Transkrip wawancara langsung Encik Adnan Oktar di A9 TV
bertarikh 15 Disember 2011
ADNAN OKTAR: "Menjadi seorang manusia". Apakah ertinya "menjadi seorang manusia"? Terdapat "menjadi seorang Muslim", "menjadi seorang hamba Allah", "menjadi seorang yang dicintai Allah", ada "mendapat keredhaan Allah." Apakah maknanya "menjadi seorang manusia"? Kata "menjadi seorang manusia" adalah sangat longgar. Seseorang perlu bertanya "apakah maksudnya menjadi seorang manusia?" Kemudian anda harus bercerita tentang sesuatu tanpa had atau batas. Adakah menjadi seorang manusia itu satu agama, satu falsafah atau keyakinan? Seandainya ia satu agama, apakah jenis agama ini? Jika ia satu falsafah, bagaimanakah bentuknya? Dan "menjadi seorang manusia" berdasarkan siapa dan apa? Seseorang perlu menjelaskan maksud "menjadi seorang manusia". Itu adalah satu kenyataan yang sangat kabur. Tetapi "menjadi seorang Muslim" ialah satu ungkapan yang nyata. Jika anda katakan "Saya hidup demi keredhaan Allah," maknanya amat jelas. Namun jika anda katakan "menjadi seorang manusia", pemahaman menjadi seorang manusia akan berbeza bagi seorang yang berbangsa Cina, Jerman dan Turki. Ia mungkin berlainan bagi seseorang yang berada di Kayseri dan juga di Malatya, jika tidak dihubungkan dengan agama. Andai anda mengaitkannya dengan agama, lantas mengapa perlu menggunakan perkataan kabur sebegitu?