logo
HARUN YAHYA

Bab 3: Mekanisme Khayalan Evolusi

Model utama Darwinis, yang menjadi haluan utama teori evolusi hari ini, menegaskan bahawa kehidupan ini telah berubah melalui dua mekanisme semula jadi ; (1) Pilihan Semula jadi (Natural Selection), dan (2) Mutasi (Mutation). Kenyataan asas teori ini adalah seperti berikut; Pilihan Semula jadi dan Mutasi adalah dua mekanisme yang saling melengkapi. Asal pengubahan secara berperingkat ini ialah mutasi (perubahan) rawak yang mengambil tempat di dalam struktur genetik benda-benda hidup. Keadaan ini terjadi disebabkan oleh mutasi yang telah dipilih oleh mekanisme pilihan semula jadi dan dengan itu, hidupan ini akan berubah.

Apabila kami mengkaji teori ini, kami dapati tidak terdapat langsung sebarang mekanisme evolusi, kerana samada pilihan semula jadi ataupun mutasi tidak membuktikan bahawa spesies yang berbagai ini telah berubah menjadi spesies yang lain.

Pilihan Semula jadi

Seperti proses semula jadi , pilihan semula jadi juga telah dikenali oleh ahli-ahli biologi sebelum Darwin, ia dikenali sebagai "suatu mekanisme yang mengekalkan suatu spesies daripada berubah tanpa sebarang gangguan". Darwin merupakan orang pertama yang telah mendakwa bahawa proses ini mempunyai kuasa evolusi dan dia membina seluruh teorinya berdasarkan kepada dakwaan ini. Nama yang telah digunakan sebagai judul bukunya telah membuktikan bahawa pilihan semula jadi telah menjadi asas teorinya; The Origin of Species, by means of Natural Selection…

Walau bagaimana pun, ketika zaman Darwin, tidak terdapat sebarang bukti yang menunjukkan bahawa pilihan semula jadi ini menyebabkan hidupan berubah. Colin Patterson, seorang senior di dalam ilmu paleontologi di Museum Natural History, England, juga seorang saintis evolusi. Beliau menegaskan bahawa pilihan semula jadi tidak akan dapat menyebabkan hidupan berubah:

Belum pernah seorang pun berjaya melahirkan satu spesies baru dengan menggunakan mekanisme pilihan semula jadi . Walaupun hanya untuk hampir melahirkanya dan inilah yang sering menjadi perdebatan di kalangan neo-Darwinis.11

Pilihan semula jadi berpegang bahawa semua hidupan yang lebih sesuai dengan keadaan semula jadi habitatnya akan memperolehi baka yang akan kekal selamat, sementara yang tidak sesuai (dengan habitat semula jadi) akan pupus. Sebagai contoh, di dalam sekawan rusa yang berada di dalam kepungan binatang buas, secara semula jadi yang berlari pantas akan berjaya menyelamatkan dirinya. Benar. Tetapi walau berapa lama sekalipun proses ini berterusan, ia tidak akan merubah rusa-rusa ini menjadi binatang lain. Rusa akan tetap menjadi rusa juga.

Jika kita perhatikan kepada beberapa peristiwa yang digunakan oleh para evolusinis sebagai contoh pilihan semula jadi , kita akan dapati bahawa tidak terdapat sebarang bukti yang kukuh melainkan tipu muslihat sahaja.

"Melanin Industri"

endüstriyel devrim, kelebek

Contoh rama-rama Revolusi Industri telah dikemukakan sebagai bukti terhebat kepada evolusi oleh pilihan semula jadi . Bagaimana pun, evolusi tidak berlaku dalam contoh ini, kerana tidak terdapat sebarang spesies rama-rama baru yang terbentuk. Di atas sebelah kiri ialah rama-rama pokok dan di kanan rama-rama era Revolusi Industri dan di tengah ialah pos era Revolusi Industri.

Pada tahun 1986 Douglas Futuyma telah menerbitkan sebuah buku bertajuk The Biology of Evolution, ia diterima sebagai suatu sember yang menjelaskan tentang teori evolusi oleh pilihan semula jadi dengan cara yang paling jelas. Antara contoh yang paling sering digunakan di dalam subjek ini ialah tentang warna sekelompok rama-rama yang telah menjadi gelap ketika berlakunya Revolusi Perindustrian di England.

Menurut mereka, pada awal permulaan Revolusi Perindustrian di England, warna pohon kayu di sekitar Manchester agak terang. Oleh itu, rama-rama berwarna gelap yang sering hinggap di atas pohon-pohon ini akan mudah dikesan oleh burung-burung yang memburu mereka dan mereka mempunyai peluang tipis untuk melepaskan diri. Lima belas tahun kemudian, disebabkan oleh pencemaran, pohon-pohon kayu ini telah berubah warnanya menjadi gelap, dan kali ini rama-rama yang berwarna cerah pula menjadi buruan. Hasilnya, rama-rama berwarna cerah telah berkurangan, sementara yang berwarna gelap makin bertambah kerana ia sukar dikesan oleh pemangsa. Para elovusionis menggunakannya sebagai bukti utama teori mereka. Sementara di pihak yang lain, para evolusionis menggunakan bukti ini untuk membuktikan bagaimana rama-rama berwarna cerah ini berubah menjadi gelap.

Bagaimanapun, jelas di sini situasi tersebut tidak boleh digunakan sebagai bukti teori evolusi ini, kerana pilihan semula jadi tidak akan membentuk format baru kepada sesuatu yang asalnya tidak wujud. Sedangkan rama-rama berwarna gelap telah pun wujud sebelum Revolusi Perindustrian. Hanya jumlah di dalam populasinya telah berubah. Rama-rama ini tidak mendapat sifat atau organ baru yang boleh merubahnya menjadi spesies lain. Untuk membolehkan rama-rama ini berubah menjadi spesies lain, seperti burung misalnya, maka hendaklah berlaku perubahan di dalam susunan gennya. Iaitu, seluruh program genetik mestilah dimuatkan ke dalam gennya, termasuklah maklumat-maklumat tentang sifat-sifat fizikal burung.

Secara ringkasnya, pilihan semula jadi tidak mempunyai kapasiti untuk menambah organ baru kepada organisma hidup atau membuang, atau mengubahnya menjadi spesies lain – ia amat bercanggah dengan apa yang telah didakwa oleh golongan evolusionis. Bukti-bukti lain yang dikemukakan tidak lebih daripada kejadian rama-rama di England ini sahaja.

Bolehkah Pilihan Semula jadi Menerangkan Kompleksiti Kelakuan?

Tidak terdapat sebarang kaitan di antara pilihan semula jadi , kerana mekanisme ini tidak akan dapat menambah atau memperbaiki maklumat genetik sesuatu spesies. Begitu juga, ia tidak akan dapat mengubah satu spesies kepada spesies yang lain, seperti; mengubah tapak sulaiman kepada ikan, seekor ikan kepada katak, seekor katak kepada seekor buaya atau dari seekor buaya kepada seekor burung. Pendokong utama punctuated equilibrium, Gould merujuk kepada kebuntuan pilihan semula jadi ini seperti berikut:

kaplan, ceylan

Pilihan semula jadi berfungsi sebagai satu mekanisme yang menyingkirkan individu yang lemah di dalam satu spesies. Ia adalah satu kuasa konservatif yang memelihara spesies yang wujud daripada merosot. Selain daripada itu, ia tidak mempunyai keupayaan untuk mengubah satu spesies kepada yang lain.

Intipati Darwinisme ini berdasarkan kepada satu fasa: pilihan semula jadi adalah suatu tenaga kreatif yang berubah secara evolusi. Tidak ada orang yang menafikan bahawa pilihan semula jadi ini memainkan peranan negatif di dalam menghapuskan yang tidak sesuai (dengan perubahan habitat). Para Darwinis mendakwa kononnya pilihan semula jadi ini membentuk (spesies lain) yang sesuai.12

