logo
HARUN YAHYA
KEINDAHAN DUNIA LAUT
ucgen

KEINDAHAN DUNIA LAUT

1325

Kita boleh menjumpai pelbagai jenis hidupan yang berbeza di muka bumi. Berjuta-juta haiwan, tumbuhan dan serangga hidup dalam harmoni di planet ini.

Hidupan yang pelbagai ini hanya boleh wujud sekiranya keseimbangan yang baik dan kompleks wujud di antara hidupan-hidupan. Jarak di antara bumi dan matahari, kecondongan paksi orbit bumi, kelajuan bumi berputar, komponen-komponen yang terdapat di dalam atmosferanya, dan keluasan air (laut) yang merangkumi tiga perempat keluasan permukaan bumi, adalah antara beberapa aspek yang amat penting dalam mewujudkan keseimbangan hidupan di bumi ini.

Lautan, yang merangkumi majoriti keluasan permukaan bumi adalah anugerah yang amat bernilai untuk keseimbangan hidup di bumi. Banyak kejadian alam di atmosfera, seperti pembentukan hujan, angin dan seterusnya cuaca, hanya boleh berlaku dengan wujudnya lautan.

Tambahan pula, lautan memainkan peranan penting sebagai tempat tinggal kepada berjuta-juta hidupan. Penciptaan hidupan laut ini yang tinggal sejauh beberapa ratus hingga beribu meter ke dalam laut, adalah sangat menakjubkan seperti hebatnya penciptaan hidupan di darat. Penciptaan sistem dunia hidupan dasar lautan menunjukkan betapa hebatnya ciptaan Tuhan yang tiada bandingan dan tidak terfikir oleh manusia.

Dari ikan sehingga ke tumbuhan lautan, dari hidupan bercengkerang sehingga ke ikan paus yang besar, dari ikan dolphin sehingga ke plankton, semuanya terlibat dalam mewujudkan kesimbangan ekosistem  bumi yang tiada cacat-celanya. Di dalam filem ini, hanya beberapa contoh hidupan laut yang menakjubkan akan dipertontonkan. Walaupun hanya sedikit sahaja yang akan dipertontonkan, seperti bagaimana hidupan-hidupan ini mendapatkan oksigen dan makanan, struktur fizikal dan tempat tinggal hidupan, akan mendedahkan kepada anda bahawa hidupan ini telah dicipta sebaiknya mengikut keperluan hidup masing-masing. Ini kerana Pencipta mereka Maha Mengetahui tentang segala sesuatu yang diperlukan untuk setiap hidupan.

Pencipta hidupan-hidupan ini ialah Tuhan yang Maha Hebat, Maha Mengindahkan dan Maha Mengetahui dengan amat teliti tentang setiap perkara yang wujud di permukaan bumi dan di dasar lautan.

 

Taktik-taktik Pertahanan

Persekitaran yang didiami oleh haiwan laut menyediakan pelbagai sumber makanan kepada mereka. Walaubagaimanapun, mereka juga di dalam keadaan bahaya kerana diburu untuk menjadi makanan bagi haiwan lain.  Oleh sebab itu, sistem pertahanan adalah sangat penting.  Sistem pertahanan dan teknik pemburuan haiwan-haiwan ini adalah sangat menakjubkan. Walaupun mereka tidak memiliki kebijaksanaan, mereka mempamerkan corak perlakuan  terancang terhadap persekitaran. Sebahagian melakukan pertahanan diri daripada musuh mereka dengan cara menyamar hidupan lain dan sebahagian menghasilkan racun.Terdapat juga yang menyembunyikan diri dengan menukar warna kulit badan supaya menyamai warna dan bentuk persekitaran. Ini dinamakan sebagai teknik penyamaran.

Penyamaran merupakan antara teknik yang menakjubkan yang dipunyai oleh hidupan laut untuk melindungi diri. . Disebabkan teknik ini, ikan-ikan tidak dapat dilihat oleh musuh-musuh mereka. Badan mereka menyamai warna dan bentuk persekitaran mengikut kesesuaian dan kadar tertentu. Kadang-kala, adalah sangat sukar untuk membezakan dengan sekali imbas, samada ini ialah tumbuhan atau haiwan.

Salah satu hidupan laut yang menggunakan teknik ini ialah ikan ‘kala jengking’ (ikan scorpion).

