logo
HARUN YAHYA
  • 1. Demi angin yang menerbang dan menaburkan (debu, biji-bijian benih, dan lain-lainnya), dengan penerbangan dan penaburan yang sesungguh-sungguhnya, -
  • 2. Dan awan yang membawa dan mengangkut muatannya (ke tempat yang dikehendaki), -
  • 3. Dan kapal-kapal yang belayar laju dengan kemudahan yang diberikan kepadanya, -
  • 4. Dan malaikat-malaikat yang membahagi-bahagikan segala perkara yang mereka ditugaskan membahagikannya;
  • 5. (Sumpah demi sumpah) bahawa sesungguhnya segala yang dijanjikan kepada kamu (mengenai hari akhirat) tetap benar;
  • 6. Dan bahawa sesungguhnya balasan amal, tetap berlaku.
  • 7. Demi langit yang mempunyai jalan-jalan yang berbagai bentuk keadaannya,
  • 8. Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan berlainan pendapat (mengenai ugama yang dibawa oleh Nabi Muhammad, s.a.w).
  • 9. Dipalingkan daripada (perselisihan) itu orang-orang yang telah dipalingkan Allah (dengan sebab keikhlasannya mencari kebenaran).
  • 10. Binasalah orang-orang yang sentiasa mengeluarkan pendapat dengan cara agak-agak sahaja,
  • 11. (Iaitu) orang-orang yang tenggelam alam kejahilan, serta lalaikan (hari pembalasan).
  • 12. Mereka bertanya (secara mengejek): "Bilakah datangnya hari pembalasan itu?"
  • 13. (Jawabnya: hari itu ialah) hari mereka diseksa (dengan dibakar) atas api neraka, -
  • 14. (Sambil dikatakan kepada mereka): "Rasalah azab seksa yang disediakan untuk kamu; inilah dia yang dahulu kamu minta disegerakan kedatangannya".
  • 15. Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya.
  • 16. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan.
  • 17. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur.
  • 18. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).
  • 19. Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta).
  • 20. Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin,
  • 21. Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?
  • 22. Dan di langit pula terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu, dan juga terdapat apa yang telah (ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu.
  • 23. Maka demi Tuhan langit dan bumi, sesungguhnya (apa yang tersebut) itu tetap benar, (tidak patut diragu-ragukan) sebagaimana (tidak sepatutnya diragukan) benarnya kamu dapat berkata-kata.
  • 24. Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal tetamu Nabi Ibrahim yang dimuliakan?
  • 25. Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Salam sejahtera kepadamu!" Ia menjawab: Salam sejahtera kepada kamu! "(Sambil berkata dalam hati): mereka ini orang-orang yang tidak dikenal.
  • 26. Kemudian ia masuk mendapatkan Ahli rumahnya serta dibawanya keluar seekor anak lembu gemuk (yang dipanggang).
  • 27. Lalu dihidangkannya kepada mereka sambil berkata: "Silalah makan".
  • 28. (Setelah dilihatnya mereka mereka tidak menjamah makanan itu), maka ia merasa takut dari keadaan mereka. (Melihat kecemasannya), mereka berkata: "Janganlah engkau takut (wahai Ibrahim)". Lalu mereka memberikan berita gembira kepadanya, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang berpengetahuan.
  • 29. (Mendengarkan berita yang mengembirakan itu), maka datanglah isterinya sambil menjerit (kehairanan) lalu menepuk mukanya sambil berkata: "Aku sudah tua, lagi mandul, (bagaimana aku boleh mendapat anak)?"
  • 30. Mereka berkata: "Demikianlah Tuhanmu berfirman, (kami hanya menyampaikan sahaja); Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui".
  • 31. Nabi Ibrahim bertanya: "(Selain dari itu) apa lagi tugas penting kamu wahai utusan Tuhan?"
  • 32. Mereka menjawab: "Sesungguhnya Kami diutus kepada suatu kaum yang berdosa (untuk membinasakan mereka);
  • 33. "Supaya Kami menimpakan mereka dengan batu-batu dari tanah (yang dibakar),
  • 34. "Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu, untuk membinasakan orang-orang yang melampaui batas (dalam keingkarannya)".
  • 35. (Setelah sampai utusan Kami ke tempat itu), Kami (perintahkan mereka) mengeluarkan orang-orang yang beriman yang tinggal di situ.
  • 36. (Sesudah dipereksa) maka (utusan) Kami tidak mendapati di situ melainkan sebuah rumah sahaja yang ada penduduknya dari orang-orang Islam (yang beriman kepada Nabi Lut).
  • 37. Dan Kami tinggalkan di negeri itu (timbunan batu-batu yang telah menghujani dan membinasakan mereka), sebagai tanda (yang mendatangkan keinsafan) bagi orang-orang yang sedia takut kepada azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
  • 38. Dan juga pada (kisah) Nabi Musa (terdapat dalil-dalil yang memberi keinsafan), - ketika kami mengutusnya kepada Firaun dengan membawa mukjizat yang nyata.
  • 39. Maka Firaun berpaling ingkar dengan berdasarkan kekuasaannya sambil berkata: "(Musa itu) adalah seorang ahli sihir, atau seorang gila!"
  • 40. Lalu Kami (adakan jalan) mengambil Firaun bersama-sama tenteranya, kemudian Kami humbankan mereka ke dalam laut, sedang ia berkeadaan tercela.
  • 41. Dan juga pada (kisah) kaum Aad (terdapat perkara-perkara yang menjadi iktibar), - ketika kami hantarkan kepada mereka angin ribut yang tidak mengandungi sebarang kebaikan; -
  • 42. Angin itu tidak meninggalkan sesuatupun yang dirempuhnya, melainkan menjadikannya (hancur) seperti debu.
  • 43. Dan juga pada (kisah) kaum Thamud (terdapat perkara-perkara yang menjadi pelajaran) - ketika dikatakan kepada mereka: "Bersenang-senanglah kamu hingga ke suatu waktu (yang termaklum)!"
  • 44. Maka mereka membesarkan diri terhadap perintah Tuhannya, lalu mereka disambar petir (dengan tidak dapat melarikan diri), sedang mereka melihatnya.
  • 45. Dengan yang demikian, mereka tidak dapat bangun lagi, dan mereka juga tidak mendapat pertolongan.
  • 46. Dan kaum Nuh (Kami juga telah binasakan) sebelum itu; sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasik - derhaka.
  • 47. Dan langit itu Kami dirikan dengan kekuasaan Kami (dalam bentuk binaan yang kukuh rapi). Dan sesungguhnya Kami adalah mempunyai kekuasaan yang luas tidak terhingga.
  • 48. Dan bumi pula Kami hamparkan (untuk kemudahan kamu mendiaminya); maka Kamilah sebaik-baik yang menghamparkannya.
  • 49. Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kami dan mengingati (kekuasaan kami dan mentauhidkan Kami).
  • 50. (Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka): "Maka segeralah kamu kembali kepada Allah (dengan bertaubat dan taat), sesungguhnya aku diutuskan Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran yang nyata.
  • 51. "Dan janganlah kamu adakan tuhan yang lain bersama Allah (dalam kepercayaan kamu), sesungguhnya aku diutus oleh Allah kepada kamu sebagai pemberi amaran yang nyata".
  • 52. Demikianlah (keadaan tiap-tiap kaum terhadap Rasulnya samalah seperti keadaan kaummu wahai Muhammad) - tidak ada seorang Rasul pun yang datang kepada kaum-kaum yang terdahulu dari mereka, melainkan ada yang berkata: "Dia adalah seorang ahli sihir, atau seorang gila".
  • 53. Adakah mereka semua telah berpesan-pesan (dan mencapai kata sepakat) untuk melemparkan tuduhan itu ? (Sudah tentu mereka tidak dapat berbuat demikian), bahkan mereka semuanya adalah kaum yang melampaui batas (dalam keingkarannya).
  • 54. Oleh itu, berpalinglah (wahai Muhammad) daripada mereka (yang menentangmu itu dan janganlah dihiraukan), kerana engkau tidak akan disalahkan (setelah engkau memberi amaran kepada mereka).
  • 55. Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.
  • 56. Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
  • 57. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu.
  • 58. Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.
  • 59. (Setelah ternyata hakikat yang demikian), maka sesungguhnya bagi orang-orang yang zalim (yang menentang ajaran Nabi Muhammad) itu ada bahagiannya (dari azab seksa) seperti bahagian rakan-rakan mereka (kaum kafir yang telah lalu). Oleh itu, janganlah mereka meminta kepadaKu menyegerakan kedatangannya.
