logo
HARUN YAHYA
KESELARASAN DI DALAM TUBUH
ucgen

KESELARASAN DI DALAM TUBUH

2463

Di dalam tubuh manusia, semua sistem bekerja serentak dalam satu koordinasi yang harmoni demi satu tujuan yang pasti, yakni untuk membolehkan tubuh tetap hidup. Bahkan gerakan terkecil yang kita lakukan setiap hari, seperti bernafas atau senyum, adalah hasil daripada penyelarasan sempurna di dalam tubuh.

Terdapat satu rangkaian koordinasi yang amat kompleks dan menyeluruh di dalam tubuh kita yang bekerja tanpa henti. Tujuannya adalah demi kelangsungan hidup. Koordinasi ini dapat dilihat terutamanya pada sistem lokomotif tubuh kerana meskipun untuk satu gerakan terkecil, sistem rangka, sistem otot dan saraf mesti bertindak dalam satu kerjasama sempurna.

Demi melaksanakan satu tindakan yang selaras, semua organ yang terlibat dan hubungan diantaranya perlu diketahui terlebih dahulu. Informasi ini datang dari mata, mekanisme seimbang telinga dalaman, otot-otot, sendi-sendi dan kulit. Setiap detik, berbilion cebisan maklumat diproses, dinilai dan keputusan baru yang bersesuaian diambil. Seseorang malahan tidak sedar tentang proses-proses pantas yang dilakukan oleh tubuhnya. Dia sekadar bergerak, ketawa, menangis, berlari, makan dan berfikir. Dia tidak memperuntukkan sebarang ikhtiar dalam melakukan tindakan tersebut. Malahan untuk satu senyuman, tujuh belas otot perlu bergerak serentak pada masa yang sama. Demi untuk berjalan, lima puluh empat otot-otot berbeza pada bahagian kaki, pinggul dan belakang perlu bekerja dalam satu kesatuan.

Koordinasi sempurna tubuh akan lebih mudah difahami melalui contoh berikut. Untuk mengangkat tangan, bahu perlu dibengkokkan, otot-otot depan dan belakang lengan – dikenali sebagai "triceps" dan "biceps" – perlu dikecut dan ditenangkan, sementara otot-otot di antara siku dan pergelangan tangan perlu memulas pergelangan tangan. Di setiap bahagian tindakan tersebut, berjuta-juta penerima pada otot membawa maklumat dengan pantas ke sistem saraf pusat tentang keadaan otot-otot berkenaan. Hasilnya, sistem saraf pusat akan memberitahu otot-otot tentang tindakan seterusnya. Sudah pasti seseorang tidak menyedari kesemua proses ini, sebaliknya hanya berniat untuk mengangkat tangan, lalu melakukannya dengan baik.

Apakah yang akan berlaku seandainya koordinasi ini menghadapi masalah? Ekspresi berbeza mungkin muncul di wajah semasa kita ingin senyum, atau kita mungkin gagal untuk bercakap ataupun berjalan. Namun demikian, kita  masih mampu tersenyum, bercakap, berjalan pada bila-bila masa dan tiada masalah yang timbul, kerana semua yang dinyatakan di sini tercapai hasil daripada hakikat Penciptaan yang secara logiknya memerlukan "kecerdasan dan kekuatan yang agung ".

Lantaran itu, seseorang perlu sering mengingati bahawa dia berhutang keberadaan dan kehidupan kepada Pencipta-Nya, Allah. Tiada sebab untuk seseorang itu bersikap angkuh dan meninggi diri. Kesihatan, kecantikan mahupun kekuatannya bukanlah hasil dari dirinya sendiri, bahkan semua itu tidak kekal untuknya. Dia pasti akan menjadi tua dan kehilangan kesihatan serta kecantikannya. Di dalam Al-Quran, perkara ini dinyatakan sebagai berikut:

Dan apa jua (harta benda dan lain-lainnya) yang diberikan kepada kamu, maka adalah ia merupakan kesenangan hidup di dunia dan perhiasannya; dalam pada itu, apa jua yang ada di sisi Allah (yang disediakan untuk orang-orang yang beriman dan taat) adalah ia lebih baik dan lebih kekal; maka mengapa kamu tidak mahu memahaminya? (Surat al-Qasas: 60)


KONGSI
logo
logo
logo
logo
logo