Adalah  sukar untuk membezakan ikan scorpion yang tersembunyi dan tidak bergerak, dengan batu-batu karang di sekitarnya.  Terima kasih pada kebolehan penyamaran ini, ikan ini terselamat daripada menjadi mangsa kepada ikan besar ini. Kebolehan ini juga membolehkan mereka memburu dengan mudah, tanpa disedari haiwan lain.

Ikan scorpion ini adalah antara contoh terbaik yang menggunakan ‘kuku’ sebagai ‘cangkuk’ semasa berenang. . Ia berenang di sepanjang dasar lautan, bersedia setiap masa untuk melindungi diri daripada bahaya yang boleh muncul tiba-tiba. Dengan sekelip mata, ikan scorpion ini menenggelamkan diri di dalam pasir untuk tujuan penyamaran. Dalam masa beberapa saat, ia hilang dari pandangan. Amat mustahil untuk mengenalpasti ikan scorpion ini yang kaku tidak bergerak ini di dasar laut.

Hidupan laut lain yang menyembunyikan diri dengan cara penyamaran ialah ketam. Apabila bahaya datang, ketam ini menyembunyikan diri dengan menyorok di dalam pasir dan akan berada di situ sehingga bahaya hilang. Pada masa yang sama, matanya yang dicipta khas untuk memerhatikan dari dalam pasir,  tidak lupa untuk memerhatikan keadaan alam sekitar. Hidupan lain yang boleh melakukan penyamaran ialah ikan flounder. Apabila ikan ini berenang di permukaan air, satu perkara menarik berlaku.  Ikan ini menukar warna kulit badannya mengikut warna dasar laut di mana ia berenang.  . Ia boleh berubah dari warna putih kekelabuan di kawasan batu-batuan atau pasir, kepada warna bercorak hijau di kawasan yang padat dengan rumpai laut. Ikan ini tinggal di kawasan pasir dan secara pantas boleh berubah corak mengikut persekitaran.

Hidupan bawah laut yang kita bincang setakat ini telah dicipta sebaik mungkin untuk melakukan penyamaran warna badan termasuk warna mata mereka. Mata mereka sentiasa berada di atas permukaan pasir ketika seluruh badan mereka terbenam di dalam pasir, membolehkan mereka memerhatikan persekitaran dengan selamat, seperti sebuah teropong periskop kapal selam.

Sotong katak dikenali sebagai penyamar yang mahir. Haiwan ini mempunyai kebolehan untuk menukar corak dan warna pada badan mereka dalam masa yang singkat.

Perubahan warna pada hidupan-hidupan ini membuktikan penciptaan mekanisma pertahanan yang hebat. Adalah sangat jelas seekor ikan tidak  memiliki kebijaksanaan untuk menukar warna kulit dengan sekelip mata.Sekiranya kita menganggap ianya ada kebolehan tersebut, bagaimana ia tahu mekanisma fisiologi mana yang berlaku yang membawa kepada perubahan itu?Dengan cara apa mekanisma ini dicipta di dalam badan, dan bagaimana mereka melakukannya?

Seekor ikan yang tidak memiliki kuasa untuk berfikir, menilai, dan merancang tidak mampu memperolehi kebolehan kualiti penyamaran ini dengan sendiri.

Ini jelas menunjukkan, sistem yang kompleks yang melibatkan perubahan warna ini tidak berlaku secara kebetulan.

Pencipta kepada keajaiban alam ini ialah Tuhan Yang Maha Esa, yang Maha Menciptakan kesemua hidupan daripada tiada dan mengurniakan mereka dengan mekanisma pertahanan dalaman untuk terus hidup.

Perubahan Rupa Bentuk

Sebahagian hidupan laut menggunakan cara berbeza daripada teknik penyamaran untuk melindungi diri.  Sebagai contoh, haiwan ini memiliki kebolehan penyembunyian yang sangat praktikal. Ia bersembunyi di bawah batu karang apabila berenang di dasar laut.

Ikan buntal yang masih muda ini bukanlah perenang yang baik. Oleh sebab itu, ia tidak boleh melarikan diri dengan cepat apabila pemangsanya mengejarnya. Walau bagaimanapun, ia memiliki sistem pertahanan yang sempurna apabila berhadapan dengan serangan. Apabila pemangsa menyerang, badannya akan mengembang. Apabila tidak dapat membaham ikan buntal ini kerana saiznya terlalu besar, pemangsa akan meninggalkan ikan buntal tersebut.. Ikan landak ini, mempunyai sistem pertahanan yang hampir sama dengan sistem pertahanan ikan buntal. . Ikan ini lebih besar daripada ikan buntal dan memiliki tulang belakang yang lurus di kulitnya.

