Petikan daripada wawancara langsung En. Adnan Oktar oleh Gaziantep Olay TV bertarikh 19 Oktober 2010
OKTAR BABUNA: Di Vatikan, dalam upacara sambutan ulang tahun ke-50 [permulaan hubungan diplomatik] Turki dan Vatikan, majlis tersebut disudahi dengan bacaan Surah Al-Ikhlas, masyaAllah.
ADNAN OKTAR: Menakjubkan. Apakah maknanya? Ini juga merupakan petanda sistem Mahdi (as) dan Al-Masih (as). Apa yang diajarkan dalam Surah Al-Ikhlas? Dinyatakan bahawa "Allah itu Esa. Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Dia tidak beranak dan tidak dilahirkan." Ini adalah sesuatu yang hebat. Ini bererti Vatikan dan Kristianiti akan menerima hakikat tersebut. Tiada penjelasan lagi selain daripada itu, insyaAllah. Sebaik sahaja mereka menerima surah Al-Ikhlas, maka selesailah semuanya. Selebihnya akan menyusul, insyaAllah.