“Maka bersabarlah, dengan cara kesabaran Yang sebaik-baiknya…” (Surah al-Ma’arij, 5)
Sabar adalah salah satu ciri yang paling penting bagi orang beriman. Apa yang menyebabkan kesabaran jadi berharga ialah "supaya bersabar dengan kesabaran yang sebaik-baiknya". Allah yang Maha Kuasa menciptakan pelbagai kejadian untuk seseorang Muslim di mana dia harus mempamerkan kesabarannya.
Kelemahan-kelemahan dan pelbagai penyakit yang khusus di dunia ini, penindasan dan penghinaan orang-orang kafir, orang yang Allah pertemukan kepada kita adalah untuk menguji diri yang lemah ini dan merupakan sebahagian dari kepelbagaian kejadian tersebut.
Adalah satu rahmat yang besar untuk hidup dengan harapan dan keinginan untuk mencapai Syurga, yang merupakan manifestasi keindahan tidak terhingga yang Allah kaitkan kepada kita dalam al-Quran dan Hadis. Walaupun berharap untuk mencapai syurga, orang-orang beriman harus menunjukkan kesabaran yang sebaik-baiknya ke arah kelemahan hidup ini.
Salah satu sifat-sifat kesabaran yang paling penting adalah sentiasa bersabar dengan hati yang tenang. Yakin sepenuhnya bahawa semua kejadian yang Allah tunjukkan kepada kita dicipta dengan cara yang terbaik, dalam bentuk yang paling bijak. Hati yang yakin akan ternampak di wajahnya, satu ketenangan dalam jiwa dan ucapannya. Di wajahnya muncul ketenangan yang disebabkan kesabarannya. Kata-katanya menunjukkan kematangan dan keyakinan kepada Allah.
Seseorang yang menunjukkan kesabaran dengan sebaik-baik sabar sedar dia melakukan ibadah dan sedar bahawa dia bersabar untuk Allah. Oleh itu dia ikhlas dengan kesabaran ini. Sama seperti bagaimana seseorang bersyukur kepada Allah dengan kata-kata dan perbuatannya apabila dia mendapat banyak rahmat, dan menggunakan nikmat tersebut dengan cara yang terbaik, begitu juga dia harus menghadapi situasi dimana dia harus bersabar dan bertindak dalam kesedaran bahawa ada keberkatan dari Allah. Dia mesti bertindak dengan kesedaran bahawa kejadian-kejadian tersebut dicipta dengan penuh kebijaksanaan supaya dapat meletakkan asas bagi keindahan dan mengalami keindahan tersebut sambil menunjukkan kesabaran.
Satu lagi tujuan menunjukkan kesabaran adalah dengan mengamalkan sifat ini dia mendekatkan diri kepada Allah dan meningkatkan keikhlasan yang tulus seorang Muslim kepada Allah. Seseorang yang bersabar dalam menghadapi masalah, kesusahan, atau penyakit untuk mandapatkan keredaan Allah, tahu bahawa setiap detik, setiap saat kesabaran ini sangat berharga di sisi Allah. Di akhirat, ganjaran suatu amalan yang dilakukan dengan menunjukkan kesabaran yang sebaik-baiknya dan suatu amalan yang dilakukan di bawah keadaan yang sangat selesa atau tidak dengan usaha sama sekali tidak boleh sama. Jika seseorang beramal dan pada masa yang sama menunjukkan kesabaran, akhlaknya menyebabkan amalannya lebih bernilai. Sebagai contoh, seseorang yang melakukan pengorbanan ketika sedang sakit dan semasa dia sihat sempurna, tidak mungkin sama. Jika seseorang melakukan pengorbanan untuk keredaan Allah semasa dia sakit, dia, dengan izin Allah, mengalami keindahan kesabaran yang sebenar-benarnya. Atas sebab ini, sehingga kematian datang menjemput mereka, umat Islam sentiasa menunjukkan kesabaran yang sebenar-benarnya seperti yang Allah nyatakan dalam Qur’an, apabila mereka menghadapi suatu kesulitan, kecil atau besar. Sebagai balasan atas keindahan akhlak dan kesabaran sebenar yang ditunjukkannya, dia teruskan hidup dengan mengharap keredaan Allah.