Karim adalah watak pertama di dalam buku kita ini. Dia gemar bersukan, membaca buku dan amat berminat dengan haiwan-haiwan. Terima kasih kepada buku-buku yang telah dibacanya, dia telah belajar banyak perkara tentang haiwan. Malah dia mengetahui perkara-perkara tentang haiwan yang orang lain tidak mengetahuinya. Dia mengenali haiwan-haiwan di dalam gambar dan mengetahui sifat-sifat mereka dengan baik. Kerana itulah, sahabat-sahabatnya sukakan Karim. Mereka suka berbual dengannya ketika rehat atau ketika pergi atau balik daripada sekolah.