Di dalam bab-bab yang lalu, kita telah didedahkan bagaimana rekod-rekod fosil telah membuntukan teori evolusi ini. Sebenarnya kita tidak perlu didedahkan dengan kenyataan ini, kerana teori ini telah pun hancur sebelum sempat seseorang membuat dakwaan tentang "evolusi spesies dan bukti-bukti fosil". Subjek yang menjadikan teori ini tidak berguna ialah persoalan bagaimana hidupan pertama muncul di bumi.
Apabila membincangkan persoalan ini, teori evolusi mendakwa hidupan ini telah bermula dengan sebuah sel yang terbentuk secara kebetulan. Menurut senario tersebut, 4 bilion tahun dahulu berbagai bahan kimia bukan organik (bukan benda hidup) yang bercampur aduk telah mengalami reaksi di bawah tekanan atmosfera bumi purba, berserta kesan kilat dan tekanan-tekanan yang telah menyebabkan ia membentuk sel hidupan yang pertama.
Perkara pertama yang mesti disebutkan ialah, dakwaan bahawa bahan-bahan bukan organik boleh bercantum untuk membentuk sebuah hidupan, adalah sesuatu yang tidak saintifik dan belum pernah dibuktikan oleh sebarang ujikaji atau pemerhatian, setakat ini. Suatu hidupan hanya lahir daripada hidupan yang lain. Setiap sel hidup hanya terbentuk dengan menyalin sel yang lain. Belum pernah seorang pun berjaya membentuk sebuah sel dengan mencantumkan bahan-bahan bukan organik, tidak pernah walau dengan menggunakan makmal paling canggih sekali pun.
Teori evolusi mendakwa bahawa sel suatu hidupan, yang tidak dapat dibentuk walau dengan seluruh kepintaran manusia, ilmu pengetahuan yang mereka miliki, atau teknologi yang mereka cipta, telah terbentuk secara kebetulan di bawah tekanan bumi purba. Di dalam helaian-helaian berikutnya kita akan mengkaji mengapa dakwaan ini bertentangan dengan prinsip sains dan sebab musabab yang paling asas.
Sekiranya seseorang itu dapat meyakini bahawa sel hidup boleh wujud secara kebetulan, maka tidak akan terdapat sebarang halangan untuk menyekatnya daripada mempercayai kisah yang akan kami ceritakan sebentar lagi, ia adalah cerita sebuah bandar.
Suatu hari, segumpal tanah liat telah tertekan dengan batu-batu yang terdapat di sebidang tanah gersang yang menjadi basah ditimpa hujan. Tanah liat tersebut menjadi kering dan keras apabila matahari terbit dan ia menjadi pejal. Tidak berapa lama kemudian, batu-batu tersebut secara tiba-tiba terpecah menjadi serpihan-serpihan, dan kemudian terbentuk menjadi seketul bata yang sempurna. Bata ini menanti di bawah keadaan muka bumi yang sama beberapa tahun, untuk batu bata lain terbentuk. Ia berterusan sehingga beribu malah berjuta-juta batu bata terbentuk di tempat yang sama. Bagaimana pun, ketika melalui perubahan ini, tidak satu pun batu bata ini rosak atau pecah. Walaupun ia terdedah kepada ribut taufan, hujan lebat, angin, panas terik matahari, dan kesejukan selama beratus-ratus tahun, batu bata ini tidak retak, pecah atau lekang, sebaliknya ia terus kekal di tempat yang sama menanti batu bata lain terbentuk.
Apabila jumlah batu bata tersebut telah mencukupi, mereka mendirikan sebuah bangunan dengan saling menyusun di tepi dan di atas satu sama lain secara rawak, hasil daripada kesan tekanan semula jadi seperti, angin, ribut petir atau puting beliung. Sementara itu, bahagian-bahagian lain seperti simen atau tanah bercampur secara semula jadi dalam jangka masa yang tepat dan kemudian merayap ke arah batu bata tersebut untuk mencantumkan mereka. Pada masa yang sama, besi di dalam perut bumi telah terbentuk juga secara semula jadi dan menjadi asas kepada bangunan yang dibina bersama dengan batu bata. Di akhir proses ini, sebuah bangunan yang sempurna telah berdiri dengan segala bahan-bahan, pertukangan dan pemasangan yang sempurna.
Kekompleksitian Sel | |
Sel merupakan sistem yang direka paling kompleks dan paling unggul pernah disaksikan oleh manusia. Profesor biologi Michael Denton, di dalam bukunya bertajuk Evolution: A Theory in Crisis, menjelaskan kekompleksitian ini dengan satu contoh: "Untuk mencapai hakikat hidupan seperti yang dibuktikan oleh sains molekul biologi, kita perlu membesarkan sebuah sel seratus juta kali ganda sehingga ia mencapai 20 kilometer pada diameter dan mengibaratkannya seperti sebuah kapal angkasa gergasi yang cukup besar untuk meliputi sebuah bandar raya besar seperti London atau New York. Apa yang akan kita lihat kemudian ialah sebuah objek yang mempunyai kekomplesitian yang tiada tandingan dan reka bentuk yang adaptif. Di permukaan sel ini kita akan mendapati berjuta-juta bukaan, seperti lubang-lubang pangkalan sebuah kapal angkasa yang luas, ia terbuka dan tertutup untuk membolehkan aliran material yang bertali arus masuk dan keluar. Sekiranya, kita dapat memasuki bukaan ini, kita akan mendapati diri kita berada di dalam sebuah dunia yang berteknologi tinggi dan kompleksiti yang membingungkan... (sebuah kompleksiti) yang menjangkau kreativiti kita, sebuah realiti yang sama sekali bercanggah dengan kebetulan, yang melampaui setiap kewarasan yang dapat dihasilkan oleh manusia..." | |
1. NUCLEUS: All the information regarding the human body is recorded as a complex code in the DNA molecule here. |
Sudah pasti bangunan yang hanya mengandungi batu bata sahaja tidak memadai. Jadi bagaimana bahan-bahan lain dapat diperolehi? Jawapannya mudah, semua bahan-bahan yang diperlukan untuk pembinaan bangunan tersebut terdapat di dalam bumi tempat ia dibina. Silikon, kaca, tembaga untuk kabel elektrik, besi untuk tiang, alang dan saluran air, semuanya terdapat di bumi dalam kuantiti yang banyak. Ia hanya memerlukan tekanan semula jadi untuk membentuk dan menempatkan bahan-bahan ini ke dalam bangunan. Semua pemasangan, pertukangan dan aksesori ditempatkan di antara batu bata tersebut secara semula jadi dengan bantuan angin yang bertiup, hujan yang turun dan gegaran gempa bumi.
Segalanya berjalan dengan lancar, sehinggakan batu bata yang tersusun itu meninggalkan ruang yang mencukupi untuk tingkap, seolah-olah mereka tahu sejenis bahan bernama kaca akan terbentuk secara semula jadi. Lebih dari itu, mereka meninggalkan ruang-ruang untuk pemasangan air, elektrik dan sistem pemanas yang juga terbentuk secara kebetulan. Segalanya berjalan dengan baik sehingga akhirnya "keadaan semula jadi" dan "kebetulan" berjaya melahirkan sebuah ciptaan yang sempurna.
Sekiranya kamu dapat mempertahankan kepercayaan kamu terhadap kisah ini sehingga ke peringkat ini, maka kamu tidak akan menghadapi masalah untuk menduga bagaimana bangunan-bangunan lain, tumbuh-tumbuhan, jalan-jalan raya, laluan-laluan untuk pejalan kaki, struktur-struktur cabang, sistem-sistem perhubungan dan sistem-sistem pengangkutan terbina. Sekiranya kamu mempunyai pengetahuan teknikal dan mahir dalam subjek ini, kamu boleh menulis beberapa jilid buku sains dengan memulakannya dengan teori kamu tentang "proses evolusi sistem pembuangan najis dan keseragamannya dengan struktur-struktur kini". Pasti kamu akan dikurniakan anugerah akademik terhadap kajian kamu ini dan kamu akan dianggap sebagai seorang pintar yang telah melimpahkan cahayanya kepada manusia sejagat.
Teori evolusi mendakwa hidupan ini muncul secara kebetulan. Ia tidak jauh berbeza dengan kisah di atas, dengan segala sistem operasi, sistem komunikasi, pengangkutan dan pengurusan yang sempurna, sebuah sel tidak kurang kompleksnya dengan sebuah bandar.
Struktur kompleks sel hidup, yang belum diketahui pada zaman Darwin dan ketika itu mereka menganggap kehidupan sebagai "satu kebetulan dan keadaan semula jadi", telah dianggap oleh para evolusionis sebagai amat meyakinkan.
Teknologi abad ke-20 telah berjaya mengkaji dalaman organisma yang paling kecil dan telah mendapati bahawa sel adalah sistem manusia yang paling kompleks pernah ditemui. Hari ini, kita mengetahui sel ini mengandungi stesen kuasa yang menghasilkan tenaga untuk digunakan oleh sel tersebut, kilang-kilang yang mengeluarkan enzim-enzim dan hormon-hormon yang penting untuk hidup, sebuah bank data yang merakamkan segala maklumat-maklumat yang diperlukan tentang semua jenis pengeluaran, sistem pengangkutan yang kompleks dan jalinan saluran pengangkutan bahan-bahan mentah dan pengeluaran dari satu tempat ke tempat yang lain, makmal-makmal dan kilang penapisan maju yang memecahkan bahan-bahan mentah luar ke bahagian-bahagian yang boleh digunakan, dan membran protein istimewa yang mengawal kemasukan dan pengeluaran bahan-bahan. Dan unsur-unsur ini hanyalah sebahagian kecil daripada sistem yang kompleks dan mengagumkan ini.
Pergakuan Evolusionis | ||||
Teori evolusi menghadapi krisis paling hebat dalam menjelaskan kemunculan hidupan. Ini kerana, molekul organik adalah amat kompleks sehinggakan pembentukannya tidak mungkin dapat dijelaskan sebagai hasil kepada proses kebetulan dan adalah mustahil juga sebuah sel organik dapat terbentuk secara tidak sengaja.
Evolusionis mula berhadapan dengan masalah asal usul hidupan pada suku abad ke-20. Seorang saintis Rusia, Alaxender I. Oparin, seorang yang berwibawa di dalam molekul teori evolusi, menyebutkan di dalam bukunya The Origin of Life, yang telah diterbitkan pada 1939: Malangnya, asal usul hidupan telah meninggalkan satu persoalan yang menjadi titik hitam kepada teori evolusi keseluruhannya.1
Sejak daripada Oparin, para evolusionis telah menjalankan banyak eksperimen, mengaturkan pencarian, dan melakukan banyak pemerhatian untuk membuktikan bahawa sel dapat terbentuk secara kebetulan. Tetapi, semuanya hanya membuktikan kekompleksitian reka bentuk sel dengan lebih jelas dan sekali gus membatalkan andaian-andaian evolusionis. Profesor Klaus Dose, presiden Institute of Biochemistry di Universiti Johannes Gutenberg, menyatakan: Lebih 30 tahun eksperimen ke atas asal usul hidupan di dalam bidang evolusi kimia dan molekul telah membawa lebih banyak masalah asal usul hidupan di Bumi daripada mendapatkan penyelesaiannya. Sehingga kini, setiap perbincangan tentang prinsip teori ini dan eksperimen-eksperimen di dalam bidang ini telah berakhir dengan kebuntuan atau pengakuan kejahilan.2 Kenyataan berikut yang dikeluarkan oleh seorang ahli geologi, Jeffrey Bada dari San Diego Scripps Institute, dapat menjelaskan kegagalan evolusionis berhadapan dengan kebuntuan ini: Hari ini, apabila kita meninggalkan abad ke-20, kita masih berhadapan dengan masalah terbesar yang telah kita hadapi apabila kita memasuki abad ke-20: iaitu, Bagaimana hidupan bermula di atas muka Bumi?3 | ||||
1 Alexander I. Oparin, Origin of Life, (1936) NewYork: Dover Publications, 1953 (Reprint), p.196. 2 Klaus Dose, "The Origin of Life: More Questions Than Answers", Interdisciplinary Science Reviews, Vol 13, No. 4, 1988, p. 348 3 Jeffrey Bada, Earth, February 1998, p. 40. |
W.H Thorpe, seorang saintis evolusionis mengakui bahawa "asas paling kompleks sel yang mengandungi sebuah "mekanisme" yang tidak dapat dibayangkan kekompleksannya, yang lebih kompleks daripada sebarang mesin yang pernah dibina sendiri oleh manusia."91
Sebuah sel adalah sangat kompleks sehinggakan kemajuan teknologi yang telah dicapai oleh manusia kini pun masih tidak dapat membinanya. Malah untuk mencipta sebuah sel tiruan pun tidak pernah berjaya. Bukan itu sahaja, cubaan untuk menciptanya pun sering menemui kebuntuan.
Teori evolusi mendakwa bahawa sistem ini wujud secara "kebetulan" hasil daripada proses perubahan di bawah tekanan semula jadi bumi purba, walau pun manusia dengan segala kepakaran , ilmu pengetahuan dan teknologi canggih masih tidak berjaya menghasilkannya. Sebagai contoh lain, kemungkinan pembentukan sebuah sel adalah mustahil sama sekali seperti kemungkinan pembentukan sebuah buku hasil daripada letupan kilang pencetakan.
Seorang ahli matematik dan astronomi Inggeris, Sir Fred Hoyle telah melakukan perbandingan di dalam satu temu ramah dengannya yang telah disiarkan dalam majalah Nature, bertarikh 12 November 1981. Walaupun, beliau adalah seorang evolusionis tetapi beliau menegaskan bahawa peluang untuk sebuah formasi hidupan terbentuk dengan cara ini (kebetulan) adalah seperti sebiji torpedo yang meluncur laju sehingga berjaya menghimpunkan bahan-bahan di sekelilingnya untuk membentuk sebuah Boieng 747.92 Ini bererti, adalah mustahil untuk sebuah sel terbentuk secara kebetulan, oleh itu, pasti ia telah diciptakan.
Antara sebab utama mengapa teori evolusi tidak dapat menjelaskan kewujudan sel adalah disebabkan oleh permukaan sel yang tidak dapat ditembusi. Sebuah sel hidup memelihara dirinya dengan kerjasama yang harmoni bersama berbagai organ-organ lain. Sekiranya terdapat satu organ tidak dapat berfungsi, maka sel tersebut akan mati. Sel ini tidak mempunyai peluang untuk menanti mekanisme kebetulan seperti Pilihan Semula Jadi atau mutasi untuk membolehkannya terbentuk. Oleh itu, sel pertama hendaklah sempurna dan memiliki segala organ dan fungsi yang diperlukan, maka ia pasti telah diciptakan, bukannya terbentuk dengan sendirinya.
The chemical structure of even a single cythochrome-C protein (above left) is too complex to be accounted for in terms of chance—so much so, in fact, that the Turkish evolutionist biologist professor Ali Demirsoy admits that the chance formation of a single cythochrome-C sequence "as unlikely as the possibility of a monkey writing the history of humanity on a typewriter without making any mistakes.” |
Hanya sebuah sel, tetapi evolusionis gagal walau sekadar untuk menjelaskan bagaimana pembinaan blok sel tersebut. Pembentukan sebuah protein yang terhasil daripada beribu-ribu molekul protein yang kompleks menghasilkan sel secara semula jadi, adalah mustahil.
Protein adalah molekul-molekul besar yang mengandungi unit-unit kecil dikenali asid amino yang tersusun di dalam sebuah lingkaran dalam kuantiti dan struktur-struktur yang tertentu. Molekul-molekul ini mengandungi blok-blok pembinaan sel hidup. Sebuah sel yang paling ringkas tergubah daripada 50 asid amino, tetapi terdapat juga beberapa protein yang tergubah daripada beribu-ribu asid amino.
Perkara yang paling penting ialah; kekurangan, penambahan atau penggantian sebuah asid amino di dalam struktur protein akan menyebabkan ia menjadi selonggok molekul yang tidak berguna. Setiap asid amino perlu berada di tempat yang betul dan dengan susunan yang tepat. Teori evolusi yang mendakwa pembentukan hidupan ini adalah hasil daripada kebetulan, adalah sesuatu yang amat sukar untuk diterima. Memandangkan amat sukar untuk menjelaskannya sebagai satu kebetulan. (tambahan pula, teori ini tidak dapat menerangkan dakwaan mereka tentang "pembentukan secara kebetulan" asid amino, yang akan dibincangkan nanti)
Kenyataan bahawa fungsi struktur protein tidak mungkin sama sekali terbentuk secara kebetulan dapat dijelaskan dengan perkiraan yang mudah dan dapat difahami oleh semua orang.
Pada dasarnya, molekul protein terhasil daripada 288 asid amino yang mengandungi 12 jenis yang berbeza. Ia boleh disusun di dalam 10300 cara yang berbeza (ini adalah satu jumlah yang besar mengandungi angka 1 diikuti selepasnya oleh 300 sifar). Dalam semua kebarangkalian, hanya satu formasi yang dikehendaki oleh molekul protein. Selebihnya, adalah rantaian asid amino yang sama ada tidak berguna atau hanya akan membahayakan hidupan.
Dengan kata lain, kebarangkalian pembentukan sebuah molekul protein adalah "1 melebihi 10300". Kebarangkalian "1" ini untuk berlaku adalah mustahil (setiap perkiraan kebarangkalian yang lebih kecil daripada 1 melebihi 1050 dianggap sebagai kebarangkalian sifar)
Tambahan pula, sebuah molekul protein kepada 288 asid amino adalah lebih sederhana jika dibandingkan dengan beberapa molekul gergasi lain yang mengandungi beribu-ribu asid amino. Apabila kita mengkaji kebarangkalian molekul-molekul gergasi ini, kita akan mendapati perkataan "mustahil" adalah tidak memadai.
Apabila kita melangkah setapak lagi dalam skim pembangunan kehidupan ini, kita akan mendapati bahawa sebuah protein bersendiri tidak memberi apa-apa erti. Satu antara bakteria-bakteria terkecil yang pernah ditemui, Mycoplasma Hominis H39, mengandungi 600 jenis protein. Dalam keadaan ini, kita perlu kembali kepada perkiraan kebarangkalian yang telah kita lakukan di atas, iaitu untuk sebuah protein kepada 600 jenis protein-protein yang berbeza ini. Hasilnya tetap tidak memadai walau dengan kaedah yang paling mustahil sekali pun.
Mereka yang membaca kenyataan ini sekarang dan mereka yang menerima teori evolusi sebagai suatu penjelasan saintifik, mungkin mengesyaki jumlah-jumlah ini telah ditokok tambah dan tidak mencerminkan fakta-fakta yang sebenar. Ini tidak berlaku: semua fakta-fakta ini adalah tepat dan konkrit. Tidak seorang pun evolusionis mampu membantah jumlah-jumlah ini. Mereka menerima kemungkinan berlakunya formasi protein secara kebetulan, adalah seperti "seekor monyet menulis sejarah kemanusiaan di atas sebuah mesin taip tanpa melakukan sebarang kesalahan"93. Tetapi, mereka menolak penjelasan bahawa ia adalah suatu ciptaan. Dan mereka berterusan mempertahankan teori mustahil ini.
Kenyataan yang sama telah diakui oleh ramai evolusionis lain, seperti, Harold F. Blum, seorang saintis evolusionis yang masyhur. Beliau menyatakan bahawa, "formasi spontan satu saiz protein polipeptida (polypeptide - bentuk gabungan dua atau lebih asid amino) yang paling kecil pernah ditemui, didapati melampaui sebarang kemungkinan".94
Evolusionis mendakwa evolusi molekul memakan masa yang panjang dan jangka masa yang panjang ini menjadikan perkara yang mustahil, mungkin berlaku. Sedangkan, walau selama mana pun masa yang diberi, adalah mustahil bagi asid amino untuk membentuk protein secara kebetulan. William Stokes, seorang ahli geologi mengakui kenyataan ini di dalam bukunya bertajuk "Essential Earth History", beliau menulis: "Bahawa perubahan yang berlaku adalah terlalu sedikit sehinggakan protein ini tidak langsung berubah sejak berbilion-bilion tahun di atas berbilion-bilion planet, setiap satunya dilindungi oleh sebuah gerbang asid amino yang diperlukan".95
Jadi, apa ertinya semua ini? Perry Reeves, seorang profesor kimia menjawab soalan tersebut:
Apabila seseorang mengkaji beberapa jumlah struktur yang boleh terbentuk daripada sebuah kombinasi asid amino di dalam sebuah kolam purba kering, dia akan mendapati bahawa adalah sukar untuk mempercayai bahawa hidupan ini muncul dengan cara ini. Adalah lebih rasional kalau dikatakan bahawa seorang Pencipta Yang Maha Agung dengan perancangan utama-Nya telah menjalankan tanggungjawab ini.96
Kalaulah, kemungkinan pembentukan walau satu daripada protein-protein ini adalah mustahil, maka adalah berbilion-bilion kali ganda lebih mustahil untuk sejuta protein berkumpul secara kebetulan dan membentuk sebuah sel manusia yang lengkap. Sedangkan, sebuah protein tidak terbentuk dengan hanya selonggok protein. Sebuah sel juga memerlukan asid nuklid, karbohidrat, lipid, vitamin, dan banyak lagi bahan-bahan kimia seperti elektrolit yang tersusun di bahagian-bahagian yang tertentu, secara harmoni dan dibentuk di dalam jalinan struktur dan fungsi. Kedua-duanya berfungsi sebagai blok binaan atau molekul bersama di dalam organ-organ tertentu.
Robert Shapiro, seorang profesor kimia di Universiti New York dan juga seorang pakar DNA, telah membuat perkiraan kebarangkalian formasi secara kebetulan 200,000 jenis protein yang terdapat di dalam sebuah bakteria ringkas (terdapat 200,000 jenis protein yang berbeza di dalam sebuah sel manusia). Jumlah yang didapati ialah 1 melebihi 1040000.97 (ini adalah satu jumlah yang mengagumkan diperolehi dengan meletakkan 40,000 sifar selepas angka 1)
Seorang profesor matematik dan astronomi daripada Universiti Kolej (Cardiff, Wales), Chandra Wickramasinghe, membuat komentar berikut:
Kemungkinan formasi hidupan yang terbentuk secara spontan daripada benda tidak bernyawa, adalah 1 kepada satu nombor dengan 40,000 sifar selepasnya… dan ia sudah memadai untuk mengambus Darwin dan seluruh teori evolusinya. Tidak ada sup purba, sama ada di planet ini atau di mana-mana planet lain, dan sekiranya permulaan hidup ini tidak berkecamuk, maka pastinya ia adalah hasil daripada Kebijaksanaan yang bertujuan.98
Sir Fred Hoyle juga turut mengeluarkan komentarnya terhadap jumlah ini:
Sememangnya, teori ini (bahawa hidupan ini diciptakan oleh seorang yang bijaksana) adalah amat jelas (kebenarannya). Sehinggakan seseorang itu akan tertanya-tanya mengapa ia tidak diterima secara meluas sebagai suatu bukti. Sebabnya ialah kerana ia lebih bersifat psikologi daripada saintifik.99
Tujuan Hoyle menggunakan istilah "psikologi" adalah kerana keadaan para evolusionis itu sendiri yang tidak mahu menerima kenyataan bahawa hidup ini boleh diciptakan. Mereka ini telah meletakkan penolakan terhadap kewujudan Allah sebagai matlamat utama mereka. Maka, hanya kerana sebab ini mereka terus mempertahankan senario-senario yang tidak rasional ini, dalam keadaan mereka sendiri tahu bahawa ia adalah mustahil.
Protein adalah elemen terpenting di dalam hidupan. Ia bukan hanya bercantum untuk membentuk sel hidupan, tetapi juga memainkan peranan utama di dalam bahan kimia badan. Daripada sintesis protein kepada komunikasi hormon, adalah mustahil untuk melihat tindak balas protein. |
Sekarang mari kita kaji dengan lebih terperinci mengapa senario evolusi yang berkaitan dengan formasi protein ini adalah mustahil.
Rangkaian asid amino yang sesuai dan tepat tidak memadai untuk membentuk sebuah molekul protein. Di samping itu, setiap 20 jenis asid amino yang berbeza di dalam komposisi asid amino hendaklah kidal (left-handed). Terdapat dua jenis asid amino yang digelar "left-handed" (kiri) dan "right-handed" (kanan). Perbezaan di antara kedua-duanya ialah mirro-symmetry di antara ketiga-tiga dimensi mereka, seperti tangan kanan dan kiri manusia.
Asid amino daripada kedua-dua jenis ini boleh terikat antara satu sama lain dengan mudah. Tetapi, sebuah fakta yang amat memeranjatkan melalui beberapa pengkajian ialah, setiap protein di dalam tumbuhan dan haiwan, daripada organisma yang paling ringkas hingga yang paling kompleks, adalah terhasil daripada asid amino kiri! Malah, sekiranya asid amino kanan cuba menghampiri protein untuk bercantum dengannya, protein tersebut akan rosak dan tidak berguna lagi. Lebih menarik lagi, di dalam beberapa uji kaji yang dijalankan, bakteria yang diberikan dengan asid amino kanan dengan serta merta memusnahkan asid tersebut, dan di dalam beberapa kejadian, ia membentuk asid amino kiri daripada komponen-komponen yang pecah supaya ia dapat menggunakannya.
Buat seketika, mari kita anggarkan bahawa hidupan ini terbentuk secara kebetulan, sebagaimana yang didakwa oleh para evolusionis. Dalam keadaan ini, asid amino kanan dan kiri yang terbentuk secara kebetulan, secara semula jadinya akan didapati di dalam jumlah yang sekata. Oleh itu, setiap benda hidup pasti memiliki kedua-dua asid amino kanan dan kiri di dalam kandungannya, kerana secara kimianya adalah tidak mustahil untuk keduanya bercantum. Sedangkan, kenyataannya, protein-protein yang terdapat di dalam semua benda hidup terbentuk daripada asid amino kiri sahaja.
Persoalan bagaimana protein hanya mengambil asid amino kiri sahaja daripada semua asid-asid amino yang ada, dan bagaimana tidak sebuah pun asid amino kanan terlibat sama dalam proses pembentukan hidupan, telah menjadi satu konfrontasi kepada para evolusionis. Tidak mungkin bagi mereka untuk bergantung kepada satu pilihan yang tepat dan meyakinkan.
Lebih-lebih lagi, karakter-karakter protein yang menambahkan lagi kekeliruan perubahan tidak sengaja ini, telah membuntukan evulusionis. Untuk membentuk sebuah protein yang "berguna", adalah tidak memadai untuk asid-asid amino tersebut berada di dalam jumlah yang tertentu, pada rangkaian yang tepat, dan untuk bergabung dengan bentuk tiga dimensi asid amino kanan. Tambahan pula, semua asid amino ini hendaklah dipilih daripada asid kiri sahaja dan tidak sebuah pun asid amino kanan turut serta bersama. Sedangkan, tidak terdapat sebarang mekanisme pilihan untuk mengenal pasti bahawa terdapat sebuah asid amino kanan di dalam rangkaian tersebut dan memastikan bahawa ianya adalah satu kesilapan dan hendaklah disingkirkan daripada rantaian. Situasi ini sekali lagi telah memusnahkan kemungkinan ianya berlaku secara kebetulan.
Di dalam Ensiklopedia Sains Brittanica, yang secara terang-terang mempertahankan teori evolusi ini, telah dijelaskan bahawa, asid amino setiap organisma hidup di atas bumi ini dan blok binaan polimer yang kompleks seperti protein, mempunyai asimetri kiri yang sama. Ia seperti melambung sekeping syiling ke langit dan ia sentiasa mendapat kepala syiling. Di dalam ensiklopedia yang sama juga menyatakan, adalah mustahil untuk memahami kenapa molekul-molekul ini menjadi kiri dan kanan, dan pilihan ini bergantung kepada sumber hidupan yang terdapat di bumi.100
Sekiranya sekeping syiling yang dilambung ke langit sering mendapat kepala walau sejuta kali lambungan, maka apakah lebih logik untuk kita menerima teori kebetulan atau menerima bahawa adanya campur tangan secara sedar? Jawapannya adalah jelas. Bagaimana pun, dengan mengetepikan keterangan-keterangan berikut, evolusionis terus berselindung di sebalik teori kebetulan ini kerana mereka tidak mahu menerima kewujudan "campur tangan secara sedar" (bukan kebetulan).
Situasi serupa juga berlaku kepada asid-asid amino kiri yang wujud bersama nukleotid (nucleotide)*, unit DNA dan RNA yang paling kecil. Tidak seperti asid amino yang terdapat di dalam organisma-organisma hidup, ia hanya memilih nukleotid kanan sahaja. Ini adalah satu lagi situasi yang tidak dapat dijelaskan oleh kebetulan.
Sebagai rumusan, telah dibuktikan dengan jelas oleh kemungkinan-kemungkinan yang telah kita kaji setakat ini, bahawa sumber kehidupan tidak dapat dijelaskan oleh kebetulan. Sekiranya kita cuba mengira kebarangkalian sebuah protein bersaiz biasa yang tergubah daripada 400 asid amino yang hanya terpilih daripada asid kiri, kita akan mendapat satu kebarangkalian "1 melebihi 2400", iaitu 10120. Sebagai suatu perbandingan, perlu diingatkan bahawa jumlah elektron di cakerawala ini adalah dianggarkan pada angka 1079, jauh lebih kecil daripada jumlah tadi. Kemungkinan asid amino ini membentuk rangkaian yang dikehendaki dan formasi yang berfungsi, boleh menghasilkan jumlah yang lebih besar. Jika kita satukan kebarangkalian-kebarangkalian ini dan kita kembangkan subjek ini kepada formasi satu jumlah yang lebih besar dan jenis protein, maka perkiraan tersebut tidak akan dapat dibayangkan – mustahil.
The amino acid molecules that make up proteins must be linked to each other in a so-called “peptide bond”, which is only one of the many possible types of bonds found in nature. Otherwise, the resulting amino acid chains would be useless, and no proteins would be formed. |
Maklumat di atas masih belum dapat menamatkan kebuntuan evolusi. Adalah masih tidak memadai bagi asid amino untuk tersusun di dalam jumlah yang tepat, rangkaian yang betul, dan mempunyai struktur tiga dimensi. Formasi sebuah protein juga menghendaki molekul-molekul asid amino yang mempunyai lebih daripada satu "lengan" untuk bersambung antara satu sama lain dengan lengan tertentu. Seperti rangkainan yang digelar "peptide bond" (rangkaian peptide*). Asid amino dapat membuat rangkaian-rangkaian yang berbeza sesama sendiri; tetapi protein yang terbentuk daripadanya dan hanya asid-asid amino ini, yang dicantumkan oleh rangkaian-rangkaian peptide.
Satu perbandingan akan menjelaskan fakta ini: Katakan, semua bahagian-bahagian sebuah kereta telah sempurna dan di pasang dengan betul kecuali sebiji tayarnya telah dipasang tanpa menggunakan skru, tetapi hanya dengan dawai sahaja menyebabkan pusat tayarnya mengadap ke tanah. Adalah mustahil untuk kereta seperti ini dapat bergerak walau hanya satu meter, walau canggih mana teknologinya atau betapa kuat pun motornya.
Sepintas lalu, semuanya berada di dalam keadaan sempurna, tetapi hanya satu kesilapan pada sebiji tayar sahaja telah menyebabkan kereta tersebut tidak dapat digunakan. Begitu juga, di dalam molekul protein, penggabungan walau hanya sebuah asid amino dengan yang lain dalam satu rantaian selain daripada rantaian peptide akan menyebabkan seluruh molekul tidak berguna.
Kajian mendapati bahawa penggabungan asid amino dalam keadaan rawak berlaku untuk bergabung dengan satu rantaian peptide hanya pada kadar 50% dan yang selebihnya bergabung dengan rantaian-rantaian lain yang tidak terdapat di dalam protein. Untuk berfungsi dengan sempurna, setiap asid amino yang membentuk sebuah protein perlu disatukan hanya dengan satu rantaian peptide seperti mana ia hanya dipilih dari kalangan asid amino kiri sahaja.
Kebarangkalian ini adalah sama dengan kebarangkalian untuk setiap protein menjadi kidal. Iaitu, sekiranya kita menggunakan protein yang terhasil daripada 400 asid amino, kebarangkalian semua pergabungan asid amino di kalangan mereka dengan hanya rantaian peptide adalah melebihi 2399.
Since some people are unable to take a broad view of matters, but approach them from a superficial viewpoint and assume protein formation to be a simple chemical reaction, they may make unrealistic deductions such as "amino acids combine by way of reaction and then form proteins". However, accidental chemical reactions taking place in an inanimate structure can only lead to simple and primitive changes. The number of these is predetermined and limited. For a somewhat more complex chemical material, huge factories, chemical plants, and laboratories have to be involved. Medicines and many other chemical materials that we use in our daily life are made in just this way. Proteins have much more complex structures than these chemicals produced by industry. Therefore, it is impossible for proteins, each of which is a wonder of creation, in which every part takes its place in a fixed order, to originate as a result of haphazard chemical reactions.
Darwin was ignorant of DNA | |
In advancing his theory, Charles Darwin could not account for the variety of species. In any case, he would have not been unable to, being ignorant of DNA. Darwin knew neither genetics, nor biomathematics nor microbiology–branches of science that emerged only after Darwin's death. He made illusory deductions based on the limited means at his disposal and on visible similarities among living things. Since the above branches of science had not yet emerged, he had no opportunity to investigate the cell. The period in which the claims of the theory of evolution were put forward is therefore important in terms of our seeing the dimensions of the ignorance concerned. |
To summarize the subject of proteins;
• Around 100 special proteins are needed for a single protein to form.
• Protein cannot form if even one of these enzymes (proteins) required for protein synthesis is missing.
• It is not enough for these 100 enzymes to be present at the same time; they must all also be present in a special region inside the cell (a specific region inside the nucleus).
• DNA manufactures the enzymes necessary for protein to form. Proteins are also needed for DNA replication. There is no possibility of one appearing before the other. Both have to be present at the same time.
• A ribosome that serves as a factory for protein formation must also exist. But the ribosome is itself made up of proteins. Therefore, proteins are needed for ribosomes to exist, and ribosomes are needed for proteins.
• It is impossible for one to form before the other. Proteins, DNA, the ribosome, the cell nucleus, mitochondria that produce energy and all the other organelles in the cell must all exist at one and the same time.
• The enzymes essential for protein to form have to be sent to the region where manufacture will be carried out by the cell. Even if enzymes are present, so long as they are not given tasks to perform by the cell they will do nothing for that protein.
• There have to be a specific temperature and pH value in order for enzymes to be able to carry out reactions. Enzymes do not initiate reactions if they are not at the right temperature and pH level.
• Therefore, it is impossible for a protein to emerge so long as all the organelles of the cell do not co-exist together.
• Even if we place all the components necessary for protein in some muddy water, these components can never combine together to constitute proteins. The existence of the cell is a prerequisite for that to happen.
• Amino acids do not normally react with one another. Helper enzymes to carry out a reaction have to be ready and present inside the cell. But they do naturally enter into reactions with various substances, such as sugar. Therefore, even if all the requisite amino acids are placed into muddy water they can still never combine spontaneously with other amino acids. The cell is again essential for that to happen.
• Under natural conditions, even if a protein is left inside muddy water, that protein will immediately be broken down, under the effect of various environmental factors, or else will combine with other acids, amino acids or chemical substances and lose all its properties and turn into another substance that serves no purpose.
• In addition to all this, it will be useful to reiterate the essential conditions for a protein:
Let us for a minute put aside all the impossibilities we have described so far, and suppose that a useful protein molecule still evolved spontaneously "by accident". Even so, evolution again has no answers, because in order for this protein to survive, it would need to be isolated from its natural habitat and be protected under very special conditions. Otherwise, it would either disintegrate from exposure to natural conditions on earth, or else join with other acids, amino acids, or chemical compounds, thereby losing its particular properties and turning into a totally different and useless substance.
One Single Protein Refutes Evolution |
Evolution already collapses at the very initial stage of life.What really obliterates Darwinism, before fossils, paleontology, microbiology, genetics and the complexity in living things, is a single protein. That is because the probability of a single protein forming by chance is simply "zero." The main reason for this is the need for other proteins to be present if one protein is to form, and this completely eradicates the possibility of chance formation. This fact by itself is sufficient to eliminate the evolutionist claim of chance right from the outset. To summarize,
The fact that Darwinists are unable to account for a single protein completely eliminates the theory of evolution. After that, all false accounts manufactured about evolution are invalid right from the outset. One important feature of Darwinist demagoguery is that Darwinists always tended to reduce the question of the origin of life to the very simple despite all the complexity of life, by portraying everything within it as very simple. They ignorantly say, “the cell emerged from muddy water” and “DNA spontaneously began replicating itself.” Not only do people now know that a single protein is far too complex ever to come into being spontaneously, they are also aware that neither a protein, DNA, RNA or any other minute component of the cell will serve any purpose in the absence of the cell as a whole. While they cannot explain just a single protein, a complete cell with its extreme complexity is really a great nightmare for Darwinists. The complexity of the cell, which is far greater and dazzling than that of great metropolises, cannot be explained as the work of mere coincidences. Neither a single cell nor a single protein can form by chance. |
Seperti yang dapat kita lihat di bawah ini, kebarangkalian sebuah molekul yang terbentuk daripada 500 asid amino ialah "1" melebihi satu jumlah yang terbentuk dengan menempatkan 950 sifar selepas angka satu, ia merupakan satu jumlah yang tidak komprehensif pada logik akal. Tetapi ia hanyalah kebarangkalian di atas kertas. Sedangkan, secara praktikal, suatu kebarangkalian tidak akan mempunyai peluang untuk direalisasikan. Pada kiraan matematik, suatu kebarangkalian yang lebih kecil daripada 1 melebihi 1050 mempunyai peluang sifar untuk direalisasikan.
Kebarangkalian "1 melebihi 10950" adalah melampaui had-had yang sepatutnya.
Sementara ketidakmungkinan sebuah molekul protein yang terhasil daripada 500 asid amino mencapai satu peningkatan, kita boleh terus mendesak had-had ini dengan peringkat ketidakmungkinan yang tinggi. Di dalam molekul hemoglobin (haemoglobin)*, yang merupakan sebuah protein penting, terdapat 574 asid amino, yang lebih daripada asid-asid amino yang diperlukan untuk menghasilkan protein di atas. Sekarang perhatikan ini: di dalam hanya sebuah sel darah merah daripada berbilion-bilion sel darah merah di dalam badan kita, terdapat "280,000,000" (280 juta) molekul hemoglobin.
Usia jangkaan bumi ini tidak mencukupi untuk menerima formasi ini walau hanya dari sebuah protein disebabkan oleh sebuah metode "percubaan dan kesilapan" (trail and error), apatah lagi sebuah sel darah merah. Walau dengan kita beranggapan bahawa asid amino ini telah tercantum dan terbentuk oleh sebuah metode trail and error tanpa kehilangan sebarang masa semenjak formasi bumi ini mula membentuk sebuah molekul protein, tetapi masa yang dikehendaki masih terlalu panjang daripada usia bumi sekarang untuk mencapai kebarangkalian 1 melebihi 10950.
Konklusi yang dapat dirumuskan daripada semua ini ialah, evolusi telah gagal sama sekali walau hanya pada peringkat pembentukan sebuah protein.
Akhirnya, kita membuat kesimpulan paling penting di dalam asas perkiraan kebarangkalian secara logik, yang telah kita datangkan beberapa contoh di atas. Kita menetapkan bahawa pengiraan kebarangkalian yang telah dibuat di atas telah mencapai satu had yang terlalu besar dan kebarangkalian yang besar ini adalah mustahil boleh berlaku. Bagaimana pun, ini adalah aspek paling penting dan membingungkan evolusionis. Iaitu di bawah keadaan semula jadi, kebarangkalian-kebarangkalian ini tidak dapat memulakan sebarang cubaan langsung, kerana tidak terdapat sebarang mekanisme trial and error di alam semula jadi yang boleh membantu penghasilan protein.
Pengiraan yang telah kita tandai di atas untuk menunjukkan kebarangkalian pembentukan sebuah molekul protein dengan 500 asid amino, adalah sah hanya untuk idea trail and error yang sememangnya tidak pernah wujud di alam nyata. Iaitu, kebarangkalian untuk mendapatkan sebuah protein yang berguna ialah "1" melebihi 10950, sekiranya kita beranggapan wujudnya mekanisme khayalan di mana sebatang tangan ghaib menyertai asid-asid amino dan kemudian mendapati ianya tidak tepat dan lantas merungkaikannya satu persatu dan menyusun semula di dalam susunan yang berbeza untuk kali yang kedua, dan seterusnya. Di dalam setiap percubaan, asid-asid amino sepatutnya dirungkaikan satu demi satu dan disusun semula di dalam susunan baru, sintesisnya seharusnya terhenti selepas asid amino ke-500 telah ditambah dan perlu dipastikan juga tidak terdapat sebarang asid amino tambahan terlibat sama. Percubaan ini sepatutnya akan berhenti untuk memastikan sama ada protein telah terbentuk atau tidak, dan sekiranya berlaku kesilapan, semuanya akan dilarutkan dan diuji di dalam rangkaian lain.
Sebagai tambahan, di dalam setiap percubaan, tidak hanya satu bahan terlibat. Adalah penting untuk rantaian yang terbentuk ketika percubaan tidak terpisah dan musnah sebelum mencapai ikatannya yang ke-499. Keadaan ini menunjukkan bahawa kebarangkalian-kebarangkalian yang kita sebutkan di atas hanya boleh berlaku di dalam persekitaran yang terkawal, di mana terdapatnya mekanisme terancang mengarah permulaan, penamat dan sebarang peringkat proses tersebut, dan di mana hanya "pemilihan asid amino" sahaja yang tinggal untuk berubah. Dengan itu, adalah mustahil bagi sebuah persekitaran untuk wujud di bawah keadaan semula jadi. Oleh itu, pembentukan sebuah protein secara semula jadi secara teknikal dan logiknya adalah mustahil, tanpa menghiraukan aspek-aspek "kemungkinan". Sebenarnya, untuk memperkatakan kemungkinan-kemungkinan sebuah kejadian adalah tidak saintifik.
Sebahagian evolusionis tidak menerima ini semua. Memandangkan mereka beranggapan bahawa pembentukan protein adalah suatu proses reaksi kimia yang ringkas, mereka membuat penolakan yang melucukan (dan mustahil) seolah-olah, "asid-asid amino bercantum dengan cara reaksi (kimia) dan kemudian membentuk protein". Bagaimanapun, suatu reaksi kimia yang berlaku secara kebetulan di dalam sebuah struktur bukan organik hanya akan menyebabkan perubahan yang ringkas dan primitif (sederhana). Jumlahnya pula adalah kurang dan terhad. Bagi bahan kimia yang lebih kompleks pula, kilang-kilang besar, logi-logi kimia, dan makmal-makmal perlu dilibatkan. Ubat-ubatan dan banyak lagi bahan-bahan kimia yang kita gunakan seharian adalah dari jenis yang sama. Protein mempunyai struktur yang lebih kompleks daripada bahan-bahan kimia yang dikeluarkan oleh kilang-kilang ini. Oleh itu, adalah mustahil bagi protein untuk terbentuk sebagai suatu hasil reaksi kimia yang sebarangan.
Mari kita ketepikan sebentar semua ketidakmungkinan yang telah kita terangkan sebelum ini, dan katakan sebuah molekul protein boleh terhasil secara spontan "oleh proses kebetulan". Tetapi, pada peringkat ini, evolusionis masih tidak dapat menjawab, kerana dalam usaha protein ini mempertahankan kedudukannya, ia perlu diasingkan daripada penempatan semula jadi yang ia berada di dalamnya, dan dilindungi di bawah sebuah keadaan khas. Jika sebaliknya, maka protein ini mungkin, sama ada ia akan hancur kerana terdedah kepada keadaan alam semula jadi bumi atau ia akan menyertai asid-asid lain, asid amino, atau sebatian-sebatian kimia, hilang segala ciri-cirinya dan berubah menjadi bahan yang sepenuhnya berbeza dan tidak berguna.
Persoalan "bagaimana hidupan ini pertama kali muncul" telah menjadi satu kebuntuan kritikal kepada evolusionis sehinggakan mereka cuba untuk tidak menyentuh subjek ini. Mereka cuba mengesampingkan persoalan ini dengan menyatakan "makhluk pertama yang muncul terhasil daripada kejadian-kejadian di dalam air". Mereka berada pada sekatan yang mereka sendiri tidak mampu untuk melepasinya. Tanpa mengira perbalahan paleontologi evolusi, di dalam subjek ini mereka tidak mempunyai sebarang fosil yang boleh diselewengkan dan disalahtafsirkan seperti yang mereka inginkan bagi menyokong dakwaan mereka. Maka jelaslah bahawa teori evolusi telah pun tersanggah sejak awal dahulu lagi.
Terdapat satu maklumat penting yang perlu diperhatikan di sini: Sekiranya satu di antara langkah-langkah dalam proses evolusi ini telah terbukti mustahil, maka ia juga menunjukkan seluruh teori ini adalah salah dan tidak sah. Contohnya, dengan membuktikan bahawa formasi sebarang protein adalah mustahil, maka dakwaan-dakwaan lain berkaitan dengan langkah-langkah evolusi yang berikutnya juga tersanggah dengan sendirinya. Selepas peringkat ini, adalah tidak bererti untuk mengambil tengkorak-tengkorak manusia dan beruk dan membuat spekulasi tentangnya.
Bagaimana organisma-organisma hidup muncul daripada benda-benda bukan organik telah menjadi persoalan yang para evolusionis sendiri tidak mahu membangkitkannya untuk sekian lama. Bagaimanapun persoalan ini, yang sering kali dielakkan, telah membesar menjadi suatu masalah yang tidak dapat dielakkan dan perlu diselesaikan melalui suatu siri kajian pada suku kedua abad ke-20.
Persoalan utamanya ialah: Bagaimana sel hidupan pertama boleh muncul di dalam atmosfera bumi purba? Dengan kata lain, penjelasan apakah yang boleh didatangkan oleh para evolusionis untuk menyelesaikan masalah tersebut ini?
Jawapan kepada persoalan tersebut telah dicari melalui eksperimen-eksperimen. Para saintis dan penyelidik evolusionis telah menjalankan penyelidikan makmal khusus untuk menjawab soalan-soalan tersebut, tetapi tidak banyak yang membuahkan hasil. Kajian yang paling dikagumi terhadap asal hidupan ialah sebuah kajian yang dinamakan Eksperimen Miller yang dikendalikan oleh penyelidik saintis Amerika, Stanley Miller dalam tahun 1953. (Eksperimen tersebut juga dikenali sebagai "Eksperimen Urey-Miller" kerana sumbangan pendidik Miller di Universiti Chicago, Harold Urey.)
Eksperimen ini merupakan satu-satunya "bukti" untuk membuktikan "tesis molekul evolusi" yang dimajukan untuk menandai peringkat pertama jangka masa evolusi. Walaupun, masa telah berlalu selama hampir setengah abad, dan pencapaian kemajuan teknologi telah kian meningkat, tetapi tidak seorang pun telah mengambil langkah susulan. Tanpa sebarang sekatan, eksperimen Miller ini masih terus diajarkan di dalam buku-buku kursus sebagai penjelasan evolusion kepada generasi terawal benda hidup. Menyedari akan kenyataan bahawa kajian-kajian seperti itu tidak akan menyokong mereka, malah hanya akan menyanggah tesis mereka, oleh itu, evolusionis telah cuba menghindar daripada memulakan eksperimen-eksperimen seperti ini.
Matlamat Stanley Miller ialah untuk mengemukakan sebuah penemuan bereksperimen yang menunjukkan asid amino, blok pembentukan protein, boleh wujud "secara kebetulan" di atas muka bumi yang tidak berpenghuni berbilion-bilion tahun dahulu.
Di dalam eksperimen tersebut, beliau telah menggunakan campuran gas yang didakwa pernah wujud di atas permukaan bumi purba (tetapi kemudian telah dibuktikan sebagai tidak realistik), gabungan ammonia, metana, hidrogen, dan wap air. Memandangkan gas-gas ini tidak dapat bertindak balas di dalam keadaan semula jadi, beliau telah memasukkan tenaga rangsangan ke dalam keadaan sekeliling (milieu) untuk memulakan tindak balas di antara mereka. Dengan beranggapan bahawa tenaga ini mungkin terhasil daripada cahaya kilat di dalam atmosfera purba, maka dia telah menggunakan sumber cas elektrik tiruan untuk melengkapkannya.
Miller telah memanaskan gas campuran ini pada suhu 100ºC selama seminggu, dan sebagai tambahan beliau mengalirkan arus elektrik. Pada penghujung minggu tersebut, Miller menganalisis bentuk kimia pada bahagian bawah kendi dan mendapati tiga daripada 20 asid amino, yang menjadi elemen asas protein, telah terhasil dengan cara sintesis.
Eksperimen tersebut telah membangkitkan kegembiraan yang bukan kepalang di kalangan para evolusionis dan telah dipromosikan sebagai suatu kejayaan yang tiada tandingan. Tambahan pula, di sebuah negara yang dimabukkan oleh kelunakan, beberapa pencetakan mengeluarkan tajuk muka depan seperti "Miller mencipta hidupan". Bagaimana pun, molekul-molekul yang telah diaturkan oleh Miller untuk disintesiskan sebenarnya hanyalah beberapa molekul bukan organik (tidak hidup).
Terangsang oleh eksperimen ini, para evolusionis segera menghasilkan senario-senario baru. Peringkat-peringkat asid amino seterusnya segera dihipotesisikan (andaikan). Dengan mengandaikan asid amino telah pun bercantum di dalam rantaian oleh kebetulan untuk membentuk protein. Sebahagian daripada perubahan ini, membentuk protein yang menempatkan diri mereka ke dalam membran sel, seperti struktur-struktur yang secara tiba-tiba muncul dan membentuk sebuah sel yang primitif. Sel-sel ini tercantum tepat pada masanya dan membentuk organisma-organisma hidup. Tetapi, eksperimen Miller tidak lebih daripada rekaan dan kemudiannya telah dibuktikan salah di dalam berbagai aspek.
Sumber-Sumber Evolusi Terkini Menyanggah Eksperimen Miller |
Hari ini, eksperimen Miller telah menjadi satu subjek yang telah ditolak sepenuhnya termasuklah oleh para saintis evolusionis sendiri. Di dalam isu Februari 1998 sebuah majalah evolusionis yang terkenal, Earth, kenyataan berikut telah dikeluarkan di dalam sebuah artikel bertajuk "Life's Crucible": Pakar-pakar geologi kini berpendapat atmosfera bumi purba mengandungi karbon dioksida dan nitrogen, iaitu gas-gas yang kurang tindakbalasnya daripada yang digunakan di dalam eksperimen 1953. Dan seandainya atmosfera rekaan Miller wujud, bagaimana kamu boleh menjadikan molekul-molekul ringkas seperti asid amino untuk melalui perubahan kimia yang diperlukan untuk mengubah mereka menjadi sebatian atau polimer yang lebih sempurna, seperti protein? Miller sendiri tidak dapat menyelesaikan masalah ini. "Ia adalah suatu masalah", Beliau mengeluh dengan geram. "Bagaimana kamu hendak membuat polimer? Ianya tidak mudah."1 Seperti yang dapat dilihat, Miller sendiri mengakui kini, bahawa eksperimen beliau tidak menghasilkan kesimpulan yang baik dalam menjelaskan asal usul kehidupan. Kenyataan kononnya para saintis evolusionis bersungguh-sungguh menerima eksperimen ini hanya akan membuktikan kekeliruan evolusi, dan putus asa penganjurnya. Pada Mac 1998, isu majalah National Geographic, di dalam sebuah artikel bertajuk "The Emergence of Life on Earth", kenyataan berikut telah disebutkan di dalam artikel ini: Ramai saintis kini mengesyaki bahawa atmosfera awal bumi adalah berbeza daripada apa yang telah dijangkakan oleh Miller pada mulanya. Mereka meramalkan ia mengandungi karbon dioksida dan nitrogen, bukannya hidrogen, metana, dan ammonia. Ia adalah berita buruk kepada pakar-pakar kimia. Apabila mereka cuba mencetuskan karbon dioksida dan nitrogen, mereka memperolehi sejumlah molekul organik yang tidak berguna seumpama melarutkan setitis warna makanan ke dalam air kolam renang. Para saintis tidak dapat menerima bahawa hidupan ini terbentuk daripada sup cair seperti itu.2 Secara ringkasnya, dapat disimpulkan, sama ada eksperimen Miller, ataupun ujian saintis-saintis lain, telah menjawab persoalan bagaimana hidupan terbentuk di bumi. Semua kajian yang telah dilakukan menunjukkan adalah mustahil bagi hidupan untuk lahir secara kebetulan dan ini membuktikan hidup ini telah diciptakan.
|
1. Earth, "Life's Crucible", February 1998, p.34 2. National Geographic, "The Rise of Life on Earth", March 1998, p.68 |
Tujuan eksperimen ini adalah untuk membuktikan bahawa asid-asid amino boleh terbentuk dengan sendirinya di bawah keadaan bumi purba tetapi ia telah menjadi tidak sejajar di dalam beberapa perkara:
1. Dengan menggunakan mekanisme yang dikenali sebagai "cold trap" (perangkap sejuk), Miller telah mengasingkan asid-asid amino ini daripada persekitarannya sebaik sahaja ia terbentuk. Sekiranya beliau tidak melakukannya, tekanan persekitaran tersebut akan segera memusnahkan molekul-molekul ini.
Tidak syak lagi, mekanisme pengasingan secara sengaja ini tidak pernah wujud di bawah tekanan bumi purba. Tanpa mekanisme ini, walaupun terdapat sebuah asid amino, ia akan segera dimusnahkan. Seorang ahli kimia Richard Bliss, menerangkan jangkaan ini seperti berikut: "Sememangnya, tanpa perangkap sejuk ini, hasil kimia tersebut telah dimusnahkan oleh sumber elektrik".101
Sememangnya Miller, di dalam eksperimen tersebut, tidak akan dapat membentuk walau sebuah asid amino dengan menggunakan bahan-bahan yang sama tanpa mekanisme perangkap sejuk.
2. Persekitaran atmosfera purba yang Miller cuba wujudkan di dalam eksperimennya adalah tidak realistik. Pada tahun 1980-an, para saintis bersetuju terhadap pandangan bahawa nitrogen dan karbon dioksida sepatutnya telah wujud di dalam persekitaran tiruan ini menggantikan gas metana dan ammonia. Setelah beberapa lama mendiamkan diri, Miller sendiri akhirnya mengakui persekitaran atmosfera yang digunakan di dalam eksperimennya adalah tidak realistik.102
Jadi mengapa Miller tetap menggunakan gas-gas ini? Jawapannya adalah mudah: kerana tanpa ammonia, adalah mustahil untuk mensintesiskan asid amino. Kevin Mc Kean menyebut perkara ini di dalam artikelnya yang dimuatkan di dalam majalah Discover:
Miller dan Urey meniru atmosfera bumi purba dengan campuran gas metana dan karbon ammonia. Menurut mereka, bumi waktu itu adalah serumpun sebatian logam, besi dan ais. Tetapi melalui kajian terbaru, telah difahami bahawa bumi pada waktu itu amat panas dan ia tergubah daripada nikel dan besi yang telah cair. Oleh itu, atmosfera kimia pada masa itu sebahagian besarnya terbentuk daripada nitrogen (N2), karbon dioksida (CO2), dan wap air (H2O). Bagaimanapun, semuanya ini tidak berguna seperti mana gas metana dan ammonia untuk membentuk molekul-molekul organik.103
Dua orang saintis Amerika J.P. Ferris dan C.T Chen telah mengulangi eksperimen Miller ini di bawah suatu persekitaran atmosfera yang mengandungi karbon dioksida, hidrogen, nitrogen, dan wap air, dan mereka gagal untuk menghasilkan walau hanya satu molekul asid amino.104
3. Fakta lain yang membatalkan eksperimen Miller ialah kerana terdapatnya oksigen yang mencukupi untuk memusnahkan semua asid amino di atmosfera pada masa ia dijangkakan terbentuk. Fakta ini, yang telah diabaikan oleh Miller, telah didedahkan melalui kesan pengoksidaan besi dan uranium yang ditemui di dalam batu-batu yang dianggarkan berusia 3.5 bilion tahun dahulu.105
Terdapat juga penemuan lain yang menunjukkan bahawa kandungan oksigen pada peringkat tersebut adalah lebih tinggi daripada apa yang didakwa oleh evolusionis. Kajian juga telah mendapati bahawa kadar kesan radiasi ultraungu terhadap bumi adalah sepuluh ribu kali ganda daripada apa yang dijangkakan oleh evolusionis. Kesan radiasi ultraungu ini tidak dapat dinafikan telah membebaskan oksigen dengan meleraikan wap air dan karbon dioksida ke atmosfera.
Situasi ini telah menafikan eksperimen Miller, yang telah mengabaikan oksigen sama sekali. Sekiranya oksigen digunakan di dalam eksperimen tersebut, metana pastinya telah dileraikan menjadi karbon dioksida dan air, dan ammonia akan dileraikan menjadi nitrogen dan air. Dari segi lain, di dalam atmosfera yang tidak mempunyai oksigen maka lapisan ozon juga tidak wujud. Oleh itu, asid-asid amino tersebut akan dimusnahkan serta merta kerana terdedah kepada cahaya ultraungu yang kuat tanpa ada perlindungan daripada lapisan ozon. Dengan kata lain, berserta atau tanpa oksigen di dalam bumi purba, hasilnya ialah ia telah menjadi sebuah persekitaran yang boleh memusnahkan asid amino.
4. Pada penghujung eksperimen Miller, banyak asid amino telah terbentuk dengan kriteria-kriteria yang membahayakan kepada struktur dan fungsi benda hidup. Sekiranya asid-asid amino tersebut tidak diasingkan dan dibiarkan di dalam persekitaran yang sama dengan bahan-bahan kimianya, kemusnahan atau perubahan mereka kepada sebatian yang berbagai-bagai melalui reaksi kimia tidak akan dapat dielakkan lagi.
Tambahan pula, sejumlah besar asid amino kanan telah terbentuk pada akhir eksperimen tersebut.106 Kewujudan asid-asid amino ini menggagalkan teori ini kerana asid amino kanan tidak dapat berfungsi di dalam komposisi organisma-organisma hidup. Kesimpulannya, keadaan-keadaan yang membentuk asid amino di dalam eksperimen ini adalah tidak sesuai untuk hidupan. Sebenarnya, perantaraan ini telah membentuk campuran asid yang menghancurkan dan mengoksidakan molekul-molekul berguna yang terhasil.
Terdapat satu kenyataan konkrit yang dapat diperolehi daripada fakta-fakta ini, iaitu: Eksperimen Miller ini tidak boleh didakwa sebagai bukti bahawa hidupan boleh terbentuk secara kebetulan di bawah keadaan bumi purba. Keseluruhan eksperimen ini tidak lebih daripada sebuah ujian makmal yang terkawal untuk mensintesiskan asid amino. Jumlah dan jenis-jenis gas yang digunakan di dalam eksperimen ini telah diaturkan untuk membolehkan asid amino ini terbentuk. Jumlah tenaga yang dibekalkan kepada sistem tersebut sama ada terlalu banyak atau terlampau kurang telah diaturkan dengan baik untuk membolehkan beberapa reaksi berlaku. Peralatan eksperimen ini juga telah diasingkan untuk menghalang sebarang kecacatan, kemusnahan atau elemen-elemen lain, bagi menyekat formasi asid-asid amino ini, yang sepatutnya berada di dalam persekitaran atmosfera bumi purba. Tiada sebarang elemen, mineral dan sebatian yang terdapat pada atmosfera bumi purba yang boleh mengubah tindak balas yang tidak diingini, dimasukkan ke dalam eksperimen ini. Oksigen, yang boleh menyekat formasi asid-asid amino ini disebabkan oleh pengoksidaannya, hanyalah salah satu elemen pemusnahnya. Malah, walaupun di bawah keadaan makmal yang stabil, adalah mustahil untuk asid-asid amino yang terbentuk ini untuk terus hidup dan menghalangnya daripada musnah tanpa mekanisme "perangkap sejuk".
Kenyataannya, melalui eksperimen ini evolusionis telah menyanggah teori mereka sendiri, kerana eksperimen ini menunjukkan kepada kita bahawa asid amino hanya boleh dibentuk di dalam persekitaran makmal yang terkawal sahaja yang segalanya telah direka dengan perancangan rapi. Jelaslah, kuasa yang membangkitkan hidupan ini bukannya suatu kebetulan tetapi suatu ciptaan terancang.
Sebab utama mengapa para evolusionis ini tidak mahu mengakui realiti ini ialah kerana kesetiaan prejudis mereka yang tuli, yang sememangnya tidak saintifik. Lebih menarik lagi, Harold Urey yang mengendalikan eksperimen Miller ini bersama muridnya Stanley Miller, telah membuat pengakuan berikut:
Setiap seorang daripada kami yang mengkaji asal kehidupan mendapati bahawa semakin dalam kami mengkajinya, makin kuat kami rasakan bahawa adalah terlalu kompleks untuk ia terbentuk. Kami semua percaya sebagai ikatan keimanan bahawa hidup ini terbentuk daripada benda mati di atas planet ini. Tetapi ianya terlampau kompleks, amat sukar bagi kami untuk membayangkan apa yang telah berlaku.107
Walaupun semua ketidakjajaran ini telah dibentangkan di atas, tetapi para evolusionis masih merujuk kepada eksperimen Miller ini untuk menjawab persoalan bagaimana asid amino terbentuk dengan sendirinya di bawa atmosfera bumi purba. Sehingga ke hari ini, mereka terus memperdayakan masyarakat dengan beranggapan seolah-olah persoalan tersebut telah diselesaikan oleh eksperimen yang mengelirukan ini.
Bagaimana pun, untuk menjelaskan peringkat kedua asal hidupan bagi pembentukan asid amino iaitu "protein", yang menjadi blok binaan hidupan melalui penggabungan beratus-ratus asid-asid amino yang berbagai di dalam aturan yang tepat, para evolusionis menghadapi masalah paling sukar yang tidak dapat dielakkan.
Mendakwa bahawa protein terbentuk secara kebetulan di bawah keadaan semula jadi adalah lebih tidak realistik dan tidak rasional daripada mendakwa asid amino terbentuk secara kebetulan. Di dalam helaian-helaian lepas kita telah mengkaji kebarangkalian-kebarangkalian penggabungan asid-asid amino di dalam rantaian-rantaian yang selaras untuk membentuk protein. Sekarang, kita akan mengkaji ketidakmungkinan protein boleh diproses secara kimia di bawah keadaan bumi purba.
One of the evolutionists’ gravest deceptions is the way they imagine that life could have emerged spontaneously on what they refer to as the primitive Earth, represented in the picture above. They tried to prove these claims with such studies as the Miller experiment. Yet they again suffered defeat in the face of the scientific facts: The results obtained in the 1970s proved that the atmosphere on what they describe as the primitive Earth was totally unsuited to life. |
Apabila bercantum untuk membentuk protein, asid-asid amino membentuk satu ikatan khas di antara mereka yang dikenali dengan "peptide bond" (ikatan peptide). Sebuah molekul air dilepaskan sewaktu pembentukan ikatan peptide ini.
Kenyataan ini dengan sendirinya membatalkan penjelasan evolusi bahawa hidupan purba terbentuk di dalam air, kerana mengikut prinsip "La Châtelier" dalam ilmu kimia, adalah mustahil untuk satu tindak balas yang melepaskan air (tindak balas pencairan) untuk mengambil tempat di dalam sebuah persekitaran hidrat (sebatian kimia dalam air). Pelepasan suatu tindakbalas seperti ini di dalam persekitaran hidrat dikira sebagai "mempunyai peluang nipis untuk berlaku", di antara semua tindakbalas-tindakbalas kimia lain.
Sementara lautan, yang didakwa sebagai tempat permulaan hidupan dan pembentukan asid-asid amino, sememangnya tidak sesuai untuk asid amino membentuk protein. Dari segi lain, adalah tidak waras untuk evolusionis menukar pendapat mereka bahawa hidupan terbentuk di darat, kerana satu-satunya persekitaran yang boleh melindungi asid-asid amino ini daripada radiasi ultraungu ialah laut dan lautan. Di darat, ia akan musnah disebabkan oleh pancaran ultraungu. Prinsip La Châtelier telah menyanggah dakwaan pembentukan hidupan berlaku di dalam laut. Ini adalah satu lagi dilema yang dihadapi oleh evolusi.
Di dalam eksperimennya, Fox telah menghasilkan satu bahan yang digelar sebagai "proteinoid". Proteinoid adalah sebuah kombinasi asid-asid amino yang tergubah secara rawak. Tidak seperti protein benda hidup yang lain, ia adalah bahan kimia tidak berguna dan tidak berfungsi. Ini adalah gambaran butir-butir proteinoid yang dilihat melalui teleskop elektronik. |
Tercabar oleh dilema di atas, evolusionis telah mula mereka senario tidak logik untuk menghadapi "masalah air" yang bercanggah dengan teori mereka. Sydney Fox, merupakan seorang penyelidik yang paling tersohor di kalangan penyelidik-penyelidik lain. Fox telah memajukan teori berikut untuk menyelesaikan masalah ini. Menurut beliau, asid amino yang pertama pasti telah dibawa ke tebing berhampiran sebuah gunung berapi sebaik sahaja ia terbentuk di bawah lautan purba. Air, yang terkandung di dalam campuran ini termasuk juga asid-asid amino yang terdapat di tebing-tebing, pasti telah tersejat apabila suhu meningkat ke paras mendidih. Seterusnya, asid-asid amino yang telah "kering" akan bergabung untuk membentuk protein-protein.
Walau bagaimana pun, cara yang rumit ini tidak diiktiraf oleh ramai orang, kerana asid amino tidak dapat berhadapan dengan suhu yang tinggi seperti itu. Kajian mendapati asid amino tersebut akan segera musnah pada suhu yang tinggi.
Tetapi Fox tidak berputus asa. Beliau telah menggabungkan asid amino bersih di dalam makmal "di bawah keadaan yang paling istimewa" dengan memanaskannya di dalam persekitaran yang kering. Asid-asid amino telah tercantum tetapi masih tidak ada protein yang terhasil. Sebenarnya, apa yang diperolehinya adalah gelung-gelung asid amino yang ringkas dan tidak tersusun yang tercantum antara satu sama lain secara rambang. Tambahan pula, sekiranya Fox membiarkan asid-asid amino tersebut di dalam suhu yang seimbang, maka gelung-gelung tidak berguna tersebut juga akan musnah.108
Satu lagi sebab yang membatalkan eksperimen Fox ialah beliau tidak menggunakan bahan yang dihasilkan oleh eksperimen Miller tetapi menggunakan asid amino tulen dari organisma hidup. Bagaimana pun, eksperimen ini yang dianggap sebagai sambungan kepada eksperimen Miller, sepatutnya dirancangkan daripada hasil yang diperolehi oleh eksperimen Miller. Tetapi, Fox atau penyelidik-penyelidik lain tidak menggunakan asid amino yang dihasilkan oleh Miller.109
Eksperimen Fox tidak diterima secara positif walaupun di kalangan evolusionis kerana telah jelas bahawa rantaian asid amino (proteinoids) yang dihasilkannya tidak dapat dibentuk di bawah keadaan semula jadi. Tambahan pula, protein, yang menjadi asas unit hidup, masih tidak dapat dihasilkan. Masalah asal protein masih tidak dapat diatasi. Di dalam sebuah artikel yang disiarkan di dalam sebuah majalah sains yang terkenal pada tahun 1970-an, Chemical Engineering News, eksperimen Fox telah dijelaskan seperti berikut:
Sydney Fox dan beberapa penyelidik lain cuba menyatukan asid-asid amino dalam bentuk proteinoid (rantaian asid amino) dengan menggunakan teknik pemanasan khas di bawah satu keadaan yang sebenarnya tidak terdapat langsung pada peringkat bumi purba. Dan juga, tidak sama dengan protein biasa yang terdapat di dalam benda-benda hidup. Ia tidak lebih daripada hampas sahaja. Telah dibuktikan bahawa sekiranya molekul-molekul ini terbentuk pada awal usia bumi, ia pasti akan dimusnahkan.110
Inanimate Matter can not Generate Life |
Sejumlah eksperimen evolusionis seperti eksperimen Miller dan Fox telah dijalankan untuk membuktikan dakwaan bahawa benda mati boleh membina dirinya sendiri dan membentuk benda hidup yang kompleks. Ini adalah sebuah keyakinan yang tidak saintifik: setiap pemerhatian dan eksperimen telah membuktikan bahawa benda-benda ini tidak mempunyai keupayaan yang sedemikian. Seorang ahli astronomi dan matematik English, Sir Frederick Hoyle mencatatkan bahawa benda-benda ini tidak dapat membentuk hidupan dengan sendirinya, tanpa campur tangan yang cermat: Jika terdapat satu prinsip asas benda yang menghidupkan sistem organik, kewujudannya akan dapat dibuktikan dengan mudah di dalam makmal. Seseorang boleh mengambil sebuah tab renang untuk menjelaskan sup purba ini. Campurkan sahaja apa-apa bahan kimia bukan biologi yang kamu inginkan, dan pancarkan apa sahaja jenis radiasi yang kamu mahu. Biarkan eksperimen tersebut selama beberapa tahun dan lihatlah berapa banyak daripada 2,000 enzim (protein-protein yang dihasilkan oleh benda hidup) yang telah muncul di dalam tab tersebut. Saya akan memberikan jawapannya, supaya ianya dapat menjimatkan masa, masalah dan belanja untuk melakukan eksperimen ini. Kamu tidak akan dapat menghasilkan suatu apa pun, melainkan mungkin lapisan lumpur tebal yang terhasil daripada asid amino dan bahan-bahan organik kimia ringkas lain.1 Seorang ahli biologi evolusionis, Andrew Scott mengakui kenyataan yang serupa: Ambilkan beberapa bahan dan panaskan ia serta kacau dan tunggu. Itulah versi moden Genesis (asal usul). Asas tenaga graviti, elektro magnetik dan tenaga nuklear yang kuat dan lemah, dianggarkan akan melakukan kerja-kerja yang lain tetapi setakat mana kisah ini dapat dibuktikan dengan tepat, dan berapa banyak baki spekulasi yang boleh diharap? Kenyataannya, mekanisme hampir setiap langkah utama, daripada peningkatan kimia hingga membawa ke sel-sel yang pertama dikenal pasti, adalah sama ada subjek yang kontroversi atau membingungkan.2 |
1 Fred Hoyle, The Intelligent Universe, New York: Holt, Rinehard & Winston, 1983, p. 256. 2 Andrew Scott, "Update on Genesis", New Scientist, Vol. 106, 2 May 1985, p. 30 |
Sememangnya, proteinoid yang dihasilkan oleh Fox berbeza sekali daripada protein sebenar sama ada dari segi struktur dan juga fungsi. Perbezaan di antara protein dan proteinoid ialah seperti perbezaan sekeping peralatan teknologi tinggi dan selonggok bahan mentah yang belum diproses.
Tambahan pula, tidak ada peluang untuk rantaian asid-asid amino ini untuk selamat di dalam atmosfera purba. Kerosakan dan kemusnahan fizikal dan kesan kimia yang disebabkan oleh ultraungu yang terdedah dan tekanan semula jadi yang tidak seimbang boleh menyebabkan proteinoid ini terlerai. Kerana prinsip Le Châtelier juga, menyatakan bahawa adalah mustahil bagi asid amino untuk bercantum di dalam air yang dapat menyekat sinaran ultraungu daripada sampai kepada mereka. Berdasarkan ini, pendapat bahawa proteinoid adalah asas hidupan, telah kehilangan sokongan di kalangan saintis.
Segala maklumat hidupan tersimpan di dalam molekul DNA. Metode simpanan yang efisien ini merupakan bukti yang jelas bahawa hidupan tidak dapat wujud secara kebetulan, tetapi telah direka, atau dengan kata lain, telah diciptakan dengan cara yang mengagumkan. |
Kajian-kajian kami pada peringkat molekul setakat ini telah menunjukkan bahawa pembentukan asid-asid amino masih belum dapat dijelaskan oleh evolusionis. Pembentukan protein juga masih menjadi misteri yang sukar dijelaskan, dan masalah ini tidak hanya terhad kepada asid amino dan protein sahaja: ia hanyalah permulaan (kepada masalah yang lebih besar). Lebih daripada itu, sebuah struktur sel yang sempurna telah membawa evolusionis ini ke jalan buntu. Ini kerana, sel tersebut tidak hanya selonggok asid amino yang membentuk protein: tetapi ia adalah sebuah mekanisme hidup yang memiliki beratus-ratus sistem yang terbentuk dan ia terlalu kompleks sehinggakan manusia tidak dapat menyingkap misterinya. Sistem dalaman yang kompleks, evolusionis telah gagal untuk menjelaskan pembentukan walau sebuah unit asas sel tersebut.
Ketika teori evolusi telah gagal untuk memberikan suatu penjelasan yang teratur tentang kewujudan molekul-molekul yang menjadi asas pembentukan struktur sel, perkembangan sains genetik dan penemuan asid nuklid (nucleic acid - DNA dan RNA), telah memberikan satu lagi masalah baru kepada teori ini. Dalam tahun 1955, hasil kajian dua orang saintis, James Watson dan Francis Crick, ke atas DNA telah menghasilkan zaman baru di dalam ilmu biologi. Ramai saintis menumpukan perhatian mereka kepada sains genetik. Kini, setelah pengkajian selama bertahun-tahun, struktur DNA telah didedahkan dengan meluasnya.
Sebuah molekul yang dikenali sebagai DNA, yang ditemui di dalam nukleus setiap 100 trilion sel di dalam badan kita, mengandungi plan pembinaan tubuh manusia yang sempurna. Maklumat-maklumat mengenai karakteria-karakteria seseorang, daripada sifat-sifat fizikal hingga ke struktur-struktur organ dalaman, semuanya dirakamkan di dalam DNA oleh sebuah sistem kod khas. Maklumat di dalam DNA dirakamkan di dalam empat rangkai pangkalan khas yang menghasilkan molekul-molekul ini. Pangkalan-pangkalan ini dikenali sebagai A, T, G, C berdasarkan kepada huruf pertama nama-nama mereka. Setiap perbezaan struktur di kalangan manusia berdasarkan kepada variasi-variasi di dalam rangkaian huruf-huruf ini. Ia adalah sejenis bank-data yang terbentuk daripada empat huruf.
Aturan urutan huruf-huruf di dalam DNA menentukan struktur seorang manusia sehingga ke bahagian-bahagian yang terperinci. Sebagai tambahan kepada sifat-sifat asas seperti ketinggian, warna mata, warna rambut dan warna kulit, DNA sebuah sel juga mengandungi rekaan 206 tulang, 600 otot, sebuah rangkaian kepada 10,000 otot pendengaran, sebuah rangkaian kepada 2 juta saraf optik, 100 bilion sel saraf, 130 juta meter pembuluh darah dan 10 trilion sel di dalam badan. Sekiranya kita hendak mencatatkan semua maklumat yang terakam di dalam DNA, maka kita perlu menghimpunkan sebuah perpustakaan gergasi yang mengandungi 900 jilid ensiklopedia yang mempunyai 500 helaian setiap satunya. Maklumat hebat yang berjilid-jilid ini terakam di dalam sebuah kompenan DNA dikenali sebagai "gen" (gene).
Prof. Francis Crick: "The origin of life appears to be almost a miracle." |
Pada peringkat ini, terdapat satu keterangan yang perlu diberi perhatian. Satu kesilapan di dalam rangkaian nucleotide yang menghasilkan sebuah gen akan menyebabkan gen tersebut tidak dapat digunakan lagi. Apabila ia berkaitan dengan 200 ribu gen di dalam badan manusia, maka telah jelas betapa mustahil untuk berjuta-juta nucleotide yang membentuk gen untuk terbentuk secara kebetulan di dalam rangkaian yang tepat. Seorang ahli biologi evolusionis, Frank Salisbury, memberikan komentarnya terhadap ketidakmungkinan ini dengan menyatakan:
Sebuah protein sederhana mungkin mengandungi 300 asid amino. Sementara, gen DNA yang mengawal semuanya ini mengandungi sekurang-kurangnya 1,000 nucleotide di dalam rantaiannya. Memandangkan terdapat empat jenis nucleotide di dalam di dalam sebuah rantai DNA, sebuah mengandungi 1,000 sambungan boleh wujud di dalam 41000 bentuk. Dengan menggunakan algebra kita akan mendapat 41000 = 10600. Sepuluh yang digandakan dengan dirinya sendiri 600 kali memberikan jumlah 1 diekori oleh 600 sifar! Jumlah ini sememangnya melampaui daripada kefahaman kita.111
Jumlah 41000 adalah sama banyak dengan 10600. Jumlah ini diperolehi dengan menambahkan 600 sifar kepada angka 1. Seperti 10 dengan 11 sifar untuk menunjukkan setrilion, sebuah angka dengan 600 sifar sememangnya satu jumlah yang sukar untuk difahami. Ketidakmungkinan pembentukan DNA dan RNA oleh ketidaksengajaan pengumpulan nucleotide, telah dijelaskan oleh seorang saintis Peranchis Paul Auger seperti berikut:
Kita perlu mengenal pasti dua peringkat di dalam perubahan formasi kompleks molekul seperti nucleotide oleh tindakan kimia. Pengeluaran nucleotide satu demi satu - yang berkemungkinan berlaku - dan penggabungannyadi dalam rangkaian-rangkaian khas. Yang kedua adalah mustahil sama sekali.112
Watson and Crick with a stick model of the DNA molecule. |
Sedangkan Francis Crick sendiri yang telah mempercayai teori molekul evolusi ini sekian lama akhirnya membuat pengakuan setelah penemuan DNA yang merupakan sebuah molekul kompleks yang tidak mungkin dapat terhasil secara kebetulan, sebagai suatu hasil proses evolusi:
Seorang manusia jujur, yang dilengkapi dengan segala ilmu pengetahuan yang ada pada kita kini, hanya boleh menyatakan bahawa, asal kehidupan yang muncul ketika ini adalah suatu keajaiban.113
Seorang evolusionis Turkey, Profesor Ali Demirsoy telah terdesak untuk membuat pengakuan berikut:
Kenyataannya, kebarangkalian pembentukan sebuah protein dan asid nuklid (DNA-RNA) adalah kebarangkalian yang tidak mungkin. Tambahan pula, peluang kemunculan sebuah rantaian protein adalah terlalu rendah sehingga boleh digelar astronomik (jumlah yang terlalu besar dan tidak masuk akal).114
Sebuah dilema yang menarik muncul pada peringkat ini: ketika DNA hanya dapat mencetak semula dengan bantuan enzim-enzim terutamanya protein, sintesis enzim-enzim ini hanya dapat dilepaskan oleh formasi berkod di dalam DNA. Disebabkan kedua-duanya saling bergantung di antara satu sama lain, maka, setiap satu daripadanya perlu wujud pada masa yang sama untuk pencetakan semula. Seorang ahli mikrobiologi Amerika Jacobson memberikan komentarnya terhadap subjek ini:
Panduan untuk pengeluaran semula susunan, untuk tenaga dan cabutan (keturunan) bahagian-bahagian daripada persekitaran tertentu, untuk pembesaran rangkaian, mekanisme rangsangan yang menterjemahkan arahan kepada tunas-tunas membesar (growth-all), telah didatangkan serentak pada satu masa (ketika hidupan bermula). Kombinasi peristiwa-peristiwa ini telah diperlihatkan sebagai satu kejadian yang luar biasa, dan sering dianggap sebagai campur tangan Tuhan (bukan kebetulan).115
Pengakuan Evolusionis |
Penjelasan yang paling rasional ialah molekul-molekul kompleks seperti protein dan asid nuklid (RNA dan DNA) tidak akan dapat terbentuk secara perubahan di antara mereka. Namun begitu, evolusionis terpaksa berhadapan dengan masalah paling besar, iaitu semua molekul-molekul kompleks ini mesti wujud bersama supaya hidupan dapat dibentuk. Teori evolusi benar-benar telah dibingungkan oleh tuntutan ini. Fakta ini juga menyebabkan sebahagian besar evolusionis terpaksa mengakuinya. Sebagai contoh, seorang evolusionis Dr. Leslie Orgel, rakan setugas Stanley Miller dan Francis Crick daripada Universiti San Diego, California, menyatakan: Evolusionis mula berhadapan dengan masalah asal usul hidupan pada suku abad ke-20. Seorang saintis Rusia, Alaxender I. Oparin, seorang yang berwibawa di dalam molekul teori evolusi, menyebutkan di dalam bukunya The Origin of Life, yang telah diterbitkan pada 1939: Adalah amat mustahil untuk protein dan asid nuklid yang mempunyai struktur yang kompleks untuk muncul secara spontan pada masa dan tempat yang sama. Namun, adalah mustahil juga sekiranya satu muncul tanpa yang satu lagi. Sekali imbas, seseorang pasti akan dapat merumuskan bahawa hidupan ini tidak mungkin berasal daripada kimia.1 Kenyataan yang sama telah dikeluarkan oleh saintis-saintis lain: DNA tidak dapat melakukan kerjaanya sendiri, termasuklah membentuk lebih banyak DNA, tanpa bantuan daripada protein atau enzim. Begitu juga, protein tidak dapat terbentuk tanpa DNA, seperti DNA tanpa protein.2 Bagaimana kod genetik, bersama mekanisme-mekanisme untuk terjemahannya (ribosom dan molekul-molekul DNA), terbentuk? Pada peringkat ini kita akan merasa hairan dan takjub lebih daripada mencari sebuah jawapan.3
|
1 Leslie E. Orgel, "The Origin of Life on Earth", Scientific American, vol. 271, October 1994, p. 78 2 John Horgan, "In the Beginning", Scientific American, vol. 264, February 1991, p. 119 3 Douglas R. Hofstadter, Gödel, Escher, Bach: An Eternal Golden Braid, New York, Vintage Books, 1980, p. 548 |
Petikan di atas telah ditulis dua tahun selepas penemuan struktur DNA oleh James Watson and Francis Crick. Walau pun, sains tidak berkembang, tetapi bagi evolusionis masalah ini masih tidak dapat diselesaikan. Dua orang saintis Jerman, Junker dan Scherer menjelaskan bahawa sintesis setiap molekul berkehendak kepada evolusi kimia, memerlukan keadaan-keadaan yang berbeza, dan kebarangkalian penyebatian material-material ini yang mempunyai metode perolehan yang amat berbeza secara teorinya, adalah sifar.
Sehingga kini, tidak terdapat sebarang eksperimen yang dikenal pasti boleh menghasilkan semua molekul-molekul yang diperlukan untuk evolusi kimia ini. Oleh itu, adalah penting untuk menghasilkan molekul-molekul yang berbagai di tempat-tempat yang berbeza di bawah keadaan yang bersesuaian, dan kemudian untuk membawa mereka ke tempat lain untuk bertindak balas dengan melindunginya daripada elemen-elemen perosak seperti hidrolisis* dan fotolisis**.116
Secara ringkasnya, teori evolusi tidak mampu untuk membuktikan mana-mana peringkat evolusi yang didakwa berlaku pada peringkat molekul ini. Perkembangan di dalam dunia sains tidak memberikan jawapan kepada soalan-soalan berikut, sebaliknya, telah memberikan mereka masalah-masalah yang lebih kompleks dan tidak dapat diselesaikan.
Lebih menarik lagi, evolusionis mempercayai senario-senario mustahil ini seolah-olah ia adalah fakta sains. Tetapi memandangkan mereka telah mensyaratkan untuk tidak mengakui proses penciptaan, maka tidak ada jalan lain melainkan menerima perkara yang mustahil. Seorang ahli biologi yang terkenal dari Australia, Michael Denton menyebutkan subjek ini di dalam bukunya Evolution : A Theory in Crisis:
Secara ringkasnya, dakwaan bahawa program-program genetik organisma-organisma tinggi, yang mengandungi sesuatu yang hampir seribu juta cebisan maklumat, yang menyamai serangkai huruf-huruf di dalam sebuah perpustakaan kecil seribu jilid, yang terdapat di dalamnya format berkod beribu-ribu prosedur rumit yang mengawal, menentukan, dan mengarah pembesaran dan pembangunan berbilion-bilion sel kepada pembentukan sebuah organisma kompleks, telah terbentuk oleh satu proses rawak, merupakan sesuatu yang tidak dapat diterima. Tetapi bagi Darwinis, ide ini diterima tanpa sebarang keraguan- the paradigm takes precedence!.117
Dr. Leslie Orgel: “... life could never, in fact, have originated by chemical means.” |
Penemuan pada tahun 70-an terhadap gas-gas yang asalnya terdapat di dalam atmosfera bumi primitif yang menjadikan sintesis asid amino mustahil, merupakan suatu tamparan hebat kepada molekul teori evolusi. Ia kemudian telah dikenal pasti bahawa atmosfera eksperimen beberapa orang evolusionis seperti Miller, Fox dan Ponnamperuma adalah tidak sah. Dengan sebab itu, pada tahun 80an percubaan evolusionis yang baru telah dijalankan. Hasilnya, senario "dunia RNA" telah dimajukan, yang dianggarkan bahawa protein bukan yang pertama terhasil, tetapi molekul-molekul RNA yang mengandungi maklumat-maklumat tentang protein.
Menurut senario ini yang telah dimajukan oleh Walter Gilbert, seorang ahli kimia daripada Harvard pada 1986, berbilion-bilion tahun dahulu sebuah molekul RNA yang entah bagaimana terbentuk dengan sendirinya secara tidak sengaja. Kemudian, molekul RNA ini mula menghasilkan protein yang diaktifkan oleh kesan luaran. Seterusnya, ia telah menjadi suatu keperluan untuk menyimpan maklumat ini ke dalam molekul kedua, dan entah bagaimana molekul DNA pun terbentuk.
Dihasilkan daripada rantaian ketidakmungkinan di dalam setiap peringkat, senario ganjil ini hanya membesarkan lagi masalah dan mendatangkan lebih banyak lagi persoalan-persoalan yang tidak dapat dijawab, lebih daripada menghasilkan sebarang penjelasan terhadap asal usul hidupan:
1. Apabila mustahil untuk menjelaskan pembentukan tidak sengaja walau hanya satu nucleotide yang menghasilkan RNA, jadi bagaimana mungkin untuk nucleotide khayalan ini membentuk RNA dengan berkumpul di dalam sebuah rangkaian yang sesuai? Seorang ahli biologi evolusionis, John Horgan mengakui ketidakmungkinan formasi perubahan RNA seperti berikut:
Apabila penyelidik-penyelidik menyambung kajian mereka tehadap konsep dunia-RNA dengan lebih teliti, lebih banyak masalah telah muncul. Bagaimana RNA mula-mula muncul? RNA dan kompenan-kompenannya adalah sukar untuk disintesiskan di dalam sebuah makmal di bawah suasana yang terbaik, lebih-lebih lagi di bawah keadaan yang tidak sesuai.118
2. Walau pun, jika kita mengandaikan ia telah berubah secara kebetulan, bagaimana RNA yang telah terbentuk daripada sebuah rantaian nucleotide dapat "memilih" untuk menyalin sendiri dan dengan mekanisme mana yang perlu ia melaksanakan proses penyalinan sendiri ini? Di mana ia mendapatkan nucleotide tersebut untuk digunakan di dalam proses salin semula ini? Sedangkan pakar-pakar mikrobiologi evolusionis sendiri, Gerald Joyce dan Leslie Orgel melahirkan kekecewaan mereka terhadap situasi ini di dalam buku mereka yang bertajuk "In the DNA World".
"Diskusi ini... menumpukan ke atas satu manusia jerami: mitos tentang penyalinan sendiri molekul RNA yang mula terbit daripada satu sup polynucleotide. Ia bukan sahaja satu kepercayaan yang tidak realistik berdasarkan apa yang kita ketahui tentang prebiotik kimia, tetapi dapat menegangkan kepercayaan walau satu pandangan optomis tentang potensi pemangkin RNA." 119
3. Walau pun, jika diandaikan terdapat penyalinan sendiri RNA di dalam dunia purba, di mana semua jenis-jenis asid amino digunakan oleh RNA dapat diperolehi dan semua perkara-perkara yang mustahil ini telah berlaku, namun situasi ini masih tidak dapat membentuk walau satu sel protein. Sedangkan RNA hanya mengandungi maklumat-maklumat yang berkaitan dengan struktur protein. Sebaliknya, asid amino pula adalah bahan mentah. Tambahan pula, tidak terdapat sebarang mekanisme yang dapat mengeluarkan protein. Untuk mengandaikan kewujudan RNA bagi melengkapkan pengeluaran protein adalah tidak masuk akal, seperti mengandaikan sebuah kereta terbentuk dan terpasang dengan sendiri dengan hanya melemparkan rekaannya yang telah dilukiskan di atas kertas ke atas beratus-ratus bahagian-bahagian yang berlonggok. Dalam keadaan ini juga, sebarang penghasilan adalah mustahil memandangkan tiada kilang atau pekerja yang terlibat dalam proses ini.
Sebuah protein terbentuk di dalam kilang ribosome dengan bantuan enzim-enzim yang banyak dan sebagai hasil daripada satu proses yang begitu kompleks di dalam sel. Ribosome adalah sebuah struktur asal sel yang kompleks terbentuk daripada protein. Oleh itu, situasi ini telah menghasilkan satu andaian tidak rasional bahawa ribosome juga telah terbentuk secara kebetulan pada masa yang sama. Sedangkan pemenang hadiah Nobel. Jacques Monod, yang merupakan pembela evolusi yang paling fanatik, menerangkan bahawa sintesis protein tidak boleh diremehkan dengan semata-mata bergantung kepada maklumat-maklumat di dalam asid-asid nuklid:
Kod tersebut tidak bermakna melainkan sekiranya ia telah diterjemahkan. Mesin terjemahan sel yang moden mengandungi sekurang-kurangnya lima puluh kompenan makro molekul yang dengan sendirinya telah terkod di dalam DNA: kod tersebut tidak dapat diterjemahkan melainkan oleh keluaran terjemahan. Ia adalah ekspresi moden omne vivum ex ovo. Bila dan bagaimana putaran ini bertemu? Ia amat sukar untuk digambarkan.120
Bagaimana sebuah rangkaian RNA di dalam dunia purba membuat keputusan sedemikian dan metode apakah yang digunakannya untuk mengenal pasti pengeluaran protein dengan mengambil alih tugas lima puluh zarah khas seorang diri? Evolusionis tidak mempunyai jawapan kepada persoalan ini.
Dr. Leslie Orgel, salah seorang rakan setugas Stanley Miller dan Francis Crick daripada Universiti San Diego California, menggunakan istilah "senario" terhadap kebarangkalian "pembentukan hidupan melalui dunia RNA". Beliau menjelaskan sifat-sifat yang diperlukan oleh RNA dan betapa ianya mustahil di dalam artikel beliau bertajuk "The Origin of Life" yang disiarkan di dalam majalah American Scientist pada bulan Disember 1994:
Senario ini boleh berlaku, sekiranya RNA mempunyai dua benda yang tidak terdapat kini: Satu kapasiti penyalinan semula tanpa bantuan daripada protein dan kebolehan untuk memangkin setiap langkah sintesis protein.121
Seperti yang telah dijelaskan, untuk mengharapkan dua proses yang kompleks dan amat penting ini di dalam sebuah molekul seperti RNA, hanya dapat dilakukan oleh kuasa imaginasi dan pandangan para evolusionis. Sebaliknya, fakta-fakta sains yang kukuh telah menjelaskan bahawa tesis "dunia RNA", yang menjadi model baru formasi manusia secara kebetulan, adalah sebuah dongengan yang tidak boleh dipercayai.
Mari kita lupakan untuk seketika semua ketidakmungkinan ini, dan kita andaikan bahawa molekul protein telah terbentuk di dalam sebuah persekitaran yang paling tidak sesuai dan paling tidak terkawal seperti keadaan bumi purba. Pembentukan hanya sebuah protein masih tidak memadai; protein ini perlu menunggu dengan sabarnya selama beribu-ribu, malah mungkin berjuta-juta tahun di dalam persekitaran yang tidak terkawal ini tanpa ditimpa sebarang kerosakan, sehingga molekul lain pula terbentuk di sebelahnya secara kebetulan di bawah keadaan yang sama. Ia perlu menanti sehingga berjuta-juta protein yang betul dan yang diperlukan terbentuk bersebelahan di dalam tempat yang sama, semuanya berlaku "secara kebetulan". Molekul yang terbentuk lebih awal perlu benar-benar sabar untuk menanti, tanpa dimusnahkan oleh sinaran ultra ungu dan gangguan mekanisme-mekanisme yang menjejaskan, untuk membolehkan molekul yang lain terbentuk di sebelahnya. Kemudian, protein-protein di dalam jumlah yang besar ini, yang semuanya terbentuk pada tempat yang sama, perlu bercantum dengan membentuk kombinasi yang berguna dan membentuk struktur asal sel. Tiada bahan tambahan, molekul yang menjejaskan, atau rantaian protein yang tidak berguna boleh mengganggu mereka. Kemudian, walau sekiranya struktur asal ini bercantum dengan cara yang paling harmoni dan bekerjasama dengan satu perancangan dan aturan, mereka perlu mengambil enzim-enzim yang diperlukan, di samping diri mereka sendiri dan menjadi tertutup dengan satu membran, dalamnya pula diisi dengan sejenis cecair khas untuk menyediakan persekitaran yang idea kepada mereka. Sekarang, sekiranya semua peristiwa "yang paling mustahil" telah berlaku secara kebetulan, maka dapatkah longgokan molekul-molekul ini hidup?
Jawapannya adalah Tidak, kerana kajian telah mendapati bahawa kombinasi semua bahan-bahan yang diperlukan oleh hidupan sahaja adalah tidak memadai untuk memulakan satu hidupan. Walau pun sekiranya protein-protein yang diperlukan untuk hidup dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam tiup ujian, usaha ini tidak akan menghasilkan sel hidup. Semua eksperimen yang berkaitan dengan subjek ini telah menemui kegagalan. Semua pemerhatian dan eksperimen menunjukkan bahawa hidupan hanya dapat terbentuk daripada hidupan lain. Dakwaan bahawa hidupan ini bermula daripada benda tidak hidup atau abiogenesis, adalah sebuah hikayat yang hanya wujud di dalam khayalan evolusionis, dan sama sekali bercanggah dengan hasil setiap eksperimen dan pemerhatian.
Dengan itu, hidupan pertama di bumi pasti juga telah terbentuk daripada hidupan lain. Ini adalah salah satu gelaran Allah iaitu "Al-Hayy" (Yang Empunya Hidupan). Hidup hanya boleh bermula, berterusan dan berakhir dengan kehendak-Nya. Bagi evolusionis pula, bukan sahaja tidak dapat menjelaskan bagaimana hidup ini bermula, mereka juga gagal untuk menjelaskan bagaimana bahan-bahan yang penting untuk hidupan terbentuk dan bercantum.
Chandran Wickramasinghe menceritakan kenyataan yang dihadapinya sebagai seorang saintis yang telah diberitahu bahawa hidupan ini telah terbentuk secara kebetulan:
Sejak awal latihan saya sebagai seorang saintis, saya telah dibrainwashkan untuk mempercayai bahawa sains tidak selari dengan sebarang rekaan terancang. Fahaman ini mesti ditanggalkan. Pada saat ini, saya tidak menemui sebarang hujah yang rasional untuk menolak pandangan yang mendakwa pengubahan Tuhan. Kita sebelumnya mempunyai pemikiran yang terbuka; sekarang kita menyedari bahawa satu-satunya jawapan yang logik kepada hidupan ini ialah ia telah diciptakan – bukannya dengan rombakan rawak secara kebetulan.122
91 W. R. Bird, The Origin of Species Revisited., Nashville: Thomas Nelson Co., 1991, pp. 298-99.
92 "Hoyle on Evolution", Nature, Vol 294, November 12, 1981, p. 105.
93 Ali Demirsoy, Kalıtım ve Evrim (Inheritance and Evolution), Ankara: Meteksan Publishing Co., 1984, p. 64.
94 W. R. Bird, The Origin of Species Revisited. Nashville: Thomas Nelson Co., 1991, p. 304.
95 Ibid, p. 305.
96 J. D. Thomas, Evolution and Faith. Abilene, TX, ACU Press, 1988. p. 81-82.
97 Robert Shapiro, Origins: A Sceptics Guide to the Creation of Life on Earth, New York, Summit Books, 1986. p.127.
98 Fred Hoyle, Chandra Wickramasinghe, Evolution from Space, New York, Simon & Schuster, 1984, p. 148.
99 Ibid, p. 130.
100 Fabbri Britannica Bilim Ansiklopedisi (Fabbri Britannica Science Encyclopaedia), vol 2, No 22, p. 519.
101 Richard B. Bliss & Gary E. Parker, Origin of Life, California: 1979, p. 14.
102 Stanley Miller, Molecular Evolution of Life: Current Status of the Prebiotic Synthesis of Small Molecules, 1986, p. 7.
103 Kevin Mc Kean, Bilim ve Teknik, No 189, p. 7.
104 J. P. Ferris, C. T. Chen, "Photochemistry of Methane, Nitrogen, and Water Mixture As a Model for the Atmosphere of the Primitive Earth", Journal of American Chemical Society, vol 97:11, 1975, p. 2964.
105 "New Evidence on Evolution of Early Atmosphere and Life", Bulletin of the American Meteorological Society, vol 63, November 1982, p. 1328-1330.
106 Richard B. Bliss & Gary E. Parker, Origin of Life, California, 1979, p. 25.
107 W. R. Bird, The Origin of Species Revisited, Nashville: Thomas Nelson Co., 1991, p. 325.
108 Richard B. Bliss & Gary E. Parker, Origin of Life, California: 1979, p. 25.
109 Ibid.
110 S. W. Fox, K. Harada, G. Kramptiz, G. Mueller, "Chemical Origin of Cells", Chemical Engineering News, June 22, 1970, p. 80.
111 Frank B. Salisbury, "Doubts about the Modern Synthetic Theory of Evolution", American Biology Teacher, September 1971, p. 336.
112 Paul Auger, De La Physique Theorique a la Biologie, 1970, p. 118.
113 Francis Crick, Life Itself: It's Origin and Nature, New York, Simon & Schuster, 1981, p. 88.
114 Ali Demirsoy, Kalıtım ve Evrim (Inheritance and Evolution), Ankara: Meteksan Publishing Co., 1984, p. 39.
115 Homer Jacobson, "Information, Reproduction and the Origin of Life", American Scientist, January 1955, p.121.
116 Reinhard Junker & Siegfried Scherer, "Entstehung Gesiche Der Lebewesen", Weyel, 1986, p. 89.
117 Michael Denton, Evolution: A Theory in Crisis. London: Burnett Books, 1985, p. 351.
118 John Horgan, "In the Beginning", Scientific American, vol. 264, February 1991, p. 119.
119 G.F. Joyce, L. E. Orgel, "Prospects for Understanding the Origin of the RNA World", In the RNA World, New York: Cold Spring Harbor Laboratory Press, 1993, p. 13.
120 Jacques Monod, Chance and Necessity, New York: 1971, p.143.
121 Leslie E. Orgel, "The Origin of Life on the Earth", Scientific American, Ekim 1994, vol. 271, p. 78.
122 Chandra Wickramasinghe, Interview in London Daily Express, August 14, 1981.