logo
HARUN YAHYA
SEAN STONE, ANAK PENGARAH TERKENAL HOLLYWOOD OLIVER STONE, MEMELUK ISLAM
ucgen

SEAN STONE, ANAK PENGARAH TERKENAL HOLLYWOOD OLIVER STONE, MEMELUK ISLAM

773

Sean Stone, pembuat filem berusia 27 tahun memeluk Islam semasa bekerja untuk menghasilkan sebuah dokumentari di Iran. Stone menegaskan bahawa penerimaannya terhadap Islam tidak harus dilihat sebagai penolakan agama lain dan bahawa beliau telah menerima Nabi Muhammad (saw) beserta para nabi yang lain. Dalam satu maklum balas terhadap soalan mengenai Akhir Zaman yang diajukan saluran TV Iran, Stone berkata:

“Ramai orang mengatakan tahun 2012 sebagai penghujung dunia tetapi saya merasakan bahawa ia hanyalah pengakhiran satu kitaran. Saya melihat kesedaran orang ramai di sekeliling terhadap agama mula meningkat. Kerana dunia ini sedang berubah, kesedaran manusia juga berubah. Justeru kita harus berjuang bersama mereka untuk membawa Cahaya… Dengan melakukan hal itu kita selari dengan Mahdi. Kita mampu melakukannya, siapapun boleh menyertainya sebaik sahaja dia memilih untuk membawa cahaya.”

Sean Stone menjawab soalan CNN tentang keputusannya memilih Islam:

“Berada di sana, melihat sendiri Islam diamalkan, membaca Al-Quran, mempelajari Islam di Oxford dan  Princeton, saya dapat merasakan bahawa ia adalah kesinambngan warisan Judeo-Kristian dan Nabi Muhammad ialah seorang nabi sepertimana para nabi lain sehingga kepada Nabi Ibrahim. Saya meneguhkan semula keimanan saya kepada Tuhan…”

Dalam satu kenyataan kepada CNN, Sean Stone berkata:

“Pertembungan tamadun adalah sesuatu yang tidak masuk akal. Kita telah mendengar model ini terutamananya sejak tahun 90-an, dan konsep bahawa golongan Yahudi, Kristian dan Muslim tidak boleh hidup harmoni. Saya mahu mengakhiri hal ini, retorik ini, dan mengatakan saya seorang Yahudi, Kristian dan Muslim, dan saya mahu memahami kesemua tiga agama serta mengadakan dialog dengan manusia dari semua penjuru dunia.”

Ketika ditanya mengenai respon ayahnya terhadap keputusan beliau, Stone berkata:

“Beliau [Oliver Stone] berkata Allah beserta kamu.”

KONGSI
logo
logo
logo
logo
logo