Penganiayaan di Turkestan Timur yang masih berlaku di dalam abad ke-21 merupakan satu malapetaka yang memerlukan perhatian daripada semua golongan Muslim. Eropah dan Amerika perlu memandang serius kezaliman ini yang berlaku di China. Pembunuhan besar-besaran di China yang membuktikan betapa keras dan kejamnya pemikiran golongan Darwinis dan komunis seharusnya mendorong pihak Muslim untuk bertindak dan menuju ke arah penyelesaian yang tepat dan menyeluruh. Jawapannya ialah semua Muslim di dunia mesti bersatu dan berjuang di bawah satu panji Kesatuan Islam-Turki. Selagi mereka tidak bersatu-padu, selagi mereka tidak menuruti suruhan Allah, maka semua urusan polisi, politik, malah ketenteraan, akan menemui kegagalan. Itulah sebabnya penting untuk kita tidak sekadar duduk berpeluk tubuh dan menyaksikan pembunuhan ini dan bertanya, “Sejauh manakah usaha yang akan saya lakukan?” Usaha setiap Muslim adalah berdoa kepada Allah, dan Tuhan kita akan memakbulkannya.
Berikut merupakan sejumlah video asal yang berkenaan dengan penduduk Uighur Turki yang dibunuh di jalanan Turkestan Timur.