Sebuah lagi metode keliru yang digunakan oleh para evolusionis ini terhadap pilihan semula jadi ialah dakwaan mereka bahawa mekanisme ini adalah proses terancang. Sedangkan, pilihan semula jadi adalah suatu proses tidak terancang. Ia tidak mempunyai sebarang kemampuan untuk memilih yang mana yang baik dan yang mana yang tidak baik untuk suatu hidupan. Kerana itulah, pilihan semula jadi tidak dapat menjelaskan sistem-sistem biologi dan organ-organ yang mempunyai "Kompleksiti Kekal" (Irreducible Complexity). Sistem-sistem dan organ-organ ini berfungsi dengan bantuan berbagai-bagai anggota lain, dan ia tidak akan berfungsi sekiranya satu daripada anggota-anggota ini hilang atau rosak. Sebagai contoh, mata manusia tidak akan dapat berfungsi melainkan dengan adanya anggota-anggota lain. Oleh itu, kemampuan yang mengumpulkan semua anggota-anggota ini pastinya dapat juga merencana kemajuan masa depan dan menumpukan ke arah sesuatu yang berfaedah iaitu untuk diterima pada peringkat yang terakhir. Memandangkan mekanisme semula jadi tidak memiliki keupayaan untuk merencana sesuatu apa pun, maka ia tidak akan dapat melakukannya. Fakta ini juga menggugat asas teori evolusi dan ini amat membimbangkan Darwin: "Jika dapat dipastikan semua organ-organ yang kompleks telah pun wujud, dan bukannya terbentuk melalui pengubahan yang berbagai, maka teori saya mungkin akan tertolak sepenuhnya".13

Pilihan semula jadi hanya memilih individu yang rosak, lemah dan tidak sesuai sesuatu spesies. Ia tidak dapat mengeluarkan spesies baru, maklumat-maklumat genetik baru atau organ-organ baru. Ia tidak mungkin dapat mengubah suatu apa pun. Darwin mengiktiraf realiti ini dengan berkata; "Pilihan Semula jadi tidak dapat melakukan apa-apa pun sehingga berlakunya perubahan variasi pilihan".14 Kerana itulah, pengikut Darwin terpaksa meletakkan mutasi selepas pilihan semula jadi sebagai "sebab perubahan yang berguna". Tetapi seperti mana yang akan kita saksikan, mutasi hanyalah suatu proses perubahan yang menyakitkan.

Mutasi

dna, mutasyon

Mutations add no new information to an organism's DNA: As a result of mutations, the particles making up the genetic information are either torn from their places, destroyed, or carried off to different places. Mutations cannot make a living thing acquire a new organ or a new trait. They only cause abnormalities like a leg sticking out of the back, or an ear from the abdomen.

Mutasi didefinasikan sebagai sekatan atau penggantian yang mengambil tempat di dalam molekul DNA, yang terdapat di dalam nukleus sel suatu organisma hidup dan ia mengandungi segala maklumat genetik. Sekatan atau penggantian ini disebabkan oleh kesan luaran seperti kesan radiasi atau tindak balas kimia. Setiap proses mutasi adalah secara kebetulan dan samada ia merosakkan ikatan nukleus yang mengandungi DNA ataupun ia mengubah kedudukannya. Selalunya, kesan mutasi ini merosakkan dan mengubahnya dengan teruk sekali, sehinggakan sel tersebut tidak dapat memperbaikinya lagi.

Mutasi, yang para evolusionis berselindung di sebaliknya, bukanlah sebatang tongkat sakti yang boleh mengubah organisma-organisma hidup ke bentuk yang lebih baik dan cemerlang. Kesan utama mutasi ialah kerosakan. Perubahan yang disebabkan oleh mutasi ini seumpama pengalaman yang dilalui oleh penduduk-penduduk Hiroshima, Nagasaki dan Chernobyl: kesannya ialah, kematian, hilang upaya diri dan menjadi ganjil…

Sebabnya adalah mudah: DNA mempunyai struktur binaan yang amat kompleks dan kesan yang berkecamuk hanya akan menjejaskan struktur ini. B.G Ranganathan menyatakan:

Mutasi adalah kecil, kecamuk dan memudaratkan. Ia jarang berlaku dan kadang kala ia tidak berhasil. Empat karakteria mutasi ini menunjukkan bahawa ia tidak mungkin membantu pembentukan evolusi. Perubahan secara rawak di dalam organisma ini, samada ia langsung tidak berhasil atau ia berhasil tetapi amat memudaratkan. Seperti, perubahan rawak di dalam jam tangan tidak akan dapat memperbaiki jam tersebut. Ia mungkin akan merosakkannya atau sekurang-kurangnya tidak bertindak balas. Sebagaimana gempa bumi tidak akan memperelokkan sebuah bandar, malah ia hanya memusnahkan.15

