logo
HARUN YAHYA

Bab 20: Persidangan SRF:
Aktivitimemaklumkan Masyarakat Tentang Evolusi

Propaganda evolusi, yang kian meningkat akhir-akhir ini, merupakan ancaman kepada kepercayaan nasional dan nilai-nilai moral. Yayasan Penyelidikan Sains (Science Research Foundation - SRF), yang menyedari keadaan ini, telah mengambil tanggungjawab untuk memaklumkan masyarakat Turkey tentang hakikat saintifik kebendaan.

Persidangan Pertama - Istanbul

Siri pertama daripada siri-siri persidangan antarabangsa yang diaturkan oleh Yayasan Penyelidikan Sains (SRF) telah dijalankan pada tahun 1998. persidangan yang diberi tajuk "The Collapse of the Theory of Evolution: The Fact of Creation", telah berlangsung di Istanbul pada 4 April 1998. Persidangan tersebut, yang telah berlangsung dengan jayanya, telah disertai oleh pakar-pakar terkemuka dari seluruh dunia dan menyediakan sebuah platform yang membolehkan teori evolusi untuk pertama kalinya dipersoalkan dan dibatalkan secara saintifik di Turkey. Mereka yang datang daripada berbagai lapisan masyarakat Turkey telah menyertai persidangan, yang mendapat perhatian yang menggalakkan ini. Mereka yang tidak mendapat tempat di dalam dewan mengikuti persidangan tersebut secara langsung daripada sistem televisyen litar langsung di luar.

Persidangan tersebut melibatkan penceramah-penceramah terkenal daripada Turkey dan daripada luar. Selepas ucapan ahli-ahli SRF, yang mendedahkan motif ideologi terselindung yang mendasari teori evolusi, sebuah video dokumentari yang disediakan oleh SRF telah ditayangkan.

Dr. Duane Gish dan Dr. Kenneth Cumming, dua orang saintis terkenal daripada Institute for Creation Research di USA yang berwibawa di dalam biokimia dan paleontologi. Mereka telah membuktikan dengan bukti yang kukuh bahawa teori evolusi sama sekali tidak sah. Ketika persidangan tersebut, salah seorang saintis Turkey tersohor, Dr. Cevat Babuna menjelaskan keajaiban-keajaiban di dalam setiap fasa ciptaan badan manusia dengan persembahan slaid yang menggemparkan "hipotesis kebetulan" evolusi hingga ke akar umbi.

Persidangan Kedua – Istanbul

Persidangan antarabangsa kedua di dalam siri-siri persidangan yang sama telah berlangsung tiga bulan selepas persidangan pertama pada 5 Julai 1998 bertempat di Dewan Persidangan Cemal Resit Rey sekali lagi di Istanbul. Para penceramah yang terdiri daripada enam orang Amerika dan seorang Turkey, telah memberikan ucapan yang menjelaskan bagaimana Darwinisme telah dibatalkan oleh sains moden. Dewan Persidangan Cemal Resit Rey, dengan kapasiti tempat duduk seribu telah dibanjiri oleh audiens daripada pendengar-pendengar yang asyik.

Penceramah dan subjek di dalam persidangan ini dapat diringkaskan seperti berikut:

Profesor Michael P. Girouard: Di dalam ucapan beliau menyatakan, "Apakah Mungkin Hidupan Ini Terbentuk Secara Kebetulan?", Michael Girouard. Seorang profesor biologi di Universiti Southern Louisiana, telah menerangkan melalui berbagai contoh kekompleksitian protein, unit asas hidupan, dan merumuskan bahawa ia hanya dapat muncul sebagai hasil sebuah rekaan bijak.

Dr. Edward Boudreaux: Di dalam ucapannya menyebut, "Rekaan Di Dalam Kimia", Edward Boudreaux, seorang profesor kimia di Universiti New Orleans, mencatatkan bahawa beberapa elemen kimia pasti dengan sengaja telah disusun oleh ciptaan untuk membolehkan hidupan muncul.

Profesor Carl Fliermans: Seorang saintis terkenal di USA dan profesor mikrobiologi di Universiti Indiana menjalankan penyelidikan ke atas "peneutralan kimia yang dibuang oleh bakteria", dengan dibiayai oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, Carl Fliermans telah menyanggah dakwaan evolusionis pada peringkat mikrokimia.

Profesor Edip Keha: Seorang profesor biokimia, Edip Keha merupakan satu-satunya penceramah Turkey di dalam persidangan ini. Beliau membentangkan maklumat asas sel dan menegaskan melalui bukti-bukti bahawa sel hanya dapat muncul sebagai hasil daripada rekaan terancang (bukan kebetulan).

