logo
HARUN YAHYA

Bab 14: Teori Evolusi: Liabiliti Materialistik

kormozom, dna

Maklumat-maklumat yang telah kami kemukakan melalui buku ini telah mendedahkan kepada kita bahawa teori evolusi tidak mempunyai asas sains, malah sebaliknya pula, dakwaan-dakwaan evolusi telah bercanggah dengan penemuan-penemuan sains. Dengan kata lain, kuasa yang mendukung evolusi bukannya sains. Evolusi boleh dipertahankan oleh beberapa "saintis", tetapi pasti terdapat agen utama lain yang membantu.

Agen lain tersebut ialah falsafah materialis.

Falsafah materialis merupakan antara sistem pemikiran tertua di dalam sejarah. Kebanyakan ciri-ciri asasnya adalah berkaitan dengan kebendaan semata-mata. Menurut falsafah ini, kebendaan adalah unggul dan segala yang wujud berkaitan dengan kebendaan dan hanya kebendaan. Maka ia menunjukkan dengan jelas ketidakmungkinan untuk mempercayai seorang Pencipta. Materialisme telah lama berseteru dengan semua jenis kepercayaan agama yang beriman dengan Allah.

Darwinisme Dan Materialisme
leon trotsky,komünizm charles darwin, evrim teorisi karl marks, materyalizm

Leon Trotsky

Charles Darwin

Karl Marks

Sebab utama mengapa teori Darwin ini masih terus dipertahankan walaupun telah disanggah oleh sains, ialah kerana hubung rapat di antara teori ini dan materialisme. Darwin memasukkan falsafah materialis ini ke dalam sains alam semula jadi dan penganjur falsafah ini, para Marxis yang ditonjolkan di kalangan mereka, terus mempertahankan Darwinisme walau apa pun terjadi.

Salah seorang yang paling terkenal menjuarai teori evolusi ini, ialah seorang ahli biologi Douglas Futuyma, menulis: "Bersama dengan sejarah teori materialistik Marx... teori evolusi Darwin adalah sekeping papan yang genting di platform mekanisme dan materialisme." Ini merupakan sebab yang paling jelas mengapa teori evolusi ini amat penting kepada mereka yang mempertahankannya. 1

Seorang lagi evolusionis terkenal, seorang ahli paleontologi Stephen J. Gould berkata: "Darwin telah memasukkan sebuah falsafah materialisme yang konsisten ke dalam tafsirannya terhadap alam semula jadi"2 Leon Trotsky, salah seorang mastermind Revolusi Komunis Rusia bersama Lenin, memberikan komentar beliau: "Penemuan yang dilakukan oleh Darwin merupakan kejayaan dialektik* tertinggi di dalam seluruh bidang bahan-bahan organik."3 Bagaimana pun, sains telah membuktikan bahawa Darwinisme bukan satu kejayaan kepada materialisme tetapi sebaliknya adalah satu tanda bahawa falsafah ini telah dibuang.

-----------------------------

1. Douglas Futuyma, Evolutionary Biology, 2.b., Sunderland, MA: Sinauer, 1986, p. 3.

2. Alan Woods, Ted Grant, "Marxism and Darwinism", Reason in Revolt: Marxism and Modern Science, London:1993.

3. Alan Woods, Ted Grant. "Marxism and Darwinism", London: 1993.

Jadi persoalannya ialah, apakah pandangan materialis ini tepat. Satu metode untuk mengenal pasti samada satu falsafah itu adalah benar atau tidak ialah dengan mengkaji dakwaan-dakwaan falsafah tersebut yang berkaitan dengan sains dengan menggunakan metode sains. Sebagai contoh, seorang ahli falsafah pada kurun ke-10 boleh mendakwa terdapat sepohon pokok Tuhan di atas permukaan bulan dan semua hidupan tumbuh pada ranting-ranting pohon yang besar ini seperti buah-buahan dan kemudian jatuh ke bumi. Sebahagian manusia mungkin mendapati falsafah ini menarik dan mempercayainya. Tetapi pada kurun ke-20, apabila manusia telah mampu berjalan di atas bulan, adalah mustahil untuk mengemukakan falsafah seperti ini. Samada pokok tersebut wujud atau tidak, telah dapat pastikan oleh metode sains, iaitu dengan pemerhatian dan eksperimen.

Kita dapat meneliti dakwaan materialis ini melalui metode sains: iaitu, dakwaan bahawa kewujudan benda adalah abadi dan benda-benda ini dapat membentuk dirinya sendiri tanpa Pencipta dan dapat membentuk hidupan baru. Apabila kita mebuat kajian seperti ini, kita akan dapati materialisme telah sedia runtuh, kerana idea yang menyatakan bahawa kewujudan benda adalah kekal abadi sejak azali telah dipatahkan oleh teori Big Bang yang membuktikan bahawa cakerawala ini telah dicipta daripada "kosong". Dakwaan bahawa benda mengatur dirinya sendiri dan membentuk hidupan adalah dakwaan yang kita gelar "teori evolusi"- yang dikaji oleh buku ini dan telah dibuktikan telah diruntuh.

Bagaimana pun, jika sekiranya seseorang telah berazam untuk mempercayai materialisme dan meletakkan kesetiaannya kepada falsafah materialis ini sebelum perkara-perkara lain, maka dia tidak akan berkelakuan seperti ini. Sekiranya dia "lebih utama sebagai seorang materialis dan kemudian baru seorang saintis", maka dia tidak akan meninggalkan materialisme apabila dia melihat bahawa evolusi telah dikecewakan oleh sains. Sebaliknya, dia cuba untuk mempertahankan dan menyelamatkan materialisme dengan cuba menyokong evolusi tanpa mengira apa pun. Keadaan sukar seperti ini yang dihadapi oleh evolusionis yang mempertahankan evolusi hari ini.

Lebih menarik lagi, mereka juga mengakui kenyataan ini dari masa ke semasa. Seorang ahli genetik terkenal, Richard C. Lewontin daripada Universiti Harvard, mengakui beliau adalah "lebih utama sebagai seorang materialis dan kemudian seorang saintis" melalui kenyataanya seperti berikut:

Bukanlah metode-metode dan institusi-institusi sains yang menyebabkan kami menerima sebuah penjelasan materialistik untuk fenomena alam ini, tetapi sebaliknya, kami telah didesak oleh keutamaan kami untuk memberikan sokongan berterusan kepada material, dan membentuk satu kelengkapan saintifik untuk penyelidikan dan satu set konsep yang menghasilkan penjelasan-penjelasan material, tanpa mengira betapa ianya bertentangan dengan hati kecil kami, atau betapa mustahil untuk diterima akal. Tambahan pula, materialisme adalah mutlak, oleh itu kami tidak boleh membenarkan campur tangan Tuhan.154

Perkataan "keutamaan" yang digunakan oleh Lewontin di sini adalah penting. Istilah falsafah ini merujuk kepada satu andaian yang tidak berasaskan kepada sebarang pengetahuan bereksperimen. Sebuah kepercayaan adalah "sebuah keutamaan" sekiranya kamu menganggapnya sebagai betul dan menerimanya walaupun tidak terdapat sebarang maklumat tentang ketepatan kepercayaan ini. Seperti yang telah diakui secara jujur oleh seorang evolusionis, Lewontin, materialisme adalah "sebuah keutamaan" yang diberikan untuk para evolusionis dan mereka cuba mengubah sains untuk mengikut pemberian ini. Memandangkan materialisme telah menafikan sepenuhnya kewujudan seorang Pencipta, maka mereka hanya menganut apa yang mereka miliki di tangan mereka, iaitu teori evolusi. Tidak kiralah samada teori ini telah dikecewakan oleh fakta-fakta sains; saintis seperti ini akan menerima "keutamaan"nya sebagai betul.