  • 60. Maka kecelakaan dan kebinasaanlah bagi orang-orang yang kafir pada hari yang telah dijanjikan kepada mereka.
KONGSI
logo
logo
logo
logo
logo
  • 1.Al-Faatihah
  • 2.Al-Baqarah
  • 3.A-li'Imraan
  • 4.An-Nisaa'
  • 5.Al-Maaidah
  • 6.Al-An'aam
  • 7.Al-A'raaf
  • 8.Al-Anfaal
  • 9.At-Taubah
  • 10.Yunus
  • 11.Hud
  • 12.Yusuf
  • 13.Ar-Ra'd
  • 14.Ibrahim
  • 15.Al-Hijr
  • 16.Al-Nahl
  • 17.Al-Israa'
  • 18.Al-Kahfi
  • 19.Maryam
  • 20.Taha
  • 21.Al-Anbiyaa'
  • 22.Al-Hajj
  • 23.Al-Mu'minuun
  • 24.An-Nuur
  • 25.Al-Furqaan
  • 26.Asy-Syu'araa'
  • 27.An-Naml
  • 28.Al-Qasas
  • 29.Al-'Ankabuut
  • 30.Ar-Ruum
  • 31.Luqman
  • 32.As-Sajdah
  • 33.Al-Ahzaab
  • 34.Saba'
  • 35.Faatir
  • 36.Yaa Siin
  • 37.As-Saaffaat
  • 38.Saad
  • 39.Az-Zumar
  • 40.Ghaafir
  • 41.Fussilat
  • 42.Asy-Syuura
  • 43.Az-Zukhruf
  • 44.Ad-Dukhaan
  • 45.Al-Jaathiyah
  • 46.Al-Ahqaaf
  • 47.Muhammad
  • 48.Al-Fat-h
  • 49.Al-Hujuraat
  • 50.Qaaf
  • 51.Adz-Dzaariyaat
  • 52.At-Tuur
  • 53.An-Najm
  • 54.Al-Qamar
  • 55.Ar-Rahmaan
  • 56.Al-Waaqi'ah
  • 57.Al-Hadiid
  • 58.Al-Mujaadalah
  • 59.Al-Hasy-r
  • 60.Al-Mumtahanah
  • 61.As-Saff
  • 62.Al-Jumu'ah
  • 63.Al-Munaafiquun
  • 64.At-Taghaabun
  • 65.At-Talaaq
  • 66.At-Tahriim
  • 67.Al-Mulk
  • 68.Al-Qalam
  • 69.Al-Haaqqah
  • 70.Al-Ma'aarij
  • 71.Nuh
  • 72.Al-Jinn
  • 73.Al-Muzzammil
  • 74.Al-Muddaththir
  • 75.Al-Qiaamah
  • 76.Al-Insaan
  • 77.Al-Mursalaat
  • 78.An-Naba'
  • 79.An-Naazi'aat
  • 80.'Abasa
  • 81.At-Takwiir
  • 82.Al-Infitaar
  • 83.Al-Mutaffifiin
  • 84.Al-Insyiqaaq
  • 85.Al-Buruuj
  • 86.At-Taariq
  • 87.Al-A'laa
  • 88.Al-Ghaasyiyah
  • 89.Al-Fajr
  • 90.Al-Balad
  • 91.Asy-Syams
  • 92.Al-Lail
  • 93.Adh-Dhuha
  • 94.Ash-Syar-h
  • 95.At-Tiin
  • 96.Al-'Alaq
  • 97.Al-Qadr
  • 98.Al-Bayyinah
  • 99.Az-Zalzalah
  • 100.Al-'Aadiyaat
  • 101.Al-Qaari'ah
  • 102.At-Takaathur
  • 103.Al-'Asr
  • 104.Al-Humazah
  • 105.Al-Fiil
  • 106.Quraisy
  • 107.Al-Maa'uun
  • 108.Al-Kauthar
  • 109.Al-Kaafiruun
  • 110.An-Nasr
  • 111.Al-Masad
  • 112.Al-Ikhlaas
  • 113.Al-Falaq
  • 114.An-Naas