Apa yang telah kita kaji setakat ini telah membuktikan bahawa teori evolusi ini tidak berlandaskan kepada asas sains. Bagaimana pun ramai manusia seluruh dunia tidak menyedari dan menyangka ia adalah fakta saintifik. Sebab utama penipuan ini ialah pendoktrinan dan propaganda sistematik yang dikendalikan oleh media terhadap evolusi. Oleh itu, kita perlu juga menyebut beberapa karakter pendoktrinan dan propaganda ini.
Jika kita perhatikan media Barat dengan teliti, kita akan menemui berita-berita yang berkaitan dengan teori evolusi. Organisasi-organisasi media utama, dan majalah-majalah yang terkenal dan disegani sering mengemukakan isu-isu ini. Apabila pendekatan mereka ini diteliti, seseorang akan menganggap bahawa teori ini sepenuhnya adalah fakta yang telah terbukti tanpa ada ruang untuk diperdebatkan.
Propaganda Evolusi | ||
Majalah-majalah sains Barat yang terkenal telah mengambil alih tanggungjawab mempropagandakan teori evolusi ini, ia memainkan peranan yang besar di dalam mempengaruhi masyarakat awam untuk menerima teori evolusi. | ||
Masyarakat awam yang membaca berita-berita seumpama ini akan merasakan bahawa teori evolusi ini adalah sebuah fakta kukuh seperti undang-undang matematik. Berita-berita yang muncul di dalam media-media terkenal ini kemudian akan dikutip pula oleh media-media tempatan. Mereka mencetaknya di dalam tulisan yang besar, seperti, "Menurut majalah Time, sebuah fosil baru yang merapatkan jurang di dalam rantaian fosil, telah ditemui"; atau "Nature" menunjukkan bahawa para saintis telah menemui penyelesaian pada isu terakhir teori evolusi. Penemuan "sambungan terakhir rantaian evolusi yang hilang" tidak memberikan apa-apa erti kerana tidak terdapat satu benda pun yang dapat membuktikan teori evolusi ini. Semua yang dikemukakan sebagai bukti adalah salah sama sekali, seperti yang telah kami kemukakan di dalam beberapa bab yang lepas. Selain media, perkara yang sama berlaku kepada sumber-sumber saintifik, ensiklopedia, dan buku-buku sains.
Dengan mudah, kedua dua media dan akademik, yang menjadi tulang belakang kepercayaan anti-agama, mempertahankan seluruh pandangan teori evolusi ini dan mereka mengemukakannya kepada masyarakat umum. Pendedahan yang dibuat amat efektif sehingga mengubah evolusi menjadi sebuah idea yang tidak pernah ditolak. Penafian evolusi dilihat sebagai penentangan terhadap sains dan mengetepikan asas realiti. Kerana itulah, dengan tidak mempedulikan penipuan-penipuan yang telah didedahkan (terutamanya sejak 1950an) dan pengakuan-pengakuan yang dibuat sendiri oleh saintis-saintis evolusionis, hari ini kita dapati amat sukar untuk menemui kritikan evolusi dari sudut sains mahupun di dalam media.
Telah diterima dengan meluas seperti kebanyakan pencetakan-pencetakan yang "disegani" di dalam bidang biologi dan alam semula jadi di Barat, majalah seperti Sceintific American, Nature, Focus, dan National; Geographic menjadikan teori evolusi sebagai sebuah ideologi rasmi dan cuba untuk mengemukakan teori ini sebagai sebuah fakta yang telah dibuktikan kebenarannya.
Evolusionis telah menggunakan sepenuhnya peluang yang diberikan kepada mereka oleh program "brain-washed" media ini. Ramai orang mempercayai teori evolusi ini dengan begitu mendalam sehinggakan mereka tidak pernah tertanya-tanya "bagaimana" dan "mengapa". Ini bererti para evolusionis dapat menyenggarakan penipuan-penipuan mereka ini agar ia dapat diyakini dengan mudah.
Sebagai contoh, buku evolusi yang paling "saintifik", "transition from water to land", yang merupakan fenomena evolusi yang paling sukar dijelaskan, telah "diterangkan" secara yang tidak dapat diterima akal. Menurut evolusi. Hidupan telah bermula di dalam air dan haiwan pertama terbentuk ialah ikan. Teori ini beranggapan bahawa suatu hari ikan-ikan ini mula melemparkan diri mereka ke darat kerana beberapa sebab (kemarau disebutkan sebagai penyebabnya), dan ikan yang memilih untuk ke darat, telah mendapat kaki sebagai ganti sirip dan paru-paru sebagai ganti insang.
Dongengan Daripada Evolusionis |
Evolusi adalah, sebagai mana yang telah dicatatkan oleh seorang saintis terkenal, sebuah kisah dongeng kepada orang dewasa. Ia merupakan sebuah senario yang sama sekali tidak logik dan tidak saintifik, yang mendakwa bahawa benda tidak hidup mempunyai sejenis kuasa dan kebijaksanaan luar biasa untuk membentuk satu sel kompleks. Kisah yang panjang ini mempunyai beberapa dongengan menarik berkaitan dengan beberapa subjek. Dongengan evolusionis yang paling pelik ialah tentang "evolusi ikan paus" yang telah disiarkan di dalam National Geography, yang disegani sebagai sebuah penerbitan yang paling saintifik dan serius di dunia: Perubahan ikan pauh kepada saiznya kini bermula enam belas juta tahun dahulu apabila mamalia berbulu dan berkaki empat ketika mencari makanan atau perlindungan telah masuk ke dalam air. Tidak berapa lama kemudian perubahan pun berlaku. Kaki belakangnya telah menghilang, kaki hadapan pula telah bertukar menjadi sirip, bulu pula telah memberi ruang kepada lapisan lemak yang tebal dan licin, lubang hidung telah bergerak ke bahagian atas kepala, ekor pula telah melebar menjadi sisip ekor, dan di dalam dunia air yang terapung, badannya telah menjadi besar.1 Di samping tidak terdapat sebarang asas sains untuk semua ini, kejadian seperti ini juga berlawanan dengan prinsip-prinsip semula jadi. Dongengan yang telah disiarkan di dalam National Geography ini perlu diberi perhatian untuk membuktikan kesilapan-kesilapan serius penerbitan evolusionis. Dongengan lain daripada evolusionis ialah tentang asal usul mamalia. Evolusionis mendakwa bahawa mamalia telah terbentuk daripaa moyang reptilia. Tetapi apabila menerangkan perincian-perincian peralihan ini, beberapa cerita menarik timbul. Ini adalah satu di antaranya: Beberapa reptilia yang tinggal di kawasan sejuk telah membentuk satu metode yang dapat mengekalkan kepanasan badan mereka. Kemasukan haba badan mereka meningkat apabila ia sejuk dan kehilangan haba dihentikan apabila sisik makin mengecil dan menjadi lebih halus, dan kemudian berubah menjadi kulit. Perpeluhan juga adalah satu adaptasi kepada penyesuaian suhu badan, iaitu satu alat untuk menyejukkan badan apabila diperlukan melalui penyejatan air. Tetapi secara tiba-tiba, reptilia-reptilia muda mula menjilat peluh ibu mereka untuk mendapatkan zat makanan. Beberapa kantung peluh mula mengeluarkan pengeluaran yang makin meningkat dan banyak, yang kemudiannya berubah menjadi susu. Mamalia-mamalia muda ini telah memperolehi permulaan hidupan yang lebih baik.2 Pendapat bahawa satu rekaan makanan yang sempurna seperti susu, dapat terbentuk daripada kantung peluh dan semua perincian-perincian di atas hanyalah hasil imaginasi evolusionis yang pelik, tanpa sebarang asas saintifik.
|
---------------------------- 1 Victor B. Scheffer, "Exploring the Lives of Whales", National Geographic, vol. 50, December 1976, p. 752 2 George Gamow, Martynas Ycas, Mr. Tompkins Inside Himself, London: Allen & Unwin, 1968, p. 149 |
Kebanyakan buku-buku evolusi tidak menerangkan "bagaimana" sesuatu subjek. Malah sumber-sumber paling "saintifik", keganjilan dakwaan ini telah diselindungi di sebalik kenyataan-kenyataan seperti "Peralihan daripada air ke darat telah terjadi".
Bagaimana "peralihan" ini boleh terjadi? Kita tahu ikan tidak dapat hidup lama setelah keluar dari air. Jika kita mengandaikan kemarau telah berlaku dan ikan-ikan terpaksa bergerak ke darat, apa yang akan terjadi kepada ikan-ikan tersebut? Jawapannya adalah bukti yang jelas. Semua ikan yang keluar daripada air ini akan mati seekor demi seekor di dalam beberapa minit sahaja. Walaupun proses ini telah berlangsung sepuluh juta tahun, jawapannya tetap sama: ikan-ikan tersebut akan mati seekor demi seekor. Ini kerana sebuah organ yang kompleks seperti paru-paru tidak dapat muncul dengan mendadak secara "kebetulan", iaitu melalui proses mutasi; tetapi separuh paru-paru adalah tidak berguna sama sekali.
Tetapi inilah perkara yang disarankan oleh evolusionis. "Peralihan daripada air ke darat", "Peralihan daripada darat ke air" dan berbagai dakwaan-dakwaan besar yang lain telah "dijelaskan" secara tidak logik. Seperti juga transformasi organ-organ kompleks seperti mata dan telinga, evolusionis tidak mengeluarkan sebarang pendapat.
Adalah mudah untuk meyakinkan seorang lelaki di jalanan dengan penyenggaraan "sains". Kamu lukiskan sebuah gambar khayalan yang menunjukkan peralihan kepada air daripada darat, kamu gunakan perkataan-perkataan Latin untuk haiwan-haiwan di dalam air, "nenek moyangnya" di atas darat, dan "formasi pertengahan peralihan" (iaitu haiwan-haiwan khayalan semata mata), kemudian bentukan sebuah penipuan yang terperinci. "Euthenopteron mulainya telah berubah kepada Rhipitistian Crossopterygian, kemudian Ichthyostega di dalam sebuah proses evolusi yang panjang". Jika kamu biarkan fakta ini dibentangkan oleh seorang saintis yang bercermin mata tebal dan berkot putih, kamu akan berjaya meyakinkan ramai orang, kerana media, yang telah menyediakan dirinya untuk mempromosikan teori evolusi ini, akan mengumunkan berita gembira ini kepada dunia dengan ghairahnya.