1. Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji,
2. Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya;
3. Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!
4. Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam "Al-Hutamah".
5. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Al-Hutamah" itu?
6. (Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya), -
7. Yang naik menjulang ke hati;
8. Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka.
9. (Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang.