logo
HARUN YAHYA
PROTEIN TIDAK BOLEH DIBENTUK KECUALI WUJUDNYA KESELURUHAN SEL
ucgen

PROTEIN TIDAK BOLEH DIBENTUK KECUALI WUJUDNYA KESELURUHAN SEL

1780

Fahaman Darwin boleh menulis pelbagai buku menipu dengan pelbagai formula, mengeluarkan banyak fosil palsu yang mereka mahu, menghasilkan pelbagai serangan yang menghasut terhadap bukti sains untuk Pencipta seolah-olah mereka memilih atau menampalkan poster yang penuh dengan illustrasi berfantasi dan menunjukkan semuanya sebagai permulaan evolusi ke merata tempat, tetapi semua ini tidak akan sesekali mengubah fakta tentangketewasandasar mereka. Hal ini kerana igauan paling buruk buat ahli Darwinis ialah tentang soal permulaan kehidupan. Darwini TIDAK MAMPU MENGHASILKAN SATU PENJELASAN mengenai bagaimana kewujudan hanya satu protein. Inilah ekspresi terdesak buat mereka, iaitu Dawkins, Futuyma, Tim White dan ahli Darwinis yang lain. Tiada satu pun fahaman merekaini boleh menyelesaikanpersoalan besar tentang penghasilan satu protin. SATU PROTIN SAHAJA SUDAH MEMUSNAHKAN SEMUA DARWINISM.

Satu ciri penting dalam doktrin Darwinis ialah mereka sentiasa cenderung untuk mengurangkan persoalan tentang asal-usul kehidupan kepada konsep yang sangat mudah, daripada menjelaskan semua proses kehidupan yang kompleks, dengan hanya memberi gambaran segalanya dengan sangat mudah. Ini adalah satu sebab timbulnya mitos seperti “Sel berkembang dari air lopak” dan “DNA melakukan replikasi dengan sendiri secara spontan.” Darwinis membayangkan ianya mungkin akan jadi lebih mudah untuk menipu manusia dengan cara ini. Tetapi mereka kini mendapati bahawa cara penipuan sebegitu sudah berlalu. Bukan sahaja manusia kini mengetahui bahawa satu protin itu jauh lebih kompleks untuk dihasilkan secara spontan, malahan mereka juga menyedari bahawa tiada satu pun sama ada protin, DNA, RNA atau komponen lain di dalam sel AKAN BERFUNGSI SEMPURNA DENGAN KETIADAAN SELURUH SEL.

 

Fakta ini adalah amat penting untuk melumpuhkan Darwinism:

-              DNA adalah penting untuk satu protin terhasil

-              DNA tidak boleh dihasilkan tanpa kehadiran protin

-              Protin tidak boleh dihasilkan tanpa DNA

-              Protin tidak boleh dihasilkan tanpa kewujudan protin lain

-              Enampuluh protin berbeza diperlukan untuk menghasilkan satu protin

-              Protin tidak boleh dihasilkan tanpa kewujudan salah satu protin ini

-              Protin tidak boleh dihasilkan tanpa kromosom

-              Protin tidak boleh dihasilkan tanpa RNA

-              Protin tidak boleh dihasilkan tanpa ATP

-              Protin tidak boleh dihasilkan tanpa mitokondria yang menjana ATP

-              Protin tidak boleh dihasilkan tanpa nukleus sel

-              Protin tidak boleh dihasilkan tanpa sitoplasma

-              Protin tidak boleh dihasilkan tanpa kehadiran salah satu organel dalam sel

-              Dan protin adalah penting untuk semua organel dalam sel untuk wujud dan berfungsi

-              Tiada protin boleh dihasilkan tanpa kewujudan organel-organel ini

Ini adalah sistem saling-berhubung yang berfungsi secara serentak. Anda tidak boleh ada satu bahagian tanpa kewujudan bahagian lain. Walaupun hanya satu komponen itu ada, tapi ianya tidak akan berfungsi tanpa kewujudan komponen lain.