Apabila ia terhidu bahaya yang akan datang, ia akan membesar dan mengembang dengan serta merta sehingga beberapa kali saiz normalnya.. Tulang belakangnya seakan ‘menegak’ apabila ianya mula membesar dan ia kelihatan seperti bola yang berduri. Ini menjadikan ikan-ikan lain yang pada mulanya mengidam untuk memakan ikan landak tersebut, akhirnya pergi meninggalkannya.

Apabila kita berfikir mengenai hal ini, kita dapat melihat bahawa ikan-ikan ini memiliki teknik pertahanan yang hebat dan tersusun. Ikan buntal ataupun ikan landak memiliki sistem badan yang dicipta khusus untuk menghalau musuh mereka dan juga sistem refleks untuk digunakannya apabila perlu.Adalah  mustahil untuk haiwan-haiwan yang tidak memiliki kebijaksanaan ini, untuk mencipta sendiri sistem ini di dalam badan mereka.

Ini jelas menunjukkan hidupan-hidupan ini telah sedia dicipta bersama dengan sistem-sistem ini.

Tuhan, Yang Menguasai Sekalian Alam, menganugerahkan hidupan-hidupan ini suatu mekanisma pertahanan biologi yang mengkagumkan, sepertimana Dia Mencipta segala hidupan di dunia ini dengan mekanisma yang sesuai mengikut persekitaran mereka.

Udang mentadak

Hidupan yang anda saksikan setakat ini hanyalah beberapa contoh kecil daripada pelbagai jenis spesis laut yang tidak terhingga banyaknya. Terdapat beribu jenis hidupan laut lain yang dianugerahkan dengan sistem pertahanan diri yang unik dan effektif.

Sebagai contoh, udang mentadak ini.

Udang mentadak yang kelihatan menarik ini, berlindung di bawah pepasir. Apabila udang ini ingin mencari makanan, ia menggunakan penyepitnya yang kelihatan seperti penukul, untuk mengeluarkan seekor kupang. Kemudian, ia menyiat daging kupang itu menjadi ketulan kecil dengan ‘memukul’ beberapa kali.

Pada masa yang sama, ia sentiasa berwaspada dengan kehadiran sotong kurita yang menghampirinya.  . Ia mendompak di hadapan sotong tersebut, sebagai satu amaran untuk tidak membuat kacau.

Sekiranya sotong kurita itu tidak beredar, udang tersebut akan menyerang tepat ke matanya. Serangan akan dilakukan secara berterusan sehingga sotong tersebut meninggalkan tempat itu. Udang itu bertindak seolah-olah ia faham yang mata adalah bahagian anatomi yang ditakuti oleh musuh sekiranya diserang. Udang itu mengekori sotong kurita sehingga ia pasti sotong itu benar-benar beredar sebelum pulang ke tempat tinggalnya.

MATA PALSU

Sistem pertahanan lain yang kita boleh lihat ialah kewujudan mata palsu.. Sesetengah ikan mempunyai kulit yang bercorak tompok ‘mata besar’ di belakang ekornya.Tompok-tompok ini menjadikan mereka seolah-olah mempunyai saiz berbadan besar. Selain itu, ia juga mengalih perhatian musuhnya tertumpu kepada ekornya, daripada menyerang pada bahagian badan yang lebih bahaya iaitu kepala, dan ini memberi peluang kepadanya untuk melepaskan diri.  Mata sebenarnya juga kurang menyerlah dengan adanya corak hitam berjalur lebar.Semestinya, corak ini tidak terhasil dengan sendirinya, tetapi telah dicipta khusus sebagai alat perlindungan .

Adalah mustahil untuk membezakan kepala dan ekor ikan ini. Mata palsunya yang terletak di belakang badannya adalah alat pertahanan yang sempurna… Namun, apa yang lebih menakjubkan, hidupan ini bukanlah tumbuhan, tapi seekor kuda laut!

