Semakin ramai orang beranggapan bahawa apa yang sebelum ini disifatkan sebagai teori konspirasi dan tidak dipedulikan kerana dianggap klise, kini dilihat pula sebagai agenda benar yang menjadi sandaran kepada dasar pihak tertentu bertujuan membutakan mata dan hati manusia. Pandangan ini semakin terasa bermula sejak 2000 selepas masyarakat mula mengenali projek bermotif politik rekaan pihak tertentu yang berniat jahat.
Selain daripada ciptaan atau rekaan bermotif politik, wujud juga apa yang dikatakan sebagai rekaan psikologi yang menjadi asas sosial kepada langkah menyebarkan propaganda politik. Kaedah paling asas sekali digunakan ialah aktiviti meletakkan fahaman asas serta propaganda yang dilakukan melalui bentuk komunikasi tertentu.
Seni mengerikan
Satu daripada pendekatan itu ialah bentuk seni yang dipanggil 'seni mengerikan' atau dahsyat. Ia sudah meresapi kepada banyak jenis bahagian seni, termasuk melukis, mengukir, filem, program majalah dan kesusasteraan.
Apa yang dimaksudkan dengan mesej yang disampaikan melalui seni menyeramkan termasuk membunuh, bunuh diri, penggunaan tema termasuk kekerasan dan keganasan, sesuatu yang memualkan, keadaan suram dan elemen mengerikan.
Malah, kata-kata lucah digunakan, termasuk aspek homoseksual diketengahkan sebagai suatu perkara yang biasa serta dipuji.
Contohnya, propaganda homoseksual melalui seni menyeramkan atau mengerikan berlaku daripada Zaman Pertengahan meliputi tempoh 5 hingga 15 Sebelum Masehi, menerusi hasil kerja pelukis dan pengukir.
Antara contoh jelas termasuk ukiran Sleeping Hermaphroditus oleh Gian Lorenzo Bernini; The Musicians, Boy with a Basket of Fruit, The Lute Player, Boy Bitten by a Lizard, Bacchus oleh Michelangelo Merisi da Caravaggio; ukiran Donatello, Cellini, semuanya terkenal dengan kecenderungan homoseksual yang ketara.
Seni berpenampilan imej yang amat buruk atau menyeramkan ini juga menggunakan tema mengerikan seperti membunuh, pembunuhan beramai-ramai, seram, ganas dan bunuh diri.
Antara contoh termasuk lukisan oleh Peter Paul Ruben bertajuk Massacre of the Innocents, lukisan Artemisia Gentileschi (Judith Slaying Holofernes); lukisan oleh Jean Joseph Weerts (The Assassination of Marat); lukisan John William Waterhouse (The Danaides) yang memaparkan perbuatan 50 wanita membunuh suami mereka pada waktu malam dan Jakub Schikaneder yang melukis Murder in the House.
Pengukir Perancis
Pada abad ke-20, seni seumpama itu semakin banyak dipaparkan khususnya oleh hasil kerja pelukis dan pengukir Perancis, Marcel Duchamp yang menampilkannya sebagai lukisan moden.
Ini berikutan konsep seni dan estetika 'avant-garde' atau sesuatu yang baharu diuji, dalam kata lain merujuk kepada apresiasi kecantikan, unsur terpenting dalam unsur seni, tidak lagi menjadi kriteria kesenian. Sebaliknya, kehodohan dan konsep antiestetika ditakrif sebagai seni melalui pergerakan dinamakan 'Dadaism', 'Surrealism', 'neo-Dadaism' dan 'Arte Povera'.
Satu lagi contoh ialah lukisan Autoportrait oleh Francis Bacon yang memaparkan mukanya yang herot benyot serta umpama wajah hodoh bertopeng.
Begitu juga dengan pergerakan Kitsch yang mana pengikutnya menyampaikan lukisan hodoh dan kasar dengan menyatakannya sejajar dengan seni kontemporari.
Pada 1980-an, hasil inspirasi ahli falsafah Bulgaria, Julia Kristeva yang menggunakan konsep 'abject' menampilkan semua bentuk sisa anggota badan menjadi bahan seni.
Dalam tempoh ini, seni mengerikan berada hampir pada kemuncak kegemilangannya.
Apa yang boleh dikatakan ialah seni mengerikan atau menyeramkan adalah satu unsur penting dalam aspek psikologi.
Tidak kira sejauh mana kuatnya taktik ketenteraan dan politik dalam isu tertentu, ia masih tidak mencukupi selagi minda tidak ditawan sama.
Apapun, mengambil kira pelbagai cara dalam soal pengurusan sosial termasuk, penggunaan seni yang mengerikan, mudah untuk mengkategorikan kumpulan masyarakat yang disasarkan. Ia seperti berikut:
Pertama, golongan berfikiran pesimis, mudah menyerah kalah, penakut, mengikut kata dan mudah putus asa. Mereka tidak ada hubungan sosial kuat menyebabkan mudah dieksploitasi tanpa sebarang tentangan.
Kedua, golongan penulis, ahli akademik, pengarah dan ahli politik yang suka merendah diri kerana tiada lagi nilai kerohanian dan budaya.
Mereka tidak mempersoal apa yang betul atau salah serta hanya mengagumi kuasa serta kekayaan selain mudah dipengaruhi dan dimanipulasi.
Ketiga, golongan yang sakit, berjiwa skizofrenia dan membosankan, tetapi menyukai keganasan dan pertumpahan darah. Mereka memiliki jiwa yang sukakan jenayah dan cenderung kepada pembunuhan dan berkelakuan ganas.
Perang psikologi
Menerusi pendekatan psikologi, jurutera sosial yang berniat jahat terus mengambil golongan korup seperti itu dari negara Islam untuk melaksanakan agenda mereka.
Perang psikologi ini yang bermotif politik dan propaganda, perlu didedahkan seluas-luasnya.
Sebab itulah amat penting sekali untuk menjelaskan kepada khalayak ramai bahawa industri seni mengerikan bukannya seni yang biasa sebaliknya sebahagian program ciptaan khas sistematik dan terancang untuk menjahiliahkan minda serta budaya masyarakat selain membutakan mata masyarakat selain menghancurkan nilai dan membina semula unsur berkenaan menerusi proses di bawah tahap kurang sedar.
Berita Harian: