Tamadun Mesir Purba merupakan salah satu daripada tamadun yang paling dikagumi pernah dibangunkan oleh manusia. Masyarakat Mesir Purba memiliki pengalaman dan ilmu pengetahuan yang meluas dan kini menjadi salah satu daripada warisan masyarakat primitif. Di kalangan golongan masyarakat Mesir, terdapat cendikiawan yang memiliki kebijaksanaan yang datang dari zaman Nabi Nuh (as) dan Nabi Ibrahim (as). Golongan cerdik pandai Yahudi ini menggunakan ilmu yang diwarisi daripada para nabi terdahulu. Salah satu daripada ilmu pengetahuan tersebut adalah penggunakan tenaga elektrik bagi menghasilkan pencahayaan.
Penemuan pelbagai ukiran dan corak pada permukaan dinding Kuil Hathor di Kompleks Kuil Dendera Mesir, membongkar satu rahsia yang menarik mengenai masyarakat Mesir purba. Seperti gambar rajah yang dipaparkan di bawah, yang terdapat di Kompleks Kuil Dendera. Rekaan ukiran tersebut menunjukkan bahawa masyarakat Mesir purba mendapatkan sumber pencahayaan melalui penggunaan mentol dan lampu arka.
Pemeriksaan teliti terhadap gambar-gambar yang terdapat di Kuil Hathor menunjukkan bahawa penebat bervoltan tinggi telah diguna pakai, sama seperti yang ada pada masa kini; struktur ini disokong oleh tiang yang berbentuk segi empat bujur yang menyerupai sebiji mentol (dipercayai telah digunakan sebagai penebat dan dikenali sebagai Djed Column). Ini merupakan penemuan yang menakjubkan kerana reka bentul mentol lampu yang kita gunakan pada hari ini mempunyai ciri yang serupa pada zaman Mesir purba.
Walter Garn, seorang jurutera elektrik berbangsa Austria telah mengkaji ukiran yang terdapat pada permukaan dinding secara terperinci, dan menghasilkan semula penebat Djed Column, mentol dan pintalan wayar dan hasilnya, model yang dibina oleh beliau berfungsi dan memancarkan cahaya.
Dalam satu saluran dokumentari pada September 1996 oleh Amerika ABC, sistem pencahayaan ini telah diuji semula oleh para saintis di hadapan kamera dan kejayaan sekali lagi dicapai dan cahaya diperolehi. Secara asasnya, ini hanyalah mentol dan ia berfungsi melalui teknik yang dipaparkan pada lukisan dinding masyarakat Mesir purba, sehingga menghasilkan cahaya. Di dalam video yang akan kami paparkan, anda akan dapat melihat sendiri bagaimana cahaya diperolehi melalui kaedah yang digunakan oleh masyarakat Mesir purba.
Dalam lukisan yang terdapat pada Kuil Dendera ini, kelihatan empat lampu filamen (komponen dalam lampu yang menghasilkan pemanasan) yang anda dapat lihat di sebelah kiri dan Seutas kabel yang bersambung dari satu bateri elektrik gergasi di sebelah kiri, ini menjanakan tenaga elektrik kepada lampu-lampu tersebut dan menhasilkan sumber pencahayaan.
Kajian dan pemerhatian yang mendalam pada gambar rajah di atas mendapati bahawa kabel elektrik yang menghubungkan bateri dengan lampu, diselaputi dengan manik-manik kecil yang sejajar. Manik-manik tersebut digunakan sebagai penebat bagi mengalirkan tenaga elektrik. Gambar rajah di sebelah menunjukkan salah satu daripada lampu arka yang pertama dihasilkan pada abad ke-19.
Sumber pencahayaan Tamadun Mesir purba dihasilkan melalui penggunaan mentol klasik yang diguna pakai pada hari ini. Pelbagai gambaran masyarakat Mesir yang menunjukkan penggunaan peranti seumpama mentol dengan wayar-wayar filamen, pemegang dan wayar arus elektrik. Dalam gambar rajah seterusnya, anda akan dapat melihat individu yang sedang membaca teks bergambar pada dinding dengan menggunakan lampu yang terdapat pada tangannya bagi menerangi kawasan disekilingnya.
Gambar rajah di atas jelas menunjukkan bahawa filamen yang menghasilkan aliran elektrik di dalam lampu yang dipegang oleh orang Mesir itu. Sama seperti mentol yang ada pada hari ini, filamen yang digunakan oleh penduduk Mesir purba adalah berbentuk lingkaran. Lingkaran filamen yang dipanaskan oleh arus elektrik ini akan menghasilkan sumber pencahayaan, sama seperti yang digunakan pada masa kini.
