Undang-undang Kedua Termodinamik (thermodynamic -- sains perhubungan di antara haba dan bentuk tenaga-tenaga lain), yang diterima sebagai salah satu undang-undang asas fizik, menegaskan bahawa di bawah keadaan semula jadi semua sistem yang ditinggalkan sendirian berkecenderungan untuk menjadi berkecamuk, bertaburan dan rosak di dalam tempoh masa yang berlalu. Setiap benda hidup atau tidak akan merosot, menjadi reput, terlerai dan musnah. Ini adalah kesudahan yang akan dihadapi oleh semua benda hidup dengan berbagai cara, dan menurut undang-undang ini proses yang tidak dapat dielakkan ini tidak akan berulang.
Ini adalah sesuatu yang kita semua dapat perhatikan. Sebagai contoh, sekiranya kita letakkan sebuah kereta di sebuah padang pasir dan kita tinggalkan di situ, kamu pasti merasa sukar untuk menerima bahawa ia akan berada di dalam keadaan yang sempurna apabila kamu kembali semula setahun kemudian. Sebaliknya, kamu akan dapati tayar-tayarnya telah kempis, tingkap-tingkapnya telah dipecahkan, rangkanya telah berkarat, dan motornya telah reput. Proses yang sama berlaku kepada benda hidup, malah lebih pantas lagi.
Undang-undang Kedua Termodinamik bererti apabila proses semula jadi didefinisikan dengan pertimbangan dan perkiraan fizik.
Undang-undang fizik yang masyhur ini juga dikenali sebagai "The Law of Entropy". Entropi ialah suatu jangka masa keadaan berkecamuk di dalam suatu sistem di dalam ilmu fizik. Sistem entropi ini meningkat apabila ia maju ke hadapan suatu keadaan yang lebih berkecamuk, berselerak dan tidak tersusun daripada suatu keadaan yang tertib, teratur dan tersusun. Semakin tinggi suatu sistem ini berkecamuk semakin tinggi entropinya. Undang-undang Entropi berpegang bahawa seluruh cakerawala ini sedang menuju ke arah suatu keadaan yang lebih berkecamuk, tidak tersusun dan berselerak.
Kebenaran Undang-undang Kedua Termodinamik atau Undang-undang Entropi telah disahkan secara eksperimen dan teori. Yang lebih penting ialah para saintis kini bersetuju bahawa Undang-undang Entropi akan menjadi paradigma yang menguasai peringkat sejarah berikutnya. Albert Einstein seorang saintis hebat di zaman kita, menyatakan bahawa ia adalah "undang-undang asas seluruh ilmu sains". Sir Arthur Eddington, juga merujuk kepada undang-undang tersebut sebagai "asas undang-undang metafizik seluruh cakerawala ini".123
Teori evolusi merupakan sebuah dakwaan yang dibuat dengan membelakangkan sama sekali undang-undang fizik yang asas dan tepat ini. Mekanisme yang dikemukakan oleh teori ini amat berlawanan dengan undang-undang ini. Teori evolusi menyatakan bahawa atom-atom dan molekul-molekul yang bukan organik, berkecamuk dan tidak tersusun ini, bercantum secara spontan dalam satu jangka masa di dalam susunan yang tertentu dan merancang untuk membentuk molekul-molekul yang kompleks seperti protein, DNA dan RNA, setelah menghasilkan berjuta-juta spesies hidupan berbeza yang mempunyai struktur lebih kompleks. Menurut teori evolusi lagi, proses ini telah terjadi dengan sendirinya di bawah keadaan semula jadi. Undang-undang Entropi telah menjelaskan dengan terang bahawa proses semula jadi ini berlawanan sama sekali dengan undang-undang fizik.
Saintis-saintis evolusionis juga menyedari kenyataan ini. J.H Rush menyatakan:
Di dalam haluan evolusi yang kompleks, hidupan mempamerkan percanggahan yang hebat terhadap kecenderungan yang dijelaskan di dalam Undang-undang Kedua Termodinamik. Di mana Undang-undang Kedua ini menjelaskan bahawa perkembangan yang tidak dapat diubah oleh peningkatan entropi dan kecamukan, hidupan berkembang secara berterusan pada peringkat susunan yang tinggi.124
Seorang saintis evolusionis Roger Lewin menerangkan kebuntuan termodinamik terhadap evolusi di dalam sebuah artikel di dalam majalah Science:
Satu masalah yang dihadapi oleh ahli-ahli biologi ialah percanggahan evolusi terhadap Undang-undang Kedua Termodinamik. Semua sistem akan reput ditelan zaman, memberikan susunan yang berkurangan, tidak lebih.125
Seorang saintis evolisionis yang lain, George Stavropoulos menerangkan ketidakmungkinan termodinamik untuk sebuah pembentukan hidupan secara spontan dan kesukaran dalam menjelaskan kewujudan mekanisme-mekanisme hidupan yang kompleks oleh undang-undang semula jadi di dalam sebuah majalah evolusionis yang terkenal American Scientist:
Sehingga kini, di dalam keadaan biasa, tidak terdapat satu pun molekul organik yang kompleks pernah terbentuk secara spontan tetapi kemudian terlerai, bertepatan dengan Undang-undang Kedua ini. Sememangnya, semakin ia kompleks, semakin ia tidak stabil, dan yang lebih pasti, lambat laun ia akan terlerai juga. Fotosintesis dan proses-proses hidupan lain, dan hidupan itu sendiri, masih tidak dapat difahami dalam istilah termodinamik atau sebarang tuntutan sains.126
Seperti yang telah diketahui, Undang-undang Kedua Termodinamik mengandungi satu halangan yang tidak dapat diatasi oleh evolusi di dalam kedua-dua aspek sains dan logik akal. Gagal untuk mengemukakan sebarang penjelasan saintifik dan konsisten untuk mengatasi halangan ini, evolusionis hanya dapat menewaskannya di dalam khayalan mereka. Sebagai contoh, seorang evolusionis terkenal Jeremy Rifkin mencatatkan keyakinan beliau bahawa evolusi telah melampaui undang-undang fizik melalui suatu "kuasa ajaib":
Undang-undang Entropi menyebut bahawa evolusi telah mengetepikan seluruh tenaga yang diperlukan untuk hidupan di atas planet ini. Konsep evolusi kami adalah amat bercanggah. Kami percaya bahawa evolusi entah bagaimana secara ajaibnya membentuk seluruh nilai dan peraturan di atas bumi.127
Keterangan ini dengan jelas menunjukkan bahawa evolusi ini hanyalah sebuah kepercayaan dogmatik palsu.
Berhadapan dengan kebenaran-kebenaran ini, evolusionis telah mengambil jalan pintas untuk melepaskan diri daripada jerat Undang-undang Kedua Termodinamik, dengan mengatakan bahawa ia hanya betul kepada "sistem tertutup" (closed system) dan "sistem terbuka" (open system) adalah melampaui skop undang-undang ini.
Sebuah "sistem terbuka" ialah sebuah sistem termodinamik di mana bahan-bahan tenaga keluar-masuk, tidak seperti sebuah "sistem tertutup" di mana tenaga dan bahan utamanya adalah kekal. Para evolusionis berpegang bahawa dunia ini adalah sebuah sistem terbuka: iaitu ia sering terdedah kepada suatu tenaga yang jatuh dari matahari. Mereka juga percaya bahawa Undang-undang Entropi tidak melibatkan dunia ini keseluruhannya, oleh itu, hidupan yang kompleks dapat dihasilkan daripada struktur-struktur yang tidak tersusun, ringkas, dan mati.
Bagaimana pun, di sini terdapat penyelewengan yang nyata. Fakta bahawa satu sistem mempunyai suatu tenaga yang mengalir masuk adalah tidak memadai untuk menjadikan sistem tersebut tersusun. Mekanisme-mekanisme tertentu diperlukan untuk membolehkan tenaga ini berfungsi. Sebagaimana sebuah kereta memerlukan sebuah motor, sebuah sistem transmisi dan mekanisme pengawalan yang bersambung bagi menukarkan tenaga di dalam gasolin untuk bekerja. Tanpa sistem penukaran tenaga seperti ini, kereta tersebut tidak akan dapat menggunakan tenaga di dalam gasolin.
Perkara yang sama berlaku di dalam hal hidupan ini. Memang benar hidupan mendapatkan tenaga daripada matahari. Tetapi, tenaga solar ini hanya dapat ditukarkan menjadi tenaga kimia oleh sistem penukaran tenaga yang kompleks di dalam benda hidup (seperti fotosintesis di dalam tumbuhan dan sistem pencernaan manusia dan haiwan). Tidak ada benda hidup dapat hidup tanpa sistem penukaran tenaga ini. Tanpa sebuah sistem penukaran tenaga, matahari tidak ubah seperti suatu sumber tenaga pemusnah yang membakar, memanggang, atau mencairkan.
Seperti yang dapat dilihat, sebuah sistem termodinamik tanpa sebuah mekanisme pengubah tenaga adalah tidak berfaedah kepada evolusi, samada ianya terbuka atau tertutup. Tidak seorang pun mendakwa mekanisme kompleks ini telah wujud di dalam keadaan semula jadi di bumi purba. Sememangnya, masalah yang dihadapi oleh evolusionis ialah persoalan bagaimana mekanisme-mekanisme kompleks seperti fotosintesis di dalam tumbuhan, yang tidak dapat ditiru oleh teknologi moden, dapat muncul dengan sendirinya.
Aliran tenaga matahari ke bumi tidak memberi kesan yang membolehkannya tersusun sendiri. Tidak kira betapa tingginya suhu yang dihasilkan, asid amino tetap menahan pembentukan ikatan-ikatan di dalam sebuah rangkaian. Tenaga tidak dapat dengan sendirinya membantu asid amino membentuk molekul-molekul protein yang lebih kompleks, atau untuk protein membentuk dan mengendalikan struktur-struktur sel-sel organelles yang lebih kompleks dan tersusun. Sumber utama dan tepat untuk penyusunan di dalam semua peringkat ialah rekaan yang cermat: atau dengan perkataan lain, ia adalah sebuah ciptaan.
Menyedari bahawa Undang-undang Kedua Termodinamik ini telah menjadikan teori evolusi mustahil, beberapa orang saintis evolusionis telah membuat beberapa spekulasi untuk merapatkan jurang di antara keduanya dan menjadikan teori ini diterima. Seperti biasa, usaha-usaha ini hanya menunjukkan bahawa teori evolusi sedang berhadapan dengan kebuntuan yang tidak dapat dielakkan.
Di antara mereka yang cuba menyatukan termodinamik dan evolusi ialah seorang saintis Belgian Ilya Prigogine. Dimulakan daripada Teori Chaos, Prigogine telah mengemukakan sejumlah hipotesis di mana susunan terbentuk daripada kecamukan. Beliau mendakwa bahawa beberapa sistem terbuka menunjukkan penurunan di dalam entropi bertepatan dengan satu kesan tenaga luar dan benda luar yang "menyusun" ini adalah bukti "benda dapat mengorganisasikan diri sendiri". Sejak itu, konsep "pengorganisasian sendiri benda" ini telah menjadi amat terkenal di kalangan evolusionis dan materialis. Mereka berlagak seolah-olah mereka telah menemui asal usul materialistik kepada kekompleksitian hidupan ini dan penyelesaian materialistik terhadap masalah asal hidupan.
Tetapi apabila diteliti, jelas bahawa dakwaan ini adalah abstrak dan tidak lebih daripada harapan kosong. Tambahan pula, ia melibatkan sebuah penipuan yang sangat janggal. Penipuan tersebut ialah pengeliruan secara sengaja dua konsep yang berbeza, "pengorganisasian sendiri" dan "penyusunan sendiri".128
Kita dapat menerangkannya melalui satu contoh. Bayangkan sebuah pantai, dengan berbagai jenis batu yang bercampur aduk antara satu sama lain. Batu-batu yang besar, yang kecil dan yang halus. Apabila ombak yang kuat merempuh pantai tersebut, mungkin akan terbentunk "susunan" di antara batu-batu tersebut. Ombak akan mengangkat batu-batu yang mempunyai berat yang sama di dalam jumlah yang sama. Dan apabila ombak itu kembali, batu-batu tersebut mungkin akan tersusun daripada yang paling kecil hingga yang paling besar menghadap ke arah laut.
Ini ialah "proses penyusunan sendiri": Pantai tersebut adalah sebuah sistem terbuka dan limpahan tenaga (ombak) menyebabkannya "tersusun". Tetapi proses yang sama tidak akan dapat membentuk sebuah istana pasir di pantai tersebut. Sekiranya kita melihat sebuah istana pasir, kita pasti yakin bahawa seseorang telah membuatnya. Perbezaan di antara istana pasir dan batu-batu yang "tersusun", ialah pembentukannya melibatkan kekompleksitian yang unik, sementara yang satu lagi pula hanya melibatkan susunan yang berulang. Ia seperti sebuah mesin penaip yang menaip "aaaaaaaaaaa" beratus-ratus kali – kerana satu objek (satu limpahan tenaga) telah terjatuh pada huruf "a" di atas papan kekunci. Sudah tentu, susunan huruf "a" yang berulang-ulang ini tidak mengandungi sebarang maklumat dan kekompleksitian. Kamu memerlukan pemikiran yang terancang untuk mendapatkan satu rangkai huruf yang mengandungi maklumat.
Perkara yang sama berlaku apabila angin memasuki sebuah bilik yang berdebu. Sebelum limpahan tenaga ini (angin), debu-debu tersebut mungkin berada di dalam keadaan berkecamuk. Apabila angin masuk, debu-debu tersebut mungkin akan terkumpul di suatu sudut di dalam bilik itu. Ini ialah "penyusunan sendiri". Tetapi debu-debu ini tidak pernah "mengorganisasi sendiri" dirinya dan membentuk gambar seorang lelaki di atas lantai bilik.
Contoh-contoh ini sama dengan senario "pengorganisasian sendiri" evolusionis. Mereka mendakwa benda mempunyai satu kecenderungan untuk mengorganisasikan diri sendiri, kemudian memberikan contoh-contoh penyusunan sendiri dan kemudian cuba mengelirukan di antara kedua-dua konsep ini. Prigogine sendiri telah memberikan contoh-contoh penyusunan sendiri molekul ketika dilimpahi tenaga. Saintis Amerika Thaxton, Bradley dan Olsen, telah menjelaskan fakta berikut di dalam buku mereka bertajuk "The Mystery of Life's Origin":
... Di dalam setiap kes pergerakan molekul-molekul secara rawak di dalam bendalir, ia telah digantikan secara spontan oleh perlakuan yang teratur. Prigogine, Eigin dan mereka yang lain menyarankan bahawa jenis pengorganisasian yang sama mungkin telah berlaku di dalam organik kimia dan boleh dianggap sebagai inti pati makromolekul bagi sistem hidupan. Tetapi perbandingan seperti ini kurang relevan untuk persoalan asal-usul-kehidupan. Masalah utamanya ialah mereka tidak dapat membezakan di antara aturan dan kompleksiti... selalunya aturan tidak dapat menyimpan maklumat-maklumat yang besar yang diperlukan oleh sistem hidupan. Sebuah struktur yang janggal memerlukan lebih daripada hanya sebuah struktur yang teratur. Ini merupakan kesilapan yang serius pada perbandingan yang disebutkan. Tidak ada sebarang kaitan di antara aturan spontan yang berlaku daripada kesilapan tenaga melalui sistem-sistem dan kerja-kerja yang diperlukan untuk membina maklumat yang tidak berkala – makromolekul intensif seperti DNA dan perotien.129
Sebenarnya, Prigogine sendiri terpaksa menerima bahawa argumen beliau tidak bertepatan dengan asal usul hidupan. Beliau menyebutkan:
Masalah susunan biologi ialah berkaitan dengan perpindahan daripada aktiviti molekul kepada susunan supermolekul sebuah sel. Masalah masih tidak dapat diselesikan lagi.130
Mengapa evolusionis masih mahu mempercayai senario-senario yang tidak saintifik seperti "pengorganisasian sendiri benda"? Mengapa mereka mendesak untuk menolak manifesto bijaksana di dalam sistem hidupan? Jawapannya ialah kerana, mereka mempunyai kepercayaan yang dogmatik terhadap materialisme dan mereka yakin bahawa kebendaan mempunyai sejenis kuasa misteri yang dapat menjadikan hidupan. Seorang profesor kimia daripada Universiti New York dan seorang pakar DNA, Robert Shapiro menjelaskan kepercayaan evolusionis ini dan dogma materialistik yang mendasarinya, seperti berikut:
Prinsip evolusion lain menyebabkan kita terpaksa melintasi jurang campuran bahan kimia semula jadi yang ringkas kepada penyalinan efektif yang pertama. Prinsip ini masih belum digarap dengan teliti atau didemontrasikan, tetapi ia telah diterima, dan telah diberikan nama seperti evolusi kimia dan pengorganisasian sendiri benda. Kewujudan prinsip ini telah diperakui di dalam falsafah dialetik materialisme, seperti yang telah disebutkan di dalam Origin of Life, oleh Alexander Oparin.131
Semua situasi ini membuktikan dengan jelas bahawa evolusi adalah sebuah dogma yang bersalahan dengan sains yang empirikal dan asal usul hidupan hanya dapat dijelaskan oleh campur tangan satu kuasa supernatural. Kuasa supernatural tersebut ialah ciptaan Allah, yang menjadikan sekalian alam daripada kekosongan. Sains telah membuktikan bahawa proses evolusi adalah mustahil, seperti mana yang telah dibuktikan oleh termodinamik dan kewujudan hidupan tidak akan dapat dijelas melainkan sebagai Ciptaan.
123 Jeremy Rifkin, Entropy: A New World View, New York, Viking Press, 1980, p.6
124 J. H.Rush, The Dawn of Life, New York, Signet, 1962, p 35
125 Roger Lewin, "A Downward Slope to Greater Diversity", Science, vol. 217, 24.9.1982, p. 1239
126 George P. Stravropoulos, "The Frontiers and Limits of Science", American Scientist, vol. 65, November-December 1977, p.674
127 Jeremy Rifkin, Entropy: A New World View, p.55
128 For further info, see: Stephen C. Meyer, "The Origin of Life and the Death of Materialism", The Intercollegiate Review, 32, No. 2, Spring 1996
129 Charles B. Thaxton, Walter L. Bradley & Roger L. Olsen The Mystery of Life's Origin: Reassessing Current Theories, 4. edition, Dallas, 1992. chapter 9, p. 134
130 Ilya Prigogine, Isabelle Stengers, Order Out of Chaos, New York, Bantam Books, 1984, p. 175
131 Robert Shapiro, Origins: A Sceptics Guide to the Creation of Life on Earth. Summit Books, New York: 1986, s. 207