Karim bangun awal pagi dan segera pergi ke tebing sungai. Sekali lagi dia menemui memerang-memerang sedang bekerja. Dengan mengumpulkan keberaniannya, dia menghampiri mereka dan berkata:
“Helo, nama saya Karim. Bolehkah saya berkawan dengan awak?
Haiwan-haiwan tersebut mulanya merasa terkejut, tetapi melihatkan sikap persahabatan yang ditunjukkan Karim, memerang yang paling besar tampil ke hadapan dan membalas:
“Sudah tentu, nama saya Encik Memerang. Dan ini isteri saya Puan Memerang. Gembira bertemu dengan anda”.
Ini membuatkan Karim gembira, kerana sekarang dia dapat bertanya mereka apa yang menghairankannya. Jadi mereka mula berbual:
Karim: Saya telah memerhatikan kamu dengan rasa ingin tahu beberapa lama, dan terdapat banyak soalan yang hendak saya tanya kepada kamu... Bermula dengan batang-batang pokok. Encik Memerang, mengapa kamu mengheret batang-batang ini ke dalam air dan meletakkannya di atas yang lain?
Encik Memerang: Semua pasangan memerang, seperti kami, berpindah untuk membina rumah baru. Kami sampai ke sini tidak lama dahulu, dan baru berpindah ke sungai ini. Sekarang kami sedang membina kediaman kami. Tetapi untuk melakukannya, kami memerlukan air yang tenang. Jadi kami perlu menyekat aliran air dahulu. Kerana itulah kami longgokkan balak-balak ini untuk membentuk kolam tiruan.
Karim: Jadi kamu sedang membina sebuah empangan? Hebat. Adakah kamu tahu? Kami manusia juga membina empangan sejak beberapa lama dengan cara yang sama untuk menyekat aliran air. Sebelum ini guru geografi kami mengajar kami tentang empangan-empangan di dalam negara kami dan menjelaskan bagaimana ia dibina. Ia sungguh memeranjatkan, saya fikir sudah tentu ia amat sukar untuk membina sebuah tembok di hadapan air yang mengalir. Tetapi apa yang kamu lakukan adalah lebih menakjubkan dan sukar. Bagaimana kamu dapat menyekat aliran air yang deras? Bagaimana kamu menemui cara ini? Adakah kamu memilih untuk melakukannya dengan cara ini apabila kamu melihat empangan-empangan buatan manusia?...
Di dalam kekaguman ini, Karim telah menyoal satu demi satu soalan. Kata-katanya dan kekagumannya membuatkan Encik Memerang tersenyum, kerana apa yang mereka lakukan adalah terlalu mudah sehinggakan mereka tidak pernah memikirkannya.
Encik Memerang: Baik, Karim, berhenti seketika. Saya akan menjawab soalan-soalan kamu satu persatu. Jangan bimbang, kamu akan belajar semuanya. Pengetahuan kami tentang bagaimana untuk membina empangan-empangan dan untuk membina kediaman-kediaman seperti ini kami dapatinya secara semula jadi. Sudah tentu, pengetahuan ini tidak datang kepada kami secara kebetulan. Bukannya suatu hari tiba-tiba kami berkata, “Mari bina sebuah empangan dan membina sebuah kediaman di dalam air”. Kami telah memiliki pengetahuan ini, kerana ia telah diajarkan kepada kami sebelum kami lahir. Kerana itu, kami mengetahui apa yang perlu dilakukannya dengan begitu baik dan melakukan kerja-kerja kami dengan jayanya. Sekali lagi, terima kasih kepada pengetahuan ini, kami tahu bagaimana menumbangkan pokok-pokok besar dan membawanya ke dalam air.
Mendengar kepada Encik Memerang dengan penuh kekaguman, Karim telah dikejutkan oleh suara Imran di belakangnya:
“Saya boleh menjawab semua soalan-soalan kamu Karim. Tetapi sebelum itu kamu mesti jelaskan. Mengapa kamu meninggalkan perkhemahan sendirian? Sudah tentu kami akan bimbang jika kami tidak melihat surat ringkas kamu.
Karim: Saya... saya minta maaf. Saya begitu gembira sehinggakan tidak dapat menghalang daripada datang ke sini. Tapi saya tahu kamu pasti akan melihat surat ringkas saya. Bolehkah kamu beritahu saya siapakah yang mengajar memerang ini semua perkara ini?
Imran: Baiklah Karim. Kamu masih ingat kita membaca Al-Quran bersama-sama minggu lepas? Allah berfirman di dalam banyak ayat bahawa Dialah yang menjadikan segala yang ada di langit, di bumi dan di antara keduanya. Kita bercakap tentang haiwan-haiwan yang kita ketahui dan tentang perlakuan-perlakuan mereka yang istimewa. Kemudian kita merumuskan bahawa mereka tidak dapat melakukan perkara-perkara ini sendiri dan sebenarnya mereka telah diajar bagaimana untuk bertindak oleh satu Pencipta.
Karim: Ya, saya ingat.
Imran: Semua hidupan bertindak berdasarkan apa yang telah diajarkan kepada mereka oleh Allah. Sejak mereka baru dilahirkan, mereka semua telah mengetahui bagaimana untuk bertindak. Untuk memahami tindakan-tindakan mereka, kita manusia melakukan kajian-kajian dan menjalankan penyelidikan-penyelidikan selama beberapa tahun; dan kita menggunakan alat-alat berteknologi, membaca buku-buku dan melakukan eksperimen-eksperimen. Tetapi perkara-perkara ini yang kita berusaha keras untuk memahaminya dilakukan dengan mudah oleh haiwan-haiwan. Contohnya, mereka membuat kiraan-kiraan yang membingungkan pakar-pakar sekalipun. Encik Memerang dan Puan Memerang melakukan apa yang telah diajarkan Tuhan kita kepada mereka untuk dilakukan. Jika Encik Memerang memberitahu kita lebih banyak tentang apa yang mereka lakukan, kamu akan dapat memahami apa yang saya maksudkan dengan lebih baik.
Encik Memerang: Ya, Karim. Nanti saya akan memberitahu kamu secara terperinci tentang rumah yang sedang kami bina. Kamu juga akan mengetahui bahawa adalah mustahil untuk kami melakukan semua perkara ini dengan menggunakan kebijaksanaan kami sendiri.
Karim mendengar Encik Memerang dan Imran dengan teliti, kerana dia menyedari kepentingan perbualan ini. Jadi dia memutuskan untuk memberi perhatian terhadap apa yang mereka katakan dan bertanya tentang perkara-perkara yang gemar dipelajarinya.
Karim: Encik Memerang, saya rasa kamu menggunakan kaki dan gigi kamu menebang pokok-pokok untuk membentuk kolam ini. Tetapi mengapa gigi kamu begitu kuat? Gigi saya, misalnya, pasti akan patah jika saya cuba menggigit sebatang ranting. Saya tidak akan melakukannya.
Encik Memerang: Soalan yang baik, Karim. Saya dan isteri saya dapat menebang kira-kira 400 batang pokok setahun. Kami melakukannya dengan mengerit dengan gigi kami. Kami menggunakan empat gigi hadapan untuk mengerit ranting-ranting pokok. Gigi kami juga akan menjadi haus, walaupun bukan sehaus seperti gigi kamu, dan kadang kala patah. Tetapi ini tidak menjejaskan kami, kerana gigi hadapan kami, yang digelar gigi kacip, akan terus tumbuh sepanjang hidup kami.
Karim: Jadi gigi kamu tumbuh berterusan, sama seperti kuku kami, bukan?
Puan Memerang: Biar saya jawab soalan kamu karim. Ya, kamu betul. Allah menjadikan gigi kami berbeza daripada hidupan lain. Jika Dia tidak melakukannya, kami tidak akan dapat mencari makan dan membina rumah kami, yang pasti tidak baik untuk kami. Kerana anggota-anggota spesies kami akan mati kebuluran, spesies kami akan perlahan-lahan menjadi pupus, iaitu, kami tidak akan berada di sini hari ini. Kamu tidak akan menemui walau seekor pun memerang di muka bumi ini. Bagaimanapun, gigi saya, seperti juga gigi Encik Memerang dan semua memerang lain, tumbuh dengan cepat. Seperti yang dapat kamu lihat, gigi kami amat penting kepada kami.
Karim: Baiklah. Tetapi sekarang bagaimana kamu belajar berenang? Saya telah mempelajarinya baru-baru ini. Bagaimana kamu menjadi perenang yang sempurna?
Encik Memerang: Karim, semua memerang boleh berenang tidak lama selepas mereka dilahirkan. Ia amat mudah bagi kami, kerana tubuh kami sesuai untuk berenang. Contohnya, kaki kami berselaput, supaya kami dapat menolak air dengan mudah, dan selain daripada itu, ekor kami yang leper bertindak sebagai sirip, supaya kami dapat bergerak dengan mudah di dalam air. Seperti mana kamu memakai gogal untuk melindungi mata kamu daripada air dan membantu kamu melihat di dalam air, kami mempunyai gogal semula jadi. Dan telinga dan lubang hidung kami dapat menutup dengan rapat untuk menghalang air. Kami juga mempunyai tiga kelopak mata pada setiap mata. Salah satu daripadanya adalah separuh lut sinar, membolehkan kami melihat di dalam air dan juga melindungi mata kami daripada kemungkinan bahaya dalam air.