 Ikan badut ini tinggal di persekitaran di mana ikan-ikan lain berasa mustahil untuk memburunya. Tumbuhan laut yang didiami oleh ikan ini mempunyai racun yang sangat berbahaya yang dapat melumpuhkan segala jenis hidupan yang menyentuhnya.   . Namun, ikan badut  imun sepenuhnya terhadap racun ini. Ini kerana terdapat selaput pelindung yang tidak kelihatan di  badan ikan ini yang menghentikan tindakan berbahaya kapsul berbahaya daripada tumbuhan tersebut. Apabila ia menghampiri tumbuhan ini, ia merendahkan bahagian perutnya dan mula memecahkan kapsul-kapsul ini.Terima kasih kepada selaput lutsinar ini yang  meyelamatkannya, dan selepas beberapa kali menyentuh tumbuhan ini, imuniti ikan tersebut semakin meningkat. Ia sekarang boleh tinggal bersama-sama tumbuhan ini dengan selamat.

Untuk menyatakan bahawa penyamaran, perubahan bentuk badan, dan beberapa lagi cara sistem pertahanan wujud dari masa ke semasa atau berlaku secara kebetulan adalah dilihat sebagai jawapan yang tidak logik. Hidupan-hidupan ini, yang tidak memiliki kebijaksanaan dan pemikiran logik, masih terus hidup kerana sistem biologi yang dicipta secara unik untuk mereka.

Hanya Allah Yang Menganugerahkan mereka dengan aset kehidupan yang penting dan khusus, sesuai dengan tempat tinggal mereka.

Dia berfirman mengenai kebenaran ini di dalam sepotong ayat Al-Quran:

 … Tuhanmu Maha Memelihara segala sesuatu. (Surah Saba’: 21)

SIMBIOSIS

Sebahagian hidupan laut perlu kerap membersihkan badan mereka daripada kulat ataupun parasit yang hidup di atas badan mereka. Namun, mereka tidak mempunyai kepakaran untuk melakukan tugas ini.

Untuk tujuan ini, mereka mendapat bantuan hidupan lain. Sesetengah spesis, secara normalnya, ia mungkin menjadi mangsa, boleh berenang bebas sesuka hati di sekitar haiwan yang lebih besar untuk membersihkan parasit dan kulat dengan cara memakan hidupan-hidupan kecil itu.

Kedua-dua pihak mendapat manfaat daripada perlakuan ini. Satu pihak mendapat makanan, dan satu pihak lagi mendapat ‘servis’ pembersihan. Walau sebesar mana haiwan pun, seperti ikan jerung atau ikan paus, mereka perlu dibersihkan dengan cara ini. Mereka membenarkan hidupan kecil untuk melakukan tugas ini, berenang bebas di sekeliling dan di dalam mulut mereka sendiri, tanpa mencederakan hidupan kecil ini. Hidupan-hidupan kecil ini melakukan tugas ini dengan tiada rasa takut kerana tahu tiada apa yang akan mencederakan mereka.

Ikan Axe dan Ikan Barber

Ikan barber yang kecil ini membersihkan parasit merbahaya dari kulit ikan axe yang bertompok ini. Apabila ikan-ikan barber ini sedang melakukan pembersihan, ikan axe berwaspada untuk tidak melakukan pergerakan yang menakutkan mereka. Ini membenarkan ikan-ikan barber ini menyelesaikan tugas mereka, seperti ada perjanjian diantara kedua-dua ikan. Dengan cara ini, ikan axe dapat membersihkan diri, di mana agak mustahil untuk mendapatkan cara pembersihan lain.

Penyu dan ikan batu karang

Kebanyakan ikan batu karang tinggal di bawah batu-batuan dan hidup dengan memakan rumpai laut. Rumpai laut bukan sahaja sumber makanan bagi ikan ini.  Ikan batu karang yang kita lihat ini sedang memakan kulat yang terlekat di cangkerang penyu. Penyu, yang berenang bersama ikan-ikan tersebut, menunggu supaya ikan ikan ini ‘tunggang’ di atasnya.Maka, ikan batu karang ini dapat melakukan pembersihan yang tidak dapat penyu dilakukan sendiri oleh penyu.

Udang

Udang yang kecil dan lutsinar ini dapat membersihkan pelbagai jenis ikan.

Ikan ini membenarkan udang tersebut berenang di sekitar mulutnya. Ia membuka mulutnya untuk memudahkan kerja si udang, dan terus membuka..

Udang ini dapat bergerak di sekitar insang ikan yang sensitif dan dapat membersihkan organism di situ juga, dengan memakannya.

