logo
HARUN YAHYA

Bab 13: Dakwaan Evolusionis dan Kenyataannya

Di dalam bab-bab yang lepas kita telah mengkaji ketidaksahihan teori evolusi ini dari bukti-bukti yang ditemui di dalam bentuk fosil dan daripada pandangan biologi molekul. Di dalam bab ini, kami akan mendedahkan beberapa fenomena dan konsep biologi yang dikemukakan sebagai bukti berteori oleh para evolusionis. Topik-topik ini amat penting untuk membuktikan bahawa tidak terdapat sebarang penemuan saintifik yang menyokong evolusi dan sekali gus mendedahkan betapa besarnya penyelewengan dan penipuan yang telah dilakukan oleh evolusionis.

Sempadan Kukuh Di Antara Variasi dan Spesies

Variasi Di Dalam Satu Spesies Bukannya Evolusi
köpek, varyasyon

Di dalam Origin, Darwin terkeliru dengan dua konsep: variasi di dalam satu spesies dan kemunculan spesies baru. Darwin, sebagai contoh, meneliti perbezaan-perbezaan anjing dan beranggapan bahawa satu daripada anjing-anjing ini akan berubah kepada spesies yang lain. Sehingga hari ini, evolusionis cuba memperkenalkan variasi sebagai evolusi. Contohnya, walau sebanyak mana jenis-jenis di dalam spesies anjing yang wujud secara semula jadi, atau dipelihara oleh manusia, ia tetap anjing. Tidak ada sebarang perubahan daripada satu spesies yang lain akan berlaku.

Variasi, istilah yang digunakan di dalam ilmu genetik, merujuk kepada satu peristiwa genetik yang menyebabkan individu-individu atau kumpulan-kumpulan daripada satu spesies untuk membawa perbezaan sifat-sifat perseorangan di antara satu dengan yang lain. Sebagai contoh, semua manusia di dunia ini secara asasnya membawa maklumat genetik yang sama, tetapi sebahagian daripada mereka mempunyai mata yang sepet, sebahagian yang lain mempunyai rambut merah, yang lain pula mempunyai hidung mancung, dan sebahagian yang lain pula mempunyai ketinggian yang rendah, bergantung kepada keluasan keupayaan variasi maklumat genetik ini.

Evolusionis meramalkan variasi yang terdapat di dalam satu spesies adalah bukti kepada teori ini. Bagaimana pun, variasi tidak mengandungi bukti untuk evolusi kerana variasi adalah hasil daripada kombinasi berbeza maklumat-maklumat genetik yang telah sedia wujud dan ia tidak menambah sebarang sifat-sifat baru ke dalam maklumat genetik.

Variasi sentiasa berada di dalam sempadan maklumat genetik. Di dalam ilmu sains genetik, sempadan ini digelar sebagai "gene pool" (kolam gen). Semua sifat-sifat peribadi yang terdapat di dalam kolam gen satu spesies dapat dilihat di dalam berbagai-bagai cara berdasarkan kepada variasi. Sebagai contoh satu hasil variasi, mungkin akan muncul, di dalam satu spesies reptilia, berbagai jenis maklumat yang terdapat di dalam kolam gen reptilia, seperti ekor yang panjang atau pendek, kedua kaki yang panjang dan pendek. Bagaimana pun, variasi tidak mengubah reptilia kepada burung dengan menambah sayap dan bulu kepada mereka, atau dengan mengubah metabolisme mereka. Satu perubahan memerlukan peningkatan di dalam maklumat genetik hidupan yang sememangnya mustahil berlaku di dalam variasi.

Darwin tidak menyedari kenyataan ini apabila beliau merumuskan teorinya. Dia menyangka tidak terdapat sebarang had sempadan di dalam variasi. Di dalam sebuah artikel yang ditulisnya dalam tahun 1844, beliau menyatakan: "Bahawa satu sempadan variasi wujud di dalam alam semula jadi seperti yang dianggarkan oleh ramai penulis, tetapi saya tidak dapat menemui satu fakta pun yang menjadi dasar asas kepercayaan ini"135. Di dalam bukunya, The Origin of Species, beliau menyebut contoh variasi yang berbeza sebagai bukti terpenting kepada teorinya.

Sebagai contoh, menurut Darwin, penternak haiwan yang telah mengahwinkan berbagai jenis haiwan ternakan yang berbeza dalam usaha untuk menghasilkan jenis baru yang mengeluarkan lebih susu, telah mengubah mereka kepada satu spesies yang berbeza. Anggapan "variasi tidak terbatas" Darwin ini dapat dilihat di dalam rangkap berikut yang dipetik daripada buku The Origin of Species:

Saya tidak melihat sebarang kesukaran untuk satu jenis beruang diubah oleh pilihan semula jadi (natural selection), menjadi lebih akuatik di dalam habitat mereka, dengan mulut yang lebih besar, sehingga satu makhluk gergasi seperti seekor ikan paus terhasil.136

Sebab Darwin menyebut satu contoh yang sukar ini adalah kerana fahaman sains yang primitif pada zamannya. Selepas itu, di dalam kurun ke-20, sains telah meletakkan prinsip "kestabilan genetik" (genetic stability/genetic homeostasis), yang dibentuk berdasarkan ujikaji-ujikaji yang dilakukan ke atas hidupan. Ini bererti bahawa adalah mustahil untuk penternak haiwan untuk menukarkan ternakan mereka kepada satu spesies yang berbeza dengan mencantumkan variasi-variasi yang berbeza di antara mereka, seperti anggapan Darwin.

