Darwinis takut akan sains. Mereka risau kebenaran saintifik akan terdedah, diketahui dan tersebar ke seluruh pelosok dunia. Ini kerana segala yang berkaitan sains telah memusnah dan menyanggah kesahihan teori evolusi.
Itulah sebabnya para Darwinis tidak akan pernah dapat memberi jawapan saintifik kepada sesiapapun.
- PENCEROBOHAN adalah satu-satunya reaksi mereka terhadap bukti saintifik.
- MEREKA MENYATAKAN PENENTANGAN terhadap bukti yang didedahkan oleh persidangan sains dan anti-evolusi DENGAN TAMPALAN POSTER DAN PROTES tanpa sebarang bukti saintifik.
- MEREKA CUBA MENGHENTIKAN pameran-pameran yang menunjukkan bukti saintifik – yakni spesimen-spesimen fosil yang tulen.
- MEREKA CUBA MEMBAKAR buku-buku yang mengandungi bukti saintifik.
- MEREKA MENDAKWA pihak yang cuba mengajar bukti saintifik di sekolah.
- Mereka menolak sama sekali ajakan untuk berdebat secara bersemuka daripada penyokong kewujudan Pencipta, bahkan mereka sendiri tidak pernah meminta untuk mendebatkannya.
- Gagal menjawab bukti saintifik dengan sesuatu yang lebih sains, Darwinis memilih cara KUKU BESI, SERANGAN, PAKSAAN, KEKACAUAN DAN PEKIKAN kerana MEREKA TIADA BUKTI SAINTIFIK, dan inilah satu-satunya cara yang mereka tahu.
Darwinis berselindung di sebalik konsep seperti demokrasi, hak, kebebasan, kebebasan berfikir pada setiap kesempatan yang ada, dan tiba-tiba berfikiran sempit dan agresif apabila ketidaksahihan dakwaan mereka dibuktikan. Mereka dengan serta-merta mengabaikan konsep kebebasan berfikir, hak bersuara, dan demokrasi yang menjadi topeng mereka selama ini. Mereka seringkali mempertahankan bahawa mereka bersikap demokratik, orang berpengetahuan yang menyokong kebebasan berfikir, namun apabila bukti-bukti Penciptaan didedahkan mereka tiba-tiba berasa jengkel dan agresif. Merenung dakwaan mereka, DARWINIS SENDIRI YANG BERFIKIRAN SEMPIT DAN FANATIK, TAKSUB DAN OBSES kerana Darwinisme bukanlah hasil daripada sains. Sebaliknya, IA ADALAH FAHAMAN SALAH DAN SESAT YANG DISANGGAH OLEH SAINS. MEREKA CUBA MENEGAKKAN AJARAN TERSEBUT DENGAN BERKELAKUAN SEPERTI SAMSENG kerana ianya semata-mata berdasarkan ideologi dan sistem kepercayaan yang mengarut.
Darwinisme telah melesukan manusia selama bertahun lamanya di bawah naungan kediktatoran Darwinis. Sekiranya Darwinisme pada hari ini menguasai institusi-institusi pemerintahan di seluruh dunia, ianya semata-mata kerana ANCAMAN POLISI KEJAM DAN AGRESIF TERSEBUT.
Jika seorang Darwinis datang ke persidangan sains dengan poster bantahan di tangan tanpa bukti, jika dia cuba untuk menutup kenyataan-kenyataan saintifik, jika dia fikir dia boleh menyerang dan mengugut penentang evolusi dan jika dia dikeluarkan dari satu persidangan sains dengan diiringi polis, semua ini sudah memadai untuk kita melihat rupa sebenar Darwinisme. Berita tentang keruntuhan Darwinisme telah mencetuskan kerisauan luar biasa di kalangan Darwinis. Tetapi tiada satupun tindakan zalim yang dapat menghidupkan dogma songsang para Darwinis. Inilah undang-undang Allah. Tuhan kita Allah, Yang Maha Mengetahui, telah berfirman di dalam satu ayat tentang betapa golongan yang benar akan sentiasa menang:
Sebenarnya Kami melontarkan yang hak kepada yang batil lalu yang hak itu menghancurkannya, maka dengan serta merta yang batil itu lenyap. Dan kecelakaanlah bagimu disebabkan kamu mensifati (Allah dengan sifat-sifat yang tidak layak bagi-Nya). (Surah al-Anbiya’, ayat 18)