logo
HARUN YAHYA

Bab 5: Kisah Peralihan Daripada Air Ke Darat

Evolusionis mendakwa bahawa invertebrat (haiwan yang tidak bertulang belakang) air yang ditemui di lapisan batu di kerak bumi Cambrian telah berubah kepada ikan dalam masa sepuluh juta tahun. Tetapi, seolah-olah invertebrat ini tidak mempunyai moyang, tidak terdapat sebarang rangkaian peralihan yang membuktikan bahawa satu proses evolusi telah berlaku di antara haiwan invertebrat ini dan ikan. Perlu dicatatkan bahawa invertebrat dan ikan mempunyai perbezaan yang amat besar. Invertebrat mempunyai tisu luaran yang keras pada kulit luarnya, sedangkan ikan adalah vertebrat (haiwan bertulang belakang). Seolah-olah telah berlaku satu proses evolusi besar-besaran yang melalui berbilion-bilion langkah untuk disempurnakan, oleh itu, sepatutnya terdapat berbilion-bilion formasi perantaraan untuk membuktikannya.

transition_from_water_to_land_lie_en

Mengikut senario andaian "daripada air ke darat", beberapa ekor ikan telah merasa perlu untuk beralih daripada air ke darat kerana masalah makanan. Semestinya, ia tidak disokong oleh sebarang bukti. Dakwaan ini hanya disokong oleh lukisan-lukisan spekulasi yang tidak berasas, seperti gambar di sebelah.

Evolusionis telah menggali fosil lapisan kerak bumi sejak kira-kira 140 tahun untuk mencari formasi-formasi andaian ini. Mereka telah menemui berjuta-juta fosil invertebrat dan fosil-fosil ikan, tetapi tidak seorang pun berjaya menemui walau hanya satu fosil perantaraan di antara keduanya.

Seorang ahli paleontologi evolusionis, Gelard T. Todd mengakui kenyataan ini di dalam sebuah artikel bertajuk "Evolution of the Lung and the Origin of Bony Fishes".

Tiga bahagian-bahagian kecil ikan bertulang yang pertama muncul di dalam rekod fosil pada masa yang hampir sama. Mereka telah sedia berbeza dari segi morfologi, dan mereka berperisai. Bagaimana mereka terbentuk? Apa yang menyebabkan mereka berbeza sama sekali? Bagaimana mereka dapat berperisai sebegitu sekali? Dan kenapa tidak terdapat sebarang kesan formasi-formasi awal dan pertengahan?30

Senario evolusi melangkah setapak ke hadapan dan mendakwa bahawa ikan telah berubah daripada invertebrat kemudian berubah kepada amfibia. Tetapi senario ini adalah bukti yang lemah kerana hingga kini tidak terdapat satu fosil yang menunjukkan makhluk separuh-ikan/separuh-amfibia pernah wujud. Fakta ini dikuatkan oleh seorang evolusionis terkenal, Robert L. Carroll, penulis buku "Vertebrate Paleontology and Evolution" katanya : "Kita tidak mempunyai fosil pertengahan ikan rhipidistian (moyang kegemarannya daripada tetrapod) dan amfibia awal".31 Dua orang ahli paleontologi, Colbert dan Morales, memberikan komentar mereka terhadap tiga kelas amfibia, iaitu katak, salamander (sejenis binatang seperti biawak), dan caecilian (sejenis amfibia seperti cacing):

Tidak terdapat sebarang bukti terhadap sebarang amfibia Paleozoic yang mempunyai gabungan karakter yang dijangkakan terdapat pada moyang yang sama. Katak salamamder dan caecilian adalah amat mirip dengan keturunan mereka yang masih hidup kini.32

coelacanth, fosil coelacanth, balıkçılar canlı coelacanth, canlı balık

Fosil Kolakan berusia 410 tahun. Evolusionis mendakwa bahawa ia adalah formasi perantaraan yang mewakili formasi perantaraan daripada air ke darat.

Contoh ikan hidup ini telah ditangkap beberapa kali semenjak 1938, memberikan contoh yang baik sejauh mana spekulasi yang dilakukan oleh evolusionis.

Sejak lima belas tahun dahulu, para evolusionis meramalkan makhluk-makhluk seperti ini wujud. Ikan ini yang dikenali sebagai ikan kolakan (Coelacanth), yang dijangkakan sebagai berusia 410 tahun dahulu, telah dikemukakan sebagai sebuah formasi perantaraan dengan paru-paru yang primitif, otak yang membangun, sistem penghadaman dan sistem peredaran yang siap dapat berfungsi di darat, dan malah sebuah mekanisme berjalan yang primitif. Tafsiran-tafsiran anatomi ini telah diterima sebagai kebenaran yang tidak dapat dipertikaikan di kalangan para saintis sehingga akhir tahun 1930an. kolakan telah diperkenalkan sebagai sebuah formasi perantaraan bijak yang membuktikan perantaraan daripada air ke darat evolusi.

