Transkrip wawancara langsung En. Adnan Oktar di Harun Yahya TV bertarikh
12 November 2010
ADNAN OKTAR: Dalam perjuangan kita menegakkan kalimah'La ilaha illa Allah'(Tiada Tuhan selain Allah) dan membolehkan orang menerima 'La ilaha illa Allah', kita akan membentuk perikatan bersama Kristian dan Yahudi dan kita akan melakukannya. Ini kerana mereka (sistem dajjal) telah mengakibatkan 99% populasi dunia berpaling dari agama, Tuhan dan iman. Pertama, kita mesti berusaha agar orang menerima Kewujudan dan Keesaan Allah. Apabila gabungan telah dijalinkan bersama golongan Kristian, matlamat ini akan dapat dicapai dengan mudah. Kemudian dunia Kristian, perhatikan, Bediuzzaman berkata: "Jangan membicarakan apapun kepada golongan Kristian tentang perkara lain buat masa ini." Hanya tentang 'la ilaha illa Allah'; dan terdapat satu ayat di dalam Al-Quran yang membawa maksud sedemikian. Allah Yang Maha Kuasa berfirman "Serulah Kristian untuk (mengucapkan) la ilaha illa Allah." Setelah mengajak mereka melafazkan 'La ilaha illa Allah', menjadi tugas Nabi Yesus (as) untuk membuatkan mereka mengucapkan 'Muhammad ar-Rasul Allah' (Muhammad ialah Pesuruh Allah) dengan izin Allah. Bagindalah yang akan melaksanakan hal tersebut, insyaAllah. Namun (menyeru mereka mengucapkan) 'La ilaha illa Allah' amat penting. Ia terlalu mustahak. Itu adalah persoalan pokok. Seandainya kita berhasil mengajak mereka mengakui 'La ilaha illa Allah', maka mengajak mereka untuk mengucapkan 'Muhammad ar-Rasul Allah' akan menjadi mudah. Namun sebelum sampai ke tahap tersebut, syaitan berencana untuk memporak-porandakan golongan Muslim, melancarkan perang di antara Kristian dan Muslim, di antara Yahudi dan Muslim, di antara Alawite dan Sunni, di antara Jaffari dan Sunni. Kita tidak akan terjebak ke dalam perangkap itu. Sesetengah rakan kita yang lemah sedang tersungkur dalam genggaman syaitan. Maka kita mengingatkan mereka.