Perilaku yang prejudis ini telah mendorong evolusionis untuk mempercayai bahawa "benda mati telah terbentuk dengan sendirinya" yang sama sekali berlawanan dengan tidak hanya sains tetapi juga dengan sebab musabab. Seorang profesor kimia daripada Universiti New York yang juga seorang pakar DNA, Robert Shapiro menjelaskan kepercayaan evolusionis ini dan dogma materialis yang menjadi dasarnya seperti berikut:

Satu lagi prinsip evolusi lain memerlukan kita untuk melampaui jurang daripada campuran bahan kimia semula jadi yang ringkas kepada kesan salinan awal yang tepat. Prinsip ini belum pernah di terangkan dengan teliti atau didemontrasikan, tetapi ia telah pun diterima pakai, dan diberikan nama seperti evolusi kimia dan pembentukan sendiri benda-benda. Kewujudan prinsip ini telah diambil untuk mengakui falsafah materialisme yang dialek ini, seperti yang dikaitkan kepada the origin of life oleh Alexander Oparin.155

Propaganda evolusionis, yang sering muncul di media-media Barat dan di dalam majalah-majalah sains yang terkenal dan "disanjungi", adalah hasil daripada ideologi terpaksa ini. Memandangkan evolusi telah dianggap sebagai mustahak, maka ia telah diubah menjadi satu pantang larang oleh satu golongan yang menyusun standard sains.

Terdapat saintis-saintis yang mendapati diri mereka berada di dalam satu kedudukan di mana mereka terpaksa mempertahankan teori ini atau sekurang-kurangnya mengelakkan diri daripada memperkatakan sebarang isu yang bertentangan dengannya dalam usaha untuk menjaga reputasi mereka. Para ahli akademik di Barat perlu memastikan artikel mereka tersiar di mana-mana majalah sains untuk mendapatkan dan memegang kedudukan sebagai "profesor". Semua majalah yang berkaitan dengan biologi adalah di bawah kawalan para evolusionis dan mereka tidak akan membenarkan sebarang artikel anti-evolusionis muncul di dalam majalah mereka. Oleh itu setiap saintis perlu menyusun penyelidikan mereka di bawah dominasi teori ini. Mereka juga adalah sebahagian daripada arahan yang menganggap evolusi sebagai sebuah ideologi yang penting, kerana itulah, mereka mempertahankannya secara membuta tuli segala "kebetulan yang mustahil", seperti yang telah kita kaji setakat ini di dalam buku ini.

Pengakuan Evolusionis

sitokrom-c, protein

Cytochrome-C

Seorang ahli biologi Jerman, Hoimar Von Disthfurt, yang merupakan seorang evolusionis yang terkenal, merupakan contoh terbaik bagi fahaman materialis yang sempit ini. Selepas beliau disebutkan satu contoh kandungan hidupan yang sama sekali kompleks, beliau telah mengeluarkan kenyataan samada ia telah terbentuk secara kebetulan atau tidak:

Apakah mungkin satu benda yang harmoni dapat terbentuk secara kebetulan? Ini adalah persoalan asas kepada seluruh evolusi biologi. Menjawab soalan ini sebagai "Ya, ia boleh berlaku" adalah seperti mengesahkan iman di dalam sains semula jadi moden. Secara kritikalnya, kita dapat katakan bahawa sesiapa yang menerima sains semula jadi moden tidak mempunyai alternatif lain melainkan dengan berkata "Ya", kerana ia cuma akan menjelaskan fenomena semula jadi dengan cara yang dapat difahami dan cuba mengambil mereka daripada undang-undang semula jadi tanpa mengaitkannya kepada gangguan (campur tangan) metafizik. Bagaimana pun, pada peringkat ini, menerangkan sesuatu dengan erti undang-undang semula jadi, iaitu secara kebetulan, menunjukkan bahawa dia tidak mempunyai jalan lain untuk mengelak. Kerana, apa yang boleh dilakukannya selain daripada mempercayai kebetulan?156

Ya, seperti yang dinyatakan oleh Dithfurt, pendekatan sains yang materialis ini diambil sebagai prinsip asas untuk menerangkan hidupan dengan menafikan "campur tangan supernatural", seperti ciptaan. Apabila prinsip ini telah diambil, maka sebarang kemungkinan yang paling mustahil sekali pun akan diterima dengan mudah. Adalah mudah untuk mendapatkan contoh kepada mentaliti dogma ini di dalam hampir semua kebudayaan evolusionis. Profesor Ali Demisoy, seorang penganjur teori evolusi yang terkenal di Turkey, adalah salah seorang daripada mereka. Seperti yang telah kami sebutkan di dalam helaian yang lepas, menurut Demisoy: kebarangkalian pembentukan secara kebetulan Cythochrome-C, sebuah protein penting untuk hidupan, adalah "seperti kebarangkalian seekor monyet menulis sejarah kemanusiaan di atas sebuah mesin taip tanpa membuat sebarang kesilapan".157

Tidak ragu lagi, bahawa untuk menerima satu kebarangkalian seperti ini adalah berlawanan dengan prinsip-prinsip asas sebab musabab dan kewarasan sebenar. Walau sepucuk surat yang ditulis dengan baik di atas sekeping kertas, akan dirumuskan bahawa ia telah ditulis oleh seorang manusia. Jika seseorang melihat sebuah buku sejarah dunia, dia akan pasti berkata ia ditulis oleh seorang penulis. Tidak seorang pun yang waras akan bersetuju bahawa aksara-aksara sebuah buku yang besar ini telah terkumpul dengan sendirinya oleh "proses kebetulan".

Bagaimana pun, amat menarik melihat seorang "saintis evolusionis" Profesor Ali Demirsoy dapat menerima pandangan yang tidak rasional seperti ini:

Pada dasarnya, kebarangkalian pembentukan sebuah rangkaian Cythochrome-C adalah sifar. Iaitu, sekiranya hidupan berhajat kepada rangkaian tertentu, dapat dikatakan bahawa ia mempunyai satu kemungkinan untuk dilepaskan sekali ke seluruh cakerawala. Ataupun, satu kuasa metafizik yang melampau daripada definisi kita telah terlibat di dalam pembentukannya. Tetapi, untuk menerima kemungkinan yang akhir ini adalah tidak menepati kehendak sains. Oleh itu, kita perlu melihat kepada andaian yang pertama.158

Dermisoy menyatakan bahawa beliau menerima kemustahilan ini semata mata untuk "tidak menerima kuasa metafizik", iaitu, untuk menolak ciptaan Allah. Jelas di sini bahawa anggapan ini tidak mempunyai apa-apa pertalian dengan sains. Tidak mengejutkan, apabila Demirsoy dikemukakan kepadanya subjek lain, asal usul mitochondria* di dalam sel, beliau secara terbuka telah dapat menerima penjelasan ini walau pun ianya adalah "agak bertentangan dengan fahaman saintifik".

Pokok persoalannya ialah bagaimana mitochondria ini mendapat sifat-sifat ini, kerana untuk mendapatkan sifat-sifat ini secara kebetulan walau oleh hanya satu individu, memerlukan kepada kebarangkalian yang tidak dapat difahami... Enzim-enzim menghasilkan respirasi dan berfungsi sebagai pemangkin dalam mencari langkah di dalam satu bentuk berbeza yang menjadi teras mekanisme. Sebuah sel perlu mengandungi rangkaian enzim ini sepenuhnya, jika tidak ia menjadi tidak berguna. Di sini, di samping bercanggahan dengan fahaman biologi, dalam usaha untuk mengelakkan penjelasan atau spekulasi yang lebih dogmatik, kita perlu menerima, bahawa setiap enzim respirasi telah wujud sepenuhnya di dalam sel sebelum sel tersebut pertama kali berhubung dengan oksigen.159

mitokondri, enerji kaynağı

Mitochondria

Kesimpulan yang dapat dibuat daripada keterangan ini ialah evolusi adalah sebuah teori yang diiktiraf tanpa melalui penyelidikan saintifik. Sebaliknya, bentuk dan intipati teori ini telah ditentukan oleh kehendak falsafah materialistik. Ia kemudian berubah menjadi kepercayaan atau dogma bukannya fakta-fakta sains yang kukuh. Sekali lagi, kita dapat melihat daripada perangai evolusionis bahawa semua usaha-usaha ini sebenarnya mempunyai satu "matlamat". Dan matlamat ini ialah menolak sebarang kepercayaan bahawa semua benda hidup ini telah dijadikan oleh seorang Pencipta.