Profesor David Menton: Seorang profesor anatomi di Universiti Washington, David Menton, di dalam satu ucapan dengan disertai dengan satu persembahan berkomputer yang menarik, telah mengkaji perbezaan di antara bulu burung dan sisik reptilia, untuk membuktikan kesilapan andaian bahawa burung telah berubah daripada reptilia.

Profesor Duane Gish: Pakar evolusi terkenal Duane Gish, di dalam ucapan beliau bertajuk "The Origin Of Man", telah menyanggah tesis bahawa manusia telah berevolusi daripada beruk.

Presiden ICR John Morris: Profesor Morris, presiden Institute for Creation Research dan seorang ahli geologi terkenal, telah memberikan sebuah ucapan berkaitan komitmen ideologi dan falsafah yang berada di belakang evolusi. Beliau juga menerangkan bahawa teori ini telah menjadi sebuah dogma dan pendokong-pendokongnya mempercayai Darwinisme dengan semangat keagamaan.

Mendengar semua ucapan-ucapan ini, para audiens telah menyaksikan bahawa evolusi adalah sebuah kepercayaan dogmatik yang telah dimansuhkan oleh sains di dalam semua aspek. Tambahan pula, pameran poster bertajuk "The Collapse of the Theory of Evolustion: The Fact of Creation" yang telah di uruskan oleh Yayasan Penyelidikan Sains dan ditayangkan di lobi Dewan Persidangan Cemal Resit Rey telah menarik perhatian ramai. Pameran tersebut mengandungi 35 poster, setiap satu menyingkap sama ada dakwaan asas evolusi atau bukti-bukti kejadian.

Persidangan Ketiga – Ankara

Persidangan antarabangsa ketiga daripada siri-siri persidangan ini telah berlangsung pada tanggal 12 Julai 1998 di Hotel Sheraton di Ankara. Mereka yang mengambil bahagia di dalam persidangan kali ini – tiga orang Amerika dan seorang Turkey – telah mengemukakan bukti-bukti yang jelas dan nyata bahawa Darwinisme telah dibatalkan oleh sains moden.

Walaupun persidangan yang berangsung di Hotel Sheraton ini telah disiapkan untuk menerima audiens sekitar seribu orang, tetapi jumlah yang hadir ke persidangan tersebut mencecah 2,500 orang. Skrin telah dipasangkan di bahagian luar bagi mereka yang tidak mendapat tempat di dalam dewan. Pameran yang diadakan bersebelahan dengan dewan berkenaan bertajuk "The Collapse of the Theory of Evolution: The Fact of Creation", juga telah mendapat tumpuan ramai. Pada penghujung persidangan, para penceramah telah menerima tepukan sanjungan, yang membuktikan betapa masyarakat kehausan penerangan tentang realiti-realiti sains berkaitan dengan penipuan evolusi dan hakikat kejadian.

Ekoran kejayaan persidangan-persidangan antarabangsa ini, Yayasan Penyelidikan Sains mula mengatur beberapa persidangan di seluruh Turkey. Sekitar Ogos '98 dan Mei '99, 60 persidangan telah berlangsung di bandar-bandar yang berbeza. Kini SRF masih terus mengendalikan persidangan-persidangan di bahagian-bahagian berbeza negara ini.

Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)!
Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau
ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau
jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".
(Surah Al-Baqarah:32)

KONGSI
logo
logo
logo
logo
logo
Muat turun
  • Pengenalan: Mengapa Teori Evolusi
  • Bab 1: Untuk Membebaskan Diri Daripada Prejudis
  • Bab 2: Sejarah Ringkas Teori Evolusi
  • Bab 3: Mekanisme Khayalan Evolusi
  • Bab 4: Rekod Fosil Menyanggah Evolusi
  • Bab 5: Kisah Peralihan Daripada Air Ke Darat
  • Bab 6: Asal Usul Burung dan Mamalia
  • Bab 7: Tafsiran Fosil Evolusionis Yang Menipu
  • Bab 8: Penipuan Evolusi
  • Bab 9: Senario Evolusi Manusia
  • Bab 10: Kebuntuan Molekul Evolusi
  • Bab 11: Undang-Undang Kedua Termodinamik Yang Membatalkan Teori Evolusi
  • Bab 12: Perancangan dan Kebetulan
  • Bab 13: Dakwaan Evolusionis dan Kenyataannya
  • Bab 14: Teori Evolusi: Liabiliti Materialistik
  • Bab 15: Media: Tanah Subur Untuk Teori Evolusi
  • Bab 16: Konklusi: Evolusi Adalah Suatu Penipuan
  • Bab 17: Hakikat Kejadian
  • Bab 18: Inti Pati Sebenar Kebendaan
  • İnti pati sebenar kebendaan
  • Bab 19 : Relativiti Masa dan Hakikat Takdir
  • Bab 20: Persidangan SRF: Aktivitimemaklumkan Masyarakat Tentang Evolusi