiban. Contohnya kelmarin saya membaca Taurat dan Injil lagi; kedua-duanya amat rumit untuk difahami. Dengan kata lain, kedua-duanya sangat berbelit dan sukar untuk dimanfaatkan oleh orang biasa. Jadi demi memberi kemudahan, kami menyediakan buku ini, Wisdom and Sound Advice from the Torah. Jika seseorang yang ingin mempelajari Taurat merujuk buku ini, mereka tidak keliru serta akan mendapat pengetahuan langsung, baik dan jelas.
Namun demikian, Al-Quran adalah satu anugerah terindah. Saya hairan bila orang tidak memahami Al-Quran. Kerana Injil misalannya – saya juga telah membaca Injil kelmarin - amat sukar difahami, ia amat mengelirukan dan kompleks. Usaha dan perhatian yang banyak diperlukan untuk mencari hikmah dan keindahan di dalamnya. Terdapat juga bahagian yang terlalu rumit dan keliru. Seseorang harus mencari pertalian bagi setiap satunya.
Namun, Al-Quran ialah wahyu yang asli, dan bebas daripada sebarang kesalahan dan kekurangan. Satu kesenangan dan rahmat yang besar. Dan anda menemukan ilmu yang jelas. Penerangan tentang beberapa perkara di dalam Al-Quran juga mudah difahami. Misalannya, kita dapati sebarang ajaran di dalamnya tetap sama selepas 1000 atau 1400 tahun berlalu.
Namun kita dapati apa yang diterangkan dalam Injil adalah bertentangan sepenuhnya dengan sains. Ini sudah pasti tidak konsisten dengan realitikerana ia telah diubah. Perkara yang sama juga berlaku dengan Taurat. Kita perhatikan bahawa ia amat bertentangan dengan sains dan kebenaran dalam banyak hal.
Maka, Al-Quran ialah Kitab yang tidak boleh diabaikan oleh seorang Kristian, Yahudi atau Muslim. Semua wajib merujuk kepada Al-Quran jika ingin memahami Allah dan Kitab lainnya. Hakikatnya, jika seorang Yahudi ingin beriman dengan sempurna, dia semestinya menjadi seorang pengikut Nabi Muhammad (as) dan patuh kepada Al-Quran. Jika tidak, mustahil baginya untuk memahami Nabi Musa (as) dengan sebaiknya. Mustahil juga baginya untuk menghargai para nabi yang lain. Dia hanya dapat memahami mereka dengan pelbagai kekurangan, kesalahan dan kekeliruan, dan itu tidak dapat diterima. InsyaAllah.