logo
HARUN YAHYA
Kristian mengucapkan nama Allah merupakan satu rahmat yang besar dan penyucian
ucgen

Kristian mengucapkan nama Allah merupakan satu rahmat yang besar dan penyucian

2291

Daripada temubual En. Adnan Oktar di Cay TV dan Kahramanmaras Aksu TV, 14 Januari 2010) 

Penyampai:En. Oktar, baru-baru ini saya terbaca bahawa penganut Islam telah memprotes penggunaan nama Allah oleh golongan non-Muslim dan tiga buah gereja telah dibakar. Muslim merasakan bahawa golongan Kristian cuba bertindak sebagai mubaligh. Adakah ini sikap yang betul? Dogan Yazici bertanya dari Izmit. 

Adnan Oktar:Saudara Dogan kita menanyakan soalan yang bagus. Pastinya tiada yang salah dengan perkara tersebut. Mengapa ia perlu disalahkan? Bukankah kita berusaha agar mereka turut mengucapkan Allah? Itu merupakan satu kesalahan paling melampau. Seseorang mungkin menunaikan solat, seorang Kristian, lalu adakah kita diharapkan untuk membakar lagi empat buah gereja kerana dia melakukan solat? Seseorang berpuasa. Jadi bakar lagi 10 buah gereja. Adakah ini perbuatan yang betul? Seorang Kristian tidak meminum arak. Maka bakar lagi 90 buah gereja. Kesemua ini adalah tidak rasional. Amat salah. Ini ialah hasutan syaitan. Adalah merupakan satu rahmat yang besar mereka mengucapkan nama Allah. Di dalam Al-Quran, Allah Yang Maha Kuasa memerintahkan kita agar “berpegang pada satu ketetapan”. Dia memberitahu dunia Kristian untuk “beriman kepada Allah, beriman kepada keesaaan Allah”. Ini ialah satu penyucian. Maka ia adalah sesuatu yang baik. Semua Kristian akan menjadi Muslim di masa kedatangan semula Nabi Yesus (as). Kita mesti menerima mereka dengan penuh kasih sayang, serta menjaga dan melindungi mereka sebagaimana yang diamanahkan oleh Allah. Mereka dianiaya di mana-mana. Mereka telah ditindas selama 100 tahun terakhir. Secara umumnya, orang yang membakar gereja tersebut tidak beriman. Macamlah pembakar gereja itu orang yang ke masjid siang dan malam! Mereka adalah golongan berfahaman Darwinis dan materialis yang telah belajar di sana sini, di Britain dan Eropah, dengan pemikiran komunis, teroris dan anarkis. Bagaimana seseorang boleh membakar sebuah gereja? Al-Quran memberi satu keterangan tentang rumah ibadat. Sinagog dan gereja perlu diberi perlindungan tertentu. Ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Ianya amat melampau, satu kesalahan yang teruk. Amat salah. Golongan Yahudi juga perlu dilindungi dan dijaga. Sinagog, gereja dan masjid mempunyai tempat istimewa di dalam Al-Quran, tempat ibadat di mana sifat kudusnya digariskan, dan seseorang perlu lebih teliti tentangnya. Saya bayangkan saudara-saudara kita telah menyedari hal itu. Mereka perlu berhati-hati tentang perkara tersebut, insyaAllah.

KONGSI
logo
logo
logo
logo
logo