NALURI

Hidupan laut yang kita bincangkan tidak menyedari akan kewujudan parasit di atas badan mereka. Sekalipun mereka menyedari, mereka tidak memiliki pengetahuan bahawa parasit atau kulat  mampu membahayakan diri mereka. Sekiranya kita merasakan mereka mengetahui pun, bagaimana mereka tahu cara untuk membuangnya?

Namun hidupan ini seperti sudah tahu ke mana untuk pergi bagi mendapatkan ‘servis’ ini, dan seakan tahu ikan mana yang boleh melakukannya. Untuk tujuan ini, mereka mencari dan berjumpa, seperti sudah ada perjanjian, dengan hidupan lain di tempat tertentu.Ketika ini, walau bahaya mana sekalipun mereka terhadap ikan lain, mereka tidak sekali-kali akan mengancam hidupan yang lebih kecil. Lebih menarik lagi, mereka menukar warna kulit mereka dan menggunakan pelbagai cara untuk menarik perhatian hidupan-hidupan ini mendekati mereka.

Tiada satu pun perlakuan ini dapat disedari dan difahami oleh seekor haiwan. Dan tidak mungkin mereka dapat memahami perkara ini sesama mereka.

Hidupan-hidupan ini, bertindak sebagaimana yang diaturkan oleh Tuhan, Yang Maha Memiliki Pengetahuan di atas segala sesuatu, sejak hari pertama mereka hidup di Bumi ini. Seperti yang diberitahu di dalam sepotong ayat Al-Quran:

Segala di langit dan bumi adalah kepunyaanNya. Semua tunduk pada perintahNya.

Perihal kehidupan bawah laut yang sempurna, yang tidak diketahui ramai orang, adalah sumber  pengetahuan yang amat berguna untuk sesiapa yang mahu berfikir dan memiliki kesedaran.  Tuhan membuktikan KehebatanNya, kekayaan pengetahuaNya melalui penciptaan hidupan-hidupan ini.

Tanggapan Salah mengenai Evolusi

Teori evolusi yang diperkenalkan pada kurun ke-19 oleh Charles Darwin, menafikan penciptaan Tuhan. Teori ini mengatakan bahawa semua hidupan di dunia ini berevolusi dan berkembang secara kebetulan, dari satu spesis ke satu spesis yang lain.Sekiranya kita meneliti sifat-sifat yang dimiliki oleh kesemua hidupan, ia menjelaskan bahawa teori evolusi Darwin itu hanya delusi (kepercayaan palsu) semata.

Terdapat dua sebab menjelaskan hal ini:

1- Sistem-sistem dan organ-organ di dalam semua hidupan adalah teramat kompleks. . Adalah sangat mustahil untuk perkara-perkara ini untuk terjadi dengan tiba-tiba seperti yang didakwa teori evolusi. Organ-organ dan sistem-sistem ini menunjukkan bahawa kehidupan ini telah dicipta dengan amat sempurna. Hidupan-hidupan yang pelbagai yang anda saksikan dalam  filem ini membuktikan kesempurnaan ini.Ketam dan ikan flounder  yang mempunyai struktur mata khas untuk membolehkan mereka melihat di sekeliling sekalipun mereka berada di dalam pasir… Sotong kurita yang memiliki sel-sel yang khusus untuk membolehkan mereka menyamar sekelip mata mengikut persekitaran…Ikan yang boleh menakutkan musuh-musuh mereka dengan corak mata palsu di bahagian ekor mereka… dan hidupan-hidupan lain, semuanya adalah bukti-bukti kepada penciptaan yang hebat ini. Adalah mustahil untuk mendakwa bahawa kesemua kejadian adalah berlaku secara kebetulan.

2- Sebab yang kedua ialah, apabila bukti fosil dikaji, ia menjelaskan bahawa pelbagai spesis hidupan yang dijumpai di dunia ini, wujud dalam bentuk yang sama pada hari ini,, membuktikan tiada pertalian evolusi di antara mereka. Teori evolusi mendakwa bahawa sepatutnya, terdapat ‘spesis pertengahan’ di antara spesis-spesis. Namun, tiada bukti yang membenarkan teori itu.

Ini juga boleh diaplikasikan kepada hidupan bawah laut.