An Example Invalidating Evolution Turtles
 kaplumbağa fosili, fosil

Sebagaimana, teori evolusi tidak dapat menjelaskan asas kumpulan benda hidup seperti ikan dan reptilia, begitu juga ia gagal menjelaskan asal spesies-spesies di dalam kumpulan-kumpulan ini. Sebagai contoh, penyu, sejenis spesies reptilia, telah muncul di dalam rekod fosil secara mendadak lengkap dengan kulitnya yang unik. Mengikut sumber evolusi "... pada pertengahan Zaman Triassic (sekitar 175,000,000 tahun dahulu), anggota penyu telah pun banyak dan berada dalam keadaan asas karakter penyu. Rangkaian di antara penyu dan cotylosaurs yang merupakan asal penyu, adalah hampir tidak ada sama sekali" " (Encyclopaedia Brittanica, 1971, v.22, p.418)

Tidak terdapat sebarang perbezaan di antara fosil penyu purba dan spesies penyu yang hidup hari ini. Kesimpulannya, penyu tidak pernah "berubah", ia sentiasa menjadi penyu semenjak ia diciptakan lagi.

Turtle fossil aged 100 million years: No different from its counterpart living today. (The Dawn of Life, Orbis Pub., London 1972)

There is no difference between the fossils of earlier turtles and the living members of this species today. Simply put, turtles have not "evolved"; they have always been turtles since they were created that way.

Bagaimana pun, pada 22 Disember 1938, sebuah penemuan menarik telah dilakukan di Lautan India. Seekor hidupan daripada keluarga kolakan, yang diperkenalkan sebagai sebuah formasi peralihan yang telah pupus tujuh belas juta tahun dahulu, telah ditangkap. Tidak dapat dinafikan penemuan hidupan asal kolakan telah memeranjatkan evolusionis. Seorang evolusionis, J.L.B. Smith menyatakan da tidak akan menjadi lebih terperanjat sekiranya dia melalui seekor dinosaur hidup.33 Tahun-tahun seterusnya, 200 ekor kolakan telah banyak kali ditangkap di serata dunia.

Hidupan kolakan telah mendedahkan sejauh mana evolusionis sanggup mereka-reka senario-senario khayalan mereka. Sebaliknya, kolakan tidak mempunyai paru-paru yang primitif dan otak yang besar. Organ-organ yang penyelidik-penyelidik evolusionis sangka sebagai paru-paru primitif ini adalah kantung asid lemak.34 Tambahan pula, kolakan, yang diperkenalkan sebagai "reptilia yang bersiap untuk berpindah daripada laut ke darat", sebenarnya adalah seekor ikan yang hidup di dalam laut dalam dan tidak pernah muncul di permukaan kurang daripada 180 meter.35

Kenapa Peralihan Daripada Air Ke Darat Adalah Mustahil?

Evolusionis mendakwa bahawa suatu hari, satu spesies yang hidup di dalam air telah melangkah ke darat dan telah berubah menjadi spesies yang hidup di darat.

Terdapat beberapa fakta yang menjadikan peralihan seperti ini mustahil::

1. Membawa Berat Badan:

makhluk yang hidup di air tidak mempunyai sebarang masalah untuk membawa berat badan mereka sendiri. Bagaimana pun, kebanyakan hidupan darat terpaksa menggunakan 40% tenaga mereka untuk membawa badan mereka. Makhluk-makhluk yang membuat peralihan daripada air ke darat perlu membentuk sistem otot-otot dan sistem rangka yang baru (!) untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan pada masa yang sama, yang sememangnya mustahil untuk ia terbentuk melalui proses mutasi.

2. Penahanan Kepanasan:

Di darat suhu dapat bertukar dengan cepat dan ia menggolak kawasan yang luas. Hidupan darat mempunyai mekanisme badan yang dapat menahan perubahan suhu yang mendadak. Bagaimana pun, di dalam air, suhu berubah perlahan-lahan dan perubahan tersebut tidak melibatkan kawasan yang luas. Organisma hidup yang mempunyai sistem badan yang teratur mengikut keadaan suhu laut, tidak berhajat kepada sistem perlindungan yang menjamin kerosakan minimum daripada perubahan suhu di darat. Adalah tidak masuk akal untuk mendakwa ikan telah mendapat sistem seperti itu melalui mutasi secara rawak sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki ke darat.

