Sbahagian besar masyarakat menerima segala yang mereka dengar daripada saintis sebagai sesuatu yang benar belaka. Tidak terlintas di fikiran mereka bahawa para saintis juga mungkin prejudis terhadap sesuatu fahaman atau falsafah. Fakta kebendaan yang dikemukakan oleh evolusionis kepada masyarakat umum melalui saluran sains, merupakan contoh yang jelas terhadap ketaksuban mereka terhadap suatu fahaman. Sebagai contoh, walau pun mereka menyedari bahawa kejadian yang berkecamuk tidak akan menghasilkan apa-apa melainkan kejanggalan dan kekeliruan, mereka masih mendakwa bahawa aturan, perancangan dan rekaan mengagumkan yang dapat dilihat pada alam dan hidupan telah terbentuk secara kebetulan.
Tambahan pula, seorang ahli biologi akan mendapati terdapatnya keseimbangan yang sukar difahami di dalam molekul protein yang menjadi blok pembinaan hidupan, maka amat mustahil untuk kita katakan bahawa ianya terjadi secara kebetulan sahaja. Lebih-lebih lagi, dia mendakwa protein ini berasal daripada kerak bumi yang primitif dan kemudian terkesan secara kebetulan berbilion-bilion tahun dahulu. Tidak cukup dengan itu; dia juga mendakwa tanpa ragu-ragu bahawa tidak hanya satu, tetapi berjuta-juta protein terbentuk secara kebetulan dan bercantum untuk membentuk suatu sel hidupan yang pertama. Lebih daripada itu, dia juga berterusan mempertahankan pendapatnya dengan kedegilan yang tuli. Individu ini adalah seorang saintis "evolusi".
Sekiranya saintis yang sama ini berjumpa dengan tiga bongkah bata bertindan di antara satu sama lain, ketika berjalan-jalan di suatu lorong, pasti dia tidak akan beranggapan batu bata ini telah bercantum secara kebetulan dan merangkak naik antara satu sama lain, juga secara kebetulan. Bukan itu sahaja, malah sesiapa yang membuat andaian seperti itu akan dianggap tidak siuman.
Bagaimana mungkin manusia yang dapat berfikiran rasional dalam kes-kes biasa seperti ini, tetapi berubah menjadi tidak waras apabila memperkatakan tentang kewujudan mereka sendiri?
Tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa sifat ini diterima (secara tidak jujur) di atas nama sains; sains menuntut pengambilan kedua-dua alternatif untuk dipertimbangkan apabila terdapat dua kemungkinan yang berbeza di dalam suatu kes yang sama. Dan sekiranya suatu kemungkinan itu lebih rendah, seperti hanya satu peratus, maka secara rasional dan saintifiknya diambil alternatif yang lain, yang kebarangkaliannya adalah 99 peratus, sebagai alternatif yang sah.
Mari kita teruskan, dengan berpegang kepada asas saintifik ini. Terdapat dua pandangan yang boleh menjelaskan bagaimana kehidupan boleh wujud di muka bumi ini; (I) yang pertama ialah semua benda hidup ini telah diciptakan oleh Allah s.w.t di dalam bentuk struktur yang sempurna, (2) yang kedua ialah kehidupan ini terbentuk secara tidak sengaja atau secara kebetulan. Yang kedua ini adalah pendapat teori evolusi.
Jika kita lihat pada data-data saintifik, iaitu biologi molekul sebagai contoh, kita akan dapati bahawa tidak mungkin sebuah sel - walau hanya satu daripada berjuta-juta protein yang terdapat di dalam sel - dapat wujud secara kebetulan, sebagaimana yang didakwa oleh evolusionis. Seperti yang akan kami terangkan di dalam bab-bab yang seterusnya, perkiraan kebarangkalian juga telah membuktikannya beberapa kali. Oleh itu, pandangan evolusionis terhadap pembentukan hidupan mempunyai kebarangkalian sifar untuk menjadi betul.
Ini bererti pandangan pertama adalah seratus peratus betul. Iaitu kehidupan ini terjadi secara berencana (bukannya kebetulan). Atau dengan kata lain, ia telah diciptakan (oleh Allah). Semua benda hidup wujud dengan ciptaan seorang Pencipta Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Bijaksana dan Yang Maha Tinggi IlmuNya. Kenyataan ini bukannya suatu andaian, tetapi ia adalah suatu konklusi yang normal dan dapat diterima oleh akal fikiran, logik dan sains.
Dalam keadaan ini, para saintis evolusi sepatutnya menarik balik dakwaan mereka dan menyokong fakta yang telah dibuktikan ini. Jika tidak, maka ia menunjukkan bahawa dia adalah seorang individu yang mengorbankan sains untuk kepentingan falsafah, ideologi dan dogmanya , lebih daripada menjadi seorang saintis yang sejati.
Kemarahan, kedegilan dan prejudis saintis ini makin meningkat dan terus meningkat setiap kali dia berhadapan dengan kebenaran. Perangainya dapat dijelaskan dengan sepatah perkataan "kepercayaan" (atau keimanan). Tetapi ia hanyalah suatu kepercayaan yang membuta tuli, memandangkan tidak terdapat sebarang keterangan yang boleh diterima untuk membuktikan fakta-fakta yang hanya direka-reka di dalam imaginasinya sendiri.
Michael Behe: "kebisuan yang memalukan mengelilingi kekompleksitian sebuah sel" |
Kepercayaan yang sedang kita perkatakan ini ialah suatu falsafah materialistik, yang mendakwa bahawa kebendaan wujud setiap masa dan tiada yang lain selain daripadanya. Teori Evolusi dianggap "asas sains" untuk falsafah materialistik ini, dan teori ini dipertahankan secara membuta tuli dalam usaha untuk menyokongnya. Tetapi kini, apabila sains sendiri telah menyanggah kebenaran teori ini, maka mereka terus menyokongnya hanya untuk mengekalkan kesinambungan materialisme ini.
Beberapa kenyataan yang ditulis oleh seorang saintis evolusi Turkey yang terkenal, dapat menunjukkan kepada kita bagaimana mereka membuat ketetapan yang keliru dan sesuka hati disebabkan oleh kesetiaan mereka (terhadap teori ini). Saintis ini membincangkan kebarangkalian berlakunya pembentukan Cytochrome-C sebagai suatu kebetulan. Cytochrome-C ialah enzim terpenting di dalam pembentukan suatu hidupan. Beliau menerangkan seperti berikut:
Kebarangkalian pembentukan sebuah rangkaian Cytochrome-C adalah mustahil. Iaitu, sekiranya suatu hidupan berkehendak kepada suatu rangkaian yang tertentu, dapat dianggarkan ia mempunyai kemungkinan yang sukar untuk terungkai sekali ke seluruh cakerawala. Melainkan, suatu kuasa metafizik yang di luar definisi kita telah mengaktifkan formasinya. Untuk menerima kenyataan ini adalah tidak secocok dengan matlamat sains. Oleh itu, kita terpaksa melihat kembali kepada andaian yang pertama.2
Saintis ini mendapati ianya lebih saintifik untuk menerima kebarangkaliannya sebagai "mustahil" daripada mengakui bahawa ianya adalah suatu ciptaan. Tetapi berdasarkan undang-undang sains, sekiranya terdapat dua penjelasan alternatif berkaitan suatu peristiwa dan satu daripadanya adalah "mustahil" untuk direalisasikan, maka alternatif yang kedua diterima sebagai pandangan yang sahih. Namun begitu, ketaksuban saintis ini dengan dogma materialistiknya, telah menolak peranan seorang Pencipta Yang Maha Agung. Ini menyebabkan mereka menerima sesuatu yang berlawanan dengan sebab musabab.
Mereka yang mempercayai dan meyakini para saintis ini turut terpukau dan dibutakan oleh sumpahan materialistik yang sama dan terpengaruh dengan sumpahan yang sama ketika membaca buku-buku dan artikel-artikel mereka.
Pandangan dogma materialistik inilah yang menyebabkan sebahagian besar saintis ternama di dalam bidang ini adalah ateis (tidak beragama). Mereka yang bebas daripada sumpahan ini dan berfikiran terbuka, pastinya tidak akan teragak-agak untuk menerima kewujudan seorang Pencipta. Seorang pakar biokimia Amerika, Dr. Michael J. Behe, merupakan seorang saintis terkemuka yang menyokong "penciptaan bijaksana" (intelligent design) yang sejak kebelakangan ini mula diterima. Beliau menggambarkan para saintis yang menolak kepercayaan terhadap suatu "rekaan" atau "ciptaan" organisma hidup ini seperti berikut;
Lebih empat dekad, biokimia moden masih belum dapat mengesan rahsia sel. Ia menuntut berpuluh ribu orang untuk mengorbankan sebahagian hidup mereka untuk bekerja di dalam makmal-makmal yang membosankan. Hasil kumulatif ini adalah untuk mengkaji sel tersebut - mengkaji kehidupan pada peringkat molekul - ia amat jelas, ia adalah suatu "ciptaan". Natijah ini amat jelas dan penting yang mesti dicatatkan sebagai bahan penting di dalam sejarah sains… Selain daripada pelik, kebisuan yang memalukan mengelilingi kekompleksitian sebuah sel. Kenapa komuniti sains tidak segera menerima penemuan nekad ini? Mengapakah pemerhatian rekaan dikendalikan dengan sarung tangan intelektual? Dilemanya ialah bahawa apabila sebelah gajah dilabelkan oleh rekaan bijaksana, sebelah yang satu lagi pula pasti telah dilabelkan olehTuhan.3
Ini adalah bahaya yang dibawa oleh para saintis evolusi yang berfahaman ateis yang sering kamu lihat di dalam majalah-majalah dan televisyen dan kamu mungkin telah membacanya di dalam berbagai-bagai jenis buku. Semua kajian saintifik telah membuktikan kewujudan seorang Pencipta. Tetapi sehingga kini, mereka masih dibutakan oleh dogma materialistik yang menyebabkan mereka terus menafikan kebenaran ini.
Richard Dawkins, busy with propagating evolution. |
Ini adalah bahaya yang dibawa oleh para saintis evolusi yang berfahaman ateis yang sering kamu lihat di dalam majalah-majalah dan televisyen dan kamu mungkin telah membacanya di dalam berbagai-bagai jenis buku. Semua kajian saintifik telah membuktikan kewujudan seorang Pencipta. Tetapi sehingga kini, mereka masih dibutakan oleh dogma materialistik yang menyebabkan mereka terus menafikan kebenaran ini.
Mereka yang menolak keterangan dan bukti-bukti jelas daripada Pencipta ini menjadi sepenuhnya tidak peka. Terperangkap oleh ketidakyakinan kepada diri sendiri yang terkesan daripada sifat ketidakpekaan ini, akhirnya mereka mungkin akan menyokong suatu perkara yang mustahil sebagai sesuatu yang mulia. Satu contoh yang terbaik ialah seorang evolusionis yang terkemuka, Richard Dawkins yang menyeru kepada orang-orang Kristian supaya tidak beranggapan bahawa mereka telah melihat sebuah mukjizat sekali pun mereka telah melihat tugu Mariam Si Dara (Virgin Mary) melambai kepada mereka. Menurut Dawkins, "Mungkin atom-atom tangan tugu tersebut telah bergerak pada arah dan masa yang sama - sebuah kejadian yang sukar untuk berlaku, tetapi tidak mustahil".4
Pemikiran orang-orang yang tidak beriman ini telah wujud di dalam sejarah. Di dalam al-Quran ia diungkapkan seperti berikut;
Dan jika Kami turunkan malaikat pun kepada mereka, dan orang-orang yang mati (hidup semula lalu) berkata-kata dengan mereka, dan kami himpunkan pula tiap-tiap sesuatu di hadapan mereka (untuk menjadi saksi tentang kebenaran Nabi Muhammad), nescaya mereka tidak juga akan beriman, kecuali jika dikehendaki Allah; tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenar). (Surah Al-An'aam:111)
Ayat di atas telah membuktikan dengan jelas bahawa pemikiran evolusionis ini bukan sebuah jalan pemikiran yang asal, walaupun ia pelik pada mereka. Kenyataannya, apa yang dipegang oleh para evolusionis ini bukan sebuah pemikiran sains moden tetapi hanyalah sebuah pengingkaran yang telah dianuti oleh komuniti-komuniti orang-orang pagan* yang tidak bertamadun.
Pemikiran yang sama telah diterangkan di dalam ayat lain di dalam al-Quran:
Dan kalau Kami bukakan kepada mereka mana-mana pintu langit, kemudian mereka dapat naik melalui pintu itu (pada siang hari yang membolehkan mereka menyaksikan segala kenyataan yang ada).Tentulah mereka akan (mengingkari kenyataan yang benar itu dengan) berkata: "Hanya mata kami telah disilapkan penglihatannya bahkan kami adalah kaum yang telah disihirkan (oleh Muhammad)". (Surah Al-Hijr:14-15)
Icons of Evolution, by Jonathan Wells |
Seperti yang telah digariskan di dalam ayat-ayat di atas, salah satu sebab mengapa manusia tidak dapat melihat hakikat kewujudan mereka adalah disebabkan oleh sejenis "sumpahan" yang menyekat kewarasan mereka. Ia adalah "sumpahan" yang sama yang telah mendasari penerimaan masyarakat dunia terhadap teori evolusi. Apa yang kami maksudkan dengan sumpahan ialah keadaan yang terhasil daripada pendoktrinan (indoctrination). Masyarakat telah didedahkan kepada berbagai pendoktrinan tentang betapa tepatnya teori evolusi ini sehinggakan mereka tidak menyedari penipuan yang wujud.
Pendoktrinan ini menghasilkan kesan negatif kepada otak dan menggagalkan fungsi pertimbangan akal. Akhirnya, otak yang diasak dengan doktrin ini mulai menerima kenyataan tersebut bukan kerana keadaannya tetapi sebagaimana yang telah didoktrinkan. Fenomena ini dapat dibuktikan dengan contoh-contoh lain. Umpamanya, jika seseorang telah dipukau (hipotesis) dan didoktrinkan bahawa katil yang dia tidur itu adalah sebuah kereta, maka dia akan menerima katil itu sebagai sebuah kereta selepas sesi hipotesis tersebut. Dia merasakan ianya adalah sangat logik dan rasional kerana dia melihat sebegitu dan tidak merasa ragu bahawa dia adalah betul. Contoh di atas ini, yang menunjukkan keberkesanan dan kuasa mekanisme pendoktrinan, adalah realiti sains yang telah dibuktikan oleh banyak eksperimen yang telah dicatatkan di dalam kebudayaan sains dan adalah santapan harian psikologi dan buku-buku teks psikiatri.
Teori evolusi dan pandangan dunia materialistik yang berlandaskan kepadanya telah melakukan asakan ke atas massa dengan metode-metode seperti ini. Masyarakat yang terus menerus berhadapan dengan pendoktrinan evolusi di dalam media, sumber-sumber akademik, dan platform-platform "sains", tidak menyedari bahawa penerimaan teori ini sebenarnya bertentangan dengan kebanyakan prinsip-prinsip asas sebab musabab. Pendoktrinan yang sama telah memerangkap ramai para saintis. Mereka yang baru memulakan langkah dalam karier sains telah mengambil pandangan dunia materialis ini sedikit demi sedikit. Terpesona dengan sumpahan ini, ramai saintis evolusionis meneruskan pencarian kepada pengesahan/pengukuhan saintifik kepada dakwaan evolusionis kurun ke-19 yang tidak rasional dan kuno ini, yang telah lama disanggah oleh bukti-bukti sains.
Terdapat juga mekanisme-mekanisme tambahan yang mendorong saintis untuk menjadi evolusionis dan materialis. Di negara-negara Barat, seorang saintis perlu menerima beberapa standard untuk diketengahkan, untuk menerima pengiktirafan akademik, atau untuk membolehkan artikelnya diterbitkan di dalam jurnal-jurnal sains. Penerimaan terhadap teori evolusi merupakan di antara kriteria-kriterianya. Sistem ini telah mengakibatkan saintis-saintis ini mengorbankan seluruh hidup mereka dan karier sains mereka semata-mata hanya untuk sebuah kepercayaan palsu ini.
Ini adalah kenyataan yang terus berada di belakang dakwaan "evolusi masih diterima oleh dunia sains". Evolusi masih hidup hingga kini bukan kerana ia mempunyai nilai saintifik, tetapi kerana ia adalah sebuah obligasi (tanggungjawab) ideologi. Tidak ramai saintis yang menyedari kenyataan ini dapat bangun menegaskan bahawa... Raja sebenarnya tidak memakai sebarang pakaian.
Di dalam bab-bab berikutnya, kami akan mengemukakan penemuan-penemuan sains moden yang telah membuktikan kehancuran kepercayaan evolusi ini dan menunjukkan bukti-bukti yang jelas terhadap kewujudan Allah. Para pembaca akan mendapati bahawa teori evolusi sebenarnya adalah sebuah penipuan – penipuan yang telah dipercayai oleh sains di setiap peringkat tetapi menyokong penutupan kebenaran penciptaan. Apa yang diharapkan daripada pembaca ialah supaya kita dapat sedar daripada sumpahan yang membutakan minda-minda manusia dan menyekat kebolehan mereka untuk menghukum dan ia akan membalas dengan serius terhadap apa yang berkaitan dengan buku ini.
Sekiranya dia melepaskan dirinya daripada sumpahan ini dan berfikir dengan jelas, bebas, dan tanpa sebarang prejudis, dia akan segera menemui kebenaran dengan sejelas-jelasnya. Kebenaran yang tidak dapat diselindung ini, yang telah dibuktikan oleh sains moden di dalam semua aspek-aspeknya, ialah bahawa organisma hidup tidak wujud secara kebetulan tetapi hasil daripada ciptaan. Manusia akan dapat melihat kebenaran ciptaan ini dengan mudah apabila dia dapat memikirkan bagaimana dirinya terbentuk, bagaimana dia telah terbentuk daripada setitis air, atau pun daripada kesempurnaan hidupan yang lain.
2 Ali Demirsoy, Kalıtım ve Evrim (Inheritance and Evolution), Ankara: Meteksan Publishing Co., 1984, p. 61.
3 Michael J. Behe, Darwin's Black Box, New York: Free Press, 1996, pp. 232-233.
4 Richard Dawkins, The Blind Watchmaker, London: W. W. Norton, 1986, p. 159.