Daripada wawancara En. Adnan Oktar
di www.harunyahya.tv pada 14 Mac 2010
ADNAN OKTAR: Sekarang, apa yang saya beritahu mereka? Saya tidak memberi penjelasan yang berjela-jela. Contohnya, beliau mengatakan kita tidak mempunyai masa yang mencukupi dalam satu bual bicara radio 20 minit yang didengar dari seantero dunia. “OK,” kata saya. Saya katakan “terdapat 350 juta fosil. 350 juta fosil yang menyanggah evolusi. Ini bermakna bahawa haiwan-haiwan ini adalah serupa dengan haiwan-haiwan yang berasal dari zaman dulu, misalannya 100 juta tahun dahulu. Fosil yang serupa. Ianya tidak pernah berubah sama sekali.” Selepas saya berkata demikian, orang itu akan menjawab “terima kasih, sekarang benarkan saya pergi” dan beredar. Tiada apa lagi yang diperlukan. Jika terdapat 350 juta fosil, persoalan tersebut telah terungkai sama sekali. Lihat, saya tidak bercakap tentang 3-5, atau 35, atau 350, atau 35,000 apalagi 350,000. Terdapat 350 juta fosil yang kesemuanya membuktikan penciptaan. Terdapat sebegitu banyak pembuktian. Tahukah anda bagaimana? Seekor kucing pada hari ini; ia tidak pernah berubah. Misalannya, seketul batu ambar digali. Seekor semut terawet di dalamnya dengan badan, sesungut dan semuanya, semua tisunya, dan tidak pernah berubah walau sedikitpun. Apakah maksudnya? Ia merungkai persoalan ini. Lalu kami katakan tunjukkanlah satu bukti teori evolusi, daripada apa yang kamu panggil satu bentuk peralihan, saya sendiri telah putus asa meminta fosil tersebut, saya cuma minta mereka membawakan sekeping gambar dan saya juga akan membayar untuknya. Saya akan beri mereka 10 trilion lira Turki walaupun hanya untuk sekeping gambar. Bawakan sahaja gambarnya kepada saya. Lihat, sendiri berputus asa meminta fosil tersebut adalah sesuatu yang amat penting, bukankah begitu? Namun mereka tetap sahaja tidak dapat menunjukkan walau hanya sekeping gambar. Maksud saya, cukuplah. Tidak ada walau satupun daripada apa yang mereka panggil sebagai fosil peralihan. Tiada satupun. Rakan Darwinis kita itu berdiri megah dan berkata: “oh kami ada banyak bukti”. Jawab kami: “kalau begitu bolehkah kamu tunjukkan kami satu, cuma satu sahaja.” Tiba-tiba dia menghilang. Lesap begitu sahaja. Kami tidak dapat menemuinya. Dia tiba-tiba lenyap, kami mencarinya namun dia tiada. Mereka katakan dia pergi ke sesuatu tempat lalu kami bertanya di sana dan dia tetap juga tidak ditemui. Namun tiada berita tentangnya, dia telah melarikan diri. Baik, kita jangan katakan dia melarikan diri, tetapi dia menghilang. Namun jika tiada fosil perantaraan, tiadalah Darwinisme. Itulah hakikatnya. Mereka boleh menamatkan isu pada titik ini. Saudara kita itu boleh sahaja menjawab dengan lantang – tanpa mengaitkan 350 juta fosil sekiranya dia mahu – “berikan sahaja satu bukti kepadanya, cuma satu fosil perantaraan.” Cuma satu. Kemudian dia boleh menghantarnya segera kepada saya. Biar saya lihat sekalipun sekadar melalui internet. Ok? Ini akan menyelesaikan persoalan tersebut. Kerana mereka tidak dapat menghantarnya. Kerana mereka tidak mempunyainya. Bukankah begitu? Dia juga boleh menjawab: “Dapatkah protein terbentuk secara kebetulan?” Lihat, perlu ada protein lain untuk membentuk protein. Adakah anda tahu maksudnya? Satu jalan buntu. Perhatikan, perlu ada sebuah buku untuk pembentukan buku ini. Ianya tamat dan siap 100 peratus. Bukankah begitu? Anda perlukan protein untuk membentuk protein.
ALTUĞ BERKER: Tambahan pula, perlu ada 60 protein, sel dan DNA.
ADNAN OKTAR: Bukan begitu, lihat, saya sudah menyerah menanyakan perincian tersebut. Saya juga tidak mendesak tentang jenis-jenis protein untuk mereka yang bertangan kanan atau kidal. Tidak juga tentang kromosom. Namun kromosom tetap sahaja diperlukan. Kemudian anda perlukan DNA, dan sel. Saya juga tidak akan menjelaskan perkara ini dengan lebih terperinci. Anda hanya perlukan protein untuk membentuk protein. Itu menggambarkan 100 peratus kebuntuan. Tamat dan selesai. Ianya mustahil. Namun demikian, apa yang dikatakan oleh golongan ini? Mereka mengatakan bahawa saudara kita datang dari angkasa dan telah melakukannya. Mereka secara literal kini sedang bermain lumpur. Dan bukan seperti kebiasaannya. Mereka diselaputi dengan lumpur. Maksud saya itu bukanlah kebiasaan bermain lumpur. Benar? Maksud saya sebahagian orang berguling di lumpur dan begitulah. Namun golongan ini berguling di lumpur seperti kincir angin. Lihat, bapa-bapa saudara mereka muncul dari luar angkasa dan membuat kromosom, sel dan protein kemudian terbang pergi lagi. Bertuahnya mereka… Namun mereka juga perlukan kromosom dan protein. Tetapi golongan ini tidak pernah menyebutkannya. Tiada maklumat tentang bagaimana ianya terbentuk. Mereka cuma dapat menduga bahawa makhluk asing lain yang membuatnya. Dan mereka juga, mengikut giliran, telah dibuat oleh makhluk asing lain. Itu kelihatan seperti satu keturunan makhluk angkasa yang tidak berpenghujung. Mereka kini berada dalam satu keadaan kasihan dan melucukan, tambahan pula saya tidak mempunyai latihan dalam bidang biologi dan seumpamanya. Saya bermaksud bahawa ini adalah sesuatu yang sukar untuk mereka terima, untuk melihat ratusan ribu universiti dan jutaan profesor kecundang dalam satu langkah tunggal. Satu langkah tunggal. Mereka bercakap tentang seseorang yang tampil dari Timur Tengah, dari Turki, Istanbul. Beliau dikatakan telah merosakkan urusan mereka. Dengan erti kata lain, dia telah men’dinamit’ seluruh sistem, taklukan dan rejim kita. Saya sebutkan dinamit kerana rakan ini menyebutnya. Seorang profesor membuat komentar tersebut. Katanya: “Sementara anda sibuk dengan isu tudung, lelaki ini menghancurkan asas-asas sistem.” “Kamu tidak tahu,” katanya. Ini adalah seorang profesor. Beliau berkata: “Tudung bukanlah isu utama. Inilah isu utamanya. Dia sedang meruntuhkan Darwinisme,” katanya lagi. “Seluruh sistem kita bertunjangkan Darwinisme,” ujarnya, “dan dia sedang men’dinamit’ sistem itu dan menghapuskannya.” Mereka meratap dan hairan kerana tiada orang menyedarinya. Namun sekalipun mereka sedar ia tidak akan mengubah apa-apa, kerana kita akan menewaskan mereka tidak kira orang sedar atau tidak, insyaAllah. Dengan izin Allah, dengan jalan yang dibentuk oleh Allah Yang Maha Kuasa.