Norman Macbeth, yang telah membuktikan kesilapan Darwinian di dalam bukunya Darwin Retired, menyebut:

Apakah Ikan Pauh Berubah Daripada Beruang?
ayı, balina

Di dalam The Origin of Species, Darwin mendakwa bahawa ikan pauh telah berubah daripada beruang yang cuba berenang! Darwin meramalkan bahawa kebarangkalian variasi di dalam satu spesies adalah tidak terhad. Ilmu sains abad ke-20 telah membuktikan bahawa senario evolusi ini adalah sebuah khayalan.

Asas masalah ini ialah apakah hidupan perlu berubah pada satu peringkat yang tak terbatas... Spesies-spesies telah sedia stabil. Kita telah mendengar banyak kegagalan penternak yang telah melakukan berbagai percubaan hanya untuk melihat haiwan atau tumbuhan kembali ke asal, di mana mereka bermula. Setelah berusaha selama dua atau tiga kurun, mereka masih tidak dapat menghasilkan walau sekuntum bunga mawar biru atau bunga tulip hitam.137

Luther Burbank, seorang penternak yang mahir, menyentuh fakta ini apabila beliau menyebut, "terdapat had untuk suatu pembentukan berlaku, dan had-had ini mengikut satu undang-undang."138 Dalam menerangkan subjek ini, seorang saintis berbangsa Denmark, W.L. Johannsen memberikan komentar berikut:

Variasi yang ditekankan oleh Darwin dan Wallace, tidak dapat melampaui hadnya, yakni satu kebolehan untuk berubah tidak mengandungi rahsia "indefinite departure" (bahagian yang tidak pasti).139

Dakwaan Evolusionis Tentang Pertahanan Antibiotik dan Imuniti

bakteri, antibiyotik

Evolutionists portray bacteria’s resistance to antibiotics as evidence of evolution—but in a deceptive way.

Evolusionis menganggap pertahanan yang dibentuk oleh bakteria untuk melawan antibiotik dan imuniti (kekebalan) yang dihasilkan oleh sebahagian serangga untuk melawan DDT*, adalah bukti kepada evolusi. Mereka mendakwa bahawa ia adalah contoh-contoh pertahanan dan imuniti yang diperlukan yang telah dihasilkan oleh mutasi yang berlaku di dalam hidupan yang terdedah kepada bahan-bahan ini (antibiotik dan DDT).

Di dalam bakteria dan serangga, sifat-sifat ini bukan ciri-ciri yang diperlukan untuk melawan DDT atau antibiotik yang terhasil daripada mutasi. Sebahagian variasi hidupan ini telah memiliki sifat-sifat ini sebelum populasi seolah-olah semuanya tertakluk kepada antibiotik atau DDT. Scientific American, sebuah majalah pro-evolusi, telah membuat pengakuan berikut di dalam keluaran bulan Mac 1998:

Banyak bakteria telah memiliki gen pertahanan, sebelum antibiotik digunakan secara komersial. Para saintis tidak mengetahui dengan tepat mengapa gen-gen ini terbentuk dan terus dikekalkan.140

Seperti yang dapat dilihat, maklumat genetik yang memberikan pertahanan dan wujud lebih awal untuk didedahkan kepada antibiotik, tidak dapat dijelaskan oleh evolusionis dan ia membuktikan bahawa dakwaan teori mereka adalah salah.

Kenyataan bahawa pertahanan bakteria telah pun wujud lama sebelum penemuan antibiotik telah disebut di dalam Medical Tribune, sebuah penerbitan yang hebat, di dalam keluaran 29 Disember 1998. Artikel tersebut berkaitan dengan sebuah kejadian menarik: di dalam satu ujikaji yang dijalankan dalam tahun 1986, ke atas mayat-mayat kelasi kapal yang jatuh sakit dan mati di dalam satu ekspedisi kutub di dalam tahun 1845 yang ditemui terawet di dalam ais. Beberapa jenis bakteria biasa bagi kurun ke 19 telah ditemui di dalam mayat-mayat tersebut, dan apabila diperiksa, para penyelidik terperanjat apabila mendapati bahawa bakteria-bakteria ini kalis kepada kebanyakan antibiotik moden yang belum ditemui sehingga abad ke 20.141

Telah menjadi fakta yang telah sedia maklum di dalam bidang perubatan bahawa pertahanan seperti ini telah pun terdapat di dalam banyak bakteria-bakteria, lama sebelum penemuan penisilin. Oleh itu, amat tidak wajar untuk mendakwa kewujudan pertahanan bakteria adalah hasil daripada pembentukan evolusi. Tetapi, bagaimana proses yang dikenali sebagai "bacterial acquisition of immunity" (perolehan bakteria kepada imuniti) berlaku?

Pertahanan Bakteria Kepada Antibiotik

Bakteria mempunyai berbagai variasi di dalam jenisnya. Sebahagian daripada variasi ini mempunyai maklumat genetik untuk pertahanan kepada beberapa jenis dadah, bahan-bahan kimia, atau bahan-bahan lain. Apabila satu kumpulan bakteria telah terdedah kepada sejenis dadah, maka yang tidak dapat bertahan daripada dadah ini akan musnah dan yang berjaya bertahan akan selamat dan mempunyai peluang untuk membiak. Bakteria yang tidak dapat bertahan ini akhirnya akan hiang daripada populasi mereka dan digantikan oleh bakteria yang dapat bertahan, yang kemudiannya terus berkembang. Akhirnya, kita dapat menghapuskan sebuah koloni bakteria yang terhasil daripada individu-individu yang dapat bertahan kepada beberapa jenis antibiotik, dan kemudian, antibiotik tersebut menjadi efektif untuk menentang jenis bakteria tersebut. Tetapi, fakta penting di sini ialah bakteria tersebut adalah bakteria yang sama dan spesies tersebut juga adalah spesies yang sama.

Perlu dicatatkan di sini, tidak terdapat sebarang proses evolusi telah berlaku yang menyebabkan bakteria yang tidak mempunyai daya pertahanan bermutasi dan bertukar menjadi jenis bakteria yang mempunyai pertahanan dengan sebab terdedah kepada antibiotik dan seterusnya mendapat maklumat-maklumat genetik yang baru. Apa yang berlaku hanyalah pergabungan variasi-variasi daripada satu populasi bakteria berdaya tahan dan bakteria yang tidak berdaya tahan yang telah wujud bersama sejak awal. Ini tidak menunjukkan sebarang pembentukan spesies bakteria baru: ia bukan "evolusi". Sebaliknya, adalah kehilangan satu atau lebih variasi-variasi bakteria yang wujud, yang menghentikan proses pengulangan memandangkan maklumat-maklumat genetik telah hilang.

Imuniti Serangga Kepada DDT

Isu lain yang dicari oleh evolusionis untuk diputarbelitkan dan dikemukakan sebagai bukti evolusi ialah "perolehan" imuniti serangga terhadap DDT yang telah kami sebutkan di awal bab ini. Imuniti ini terbentuk sama seperti pertahanan bakteria terhadap antibiotik. Imuniti terhadap DDT tidak boleh dikatakan sebagai "telah diperolehi" oleh satu ahli daripada sebuah populasi serangga. Kerana, sebahagian serangga ini telah pun sedia kebal kepada DDT. Selepas penemuan DDT, serangga yang terdedah kepada bahan kimia ini tetapi tidak mempunyai imuniti yang diwarisi telah dimusnahkan daripada populasi tersebut, atau dengan kata lain ia telah pupus. Sementara yang mempunyai imuniti, akan terus bertambah. Akhirnya, seluruh populasi tersebut akan menjadi kebal. Apabila ini terjadi, DDT akan kehilangan kesannya menentang spesies-spesies serangga ini. Fenomena ini adalah biasa, tetapi telah disalahertikan dan dirujuk sebagai "perolehan imuniti serangga terhadap DDT".

Seorang ahli biologi evolusionis, Francisco Ayala, mengakui fakta ini dengan menyatakan, "Perbezaan genetik yang memerlukan kepada pertahanan terhadap hampir semua jenis racun-racun serangga, telah pun sedia wujud di dalam setiap satu daripada populasi-populasi yang terdedah kepada sebatian-sebatian buatan manusia ini".142

Menyedari bahawa sebahagian besar masyarakat awam tidak mempunyai peluang untuk mempelajari tentang mikrobiologi atau melakukan kajian ke atasnya, evolusionis telah melakukan penipuan berkaitan dengan isu pertahanan dan imuniti ini. Mereka menjadikan contoh-contoh ini sebagai bukti evolusi yang paling penting. Tetapi sekarang telah jelas terbukti, samada pertahanan bakteria terhadap antibiotik atau imuniti serangga-serangga terhadap DDT, tidak dapat dijadikan bukti evolusi. Apa yang berjaya dibuktikan ialah metode penyelewengan dan tipu daya yang telah digunakan oleh para evolusionis untuk membenarkan teori mereka.

Salah Anggap Terhadap Vestigial Organs

körelmiş organlar, göz

1. Eyelid
2. Pupil

3. Sclera
4. iris

Semua contoh-contoh organ-organ tidak berfungsi telah dibatalkan. Sebagai contoh pelipat separuh bulat mata, yang disebutkan di alam Origin sebagai struktur yang tidak berfungsi, telah dikenal pasti berfungsi sepenuhnya hari ini, tetapi fungsinya tidak diketahui pada zaman Darwin. Organ ini melincirkan bebola mata.

Untuk satu masa yang panjang, konsep "vestigial organs" (organ yang tidak berfungsi) telah muncul beberapa kali di kalangan evolusionis sebagai "bukti" evolusi. Walau pun, kemudianya ia telah diketepikan setelah dibuktikan ketidaksahihannya. Tetapi sebahagian evolusionis masih mempercayainya dan dari masa ke semasa seseorang akan cuba untuk memajukan organ-organ tidak berfungsi ini sebagai satu bukti penting evolusi.

Kepercayaan organ-organ tidak berfungsi ini mula dikemukakan sekurun yang lalu. Terdapat sejumlah organ-organ tidak berfungsi di dalam badan beberapa makhluk. Organ-organ ini telah diwarisi daripada nenek moyang mereka dan menjadi tidak berfungsi kerana tidak digunakan.

Keseluruhan dakwaan ini adalah tidak saintifik dan hanya berdasarkan kepada pengetahuan yang tidak mencukupi. "organ-organ yang tidak berfungsi" ini sebenarnya adalah organ yang "fungsinya belum ditemui". Petunjuk yang paling baik ialah pengurangan yang banyak di dalam senarai panjang organ-organ tidak berfungsi evolusionis. S.R. Scadding, seorang evolusionis, sepakat dengan fakta ini di dalam artikelnya bertajuk "Can vertigial organs constitute evidence for evolution?" , ia disiarkan di dalam majalah Evolutionary Theory:

Memandangkan adalah mustahil untuk mengenal pasti struktur-struktur yang tidak berguna, dan disebabkan struktur yang dibahaskan tidak disahkan secara saintifik, saya merumuskan bahawa organ-organ tidak berfungsi ini tidak memberikan apa-apa bukti kepada teori evolusi.143

Senarai organ-organ tidak berfungsi ini telah dibuat oleh seorang ahli anatomi Jerman, R. Wiedersheim dalam tahun 1895 yang merangkumi hampir seratus organ termasuk apendiks dan koksiks (tulang tongkeng). Dengan kemajuan yang dilakukan oleh para saintis, telah dikenal pasti bahawa semua organ-organ di dalam senarai Wiedersheim sebenarnya mempunyai fungsi yang amat besar di dalam badan. Sebagai contoh, telah dikenal pasti bahawa apendiks, yang sepatutnya menjadi sebuah organ tidak berfungsi, sebenarnya adalah sebuah organ limfa (lympha*) yang menentang jangkitan di dalam badan. Fakta ini telah dijelaskan pada tahun 1997:

Organ-organ dan tisu-tisu badan lain – seperti thymus (kelenjar tanpa duktus di pangkal leher), hati, limpa, apendiks, tulang sumsum, dan himpunan kecil tisu-tisu limfa seperti tonsil (anak tekak) di dalam kerongkong dan kelenjar tertentu di dalam usus – juga adalah sebahagian daripada sistem limfa. Mereka membantu badan melawan jangkitan.144

Telah dikenal pasti juga bahawa tonsil, yang telah disenaraikan sebagai organ yang tidak berfungsi, memainkan peranan yang besar di dalam melindungi tekak melawan jangkitan, terutamanya ketika remaja. Di samping itu, telah ditemui bahawa koksiks (coccyx) yang berada di bahagian bawah akhir tulang, menyokong tulang-tulang di sekeliling pinggul dan menjadi pusat tumpuan beberapa otot kecil. Tahun-tahun berikutnya, telah diketahui bahawa thymus dapat mencetuskan sistem imuniti badan dengan mengaktifkan sel-sel T, kelenjar peneal dapat mengeluarkan beberapa hormon penting, dan kelenjar tiroid (thyroid - kelenjar tanpa duktus di dalam leher) berkesan di dalam menghasilkan tumbesaran yang seimbang di dalam tubuh bayi dan kanak-kanak, dan kelenjar pituitari (kelenjar yang berada di kaki otak yang mempengaruhi fungsi dan pertumbuhan badan) mengawal fungsi yang betul banyak kelenjar-kelenjar hormon. Semua organ-organ ini telah disenaraikan sebagai "organ-organ tidak berfungsi". Pelipat mata yang telah dirujuk sebagai organ tidak berfungsi oleh Darwin sebenarnya berfungsi sebagai pembersih dan pelincir bulu kening.

Terdapat kesilapan logik yang penting di dalam dakwaan evolusionis tentang organ-organ tidak berfungsi ini. Seperti yang telah dijelaskan, dakwaan evolusionis ialah bahawa organ-organ tidak berfungsi di dalam makhluk-makhluk ini telah diwarisi daripada nenek moyang mereka. Bagaimana pun, terdapat beberapa organ yang disenaraikan sebagai tidak berfungsi tidak ditemui di dalam spesies hidupan yang didakwa menjadi moyang kepada manusia! Sebagai contoh, apendiks tidak terdapat di dalam beberapa spesies beruk yang dikatakan sebagai moyang manusia. Seorang ahli biologi terkenal, H. Enoch, yang mencabar teori organ-organ tidak berfungsi ini telah menerangkan kesilapan logikal ini seperti berikut:

Beruk mempunyai satu apendiks, bagaimana pun, keturunan selepasnya, beruk-beruk yang lebih rendah tidak memilikinya; kemudian muncul kembali di dalam mamalia seperti opossum (sejenis haiwan kecil yang berbulu dan berkantung). Bagaimana evolusionis dapat bergantung kepada fakta ini?145

Ringkasnya, senario organ-organ tidak berfungsi yang dikemukakan oleh evolusionis mengandungi sejumlah kesilapan logik yang serius dan ia telah dibuktikan sebagai kesilapan saintifik. Tidak satu pun organ-organ ini diwarisi di dalam badan manusia memandangkan manusia tidak pernah berubah daripada hidupan lain sebagai hasil daripada proses kebetulan, tetapi sebaliknya ia telah diciptakan di dalam bentuknya seperti sekarang, lengkap, dan sempurna.

Mitos Homologi

Persamaan struktur di antara spesies-spesies yang berbeza digelar sebagai "homology" di dalam ilmu biologi. Evolusionis cuba memperkenalkan persamaan-persamaan ini sebagai bukti evolusi.

Darwin menyangka bahawa makhluk-makhluk yang mempunyai persamaan organ-organ mempunyai hubungan evolusi di antara satu sama lain dan organ-organ ini pastinya telah diwarisi daripada moyang yang sama. Berdasarkan dakwaannya, kedua-dua burung penguin dan helang mempunyai sayap; oleh itu, penguin, helang dan burung-burung lain sepatutnya telah berubah daripada satu moyang yang sama.

kartal, kanat yarasa, kanat sinek, kanat

Eagles, bats and insects all have wings. Yet just because they possess similar organs does not prove that they evolved from any common ancestor.

Homologi adalah sebuah hujah mengelirukan yang dimajukan di atas asas tanpa bukti lain selain daripada persamaan fizikal. Hujah ini tidak pernah dibuktikan oleh walau satu penemuan yang konkrit semenjak zaman Darwin hingga kini. Tidak ada seorang pun pernah menemui satu fosil moyang khayalan makhluk-makhluk ini di mana-mana lapisan bumi dengan struktur-struktur yang sama. Tambahan pula, isu ini telah menjelaskan bahawa homologi tidak membuktikan bahawa proses evolusi telah berlaku.

1. Seseorang akan mendapati organ-organ homologi di dalam makhluk-makhluk dari spesies yang jauh berbeza, evolusionis sendiri tidak dapat membuktikan sebarang hubungannya dengan evolusi.

2. Kod-kod genetik sebahagian makhluk-makhluk yang mempunyai organ-organ homologi adalah jauh berbeza di antara satu sama lain.

3. Pembentukan embrio organ-organ homologi yang terdapat di dalam makhluk-makhluk yang berbeza ini juga sama sekali berbeza.

Sekarang mari kita kaji setiap maklumat ini satu persatu.

Organ-organ Yang Sama Di Dalam Spesies-spesies Yang Jauh Berbeza

Terdapat sejumlah organ-organ homologi yang dikongsi bersama oleh spesies-spesies yang berbeza, di mana evolusionis sendiri tidak dapat membuktikan sebarang hubungannya dengan evolusi. Sayap sebagai satu contoh. Selain daripada burung, kita juga dapati sayap pada kelawar, seekor mamalia, dan pada serangga dan malah pada sebahagian dinosaur, yang merupakan reptilia yang telah pupus. Tetapi evolusionis sendiri tidak menganjurkan satu hubungan evolusi atau ikatan di antara keempat-empat kelas haiwan yang berbeza ini.

Satu lagi contoh ialah persamaan hebat dan persamaan struktur yang dapat diperhatikan di dalam mata makhluk-makhluk yang berbeza. Sebagai contoh, sotong kurita dan manusia, dua spesies yang jauh berbeza yang tidak mungkin dapat diramalkan sebarang hubungan evolusi di antara keduanya, tetapi mata keduanya amat mirip dari segi struktur dan fungsinya. Sedangkan evolusionis sendiri tidak pernah mendakwa bahawa manusia dan sotong kurita mempunyai moyang yang sama berdasarkan kepada persamaan pada mata mereka. Ini dan banyak lagi contoh-contoh telah membuktikan dakwaan evolusionis bahawa "organ-organ homologi membuktikan bahawa spesies hidupan telah berubah daripda satu moyang", tidak mempunyai sebarang asas sanitifik.

Sebaliknya, organ homologi sepatutnya menjadi perkara yang memalukan kepada evolusionis. Pengakuan seorang evolusionis terkenal Frank Salisbury, mendedahkan di dalam kenyataanya bagaimana spesies-spesies yang berbeza mempunyai mata yang persis dan menyebabkan kebuntuan homologi:

Mammal Twins That Defy Homology
Two Unrelated Extinct Mammals With Giant Teeth

Another example of extraordinary resemblance between placental and marsupial mammal "twins," is that between the extinct mammals Smilodon (1) and Thylacosmilus (2), both predators with enormous front teeth. The great degree of resemblance between the skull and teeth structures of these two mammals, between which no evolutionary relationship can be established, overturns the homological view that similar structures are evidence in favour of evolution.

smilodon, thylacosmilus
Tasmanian Wolf and Its North American Counterpart

The presence of "twin" species between marsupial and placental mammals deals a serious blow to the claim of homology. For example, the marsupial Tasmanian wolf and the placental wolf found in North America resemble each other to an extraordinary degree. On the Right can be seen the skulls of these two highly similar animals. Such a close resemblance between the two, which cannot be suggested to have any "evolutionary relationship", completely invalidates the claim of homology

tazmanya kurdu

1. North American wolf skull
2. Tasmanian wolf skull

kuzey amerikakurdu, tazmanya kurdu

Sedangkan sesuatu yang kompleks seperti mata telah muncul beberapa kali; sebagai contoh, di dalam sotong, vertebrat, dan artropoda*. Telah cukup sukar untuk menjelaskan asal hidupan seperti ini sekali, tetapi anggapan untuk menghasilkannya berkali-kali berdasarkan kepada sintetik moden menyebabkan kepala saya pusing.146

There are many creatures which, despite their very similar physical make-up, do not permit any claims of evolutionary relationship. Two large mammal categories, placentals and marsupials, are an example. Evolutionists consider this distinction to have come about when mammals first appeared, and that each group lived its own evolutionary history totally independent of the other. But it is interesting that there are "pairs" in placentals and marsupials which are nearly the same. The American biologists Dean Kenyon and Percival Davis make the following comment:

According to Darwinian theory, the pattern for wolves, cats, squirrels, ground hogs, anteaters, moles, and mice each evolved twice: once in placental mammals and again, totally independently, in marsupials. This amounts to the astonishing claim that a random, undirected process of mutation and natural selection somehow hit upon identical features several times in widely separated organisms.159

insan gözü, renkli göz ahtapot gözü, deniz canlıları

In terms of structure, the eyes of humans and octopuses are very much alike. However, the fact that the two species have similar organs doesn’t imply that they evolved from a common ancestor. Not even evolutionists try to account for the similarity of the eyes of the octopus and man by positing a common ancestor.

Extraordinary resemblances and similar organs like these, which evolutionist biologists cannot accept as examples of "homology," show that there is no evidence for the thesis of evolution from a common ancestor. What, in that case, could be the scientific explanation of the similar structures in living things? The answer to that question was given before Darwin's theory of evolution came to dominate the world of science. Scientists like Carl Linnaeus, who first systematized living things according to their similar structures, and Richard Owen regarded these structures as examples of “common” creation. In other words, similar organs (or, nowadays, similar genes) are held to be so because they were created to serve a particular purpose, not because they evolved by chance from a common ancestor.

Modern scientific findings show that the claim of a "common ancestor" made with regard to similar organs is incorrect, and that the only possible explanation is common creation, confirming once again that living things were created by Allah.

Kebuntuan Genetik dan Embriologi Homology

körelmiş organlar, göz

Profesor Michael Denton:"Evolusi adalah sebuah teori yang berada di dalam krisis".

Salam usaha untuk menjadikan dakwaan evolusionis yang berkaitan dengan homologi ini dipandang serius, organ yang sama di dalam makhluk-makhluk yang berbeza sepatutnya dikodkan dengan kod-kod DNA yang sama juga. Tetapi ini tidak berlaku. Di dalam banyak keadaan kod genetiknya adalah berbeza. Tambahan pula, kod-kod genetik yang sama di dalam DNA makhluk-makhluk yang berbeza, selalunya berkaitan dengan organ-organ yang sama sekali berbeza.

Michael Denton, seorang profesor biokimia berbangsa Australia, menyebutkan di dalam bukunya Evolution: A Theory In Crisis berkenaan kebuntuan genetik terhadap tafsiran homologi evolusionis:

Struktur yang sama selalunya ditentukan oleh sistem genetik struktur yang tidak sama dan konsep homologi jarang sekali berkaitan kembali ke dalam embriologi.147

Satu lagi ciri untuk membolehkan dakwaan homologi ini diakui, ialah pembangunan embrio (peringkat-peringkat pembangunan di dalam telur atau rahim ibu) spesies-spesies dengan organ-organ yang sama sepatutnya selari antara satu sama lain. Tetapi sebaliknya, pembangunan embrio organ-organ tersebut adalah amat berbeza di dalam setiap hidupan.

Kesimpulannya, kita dapat katakan bahawa kajian genetik dan embriologi telah membuktikan bahawa konsep homologi yang didakwa oleh Darwin sebagai "bukti evolusi hidupan daripada satu moyang" tidak mempunyai sebarang bukti. Dengan itu, dapat dikatakan bahawa sains sekali lagi telah berjaya membuktikan kesilapan tesis Darwin.

Ketidaksahihan Dakwaan Molekul Homologi

Dakwaan evolusionis terhadap homologi sebagai bukti evolusionis adalah salah tidak hanya pada peringkat organ tetapi juga pada peringkat molekul. Evolusionis menyatakan bahawa kod-kod DNA dan struktur-struktur protein spesies hidupan yang berbeza adalah sama dan persamaan ini adalah bukti bahawa spesies-spesies ini telah berubah daripada moyang yang sama atau daripada satu sama lain. Contohnya, sering disebutkan di dalam penerbitan evolusionis bahawa "terdapat persamaan yang besar di antara DNA seorang manusia dan seekor beruk" dan persamaan ini diperkenalkan sebagai bukti terhadap dakwaan evolusionis bahawa terdapat hubungan evolusi di antara manusia dan beruk.

Contoh paling jelas untuk dakwaan seperti ini adalah berkaitan dengan kewujudan 46 kromosom di dalam manusia dan 48 kromosom di dalam beberapa spesies beruk seperti cimpanzi. Evolusionis beranggapan bahawa jumlah kromosom yang hampir sama di antara spesies-spesies merupakan bukti kepada satu hubungan evolusi. Bagaimana pun, sekiranya anggapan ini tepat, maka manusia mempunyai keluarga yang lebih rapat (daripada beruk) iaitu kentang! Jumlah kromosom di dalam kentang adalah lebih hampir kepada manusia daripada gorila atau cimpanzi: iaitu 46! Dengan kata lain, manusia dan kentang mempunyai jumlah kromosom yang sama! Ini adalah contoh lucu yang membuktikan bahawa persamaan di dalam DNA tidak boleh dijadikan bukti untuk satu hubungan evolusi.

Dari segi lain pula, terdapat perbezaan molekul yang besar di antara makhluk-makhluk yang kelihatan sama dan mirip. Sebagai contoh, struktur Chrochrome-C, satu keperluan protein untuk respirasi, adalah amat jauh berbeza di dalam hidupan dari kelas yang sama. Mengikut kajian yang dilakukan ke atas subjek ini, perbezaan di antara dua spesies reptilia adalah lebih besar daripada perbezaan di antara seekor burung dan seekor ikan atau seekor ikan dan seekor mamalia. Kajian lain pula mendapati perbezaan molekul di antara beberapa jenis burung adalah lebih besar daripada perbezaan di antara burung-burung yang sama dan mamalia. Telah ditemui juga bahawa perbezaan molekul di antara bakteria yang kelihatan sama adalah lebih besar daripada perbezaan mamalia dan amfibia atau serangga.148 Beberapa perbandingan telah dilakukan di dalam keadaan hemoglobin* (haemoglobin), myoglobin**, hormon, dan gen, dan beberapa konklusi telah dikeluarkan.149

Berhubung dengan perkara in dan beberapa penemuan lain, Dr. Michael Denton memberikan komentar berikut:

Setiap kelas pada peringkat molekul adalah unik, terpisah dan tidak dihubungkan dengan perantaraan. Oleh itu, molekul-molekul, seperti fosil-fosil, telah gagal untuk menghasilkan perantaraan yang dicari oleh biologi evolusi... Pada peringkat molekul ini, tidak terdapat sebarang mekanisme yang adalah "moyang" atau "primitif" atau "yang telah dimajukan" sama dengan keluarganya... Dianggarkan sekiranya bukti molekul ini diketahui seabad yang lalu... idea evolusi organik ini tidak akan diterima.150

The Collapse of the “Tree of Life”

In the 1990s, research into the genetic codes of living things worsened the quandary faced by the theory of evolution in this regard. In these experiments, instead of the earlier comparisons that were limited to protein sequences, "ribosomal RNA" (rRNA) sequences were compared. From these findings, evolutionist scientists sought to establish an "evolutionary tree".

However, they were disappointed by the results. According to a 1999 article by French biologists Hervé Philippe and Patrick Forterre, "with more and more sequences available, it turned out that most protein pyhlogenies contradict each other as well as the rRNA tree." 165

Besides rRNA comparisons, the DNA codes in the genes of living things were also compared, but the results have been the opposite of the "tree of life" presupposed by evolution. Molecular biologists James A. Lake, Ravi Jain and Maria C. Rivera elaborated on this in an article in 1999:

Scientists started analyzing a variety of genes from different organisms and found that their relationship to each other contradicted the evolutionary tree of life derived from rRNA analysis alone.166

Neither the comparisons that have been made of proteins, nor those of rRNAs or of genes, confirm the premises of the theory of evolution. Carl Woese, a highly reputed biologist from the University of Illinois admits that the concept of "phylogeny" has lost its meaning in the face of molecular findings in this way:

No consistent organismal phylogeny has emerged from the many individual protein phylogenies so far produced. Phylogenetic incongruities can be seen everywhere in the universal tree, from its root to the major branchings within and among the various (groups) to the makeup of the primary groupings themselves." 167

The fact that results of molecular comparisons are not in favour of, but rather opposed to, the theory of evolution is also admitted in an article called "Is it Time to Uproot the Tree of Life?" published in Science in 1999. This article by Elizabeth Pennisi states that the genetic analyses and comparisons carried out by Darwinist biologists in order to shed light on the "tree of life" actually yielded directly opposite results, and goes on to say that "new data are muddying the evolutionary picture":

A year ago, biologists looking over newly sequenced genomes from more than a dozen microorganisms thought these data might support the accepted plot lines of life's early history. But what they saw confounded them. Comparisons of the genomes then available not only didn't clarify the picture of how life's major groupings evolved, they confused it. And now, with an additional eight microbial sequences in hand, the situation has gotten even more confusing.... Many evolutionary biologists had thought they could roughly see the beginnings of life's three kingdoms... When full DNA sequences opened the way to comparing other kinds of genes, researchers expected that they would simply add detail to this tree. But "nothing could be further from the truth," says Claire Fraser, head of The Institute for Genomic Research (TIGR) in Rockville, Maryland. Instead, the comparisons have yielded many versions of the tree of life that differ from the rRNA tree and conflict with each other as well...168

In short, as molecular biology advances, the homology concept loses more ground. Comparisons that have been made of proteins, rRNAs and genes reveal that creatures which are allegedly close relatives according to the theory of evolution are actually totally distinct from each other.169

A 1996 study using 88 protein sequences grouped rabbits with primates instead of rodents; a 1998 analysis of 13 genes in 19 animal species placed sea urchins among the chordates; and another 1998 study based on 12 proteins put cows closer to whales than to horses. Molecular biologist Jonathan Wells sums up the situation in 2000 in this way:

Inconsistencies among trees based on different molecules, and the bizarre trees that result from some molecular analyses, have now plunged molecular phylogeny into a crisis.170

“Molecular phylogeny” is facing a crisis—which means that the theory of evolution also faces a crisis. (Phylogeny refers to the so-called “family relationships” among various living things and is the hypothetical basis of the theory of evolution.) Once again, science undermines the thesis that living things evolved from one another, demonstrating that all living groups were created separately.

Teori Evolusi Tidak Mempunyai Asas Embriologi

körelmiş organlar, göz

Haeckel adalah seorang evolusionis yang lebih bersemangat daripada Darwin sendiri di dalam banyak segi. Kerana itulah, beliau tidak teragak-agak untuk memutar belitkan data-data sains dan merancang banyak penipuan.

Apa yang digelar sebagai "the recapitulation theory" (teori penggulungan) telah lama disingkirkan daripada kebudayaan sains tetapi ia masih diperkenalkan sebagai sebuah kenyataan saintifik oleh sebahagian penyiaran evolusionis. Istilah "recapitulation" adalah ringkasan kepada penyataan rasmi "Ontogeny recapitulates phylogeny" yang telah diperkenalkan oleh seorang ahli biologi evolusionis, Eanst Haeckel pada akhir abad ke-19.

Teori yang dimajukan oleh Haeckel beranggapan bahawa embrio telah mengalami semula proses evolusi yang telah dilalui oleh moyang palsu mereka. Beliau merumuskan bahawa ketika pembentukannya di dalam rahim ibu, embrio manusia mulanya mempamerkan sifat-sifat seekor ikan, dan kemudian seekor reptilia dan akhirnya seorang manusia.

Pada tahun-tahun berikutnya, telah dibuktikan bahawa teori ini adalah salah. Telah dikenal pasti kini bahawa "insang" yang dianggarkan muncul pada peringkat awal embrio manusia, sebenarnya adalah fasa-fasa awal saluran telinga tengah, para tiroid, dan thymus. Bahagian embrio yang kelihatan seperti "kantung telur kuning" berubah menjadi sebuah kantung yang menghasilkan darah dan bayi. Bahagian yang dikenal pasti sebagai "ekor" oleh Haeckel dan pengikut-pengikutnya, sebenarnya adalah tulang belakang, yang kelihatan seperti ekor kerana ia terbentuk sebelum pembentukan kaki.

Fakta-fakta ini amat difahami di dalam dunia sains dan ia diterima oleh evolusionis sendiri. George Gaylord Simpson, seorang daripada pengasas Neo-Darwinis, menulis:

Heackel tersalah mengatakan prinsip evolusi telah terlibat. Telah diketahui kini bahawa ontogeny* tidak mengulangi phylogeny**.151

Di dalam sebuah artikel yang disiarkan di dalam American Scientist kita dapat membaca:

Lukisan Salah Oleh Haeckel
köpek, varyasyon

Gambarajah di sebelah adalah lukisan salah yang di buat oleh Haeckel untuk menunjukkan bahawa embrio manusia dan ikan mempunyai persamaan yang ketara di antara satu sama lain pada fasa awal mereka. Apabila kita membandingkannya dengan embrio manusia yang sebenar, didapati bahawa banyak organ-organ telah sengaja dikeluarkan. (Francis Hitching, The Neck of the Giraffe: Where Darwin Went Wrong, p. 205)

Hukum biogenetik telah mati. Ia akhirnya telah disingkirkan daripada buku-buku teks biologi pada abad ke-15. Apabila, sebuah topik penyiasatan serius dijalankan, ia telah dihapuskan pada abad ke-20...152

Aspek lain yang menarik tentang "recapitulation" ialah diri Ernst Haeckel sendiri, seorang yang berlagak pandai yang telah memalsukan lukisan-lukisan dalam usaha untuk menyokong teori yang telah dimajukannya. Penipuan Haeckel seolah-oleh menunjukkan bahawa embrio ikan dan manusia saling menyerupai antara satu sama dengan yang lain. Apabila penipuan beliau telah dikesan, satu-satunya pembelaan yang dapat diberikannya hanyalah kerana evolusionis lain melakukan kesalahan yang sama:

Selepas pengakuan "penipuan" yang mengelirukan ini saya wajib menganggap diri saya telah dihina dan dimusnahkan sekiranya saya tidak melihat di dalam kandang banduan beratus-ratus sahabat-sahabat pesalah, di kalangan mereka terdiri ramai daripada pemerhati-pemerhati yang paling dipercayai dan ahli-ahli biologi yang disanjungi. Majoriti terbesar daripada semua gambarajah-gambarajah di dalam buku-buku teks biologi yang terbaik, karangan-karangan dan jurnal-jurnal boleh dikira berada di dalam darjah yang sama dengan "penipuan", semuanya ini tidak tepat, dan samada lebih atau kurang ia ditipu, dirancang dan diubahsuai.153

Sememangnya terdapat "beratus-ratus sahabat-sahabat pesalah, di kalangan mereka terdiri ramai daripada pemerhati-pemerhati yang paling dipercayai dan ahli-ahli biologi yang disanjungi" yang kajian mereka dipenuhi dengan kesimpulan-kesimpulan, penyelewengan dan penipuan-penipuan yang prejudis. Ini kerana mereka telah menetapkan diri mereka untuk menjuarai teori evolusi ini walau pun tidak terdapat walau secebis bukti saintifik yang menyokongnya.

Nota Kaki

132 Pierre-P Grassé, Evolution of Living Organisms, New York: Academic Press, 1977, p. 103.

133 Ibid, p. 107.

134 Norman Macbeth, Darwin Retried: An Appeal to Reason. Boston: Gambit, 1971, p. 101.

135 Loren C. Eiseley, The Immense Journey, Vintage Books, 1958, p. 186.

136 Charles Darwin, The Origin of Species: A Facsimile of the First Edition, Harvard University Press, 1964, p. 184.

137 Norman Macbeth, Darwin Retried: An Appeal to Reason, Harvard Common Press, New York: 1971, p. 33.

138 Ibid, p. 36.

139 Loren Eiseley, The Immense Journey, Vintage Books, 1958. p. 227.

140 Stuart B. Levy, "The Challange of Antibiotic Resistance", Scientific American, March 1998, p. 35.

141 Medical Tribune, December 29, 1988, pp. 1, 23.

142 Francisco J. Ayala, "The Mechanisms of Evolution", Scientific American, Vol 239, September 1978, p. 64.

143 S. R. Scadding, "Do 'Vestigial Organs' Provide Evidence for Evolution?", Evolutionary Theory, Vol 5, May 1981, p. 173.

144 The Merck Manual of Medical Information, Home edition, New Jersey: Merck & Co., Inc. The Merck Publishing Group, Rahway, 1997.

145 H. Enoch, Creation and Evolution, New York: 1966, pp. 18-19.

146 Frank Salisbury, "Doubts About the Modern Synthetic Theory of Evolution", American Biology Teacher, September 1971, p. 338.

147 Michael Denton, Evolution: A Theory in Crisis. London, Burnett Books, 1985, p. 145.

148 W. R. Bird, The Origin of Species Revisited, Thomas Nelson Co., Nashville: 1991, pp. 98-99; Percival Davis, Dean Kenyon, Of Pandas and People, Haughton Publishing Co., 1990, pp. 35-38.

149 W. R. Bird, The Origin of Species Revisited, pp. 98-99, 199-202.

150 Michael Denton. Evolution: A Theory in Crisis. London: Burnett Books, 1985, pp. 290-91.

151 G. G. Simpson, W. Beck, An Introduction to Biology, New York, Harcourt Brace and World, 1965, p. 241.

152 Keith S. Thompson, "Ontogeny and Phylogeny Recapitulated", American Scientist, Vol 76, May/June 1988, p. 273.

153 Francis Hitching, The Neck of the Giraffe: Where Darwin Went Wrong, New York: Ticknor and Fields 1982, p. 204.

KONGSI
logo
logo
logo
logo
logo
Muat turun
  • Pengenalan: Mengapa Teori Evolusi
  • Bab 1: Untuk Membebaskan Diri Daripada Prejudis
  • Bab 2: Sejarah Ringkas Teori Evolusi
  • Bab 3: Mekanisme Khayalan Evolusi
  • Bab 4: Rekod Fosil Menyanggah Evolusi
  • Bab 5: Kisah Peralihan Daripada Air Ke Darat
  • Bab 6: Asal Usul Burung dan Mamalia
  • Bab 7: Tafsiran Fosil Evolusionis Yang Menipu
  • Bab 8: Penipuan Evolusi
  • Bab 9: Senario Evolusi Manusia
  • Bab 10: Kebuntuan Molekul Evolusi
  • Bab 11: Undang-Undang Kedua Termodinamik Yang Membatalkan Teori Evolusi
  • Bab 12: Perancangan dan Kebetulan
  • Bab 13: Dakwaan Evolusionis dan Kenyataannya
  • Bab 14: Teori Evolusi: Liabiliti Materialistik
  • Bab 15: Media: Tanah Subur Untuk Teori Evolusi
  • Bab 16: Konklusi: Evolusi Adalah Suatu Penipuan
  • Bab 17: Hakikat Kejadian
  • Bab 18: Inti Pati Sebenar Kebendaan
  • İnti pati sebenar kebendaan
  • Bab 19 : Relativiti Masa dan Hakikat Takdir
  • Bab 20: Persidangan SRF: Aktivitimemaklumkan Masyarakat Tentang Evolusi