Tidak memeranjatkan, apabila sehingga kini belum didapati sebarang mutasi yang berguna. Semua mutasi telah terbukti sebagai menyakitkan. Seorang saintis evolusi Warren Weaver memberikan komentarnya terhadap sebuah laporan yang disediakan oleh The Committee on Genetic Effects of Atomic Radiation, ia ditubuhkan untuk menyiasat kesan mutasi yang mungkin disebabkan oleh senjata-senjata nuklear yang telah digunakan di dalam Perang Dunia Kedua:

Ramai akan tertanya-tanya tentang kenyataan yang telah diketahui umum, bahawa mutasi gen ini adalah sesuatu yang memudaratkan. Dalam masa yang sama, ia juga merupakan suatu bahagian penting di dalam proses evolusi. Bagaimana mungkin, suatu kesan yang baik – berubah kepada bentuk hidupan yang lebih baik – boleh terhasil daripada praktikal mutasi yang nyata memudaratkan? 16

Berbagai cubaan telah dilakukan untuk mencari kegunaan mutasi, tetapi tidak pernah berjaya. Setelah beberapa dekad, para evolusionis telah melakukan berbagai ekperimen untuk menghasilkan mutasi pada lalat buah, kerana ia boleh membiak dengan mudah dan kerap, oleh itu hasil mutasi dapat dilihat dengan lebih cepat. Generasi demi generasi lalat-lalat ini telah dimutasikan , tetapi sehingga kini tiada sebarang kegunaan mutasi dapat dikesan. Seorang pakar genetik evolusionis Gordan Taylor menulis seperti berikut:

Di dalam beratus-ratus ujian pembiakan lalat yang telah dilakukan di seluruh dunia untuk jangka masa lebih lima belas tahun, tetapi tidak satu pun spesies baru pernah dicipta… tidak walau satu enzim yang baru pun.17

Penyelidik yang lain pula, Michael Pitman, memberikan komentarnya terhadap kegagalan ujian mutasi terhadap lalat-lalat buah tersebut:

Morgan, Goldschmidt, Muller dan beberapa saintis genetik lain telah mengkaji generasi-generasi lalat buah ini pada keadaan-keadaan ekstrem seperti panas, sejuk, cerah, gelap dan mendedahkannya dengan bahan kimia dan radiasi. Semua jenis mutasi, telah dikeluarkan. Apakah manusia telah berjaya melakukan evolusi? Mungkin tidak! banyak monster genetik telah terlepas daripada botol tempat mereka dibiakkan. Ketika melakukan praktis, mutan ini mati, menjadi mandul atau berubah menjadi jenis yang liar.18

çernobil, el

Kesan malang mutasi pada badan manusia. Budak di sebelah adalah salah seorang mangsa tragedi logi nuklear Chernobyl.

Perkara yang sama berlaku kepada manusia. Setiap mutasi yang berlaku ke atas manusia menghasilkan natijah yang samar. Dalam hal ini, para evolusinis mengetepikannya dan cuba menunjukkan bahawa hasil yang samar ini adalah "bukti evolusi". Semua mutasi yang menimpa manusia menyebabkan kecacatan fizikal, dan menjadi lemah, seperti Monggolism, Down Syndrome, terencat atau katik. Mutasi-mutasi ini dikemukakan di dalam buku-buku teks sebagai bukti-bukti "hasil kerja mekanisme evolusi". Tidak perlu dijelaskan lagi, suatu proses yang melemahkan manusia tidak mungkin menjadi "mekanisme evolusi" - kerana evolusi seharusnya menghasilkan bentuk yang lebih baik agar ia bersesuaian untuk terus selamat (dari ancaman perubahan habitatnya).

Ringkasnya, terdapat tiga sebab utama mengapa mutasi tidak boleh digunakan untuk menyokong teori evolusi:

(1) Kesan secara langsungnya amat memudaratkan: memandangkan ia berlaku secara rawak, maka ia sering merosakkan organisma hidup ini. Sebab musabab menjelaskan kepada kita bahawa campur tangan yang tidak terancang di dalam struktur yang kompleks dan sempurna tidak akan dapat memperbaikinya, malah hanya akan merosakkan. Tambahan pula, tidak terdapat sebarang kegunaan mutasi yang telah ditemui setakat ini.

(2) Mutasi juga tidak menambah sebarang maklumat baru ke dalam DNA organisma: kesan yang berlaku terhadap maklumat genetiknya ialah samada ianya terjejas, musnah atau berubah tempat. Mutasi tidak dapat menjadikan satu hidupan menerima satu organ atau sifat yang baru. Ia hanya akan menjadikannya berubah menjadi sesuatu yang ganjil, seperti kaki yang tumbuh di tengah belakang atau mata tumbuh di badan.

(3) Dalam usaha untuk memindahkan sesuatu mutasi ke generasi berikutnya, ia harus mengambil tempatnya di dalam sel-sel pembiakan organisma: Tetapi malangnya, perubahan secara rawak yang berlaku di dalam sel atau organ badan sementara tidak dapat dipindahkan kepada generasi yang berikutnya. Sebagai contoh, mata manusia yang berubah disebabkan oleh kesan radiasi atau sebab-sebab lain tidak akan berpindah ke generasi-generasi berikutnya.

Kesimpulannya, adalah mustahil satu hidupan itu untuk berubah, kerana tidak terdapat sebarang mekanisme semula jadi yang boleh menyebabkannya berubah. Ini bertepatan dengan bukti rekod fosil, ia menunjukkan bahawa senario ini tersasar jauh daripada realitinya.

Semua Mutasi Memudaratkan
mutasyon, sinek

A. NORMAL 1. Eye, 2. Antenna

B. MUTANT 3. Leg

Kiri:Seekor lalat buah (drosophila) normal.

Kanan: Seekor lalat buah dengan kakinya tersembul keluar daripada kepalanya: satu mutasi yang terangsang oleh radiasi

Nota Kaki

11 Colin Patterson, "Cladistics", Interview with Brian Leek, Peter Franz, March 4, 1982, BBC.

12 Stephen Jay Gould, "The Return of Hopeful Monsters", Natural History, Vol 86, July-August 1977, p. 28.

13 Charles Darwin, The Origin of Species: A Facsimile of the First Edition, Harvard University Press, 1964, p. 189.

14 Ibid, p. 177.

15 B. G. Ranganathan, Origins?, Pennsylvania: The Banner Of Truth Trust, 1988.

16 Warren Weaver, "Genetic Effects of Atomic Radiation", Science, Vol 123, June 29, 1956, p. 1159.

17 Gordon R. Taylor, The Great Evolution Mystery, New York: Harper & Row, 1983, p. 48.

18 Michael Pitman, Adam and Evolution, London: River Publishing, 1984, p. 70.

KONGSI
logo
logo
logo
logo
logo
Muat turun
  • Pengenalan: Mengapa Teori Evolusi
  • Bab 1: Untuk Membebaskan Diri Daripada Prejudis
  • Bab 2: Sejarah Ringkas Teori Evolusi
  • Bab 3: Mekanisme Khayalan Evolusi
  • Bab 4: Rekod Fosil Menyanggah Evolusi
  • Bab 5: Kisah Peralihan Daripada Air Ke Darat
  • Bab 6: Asal Usul Burung dan Mamalia
  • Bab 7: Tafsiran Fosil Evolusionis Yang Menipu
  • Bab 8: Penipuan Evolusi
  • Bab 9: Senario Evolusi Manusia
  • Bab 10: Kebuntuan Molekul Evolusi
  • Bab 11: Undang-Undang Kedua Termodinamik Yang Membatalkan Teori Evolusi
  • Bab 12: Perancangan dan Kebetulan
  • Bab 13: Dakwaan Evolusionis dan Kenyataannya
  • Bab 14: Teori Evolusi: Liabiliti Materialistik
  • Bab 15: Media: Tanah Subur Untuk Teori Evolusi
  • Bab 16: Konklusi: Evolusi Adalah Suatu Penipuan
  • Bab 17: Hakikat Kejadian
  • Bab 18: Inti Pati Sebenar Kebendaan
  • İnti pati sebenar kebendaan
  • Bab 19 : Relativiti Masa dan Hakikat Takdir
  • Bab 20: Persidangan SRF: Aktivitimemaklumkan Masyarakat Tentang Evolusi