Bukti fosil menunjukkan bahawa spesis ikan laut yang terawal wujud dengan struktur  yang sempurna, dengan penciptaan badan yang khusus untuk mereka. Ikan-ikan ini tidak menunjukkan sebarang persamaan dengan hidupan invertebrate laut yang wujud sebelum mereka. Gerald Todd, seorang pakar palaeontologi mengetengahkan persoalan yang tidak dapat dijawab ini, di dalam artikelnya bertajuk “ Evolusi mengenai Paru-paru dan Asal-Usul Ikan-ikan Bertulang”.

Ketiga-tiga bahagian ikan-ikan bertulang ini dijumpai pada waktu yang hampir sama, mengikut rekod fosil. . Mereka sudah sedia berbeza secara morfologi, dan mereka dilengkapi dengan sistem pertahanan. ? Dari mana mereka berasal?Apa yang menyebabkan mereka begitu berbeza sekali? Bagaimana mereka semua dilengkapi dengan perisai pertahanat?Dan bagaimana tiada penemuan bentuk hidupan awal dan ‘pertengahan’?

Hidupan laut tidak mempunyai keturunan sebelum mereka, kerana mereka tidak berevolusi daripada hidupan lain. Mereka diciptakan seperti yang wujud pada hari ini.

Sekumpulan hidupan laut lain yang membingungkan para pakar evolusi ialah spesis ikan elektrik. Hidupan ini boleh menjana kuasa elektrik dan penting sebagai pertahanan, serangan atau alat komunikasi, adalah ciptaan yang mengkagumkan. Sebahagian ikan-ikan elektrik boleh menjana sehingga 500 volt kuasa elektrik.

Tambahan pula, wujudnya pelbagai jenis kumpulan ikan elektrik yang mempunyai struktur biologi masing-masing yang sangat unik. Pakar-pakar evolusi tidak dapat membayangkan wujudnya pertalian evolusi di antara  ikan-ikan ini.

Subjek mengenai ikan elektrik ini membuatkan Charles Darwin, pengasas teori evolusi ini, berfikir panjang mengenainya dan memaksanya untuk menyatakan kebenaran.Dalam satu bahagian di dalam bukunya, “Asal-Usul Spesis” iaitu ‘Kelemahan Teori’, Darwin menyatakan seperti berikut:

. Ikan-ikan elektrik adalah satu lagi kes berbeza; adalah mustahil untuk menyatakan bagaimana organ-organ yang menakjubkan ini boleh wujud. …Apa yang lebih membingungkan, organ ikan elektirik ini hanya terdapat dalam beberapa jenis ikan sahaja, di mana mereka tinggal berasingan daripada kumpulan sejenis mereka. [Charles Darwin, Asal-Usul Spesis, edisi 6, muka surat 221]

Sebenarnya, kebingungan mengenai teori ini tiada penghujungnya.Kerana setiap hidupan di bawah laut memiliki mekanisma biologi yang menjelaskan kebijaksanaan penciptaanNya.

Satu contoh lagi seperti ini ialah sejenis ikan batu (rockfish) yang mempunyai teknik pemburuan yang menarik. Ia menarik perhatian mangsanya dengan melambai satu organ yang khusus di kepalanya, yang berfungsi seperti joran ikan.

Ikan archer (ikan pemanah) ini seperti pakar geometri kerana ia dapat mengagak secara tepat kedudukan seekor serangga yang dilihatnya, walaupun cahaya dari luar  terbias apabila memasuki air.  Ia menangkap mangsanya menggunakan air yang disembur dari mulutnya.

Sejenis spesis ikan yang tinggal di Amazon menangkap mangsanya dengan melompat lebih daripada satu meter dari permukaan air, dengan lompatan yang tepat pada sudut dan jaraknya.

Kesemua hidupan ini mendedahkan kepada kita mengenai satu kebenaran yang amat penting.

Setiap dari mereka adalah bukti hidup daripada Maha Pencipta.

Setiap satunya adalah ciptaan seni, dengan organ-organ yang kompleks, menggagumkan, dan warna-warna serta bentuk-bentuk yang amat unik.

Tiada lagi keraguan yang menunjukkan kehebatan Pencipta pada setiap ciptaan-ciptaan ini.

Dan keajaiban ciptaan hidupan bawah laut ini menjelaskan kepada kita mengenai kehebatan Tuhan, Tuhan segala lautan, bumi, ruang angkasa dan seluruh alam.

Penciptaan Tuhan yang menakjubkan ini diungkapkan dalam sepotong ayat Al-Quran:

Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.

 


KONGSI
logo
logo
logo
logo
logo
Muat turun