(Daripada wawancara langsung En. Adnan Oktar di
Kayseri TV dan Kanal 35 TV, 25 Oktober 2009)
PENYAMPAI: Kisah mengenai kalendar masyarakat Maya sering diutarakan sejak kebelakangan ini. Seorang ahli arkeologi yang telah membuat satu kajian tentang kalendar ini telah memberi spekulasi berkenaan apa yang tertulis di bahagian yang merujuk kepada satu kejadian tidak terduga pada tahun 2012 dan membuat satu kenyataan yang berbunyi “Ia tertulis, ‘Dia akan turun dari langit’.” Mungkinkah fenomena yang akan mempengaruhi perjalanan seluruh dunia berdasarkan kalendar Maya itu berkaitan dengan kedatangan Jesus (Isa as) ke Bumi?”
ADNAN OKTAR: Tentu sahaja, ia mungkin terjadi. Ianya tidak mustahil dari segi tarikhnya, adalah munasabah Mesiah akan berumur 33 tahun apabila dia kembali. Tidak mustahil dia akan datang pada tahun 2012, ia wajar. Kerana dia akan melancarkan perjuangan untuk suatu masa... Maksimum 10-15 tahun lagi sehingga kedatangannya, insyaAllah. Penerangan yang terdapat di situ amat menarik. MasyaAllah. Tercatat bahawa dia akan datang dari langit, bukankah begitu?
PENYAMPAI: Ya. Seorang ahli arkeologi mengeluarkan kenyataan yang berbunyi “ia tertulis ‘dia akan turun dari langit’”. Beliau mentafsir kalendar masyarakat Maya dengan cara sedemikian, beliau telah membuat satu kajian berkenaan kalendar tersebut.
ADNAN OKTAR: Sangat menarik.
PENYAMPAI: ... dan menyatakan bahawa tertulis “Dia akan turun dari langit”.
ADNAN OKTAR: Kedengarannya seperti waktu kedatangan Jesus (Isa as) ke Bumi. MasyaAllah. Namun yang pasti, kita tidak akan mengenalinya di awal kehadiran baginda. Baginda hanya akan dikenali kemudian, insyaAllah.