 

Ringkasnya,

KESELURUHAN SEL AMAT PENTING UNTUK MENGHASILKAN SATU PROTIN. IANYA ADALAH AMAT MUSTAHIL UNTUK HASILKAN SATU PROTIN TANPA KEWUJUDAN KESELURUHAN SEL, dengan struktur kompleks yang sempurna seperti kita lihat hari ini, tetapi apa yang kita faham hanyalah sebahagian yang sangat kecil.

Walaupun jika protin ini terbentuk secara spontan (walaupun ianyaagak mustahil), tetapi protin itu tetap tiada manfaat. Protin itu hanya terhasil dengan sia-sia, hidup sendirian dan akhirnya mati.

Justeru itu, fahaman Dawkin mendakwa bahawa “molekul yang replikasi secara spontan” hanya satu bahan jenaka yang semata-mata untuk menipu. TIADA MOLEKUL DI DALAM SEL MANUSIA YANG MEMPUNYAI KEBOLEHAN UNTUK MELAKUKAN REPLIKASI DENGAN SENDIRI SECARA SPONTAN TANPA BANTUAN MOLEKUL-MOLEKUL LAIN DI DALAM SEL.

Professor Falsafah dari Universiti Cambridge, Stephen C. Meyer memberi penjelasan di dalam buku beliau “The Signature in the Cell”:

Berhubung dengan penjelasan tentang struktur dan fungsi DNA ketika 1950-an dan awal 1960-an, konsep kehidupan yang baru telah munculsecara radikal. Bukan sahaja ahli molekular biologimenemukan bahawa DNA mempunyai banyak informasi, mereka kemudian mula mengesyaki bahawa organisma hidup perlu mempunyai sistem yang memproses maklumat genetik. Seperti sebuah disk yang mempunyai maklumat digital yang tersimpan di dalam disk, ianya tiada fungsi jika tidak ada alatan yang membaca disk, maka maklumat yang terdapat dalam DNA juga tidak bermakna jika tidak ada sistem maklumat-memproses di dalam sel. Seperti nota Richard Lewontin, “Tiada molekul hidup (cth; biomolekul) yang menghasilkan-sendiri. Hanya keseluruhan sel mungkin mempunyai semua mesin yang berguna untuk menghasilkan-sendiri. Bukan sahaja DNA tidak boleh menghasilkan salinan mereka sendiri, sama ada dibantu atau tidak, tetapi mereka juga tidak mampu ‘membuat’ apa-apa… Protin-protin sel hanya dibentuk daripada protin-protin lain, dan tanpa kewujudan mesin membentuk-protin, tiada apa yang boleh dihasilkan.1

Pernyataan ini sekali lagi mendedahkan ketidak-konsisten dakwaan fahaman Dawkins, iaitu seorang insan yang menukar agama di luar angkasa baru-baru ini. Bumi ialahpersekitaran yang sangat ideal untuk kelangsungan hidup sebuah sel hidupan. Tetapi tidak semestinya suasana ideal ini memungkinkan sebuah sel itu terhasil secara spontan. Dawkins telah mencari penjelasan baru untuk menghadapi semua ini dan kini dia sedang mengekalkan bahawa molekul mampu melakukan replikasi dengan spontan di angkasa dan kemudian ianya meneruskan perjalanan ke Bumi. Masalah pertama yang paling ketara ialah tiada molekul hidupan yang boleh terhasil secara spontan. Kedua, seperti yang dicatatkan di atas, tiada molekul hidup yang mampu melakukan replikasi secara spontan, tidak di Bumi. Berhati-hati dengan masalah ketara ini, Dawkins akhirnya mengakui bahawa molekul seperti itu dihasilkan oleh kebijaksanaan teragung.2

 


 

1 Stephen C. Meyer, The signature in the Cell, Harper One, 2009, p. 132-133

2 Ben Stein, Expelled “No Intelligence Allowed”, 2008, movie


KONGSI
logo
logo
logo
logo
logo