Apabila mereka hampir kepada sungai, Karim mula berjalan di atas hujung jari kakinya. Dia melihat lebih banyak ranting-ranting dan kayu balak di dalam air. Dia melihat sekeliling dan menyangka tiada sesiapa di kawasan sekitar. Dia hampir memanggil abangnya, apabila tiba-tiba dia melihat dua ekor haiwan yang cantik terapung-apung di atas air. Dia bersembunyi. Tanpa melihat Karim, haiwan-haiwan ini menyambung kerja mereka. Tidak lama kemudian, abangnya yang bernama Imran, datang dan berbisik kepada Karim dengan perasaan kagum: “Jadi memerang inilah yang menebang pokok-pokok dan membawanya ke dalam air”. Karim sangat gembira melihat memerang yang betul-betul hidup, yang telah dilihatnya di dalam buku-buku tetapi dia tidak tahu banyak tentangnya. Mereka memerhati kedua-dua haiwan yang menarik dan kuat bekerja ini sepanjang hari.
Di sebalik pokok, Karim dan Imran memerhatikan memerang-memerang tersebut dan tugas menakjubkan yang mereka lakukan, tanpa menyedari mereka sedang diperhatikan. |
Abang Karim memberitahunya bahawa memerang ini sedang cuba mengempang air supaya mereka dapat membina sebuah rumah. Kelakuan memerang ini amat menakjubkan. Mereka meletakkan ranting-ranting yang mereka bawa dengan mulut mereka di hadapan longgokan terbesar yang mereka telah bawa ke dalam air. Kemudian mereka naik ke tebing dan menuju ke arah pokok-pokok berhampiran.
Salah seekor memerang ini memakan daun-daun pokok, dan kemudian mula mengerit kulit pokok dengan giginya. Ia mengerit kayu di sekeliling batang pokok, dalam keadaan yang sama pada setiap bahagian. Ia melakukannya sehingga bahagian pokok yang pecah menjadi seperti sebatang pencil yang ditajamkan.
Ketika memerang tersebut mengerit batang pokok, Karim tertanya-tanya bagaimana haiwan yang kecil ini akan membawa pokok yang besar. Pada ketika itu juga, pokok itu jatuh ke dalam air, menyelesaikan masalah bagaimana ia akan dibawa.
Kemudian memerang yang seekor lagi pula datang dan mula mengerit sebatang pokok, yang sekali lagi jatuh terus ke dalam air. Kemudian, yang lain, kemudian yang lain... Semua pokok-pokok yang memerang-memerang tebang, tumbang dan jatuh ke dalam air. Seolah-olah ketika memerang-memerang itu mula mengerit pokok-pokok tersebut, mereka telah membuat pengiraan untuk memastikannya jatuh ke dalam air. Karim terperanjat kerana dia tidak terfikir cara seperti ini untuk membawa pokok-pokok tersebut. Dia memberitahu Imran apa yang difikirkannya dan mendapati dia juga berpendapat sedemikian.
Sebelum mula bekerja, memerang memakan daun-daun yang dibawa, dan ini memberikan mereka tenaga.Di dalam halaman berikutnya, kamu dapat melihat pokok-pokok yang ditebang oleh memerang. Jangan lupa haiwan kecil yang menebang pokok-pokok besar, melakukannya dengan dorongan daripada Allah. |
Imran: Terus terang saya katakan, saya juga tidak terfikir bagaimana hendak melakukannya. Tetapi saya pernah terbaca tentangnya. Memerang membuat anggaran bagaimana untuk membolehkan pokok jatuh ke dalam air dan mengerit pokok pada sudut tertentu. Tetapi apabila mereka gagal, mereka akan mengheret pokok tersebut ke dalam air dengan gigi mereka. Karim, saya rasa sudah cukup untuk hari ini. Apakah kamu mahu saya beritahu kamu lebih banyak tentang memerang apabila kita kembali ke perkhemahan? Kita boleh membaca tentang mereka jika kamu mahu.
Apabila mereka gagal untuk menjatuhkan pokok ke dalam air, memerang akan mengheret balak-balak ini ke dalam air dengan gigi mereka. Di dalam gambar di atas, kamu melihat Encik Memerang sedang mengheret sebatang pokok. |
Karim: Ya, saya suka melakukannya. Saya kagum bagaimana memerang ini dapat membuat anggaran seperti itu dan bertindak dengan begitu bijaksana. Ia juga amat mengelirukan. Mengapa mereka mengempang sungai untuk membina sebuah rumah? Tidakkah gigi mereka rosak dengan memakan kulit pokok? Saya mempunyai banyak persoalan berkenaan dengannya. Saya boleh bercakap tentang mereka sepanjang malam.
Imran: Baiklah, tetapi kita mesti kembali ke perkhemahan sekarang. Kita banyak membuang masa berbual, dan hari sudah hampir gelap. Mari kita kembali sebelum ibu bimbangkan kita. Lagipun, saya merasa mengantuk dan letih. Marilah cepat.
Mereka bergegas pulang ke perkhemahan dalam keadaan tergesa-gesa. Bagaimanapun, banyak persoalan-persoalan terlintas di fikiran Karim dalam perjalanan pulang. Sebaik sahaja mereka sampai ke perkhemahan, mereka menikmati hidangan lazat yang disediakan oleh ibu mereka. Kemudian mereka mencari memerang di dalam buku-buku. Tetapi Karim mendapati Imran telah tertidur. Oleh itu Karim mula membaca sendirian.
Ini meninggalkan Karim sendirian bersama dengan persoalan-persoalan di dalam fikirannya. Jadi dia membuat rancangan baru. Dia akan bertemu dengan memerang-memerang tersebut pagi esok dan akan belajar daripada mereka apa yang mereka lakukan. Tidak lama kemudian dia pun tertidur...