Djibouti adalah sebuah negara kecil yang berdekatan dengan beberapa buah negara yang kurang dikenali ramai iaitu Somalia, Ethiopia dan Eritrea. Peperangan dan pembunuhan beramai-ramai sudah berlaku di sana selama beratus-ratus tahun, dan masyarakat Islam sudah berada di dalam kancah konflik sejak zaman kolonialis sehinggalah ke hari ini.
Islam datang ke Djibouti pada kurun ke-7 dan ke-8. Sehingga permulaan abad ke-16, umat Islam menjadi kuasa tunggal di kawasan tersebut, yang kemudiannya berada di bawah pengaruh Portugal, sebuah kuasa perdagangan dan politik utama pada waktu itu. Apabila Mesir berada di bawah kekuasaan Turki Uthmaniyyah, Horn of Africa yang mana di situlah terletaknya Djibouti, turut menjadi sebahagian daripada empayar Turki Uthmaniyyah.
Sejarah berdarah Djibouti sebenarnya bermula apabila Terusan Suez dibuka kepada laluan maritim antarabangsa dan negara-negara Eropah mula bersaing untuk mengjajah negara-negara di benua Asia dan Afrika. Mereka mahu mendominasi negara-negara tersebut dari aspek ekonomi, politik, ketenteraan dan keagamaan. Sebagai salah sebuah negara yang berkuasa pada abad ke-19, Britain dan Perancis telah bersaing hebat dalam kerja-kerja penjajahan dan perluasan kuasa. Britain memasuki Aden pada 1839 dan Somalia pada tahun 1869, dan dengan itu berupaya mengawal aktiviti perdagangan di Laut Merah. Djibouti menjadi sebuah negara penting disebabkan oleh kedudukannya yang strategik. Ia berkait rapat dengan Terusan Suez. Bagi menyeimbangi kejayaan Britain, pihak Perancis telah membina dermaga di pantai Djibouti. Pada tahun 1884, Perancis berjaya mendominasi keseluruhan kawasan melalui perjanjian dan ikatan yang dimetrai.
Tahun-tahun yang berikutnya menjadi titik hitam kepada rakyat Djibouti. Masyarakat Islam Djibouti mempunyai pandangan yang berbeza-beza tentang nasib masa depan negara mereka. Keturunan Isha Somali berpendapat bahawa mereka patut bersatu dengan Republik Somalia. Komuniti etnik kedua terbesar di sana pula, iaitu Afar, berpendapat bahawa Djibouti mesti menyokong kebergantungan mereka dengan pihak Perancis. Kedua-dua pandangan yang berbeza ini, ditambah pula dengan sokongan Perancis, membuatkan persengketaan menjadi lebih ganas. Walaupun jumlah umat Islam yang menyokong penyatuan dengan Somalia adalah jauh lebih ramai, namun referendum pada 16 Mac 1967 telah memutuskan bahawa Djibouti mesti terus bergantung kepada Perancis. Namun, terjadi konflik berterusan selepas referendum tersebut. Ini disebabkan oleh tekanan dari Perancis dan penipuan sewaktu pengundian. Pasukan askar Perancis kemudiannya menakluk negara tersebut, dengan menggunakan alasan untuk campur tangan dalam insiden berdarah di antara dua kumpulan etnik di dalam negara tersebut; majoriti penduduk tempatan telah dibunuh dan ratusan ribu yang lain telah diusir keluar. Kaum Isha telah dilemahkan sewaktu operasi tersebut dan kaum Afar telah mengambil-alih pemerintahan negara.
Djibouti mendapat kemerdekaannya pada tahun 1977, dengan 97 peratus daripada keseluruhan populasinya memilih untuk mendapatkan kemerdekaan. Semenjak itu Djibouti menjadi sebuah negara yang terkenal dengan rampasan kuasa ketenteraan. Di antara tahun 1977 dan 1991, 2,000 orang umat Islam telah dilayan tanpa sifat kemanusiaan. Laporan Amnesti Antarabangsa menerangkan tentang bentuk-bentuk penderaan dan penghinaan yang dikenakan ke atas rakyat Djibouti. Kira-kira 7,000 orang telah ditahan tanpa sebab dan didera oleh negara terbabit.43
Seorang wanita Djibouti yang pada mulanya dirogol, kemudian didera, dan kemudian dibakar hidup-hidup dengan menyalakan gasolin yang dicurah ke badannya. |
Sejak 1991 sehingga kini, pasukan keselamatan Askar Nasional Djibouti telah melakukan serangan-serangan besar ke atas wilayah utara negara ini. Tidak cukup dengan mendera, mereka turut membakar sekolah- sekolah dan gedung ubat-ubatan. Mereka memusnahkan bekalan air, merogol, dan melakukan genocide. Gambar-gambar menunjukkan keadaan selepas serangan pada 1992. |
Teknik Penderaan Rejim Djibouti |
Di samping konflik dalaman, rakyat Djibouti turut didera. Salah satu daripadanya dikenali sebagai "Poste." Cara ini dilakukan buat kali pertama di kem buang negeri Lac Assal pada tahun 1993. Para mangsa diletakkan dalam keadaan muka menghadap bawah dan lengannya diregang keluar. Mereka kemudian digantung terbalik, wajah mereka separas dengan lubang di tanah, walaupun muka tidak mencecah tanah. Dua biji batu kemudian diletakkan di bahu mereka, jadi bahu mereka menampung keseluruhan berat. Kesan dari penderaan ini, mereka tidak dapat mengangkat lengan mereka. Teknik penderaan ini telah dilakukan ke atas puak penentang rejim. Mangsa dalam gambar di atas adalah satu daripada ribuan rakyat Djibouti yang telah dikenakan penderaan yang amat menyakitkan itu. |
Kira-kira 3,500 orang askar Perancis masih diletakkan di Djibouti, yang mana terus berada di bawah dominasi politik dan ketenteraan Perancis.44 Djibouti tidak memiliki sebarang pasukan askar kebangsaannya sendiri dan ia sekadar bergantung kepada kehadiran pasukan askar Perancis. Perancis bertanggungjawab terhadap keselamatan dalam negeri selama bertahun-tahun semenjak Djibouti mendapat kemerdekaan. Di samping itu, terdapat ramai penasihat-penasihat dan pegawai-pegawai Perancis dalam pentadbiran negara tersebut. Kerajaan berada di ambang kemuflisan. Ia masih berdiri kerana sokongan yang diberikan oleh negara-negara Eropah.
Sebagai tambahan kepada pemerintahan kolonialis yang panjang ini, Djibouti kini sedang berhadapan dengan masalah kemiskinan yang sangat teruk. Kemarau telah menyebabkan kematian sejumlah besar haiwan ternakan. Rakyat kini sedang menderita disebabkan oleh kekurangan zat makanan.