Karim: Sahabat-sahabat kecilku, saya juga boleh berenang dengan pantas dan mudah apabila saya memakai sirip renang di kaki saya. Ayah saya yang membelikan saya sirip renang itu, tetapi kamu memilikinya sejak lahir. Allah telah menjadikan kamu dengan sifat-sifat yang kamu perlukan.
Imran: Kamu betul, Karim. Encik Memerang bolehkah kamu tolong terangkan kepada kami lebih lanjut tentang empangan-empangan yang kamu bina?
Encik Memerang: Mula-mula, kami heret kayu-kayu balak dan ranting-ranting ke dasar sungai. Kemudian kami longgokkan ranting-ranting yang ringan di atas yang berat. Tetapi kami perlu meletakkannya dengan cermat di tempatnya, jika tidak air yang mengalir akan menghanyutkan apa yang telah kami bina. Kerana itulah, kami menambah kayu-kayu balak dan menguatkannya dengan batu-batu. Tetapi ia masih tidak begitu kuat, oleh itu, kami perlu menampungnya. Jadi kami lekatkan ranting-ranting ini bersama dengan satu campuran khas daripada lumpur dan daun-daun. Campuran kalis air ini juga tahan kepada kesan-kesan hakisan air.
Karim: Jika tidak sudah tentu kamu tidak dapat membina rumah yang kering di dalam air, segala usaha kamu akan sia-sia.
Yang demikian (sifat-sifat-Nya dan kekuasaan-Nya) ialah Allah Tuhan kamu, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, maka beribadatlah kamu kepada-Nya. Dan (ingatlah) Dia lah yang mentadbirkan segala-galanya.(Surah Al-An'am: 102) |
Puan Memerang: Kamu betul, Karim. Tetapi, empangan yang kami bina ini sangat kuat dan ia menjadi bertambah besar dan kuat setiap hari. Apabila empangan bertambah besar, paras air yang dikumpulkan sebelum ini meningkat. Oleh itu, selepas beberapa bulan, sebuah kolam empangan terbentuk. Tetapi apabila kolam menjadi bertambah besar, kami mesti menguatkan dan membaiki empangan ini. Seperti yang dikatakan oleh Encik Memerang, kami meletakkan di kawasan antara ranting-ranting ini dengan lumpur dan semak. Lagipun, terdapat satu lagi perkara yang sangat penting, adakah kamu perasan bentuk empangan kami? Ia kelihatan seperti sebuah lengkungan, bukankah begitu?
Seperti mana ekor yang berfungsi sebagai sirip (di atas), kaki, gigi, malah setiap anggota badan memerang telah dijadikan dengan begitu istimewa dan sempurna oleh Allah. Tanpa sifat-sifat ini, memerang tidak mungkin dapat hidup. |
Memerang menggunakan lumpur untuk membina rumah mereka. Mereka melekatkan ranting-ranting dan kayu-kayu balak dengan lumpur.
Bentuk ini yang dilenturkan ke dalam dipanggil cekung. Semua empangan-empangan dibina memerang secara cekung. Kami cuba untuk menyekat air pada sudut 45 darjah.
Tertarik dengan apa yang Encik dan Puan Memerang ceritakan kepadanya, Karim menyampuk:
Encik Memerang menerangkan kepada Karim bagaimana mereka membawa kayu-kayu balak dan ranting-ranting pokok ke dalam air (halaman sebelah) dan kemudian bagaimana Puan Memerang melekatkannya. | ||
Karim: Bagaimana kamu mengetahuinya? Kami pernah pergi ke sebuah empangan bersama guru kami, dan pada hari itu dia memberitahu kami bahawa empangan-empangan moden telah dibina sama seperti kamu punya. Semuanya melengkung ke dalam. Dia juga memberitahu kami bahawa kerana bentuk ini, yang digelar cekung, manusia dapat mengempang air pada sudut 45 darjah tepat. Empangan-empangan cekung yang kuat adalah amat sesuai untuk menahan tekanan air. Tetapi bagaimana kamu memperoleh pengetahuan seperti ini, Encik dan Puan Memerang? Siapakah yang mengajar kamu? Saya tahu empangan tersebut telah dibina oleh jurutera-jurutera. Kakak saya juga seorang jurutera; dia terpaksa meluangkan masa bertahun-tahun untuk pengajian sebelum dia dapat menjadi seorang jurutera. Tetapi kamu tidak boleh pergi ke sekolah, jadi bagaimana kamu dapat mengetahuinya? Siapakah yang mengajarkan kamu pengetahuan ini?
Ranting-ranting yang dilonggokkan ini tidak lama lagi akan membentuk rumah memerang. Ketika membina rumah mereka, memerang-memerang ini dengan pantas membawa ranting-ranting kecil terlebih dahulu. Allah menjadikan makhluk ini begitu mahir dan bijak.Kemudian pecahan-pecahan kayu yang lebih berat dan ranting-ranting dibawa oleh memerang-memerang yang rajin ini.Memerang menggunakan lumpur untuk membina rumah mereka. Mereka melekatkan ranting-ranting dan kayu-kayu balak dengan lumpur. |
Imran: Karim, adalah mustahil untuk keluarga memerang ini melakukan semua ini dengan cara yang rawak. Apakah kamu masih ingat kamu pernah bertanya kepada saya tentang seorang yang bernama Darwin? Di mana buku yang kamu baca menyatakan bahawa haiwan-haiwan telah wujud dan memperoleh ciri-ciri mereka secara kebetulan. Kamu dapati ia tidak masuk akal dan menganggap apa yang telah dikatakan oleh Darwin adalah satu pembohongan.
Sementara Puan Memerang menerangkan kepada Karim bagaimana mereka membina empangan...Apa yang mengejutkan Karim ialah bagaimana memerang dapat membina sebuah empangan yang sama seperti yang dilakukan oleh manusia. |
Karim: Ya, saya ingat. Dan saya memahami kamu dengan baik. Sudah tentu, Encik Memerang dan Puan Memerang tidak mempelajari perkara-perkara ini secara kebetulan. Sudah tentu Darwin telah menipu manusia.
Encik Memerang: Seperti yang telah saya katakan sebelum ini, kami tahu bagaimana hendak melakukan semua ini sejak lahir. Kamu adalah seorang budak yang bijak, Karim. Sudah tentu saya tidak pernah pergi ke sekolah. Dan sudah tentu juga saya tidak menemui perkara ini dengan cara mencuba. Jika sesiapa mengemukakan pendapat yang tidak masuk akal ini, kamu dapat menyoalnya dengan beberapa soalan:
Karim memerhatikan Encik Memerang dan Puan Memerang dengan penuh kekaguman dan kehairanan ketika mereka perlahan-lahan membina empangan. Dia berfikir, "Bagaimana mereka melakukannya?". |
Jika kita anggarkan seekor memerang, mengetahui bagaimana hendak membina rumah ini secara kebetulan, kita lihat semua memerang membina rumah mereka dengan cara yang sama. Adakah mereka mengetahuinya secara kebetulan juga?
Apabila gigi saya telah haus, gigi yang baru akan tumbuh di tempatnya. Ia sama sahaja pada semua memerang. Bukankah telah jelas di sini bahawa ia tidak mungkin berlaku secara kebetulan?
Di dalam gambar ini, kamu boleh lihat Darwin, yang telah berbohong dan cuba menipu semua orang. Karim adalah seorang budak yang pintar. Terima kasih kapada apa yang diberitahukan oleh Imran dan buku-buku yang telah dibancaya, dia dengan segera mengetahui bahawa Darwin adalah seorang yang membingungkan manusia.tı. |
Seperti yang dapat kamu lihat, seseorang itu perlu berfikir untuk melihat bagaimana mustahilnya perkara ini dan bagaimana tidak masuk akalnya dakwaan ini. Tolong tanya kakak kamu di dalam kursus yang mereka pelajari bahawa empangan mesti dibina pada sudut 45 darjah dan perkiraan apakah yang mereka perlu lakukan. Kemudian kamu akan lebih memahami saya.
Karim: Memang betul Encik Memerang. Jelaslah bahawa suatu Kebijaksanaan Tertinggi telah mengajar kamu semua perkara-perkara ini. Ibu saya memberitahu saya bahawa Allah itu Maha Bijaksana. Ia adalah bukti kebijaksanaan Tuhan kita yang tiada tolak bandingannya maka Dia mengajarkan kepada kedua-dua kamu dan memerang-memerang lain dan begitu juga kepada memerang-memerang yang pernah hidup setakat ini. Saya juga tahu bahawa bukan kamu sahaja yang Allah ajarkan apa yang perlu dilakukan, tetapi juga kepada semua hidupan.
Karim memerhatikan Encik Memerang dan Puan Memerang dengan penuh kekaguman dan kehairanan ketika mereka perlahan-lahan membina empangan. Dia berfikir, "Bagaimana mereka melakukannya?".
Imran: Ya, Karim. Allah menjadikan semua benda hidup dan menguasai semuanya. Seperti yang dinyatakan di dalam sepotong ayat Al-Quran:
Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air; maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Ia kehendaki (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.( Surah An-Nuur: 45 )