Evolusionis mentakrifkan matlamat ini sebagai "saintifik". Tetapi, apa yang menjadi rujukan mereka adalah tidak saintifik, sebaliknya adalah falsafah materialis. Materialisme menolak sepenuhnya kewujudan sesuatu yang "melampaui" kebendaan (atau suatu kuasa supernatural). Sains sendiri tidak menerima dogma seperti ini. Sains bererti, meneroka alam semula jadi dan membuat kesimpulan berdasarkan sesuatu penemuan. Sekiranya penemuan tersebut menunjukkan kesimpulan bahawa alam semula jadi ini telah diciptakan, maka sains harus menerimanya. Ia adalah tanggungjawab seorang saintis yang sebenar; tidak bergantung kepada senario-senario mustahil dengan berpandukan kepada dogma materialis abad ke-19 yang telah lapuk.

Keruntuhan Materialisme

Untuk mendapatkan sokongan falsafah terhadap teori evolusi ini, materialisme kurun ke-19 telah mendakwa cakerawala ini telah wujud semenjak azali, ia tidak diciptakan, dan dunia hidupan dapat dijelaskan di dalam istilah interaksi benda. Bagaimana pun, penemuan-penemuan sains abad ke-20an telah membatalkan sepenuhnya hipotesis-hipotesis ini.

Andaian bahawa cakerawala ini telah wujud sejak azali lagi telah disanggah oleh penemuan bahawa cakerawala ini telah terbentuk daripada satu letupan besar (dikenali sebagai "Big Bang") yang telah berlaku hampir 15 bilion tahun dahulu. Teori Bing Bang ini telah membuktikan bahawa semua bahan-bahan fizikal telah terbentuk daripada tiada: atau dengan kata lain, mereka telah diciptakan. Seorang penganjur materialisme yang tersohor, seorang ahli falsafah yang ateis, Anthony Flew menyebut:

Biasanya, pengakuan amat baik untuk jiwa. Oleh itu, saya akan memulakan dengan mengakui bahawa ahli Stratonis yang berfahaman ateis sepatutnya telah dimalukan oleh ijmak ahli-ahli kosmologi terkini (iaitu Bing Bang). Ahli kosmologi telah mengemukakan sebuah bukti saintifik... bahawa cakerawala ini mempunyai permulaan.1

Big Bang juga telah membuktikan bahawa pada setiap peringkat, cakerawala ini telah dibentuk oleh sebuah ciptaan terkawal. Ini dapat dijelaskan melalui keadaan yang terhasil selepas Big Bang ini, yang adalah terlalu sempurna untuk dibentuk daripada sebuah letupan yang tidak terkawal. Seorang ahli fizik terkenal, Paul Davies, menjelaskan situasi ini:

Adalah sukar untuk menerima bahawa struktur cakerawala yang ada kini, yang amat peka terhadap perubahan yang amat kecil sekali pun, telah terhasil dengan hanya berfikir tentangnya... sejumlah keajaiban berharga yang alam semula jadi yang tetap pada jumlah asasnya telah menunjukkan bukti yang paling berkesan untuk sebuah rekaan elemen kosmik.2

Kenyataan yang sama telah menyebabkan seorang profesor Astronomi Amerika, Geoge Greenstein, berkata:

Apabila kita mengkaji semua bukti-bukti ini, segera kita akan beranggapan bahawa beberapa agen supernatural atau Satu Agen telah terlibat.3

Oleh itu, hipotesis materialistik bahawa hidupan ini dapat dijelaskan melalui istilah interaksi benda, juga telah disanggah oleh penemuan-penemuan sains. Lebih-lebih lagi, asal usul maklumat-maklumat genetik yang menentukan semua hidupan, tidak dapat dijelaskan oleh sebarang agen material. Salah seorang yang mempertahankan teori evolusi ini, Geoge C. William, telah mengakui kenyataan ini di dalam artikel yang ditulisnya pada 1995:

Ahli-ahli biologi yang evolusionis telah gagal untuk membuktikan bahawa usaha mereka bersama dua atau kurang bidang yang terasing ini: iaitu maklumat-maklumat (gen) dan benda... gen adalah satu pakej maklumat-maklumat, bukannya sebuah objek... deskripsi yang kurang ini menjadikan benda dan maklumat-maklumat dua bidang yang terpisah, yang perlu dibincangkan berasingan, di dalam istilah mereka sendiri.4

Situasi ini merupakan bukti kepada kewujudan sebuah Kebijaksanaan supra-material yang menjadikan maklumat-maklumat gen. Adalah mustahil untuk benda menghasilkan maklumat-maklumat di dalam dirinya. Pengarah German Federal Institute of Physic and Technology, Profesor Werner Gitt, menggariskan seperti berikut:

Semua pengalaman menunjukkan bahawa pemikiran melakukan kehendaknya dengan bebas, pengenalan, dan kreativiti diperlukan. Tidak terdapat undang-undang semula jadi, proses dan rantaian peristiwa yang dikenali dapat menyebabkan maklumat-maklumat ini terbentuk dengan sendirinya di dalam benda.5

Semua fakta-fakta saintifik ini menunjukkan bahawa cakerawala ini dan semua benda-benda hidup telah diciptakan oleh seorang Pencipta yang mempunyai kuasa dan pengetahuan yang luar biasa, iaitu Allah. Bagi materialis, Arthur Koestler, salah seorang ahli falsafah yang terkemuka pada abad ini, berkata "Ia sudah tidak dianggap sebagai sebuah falsafah saintifik lagi".6

----------------------------

1. Henry Margenau, Roy A. Vargesse. Cosmos, Bios, Theos. La Salle IL: Open Court Publishing, 1992, p. 241

2. Paul Davies. God and the New Physics. New York: Simon & Schuster, 1983, p. 189

3. Hugh Ross. The Creator and the Cosmos. Colorado Springs, CO: Nav-Press, 1993, pp. 114-15

4. George C. Williams. The Third Culture: Beyond the Scientific Revolution, New York, Simon & Schuster, 1995, pp. 42-43

5. Werner Gitt. In the Beginning Was Information. CLV, Bielefeld, Germany, p. 107, 141

6. Arthur Koestler, Janus: A Summing Up, New York, Vintage Books, 1978, p. 250

Materialis, Agama Yang Sesat dan Agama Yang Betul

Setakat ini, kita telah mengkaji bagaimana golongan yang menumpukan kesetiaan mereka kepada falsafah materialis ini memutarbelitkan sains, dan bagaimana mereka memperdayakan masyarakat demi dongengan evolusionis yang mereka yakini secara membuta tuli, dan juga bagaimana mereka menutup hakikat yang sebenar. Kita juga perlu mengakui bahawa golongan materialis ini juga menjalankan satu "perkhidmatan" tertentu, walau pun mereka tidak menyedarinya.

Mereka menjalankan "perkhidmatan" ini, demi membuktikan tanggapan mereka yang salah dan ateis ini, dengan mendedahkan semua ketidakwajaran dan ketidaksekataan kepercayaan tradisional dan kolot yang dikemukakan di bawah nama Islam. Kesilapan golongan materialis-ateis ini ialah mereka telah membantu mendedahkan sebuah agama songsang yang tidak mempunyai sebarang pertalian samada dengan al-Quran atau Islam; yang hanya berdasarkan kepada omong-omongan, khurafat, dan cakap-cakap kosong; dan yang tidak mempunyai dakwaan yang konsisten untuk dikemukakan. Oleh itu, semua ketidakbenaran, ketidaksamaan, dan ketidaklogikan agama songsang ini telah dipertahankan oleh golongan-golongan tidak jujur ini yang telah melakukan tindakan yang salah di bawah nama Islam, tanpa berlandaskan kepada bukti sahih yang telah dikemukakan.

Walau pun, materialis membantu manusia menyedari kegelapan mentaliti yang tidak toleran dan tradisional dan memandu mereka untuk mencari inti pati dan sumber sebenar agama dengan merujuk dan mematuhi al-Quran. Dan walaupun secara tidak langsung, mereka mentaati suruhan-suruhan Allah dan membela agama-Nya. Lebih daripada itu, mereka mendedahkan kesederhanaan mentaliti yang mengemukakan sebuah agama songsang yang dicipta di atas nama Allah dan ia dikemukakan sebagai Islam kepada masyarakat dan mereka membantu melemahkan pengaruh sistem yang tidak toleran ini yang mengancam sebahagian besar masyarakat.

Oleh itu, mahu tidak mahu dan berselarasan dengan takdir mereka, mereka membuktikan perintah Allah bahawa Dia yang membela agama-Nya yang benar dengan menyebabkan musuh-musuh agama ini saling berbalah di antara satu sama lain. Perintah Allah ini telah dirakamkan di dalam al-Quran seperti berikut:

Dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan derhaka) dengan setengahnya yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini, (Surah al-Baqarah, 251)

Pada peringkat ini, kami rasa adalah perlu untuk memberi peluang kepada para evolusionis membela fahaman materialis ini. Mereka ini mungkin sesekali pernah menjalankan pencarian yang ikhlas, tetapi telah dipesongkan daripada agama yang lurus disebabkan oleh omongan kosong yang dikeluarkan di bawah nama Islam, pembohongan yang dibuat di bawah nama Nabi, dan cerita-cerita karut yang telah mereka terima sejak daripada alam kanak-kanak mereka lagi dan mereka tidak mempunyai peluang untuk menerokai kebenaran itu sendiri. Mereka mungkin telah mempelajari agama daripada buku-buku yang ditulis oleh penentang-penentang agama yang cuba mencemarkan Islam dengan pembohongan dan penipuan yang tidak terdapat di dalam al-Quran, dan dengan ketradisionalan dan kekunoan. Inti pati seperti inilah yang diajarkan kepada mereka. Dengan sebab, kami menyarankan supaya mereka mendapatkan sebuah naskhah al-Quran secepat yang mungkin dan membaca kitab Allah ini dengan hati yang terbuka dan dengan sebuah kesedaran dan dengan pandangan yang tidak prejudis dan mempelajari agama yang asal daripada sumber yang betul. Jika mereka memerlukan bantuan, mereka boleh merujuk kepada penulis buku ini, Harun Yahya, pada konsep asas al-Quran.

Nota Kaki

154 Richard Lewontin, "The Demon-Haunted World", The New York Review of Books, January 9, 1997, p. 28.

155 Robert Shapiro, Origins: A Sceptics Guide to the Creation of Life on Earth. Summit Books, New York: 1986, p. 207.

156 Hoimar Von Dithfurt, Im Anfang War Der Wasserstoff (Secret Night of the Dinosaurs), Vol 2, p. 64.

157 Ali Demirsoy, Kalıtım ve Evrim (Inheritance and Evolution), Ankara: Meteksan Publishing Co., 1984, p. 61.

158 Ibid, p. 61.

159 Ibid, p. 94.

KONGSI
logo
logo
logo
logo
logo
Muat turun
  • Pengenalan: Mengapa Teori Evolusi
  • Bab 1: Untuk Membebaskan Diri Daripada Prejudis
  • Bab 2: Sejarah Ringkas Teori Evolusi
  • Bab 3: Mekanisme Khayalan Evolusi
  • Bab 4: Rekod Fosil Menyanggah Evolusi
  • Bab 5: Kisah Peralihan Daripada Air Ke Darat
  • Bab 6: Asal Usul Burung dan Mamalia
  • Bab 7: Tafsiran Fosil Evolusionis Yang Menipu
  • Bab 8: Penipuan Evolusi
  • Bab 9: Senario Evolusi Manusia
  • Bab 10: Kebuntuan Molekul Evolusi
  • Bab 11: Undang-Undang Kedua Termodinamik Yang Membatalkan Teori Evolusi
  • Bab 12: Perancangan dan Kebetulan
  • Bab 13: Dakwaan Evolusionis dan Kenyataannya
  • Bab 14: Teori Evolusi: Liabiliti Materialistik
  • Bab 15: Media: Tanah Subur Untuk Teori Evolusi
  • Bab 16: Konklusi: Evolusi Adalah Suatu Penipuan
  • Bab 17: Hakikat Kejadian
  • Bab 18: Inti Pati Sebenar Kebendaan
  • İnti pati sebenar kebendaan
  • Bab 19 : Relativiti Masa dan Hakikat Takdir
  • Bab 20: Persidangan SRF: Aktivitimemaklumkan Masyarakat Tentang Evolusi