logo
HARUN YAHYA
  • 1. Aku bersumpah dengan negeri (Makkah) ini;
  • 2. Sedang engkau (wahai Muhammad) tinggal di negeri ini (sentiasa ditindas),
  • 3. Demi manusia yang melahirkan zuriat, dan zuriat yang dilahirkannya;
  • 4. Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya);
  • 5. Patutkah manusia yang demikian keadaannya (terpedaya dengan kekuasaan yang ada padanya dan) menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang dapat mengatasi kekuasaannya (dan menyeksakannya)?
  • 6. Manusia yang demikian keadaannya (tidaklah patut ia bermegah-megah dengan kekayaannya dan) berkata: "Aku telah habiskan harta benda yang banyak (dalam usaha menegakkan nama dan bangsa).
  • 7. Adakah ia menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang melihatnya (dan mengetahui tujuannya menghabiskan harta bendanya itu?
  • 8. (Mengapa manusia terpedaya dan bermegah-megah?) Tidakkah Kami telah menjadikan baginya: dua mata (untuk ia memerhatikan kekuasaan dan kekayaan Kami?) -
  • 9. Dan lidah serta dua bibir (untuk ia menyempurnakan sebahagian besar dari hajat-hajatnya)?
  • 10. Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)?
  • 11. Dalam pada itu manusia tidak (memilih jalan kebaikan) merempuh masuk mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan;
  • 12. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu?
  • 13. (Di antara amal-amal itu - bagi orang yang mampu) ialah: memerdekakan hamba abdi;
  • 14. Atau memberi makan pada hari kelaparan -
  • 15. Kepada anak yatim dari kaum kerabat,
  • 16. Atau kepada orang miskin yang terlantar di atas tanah.
  • 17. Selain dari (tidak mengerjakan amal-amal) itu, ia (tidak pula) menjadi dari orang-orang yang beriman dan berpesan-pesan dengan sabar serta berpesan-pesan dengan kasih sayang.
  • 18. (Ketahuilah! Bahawa orang-orang yang beriman serta berusaha mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan), merekalah golongan pihak kanan (yang akan beroleh Syurga).
  • 19. Dan (sebaliknya) orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah golongan pihak kiri. -
  • 20. Mereka ditimpakan (azab seksa) neraka yang ditutup rapat (supaya kuat bakarannya).
KONGSI
logo
logo
logo
logo
logo
  • 1.Al-Faatihah
  • 2.Al-Baqarah
  • 3.A-li'Imraan
  • 4.An-Nisaa'
  • 5.Al-Maaidah
  • 6.Al-An'aam
  • 7.Al-A'raaf
  • 8.Al-Anfaal
  • 9.At-Taubah
  • 10.Yunus
  • 11.Hud
  • 12.Yusuf
  • 13.Ar-Ra'd
  • 14.Ibrahim
  • 15.Al-Hijr
  • 16.Al-Nahl
  • 17.Al-Israa'
  • 18.Al-Kahfi
  • 19.Maryam
  • 20.Taha
  • 21.Al-Anbiyaa'
  • 22.Al-Hajj
  • 23.Al-Mu'minuun
  • 24.An-Nuur
  • 25.Al-Furqaan
  • 26.Asy-Syu'araa'
  • 27.An-Naml
  • 28.Al-Qasas
  • 29.Al-'Ankabuut
  • 30.Ar-Ruum
  • 31.Luqman
  • 32.As-Sajdah
  • 33.Al-Ahzaab
  • 34.Saba'
  • 35.Faatir
  • 36.Yaa Siin
  • 37.As-Saaffaat
  • 38.Saad
  • 39.Az-Zumar
  • 40.Ghaafir
  • 41.Fussilat
  • 42.Asy-Syuura
  • 43.Az-Zukhruf
  • 44.Ad-Dukhaan
  • 45.Al-Jaathiyah
  • 46.Al-Ahqaaf
  • 47.Muhammad
  • 48.Al-Fat-h
  • 49.Al-Hujuraat
  • 50.Qaaf
  • 51.Adz-Dzaariyaat
  • 52.At-Tuur
  • 53.An-Najm
  • 54.Al-Qamar
  • 55.Ar-Rahmaan
  • 56.Al-Waaqi'ah
  • 57.Al-Hadiid
  • 58.Al-Mujaadalah
  • 59.Al-Hasy-r
  • 60.Al-Mumtahanah
  • 61.As-Saff
  • 62.Al-Jumu'ah
  • 63.Al-Munaafiquun
  • 64.At-Taghaabun
  • 65.At-Talaaq
  • 66.At-Tahriim
  • 67.Al-Mulk
  • 68.Al-Qalam
  • 69.Al-Haaqqah
  • 70.Al-Ma'aarij
  • 71.Nuh
  • 72.Al-Jinn
  • 73.Al-Muzzammil
  • 74.Al-Muddaththir
  • 75.Al-Qiaamah
  • 76.Al-Insaan
  • 77.Al-Mursalaat
  • 78.An-Naba'
  • 79.An-Naazi'aat
  • 80.'Abasa
  • 81.At-Takwiir
  • 82.Al-Infitaar
  • 83.Al-Mutaffifiin
  • 84.Al-Insyiqaaq
  • 85.Al-Buruuj
  • 86.At-Taariq
  • 87.Al-A'laa
  • 88.Al-Ghaasyiyah
  • 89.Al-Fajr
  • 90.Al-Balad
  • 91.Asy-Syams
  • 92.Al-Lail
  • 93.Adh-Dhuha
  • 94.Ash-Syar-h
  • 95.At-Tiin
  • 96.Al-'Alaq
  • 97.Al-Qadr
  • 98.Al-Bayyinah
  • 99.Az-Zalzalah
  • 100.Al-'Aadiyaat
  • 101.Al-Qaari'ah
  • 102.At-Takaathur
  • 103.Al-'Asr
  • 104.Al-Humazah
  • 105.Al-Fiil
  • 106.Quraisy
  • 107.Al-Maa'uun
  • 108.Al-Kauthar
  • 109.Al-Kaafiruun
  • 110.An-Nasr
  • 111.Al-Masad
  • 112.Al-Ikhlaas
  • 113.Al-Falaq
  • 114.An-Naas