Baru-baru ini, laporan akhbar menyatakan bahawa fosil ikan jerung prasejarah telah berjaya ditangkap di perairan Australia.
Nelayan pukat tunda berhampiran Lakes Entrance di selatan Victoria telah menarik ikan dari kedalaman 700 meter, namun mereka gagal mengenalpasti jenis ikan tersebut. Ia menyerupai belut secara luaran dan mempunyai 300 gigi yang sangat tajam tersusun 25 baris. Kajian mendapati bahawa ikan ini adalah ikan jerung berjumbai yang lebih dikenali sebagai Chlamydoselachus anguineus.
Jerung ini pertama kali digambarkan oleh warga Jerman Ludwig Döderlein dalam rangka lawatan ke Jepun pada tahun 1879. Ia adalah ikan laut dalam yang jarang ditemui, biasanya pada kedalaman mencecah sehingga 1,500 meter dan berselerak di lautan seluruh dunia.
Paleontologi memberi kita maklumat penting tentang ikan ini; ia tidak berubah sejak 80 juta tahun dahulu. Dengan enam pasangan insang berjumbai yang unik dan 300 gigi yang sangat tajam, tidak pernah bertukar menjadi spesies lain dan tidak mengalami sebarang perubahan walaupun sedikit. Oleh itu, Ikan Jerung Berjumbai ini telah diwartakan sebagai Fosil Hidup dalam kajian saintifik.
Mengapa Fosil Hidup? Kerana teori evolusi menyatakan bahawa ikan ini sepatutnya mempunyai ciri-ciri yang kurang sedikit daripada yang sekarang dan telah mengalami pelbagai perubahan setelah berjuta-juta tahun, atau sekurang-kurangnya, ia sudah lama pupus. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya, kerana ciri-cirinya dari dulu hingga kini tetap sama, dan ia masih hidup di serata tempat di dunia.
Seperti yang tercatat dalam Atlas of Creation, ini boleh digunapakai untuk segenap jenis hidupan tidak terkira banyaknya: Spesis tidak berubah, walaupun berjuta-juta tahun. Tiada proses evolusi berlaku dalam sejarah hidupan. Ikan Jerung Berjumbai yang kekal sama untuk 80 juta tahun, adalah bukti saintifik yang terkini.
http://www.dailymail.co.uk/news/article-2919036/Throw-Fishing-trawler-crew-discover-terrifying-prehistoric-shark-300-TEETH-catch.html
News Rescue: