Pada tahun ini, seorang lelaki yang mengakui secara terbuka dirinya beridentiti 'gay' atau homoseksual dilantik sebagai pemimpin kanan tentera Amerika Syarikat (AS) buat kali pertama. Sebagai Setiausaha Ketenteraan, Eric Fanning adalah pemimpin kedua tertinggi tentera AS mengikut hiraerki pakaian beruniform itu selepas Setiausaha Pertahanan AS.
Dalam era baharu ini, tentera AS mendapat kebenaran pihak atasan untuk mengisytiharkan diri mereka sebagai homoseks kepada khalayak ramai. Dianggarkan ada 65,000 askar AS dalam kategori 'gay'. Perubahan besar dari segi dasar rasmi AS mengenai isu individu beridentiti homoseksual disifatkan sebagai paling mendadak berlaku membabitkan anggota tenteranya.
Selain itu, pada 2015, diplomat AS yang mengakui tergolong sebagai 'gay' ditugaskan di enam jawatan sebagai duta negara berkenaan. Beberapa perkembangan yang sama juga berlaku di benua Eropah. Di United Kingdom (UK), Theresa May, menyokong golongan homoseks, kini Perdana Menteri Britain.
Di Scotland, ramai pemimpin parti politik mengakui diri mereka homoseksual atau menyokong golongan itu secara terbuka. Belgium, Luxembourg dan Iceland dipimpin Perdana Menteri yang homoseksual. Pegawai homoseksual wujud di setiap peringkat pentadbiran kerajaan di AS, UK dan Kanada. Malah, beratus-ratus menteri kerajaan, anggota Kongres dan diplomat di Parlimen Eropah sudah mengakui diri mereka homoseksual secara terbuka.
Tidak cukup dengan itu, Menteri bagi Pendidikan, Budaya dan Sains Belanda, Jet Bussemaker mengisytiharkan sokongannya kepada pembentukan 'European Queer Muslim Network' (Rangkaian Homoseks Muslim Eropah).
Negara Islam jadi sasaran
Adalah jelas, negara Islam juga menjadi sasaran supaya menerimanya. Pada peringkat pertama, menyokong homoseksual dipaksa ke atas dunia Islam menerimanya sebagai syarat akur kepada kemodenan. Meskipun ayat al-Quran jelas mengharamkannya, golongan ini yang juga memegang identiti Muslim, tetap menganjurkannya. Pihak yang menentang dilabel bersikap membenci atau gusar tanpa sebab kuat.
Ada media tertentu di Barat mendakwa sejarah menunjukkan negara Islam menerima homoseksualiti. Mereka merujuk kepada hasil kerja tangan beberapa penyair dan penulis. Bagaimanapun, bagi orang Islam, sumber utama mereka ialah al-Quran dan belajar agama daripada ayat kitab suci itu.
Pencetus masalah sosial
Berleluasanya aktiviti homoseksual adalah pencetus kepada masalah sosial. Pusat bagi Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS (CDC) melaporkan, 61 peratus daripada kes baharu AIDS pada 2009 membabitkan golongan homoseks. Di AS, 50 peratus daripada kadar tahunan kes bunuh diri membabitkan golongan homoseks.
Menurut kajian ke atas kes penderaan seks kanak-kanak oleh Jabatan Polis Los Angeles, 30,000 kanak-kanak menjadi mangsa penderaan seks golongan itu. Hari ini, 90,000 kanak-kanak menjadi anak angkat pasangan homoseks. Laporan akhbar banyak memuatkan kes serangan seks ke atas kanak-kanak itu.
Warga Afghanistan-AS yang melakukan pembunuhan beramai-ramai di Orlando, Jun lalu, dilaporkan homoseks. Motif tindakannya? Membalas dendam. Selain itu, enam pembunuh bersiri paling kejam di AS adalah homoseksual. Keadaan dunia akan semakin berserabut apabila aktiviti homoseks semakin berleluasa.
Kanak-kanak dibesarkan golongan itu akhirnya mengalami masalah psikologi (termasuk fizikal). Realitinya, filem, buku dan artikel disiarkan bertujuan mengizinkan homoseksualiti, tetapi menyembunyikan perkara ini. Kita tidak sekali-kali bersetuju jika tindakan mencederakan individu homoseks dilakukan. Bagaimanapun, sebagai Muslim, kita bertanggungjawab menolak dan menentang peri laku songsang ini.
Pada masa ini, ketika propaganda disebarkan menerusi televisyen, filem dan internet, ancaman homoseksualiti berada di depan 'pintu' orang Islam. Islamofobia digunakan untuk memeras ugut dan memaksa orang Islam menerima peri laku itu. Tujuannya adalah untuk merosakkan, melemahkan dan memusnahkan masyarakat Islam melalui perbuatan seks luar tabii.
Nabi Muhammad SAW sudah memberi amaran kepada umatnya apabila bersabda, maksudnya: "Perkara yang paling aku takuti menimpa ke atas mu adalah perbuatan kaum Luth." Baginda merujuk kepada bencana yang ditimpakan oleh Allah SWT ke atas kaum Nabi Luth kerana melakukan aktiviti seks di luar tabie.
Agenda songsang ini cuba membenarkan penerimaan homoseksualiti untuk menghasilkan belia Muslim yang tidak berpegang kepada nilai moral, bercanggah dengan agama dan malu dengan Islam.
Penggerak agenda itu berusaha melemahkan dan menghancurkan pertahanan dunia Islam. Negara Islam kini berdepan gerakan yang terancang, mendapat pembiayaan besar dan berterusan.
Matlamat utama agenda ini ialah mematahkan penentangan dunia Islam selepas berjaya menundukkan dunia Judeo-Kristian. Sebab itu, adalah penting bagi orang Islam sedar bahaya ini dan terus berpegang kepada ajaran kitab suci al-Quran.