ADNAN OKTAR: Sejauh mana mereka[Yahudi] mirip dengan Muslim, mereka berkata “Katakanlah: ‘Dia-lah Allah, Yang Maha Esa, Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.” Dan itu adalah sesuatu yang baik. Surah Al-Ikhlas, itulah pegangan mereka sendiri. Keyakinan serupa yang dinyatakan Surah Al-Ikhlas juga bersesuaian untuk mereka ini. Misalannya, kalimah Laa ilaha illaAllahu juga bersabit dengan mereka. Hanya Kristianiti yang bermasalah dengan hal ini dan itulah masalah triniti. Jika mereka meninggalkan fahaman itu, insyaAllah, mereka akan bebas daripada bala politeisme. Selain daripada itu bererti menyekutukan Allah. Jika mereka mempunyai triniti, itu bermakna menyekutukan Allah. Kerana hanya ada Allah Yang Maha Esa dan itulah kenyataannya. Percaya kepada Allah Yang Satu adalah tunjang keimanan. Nabi Yesus (as) juga berdoa kepada Allah di dalam Injil, bukankah begitu? Baginda sendiri mengaku sebagai seorang hamba Allah. Justeru itu jika mereka menanggapinya dengan betul, maka mereka akan bebas daripada belenggu politeisme. Namun pastinya Islam ialah satu agama yang benar di sisi Allah menurut Al-Quran, dan itulah yang kita yakini. Namun bagi seorang Kristian pastinya Kristianiti, dan bagi seorang Yahudi adalah Judaisme, dan Islam bagi seorang Muslim. Setiap orang menganggap agamanya sebagai benar. Ini adalah sesuatu yang normal. Jika tidak mereka tidak akan hidup berlandaskan keyakinan itu. Itulah sebabnya kita tidak boleh memaksakan kepercayaan pada seseorang, kita hanya perlu saling menghormati. Dengan demikian akan lahir persefahaman sesama kita, insyaAllah.