Ini merupakan lampu filamen pertama yang dicipta oleh Thomas Edison dan dapat dilihat bahawa lampu yang direka oleh beliau memiliki ciri dan rekabentuk yang menyerupai dengan lampu yang dipegang oleh orang Mesir seoerti gamabr rajah yang ditunjukkkan sebelum ini .
Gambar rajah Ini merupakan salah satu gambaran yang ditemui pada dinding sebuah makam di Kuil Dendera, Seutas kabel elektrik direntangkan dari sebuah lampu yang mempunyai tiga biji mentol
Gambar rajah ini memaparkan sebiji bateri dan kabel yang diipegang oleh seorang individu manakala lampu elektrik berada pada pegangan seorang lagi.
Ilustrasi ini memberi maklumat megenai pelan pencahayaan di dalam Kuil Dendera.
Bahagian A, lampu yang telah dialihkan daripada bateri akan diganti dengan lampu baru yang dibawa seorang indibidu dengan menggunakan tangan.
Bahagian B menunjukkan bahawa bateri berwarna merah bersambung dengan lampu elektrik berwarna putih.
Bahagian C pula, sebuah lampu elektrik berdiri pada satu bahagian yang panjang dan tipis manakala dua lingkaran dapat dilihat pada permukaan lantai di sebelah kanan dan kiri; ini berkemungkinan sebagai sambungan pada kutub positif dan negative.
Satu bukti bahawa masyarakat Mesir purba berkemungkinan telah menggunakan tenaga elektrik untuk menghasilkan cahaya adalah tiada sebarang kesan jelaga pada dinding dalaman makam dan piramid mereka. Seandainya mereka mengunakan obor dan lampu minyak untuk pencahayaan, maka kesan jelaga pasti akan kelihatan. Namun tidak terdapat sedikitpun kesan yang ditinggalkan, Malahan ruangan yang paling dalam pun tidak berjelaga. Agak Mustahil pembinaan dapat diteruskan tanpa adanya sumber cahaya, lebih-lebih lagi untuk menghasilkan mural yang menakjubkan pada dinding-dinding piramid. Ini mengukuhkan kebarangkalian bahawa tenaga elektrik telah digunakan dalam dunia Mesir purba.
Tiang Djed (Djed Column) yang sering ditemui dalam hieroglif masyarakat Mesir mungkin melambangkan peranti elektrik sebegitu. Tiang Djed boleh bertindak sebagai satu pemacu untuk memancarkan cahaya.
Masyarakat Mesir Purba Memiliki Lampu Arka
Di dalam lampu-lampu arka yang ditemui memiliki satu lengkok dimana cahaya muncul di antara dua konduktor elektrik. Apabila kedua-dua rod yang berlainan cas dirapatkan di antara satu sama lain lalu dijarakkan beberapa milimeter, arus elektrik yang timbul menyebabkan cahaya dipancarkan. Lampu arka 200 kali lebih kuat berbanding mentol klasik dan memancarkan satu cahaya yang amat kuat dan terang. Disebabkan tenaga tersebut, mentol-mentol jenis ini digunakan di dalam studio, terapi cahaya, lampu projektor dan sinematografi
Salah satu model lampu arka pertama yang dihasilkan sekitar abad ke-19
Gambar rajah di atas menunjukkan dua bahan logam yang bercas dipegang oleh dua orang individu di sebalah kanan dan kiri yang cas eletrik dari logam tersebut menghasilkan cahaya mellaui aliran arus elektrik dantara dua bahan logam tersebut.
Pembinaan semula di sebelah kiri menunjukkan cara penggunaan lampu arka di dalam Kuil Dendera. Di sebelah kanan pula adalah satu lengkok cahaya yang terhasil daripada dua rod karbon bertentangan yang memiliki cas eletrik.
Sebiji mentol yang berfungsi berdasarkan prinsip lampu arka dapat menghasilkan pencahayaan yang berkuasa tinggi dalam projektor moden dan juga sebagaimana yang telah digunakan oleh masyarakat Mesir purba.
Gambar rajah ini menunjukkan salah satu lampu arka yang diperbuat daripada dua rod karbon disusun secara bertentangan yang dicas dari sebiji bateri kereta. Lampu yang dipegang oleh penduduk Mesir kuno juga menyerupai lampu suluh kecil dengan bateri sendiri di bawahnya.
Bertentangan dengan tuntutan para evolusionis, sejarah manusia penuh dengan bukti bahawa bangsa purba memiliki teknologi dan tamadun yang jauh lebih hebat daripada yang disangkakan. Satu daripada bukti ini adalah ilmu pengetahuan elektrik masyarakat Mesir purba.
Penyunting: Awang Henapi Abdul Kadir