3. Keperluan Air:

Bekalan metabolisme, air dan kelembapan perlu digunakan secara terhad disebabkan oleh kesukaran mendapatkan air di darat. Sebagai contoh, kulit perlu dibentuk untuk membenarkan pengurangan air pada keluasan yang tertentu, dalam masa yang sama mengelakkan penyejatan yang melampau. Oleh itu, hidupan darat mempunyai rasa dahaga, suatu rasa yang tidak dimiliki oleh makhluk hidupan laut. Di samping itu, kulit hidupan air juga tidak sesuai untuk habitat tidak berair.

4. Buah Pinggang:

Organisma hidupan laut dapat menyahkan barang-barang terpakai terutamanya ammonia di dalam badan mereka dengan menapisnya, memandangkan terdapat banyak air di dalam habitat mereka. Di darat, air perlu digunakan dengan lebih jimat. Kerana itulah hidupan ini mempunyai sebuah sistem buah pinggang. Terima kasih kepada buah pinggang, ammonia telah dipungut dengan menukarkannya menjadi air kencing dan penggunaan air dapat diminimumkan semasa pembuangannya. Tambahan pula, sebuah sistem baru diperlukan untuk menghasilkan fungsi buah pinggang. Ringkasnya, untuk membolehkan peralihan daripada air ke darat berlaku, hidupan yang tidak mempunyai buah pinggang perlu membentuknya serta-merta.

5. Sistem Respirasi:

Ikan "bernafas" dengan mengambil oksigen yang larut di dalam air yang mengalir melalui insangnya. Mereka tidak dapat hidup di atas darat melainkan beberapa minit sahaja. Untuk hidup di atas darat, mereka perlu mendapat sebuah sistem paru-paru yang sempurna serta-merta.

Adalah mustahil untuk perubahan fizikal secara mendadak ini dapat berlaku dalam organisma yang sama, pada masa yang sama dan dengan hanya melalui proses perubahan.

Nota Kaki

30 Gerald T. Todd, "Evolution of the Lung and the Origin of Bony Fishes: A Casual Relationship", American Zoologist, Vol 26, No. 4, 1980, p. 757.

31 R. L. Carroll, Vertebrate Paleontology and Evolution, New York: W. H. Freeman and Co. 1988, p. 4.

32 Edwin H. Colbert, M. Morales, Evolution of the Vertebrates, New York: John Wiley and Sons, 1991, p. 99.

33 Jean-Jacques Hublin, The Hamlyn Encyclopædia of Prehistoric Animals, New York: The Hamlyn Publishing Group Ltd., 1984, p. 120.

34 Jacques Millot, "The Coelacanth", Scientific American, Vol 193, December 1955, p. 39.

35 Bilim ve Teknik Magazine, November 1998, No: 372, p. 21.

KONGSI
logo
logo
logo
logo
logo
Muat turun
  • Pengenalan: Mengapa Teori Evolusi
  • Bab 1: Untuk Membebaskan Diri Daripada Prejudis
  • Bab 2: Sejarah Ringkas Teori Evolusi
  • Bab 3: Mekanisme Khayalan Evolusi
  • Bab 4: Rekod Fosil Menyanggah Evolusi
  • Bab 5: Kisah Peralihan Daripada Air Ke Darat
  • Bab 6: Asal Usul Burung dan Mamalia
  • Bab 7: Tafsiran Fosil Evolusionis Yang Menipu
  • Bab 8: Penipuan Evolusi
  • Bab 9: Senario Evolusi Manusia
  • Bab 10: Kebuntuan Molekul Evolusi
  • Bab 11: Undang-Undang Kedua Termodinamik Yang Membatalkan Teori Evolusi
  • Bab 12: Perancangan dan Kebetulan
  • Bab 13: Dakwaan Evolusionis dan Kenyataannya
  • Bab 14: Teori Evolusi: Liabiliti Materialistik
  • Bab 15: Media: Tanah Subur Untuk Teori Evolusi
  • Bab 16: Konklusi: Evolusi Adalah Suatu Penipuan
  • Bab 17: Hakikat Kejadian
  • Bab 18: Inti Pati Sebenar Kebendaan
  • İnti pati sebenar kebendaan
  • Bab 19 : Relativiti Masa dan Hakikat Takdir
  • Bab 20: Persidangan SRF: Aktivitimemaklumkan Masyarakat Tentang Evolusi