logo
HARUN YAHYA

Bab 7: Tafsiran Fosil Evolusionis Yang Menipu

java adamı, sahte çizim

Two drawings of Java Man, which are totally different from each other, provide a good example of how fantastically fossils are interpreted by evolutionists.

Sebelum kita mengkaji dengan lebih terperinci legenda (dongengan) manusia evolusi ini, perlu diterangkan metode propaganda yang mempengaruhi sebahagian besar masyarakat awam terhadap kewujudan makhluk separuh manusia-separuh beruk yang kononnya hidup di zaman lampau. Propaganda-propaganda ini menggunakan pembentukan semula yang telah dibuat berdasarkan fosil-fosil yang telah ditemui. Pembentukan semula yang dimaksudkan ialah dengan melukis gambar atau mengubahsuai sebuah model hidup dengan hanya berpandukan kepada sebatang tulang dan kalang kala hanya berdasarkan sekeping serpihan yang dikeluarkan daripada tanah. Makhluk manusia-beruk yang sering kita saksikan di kaca televisyen, surat khabar, majalah-majalah dan filem-filem, adalah hasil pembentukan semula ini.

Memandangkan fosil-fosil ini ditemui di dalam keadaan bersepah dan tidak sempurna, maka sebarang andaian yang dibuat berdasarkannya hanya spekulasi (agakan) sahaja. Tambahan pula, pembentukan semula ini (lukisan atau model) telah dibuat oleh evolusionis berdasarkan saki baki fosil yang telah disediakan secara agakan semata-mata untuk mengesahkan tesis-tesis evolusi mereka. Seorang ahli antropologi daripada Harvard, David R. Pilbeam, menegaskan kenyataan ini apabila beliau menyatakan; "Sekurang-kurangnya di dalam paleontologi, data-data masih jarang sekali dipengaruhi oleh tafsiran-tafsiran teori. Teori-teori di masa lampau telah menjejaskan ideologi kita melebihi daripada data-data yang tepat".53 Memandangkan masyarakat kini amat terpengaruh dengan maklumat-maklumat visual, pembentukan semula ini telah membantu matlamat evolusionis, iaitu untuk meyakinkan masyarakat bahawa makhluk-makhluk yang telah diubah suai ini sememangnya telah wujud di masa lampau.

Pada peringkat ini kita perlu menggariskan beberapa fakta penting: pembentukan semula yang dilakukan ini hanya berdasarkan kepada saki baki tulang hanya dapat menjelaskan beberapa kriteria asas objek tersebut memandangkan butiran-butiran yang lebih jelas terdiri daripada tisu-tisu lembut yang mudah reput ditelah zaman. Oleh itu, dengan tafsiran samar terhadap tisu-tisu ini, maka lukisan atau model yang diubah suai ini bergantung sepenuhnya kepada imaginasi khayalan individu yang melakukannya. Earnts A. Hooten, daripada Harvard, menerangkan situasi ini seperti berikut:

Untuk cuba mengembalikan bahagian-bahagian yang lembut ini adalah sesuatu yang amat sukar. Bibir, mata, telinga dan hujung hidung tidak meninggalkan sebarang tanda di atas mana-mana bahagian tulang. Kamu mungkin, dengan bantuan peralatan-peralatan yang sempurna, dapat mereka tengkorak Neanderthal seperti seekor cimpanzi atau seperti seorang ahli falsafah. Pembentukan semula yang didakwa sebagai sejenis manusia purba ini, mempunyai (jika ada) nilai saintifik yang amat rendah dan hanya akan mengelirukan masyarakat umum. Oleh itu jangan sekali-kali kamu mempercayai pembentukan semula ini.54

Tiga Binaan Semula Berdasarkan Kepadatengkorak Yang Sama
kafatası, sahte çizimler

Muncul di dalam Sunday
Times, April 5, 1964

Lukisan Maurice Wilson

Binaan Semula N. Parker,
N. Geographic, September 1960

Tambahan pula, para evolusionis ini telah mereka berbagai cerita dongeng, sehinggakan mereka menggambarkan wajah yang berbeza dengan berdasarkan kepada tengkorak yang sama. Sebagai contoh, tiga buah lukisan binaan semula yang dibuat berdasarkan sebuah fosil yang digelar "Australopithecus Robustus (Zinjanthroptus)", merupakan sebuah bukti terkenal terhadap kepalsuan ini.

Tafsiran yang berat sebelah terhadap fosil-fosil ini atau pemalsuan terhadap berbagai khayalan pembinaan semula ini, menunjukkan betapa kerapnya para evolusionis ini menggunakannya untuk menipu. Malah mereka tidak sedikit pun merasa bersalah apabila membayangkan bahawa penipuan mereka ini telah tinggal kekal di dalam lipatan sejarah evolusi.

Lukisan- Lukisan Khayalan
lucy ailesi, sahte çizimler
evrim, hayali çizim
evrim, hayali çizim

Geheimnisse Der Urzeit, Tiereund Menschen, s. 200

National Geographic, March 1996

Di dalam gambar-gambar dan binaan semula mereka, evolusionis telah dengan sengaja memberikan bentuk kepada sifat-sifat yang sebenarnya tidak meninggalkan sebarang fosil, seperti struktur hidung dan bibir, bentuk rambut, dan kening, dan bahagian-bahagian berambut lain, untuk menyokong evolusi. Mereka juga telah menyediakan gambar-gambar terperinci yang menggambarkan makhluk-makhluk khayalan ini berjalan bersama dengan keluarga mereka, memburu, atau dalam keadaan melakukan kerja-kerja harian mereka. Bagaimana pun, lukisan-lukisan ini semuanya adalah khayalan-khayalan imaginasi dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan rekod fosil.

Nota Kaki

53 David R. Pilbeam, "Rearranging Our Family Tree", Nature, June 1978, p. 40.

54 Earnest A. Hooton, Up From The Ape, New York: McMillan, 1931, p. 332.

KONGSI
logo
logo
logo
logo
logo
Muat turun
  • Pengenalan: Mengapa Teori Evolusi
  • Bab 1: Untuk Membebaskan Diri Daripada Prejudis
  • Bab 2: Sejarah Ringkas Teori Evolusi
  • Bab 3: Mekanisme Khayalan Evolusi
  • Bab 4: Rekod Fosil Menyanggah Evolusi
  • Bab 5: Kisah Peralihan Daripada Air Ke Darat
  • Bab 6: Asal Usul Burung dan Mamalia
  • Bab 7: Tafsiran Fosil Evolusionis Yang Menipu
  • Bab 8: Penipuan Evolusi
  • Bab 9: Senario Evolusi Manusia
  • Bab 10: Kebuntuan Molekul Evolusi
  • Bab 11: Undang-Undang Kedua Termodinamik Yang Membatalkan Teori Evolusi
  • Bab 12: Perancangan dan Kebetulan
  • Bab 13: Dakwaan Evolusionis dan Kenyataannya
  • Bab 14: Teori Evolusi: Liabiliti Materialistik
  • Bab 15: Media: Tanah Subur Untuk Teori Evolusi
  • Bab 16: Konklusi: Evolusi Adalah Suatu Penipuan
  • Bab 17: Hakikat Kejadian
  • Bab 18: Inti Pati Sebenar Kebendaan
  • İnti pati sebenar kebendaan
  • Bab 19 : Relativiti Masa dan Hakikat Takdir
  • Bab 20: Persidangan SRF: Aktivitimemaklumkan Masyarakat Tentang Evolusi