Kami sebutkan terdahulu, mukjizat terbesar diberikan kepada Nabi kita ialah Al-Quran. Al-Quran telah diturunkan kepada manusia 1,400 tahun dahulu, tetapi terdapat beberapa fakta di dalam Al-Quran yang hanya dapat difahami mutakhir ini.
Dari planet-planet kepada bintang-bintang, manusia kepada haiwan, Allah menjadikan segalanya di alam ini. Tuhan kita mengetahui segala yang belum kita ketahui setakat ini dan Dia memaklumkan kepada kita sebahagian daripadanya di dalam Al-Quran. Kita hanya dapat mempelajarinya jika Allah membenarkannya, dan kemudian kita menyedari ia adalah mukjizat Allah.
Al-Quran mengandungi banyak keajaiban saintifik. Di sini kita hanya akan memperkatakan beberapa keajaiban Al-Quran ini. (Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk buku, Miracles of the Qur'an)
Penciptaan cakerawala ini telah disebutkan di dalam Al-Quran di dalam ayat berikut dan ayat-ayat lain:
(Dialah) yang menciptakan langit dan bumi. Bagaimanakah Ia mempunyai anak sedang Ia tidak mempunyai isteri? Ia pula yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan segala-galanya. (Surah Al-An'am: 101) |
Di dalam bahagian pertama buku ini, kami telah membincangkan dengan terperinci bagaimana cakerawala ini wujud daripada tiada 15 ribu juta tahun dahulu. Dengan kata lain, alam ini wujud secara mendadak daripada ketiadaan.
Hanya ilmu sains abad ke-20 membolehkan kita mendapatkan maklumat saintifik tentang peristiwa hebat ini. Oleh itu, sudah tentu mustahil ia boleh diketahui secara saintifik 1,400 tahun dahulu. Tetapi seperti yang disebutkan di dalam ayat berikut, Allah telah memberitahu kita fakta ini apabila Al-Quran mula diturunkan. Ini adalah satu mukjizat Al-Quran dan satu bukti bahawa ia adalah Kalam Allah.
Yang bersifat demikian ialah Allah, Tuhan kamu; yang menciptakan tiap-tiap sesuatu (dari tiada kepada ada); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; maka bagaimana kamu dapat dipalingkan (daripada menyembah-Nya)? (Surah Ghafir: 62) |
Kebanyakan kamu telah mengetahui bahawa bumi kita dan planet-planet lain mempunyai orbit. Sebenarnya, tidak hanya planet-planet di dalam Sistem Solar kita sahaja yang mempunyai orbit, tetapi semua objek di langit juga mempunyai orbit tersendiri. Oleh itu, mereka bergerak mengikut laluan yang tepat. Kebenaran saintifik ini yang hanya ditemui ahli sains mutakhir ini telah diturunkan 1,400 tahun dahulu:
Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas). (Surah Al-Anbiyak: 33) |
Seperti yang dapat diperhatikan di dalam ayat ini, Allah telah memaklumkan kita satu fakta saintifik yang hanya ditemui hari ini. Ketika Al-Quran diturunkan, manusia tidak mengetahui objek-objek langit bergerak mengikut orbit tertentu. Tetapi Allah mengetahui segalanya dan Dia memberitahu apa yang dikehendaki-Nya kepada hamba-hamba-Nya.
Salah satu sifat laut yang hanya diketahui kini telah diceritakan di dalam sepotong ayat Al-Quran seperti berikut:
Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu; Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya; (Surah Ar-Rahman: 19-20) |
Sifat laut yang tidak bertemu tetapi tidak bercampur antara satu sama lain, hanya mula ditemui baru-baru ini oleh pakar oseanografi. Disebabkan oleh kuasa fizik yang dikenali sebagai "tegangan permukaan", air pada lautan bersebelahan tidak bercampur. Disebabkan oleh perbezaan kepekatan air, tegangan permukaan menghalang mereka daripada bercampur antara satu sama lain, seolah-olah terdapat satu dinding nipis di antara keduanya.
Yang menariknya ialah ketika manusia tidak mempunyai pengetahuan tentang fizik, tegangan permukaan dan oseanografi; ia telah didedahkan di dalam Al-Quran.
Pengetahuan astronomi ketika Al-Quran diturunkan, melihat bumi ini dengan pandangan berbeza. Sesetengah berpendapat bumi ini sama rata, dan sebahagian yang lain pula mempunyai teori-teori berbeza. Tetapi kenyataan bumi ini bulat masih tidak diketahui. Tetapi, di dalam Al-Quran telah diketahui secara kesimpulan bahawa bentuk bumi ini adalah bulat. Ayat tersebut ialah:
Ia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan gunanya yang sebenar; Ia pula menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya), dan menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya); dan Ia menjadikan matahari dan bulan beredar menurut perintahnya, - tiap-tiap satu dari keduanya, beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Ingatlah! Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni. (Surah Az-Zumar: 5) |
Perkataan Arab "takwir" diterjemahkan sebagai "melingkari" di dalam ayat di atas. Di dalam bahasa Melayu untuk melilit atau melipat di sekeliling sesuatu untuk menutup atau melindunginya; menutupi seperti sehelai kain yang menutupi siang dan malam hanya dapat melingkari antara satu sama lain jika bumi ini berbentuk bulat. Tetapi, seperti yang disebutkan sebelum ini, orang-orang Arab yang hidup 1,400 tahun dahulu beranggapan bumi ini sama rata. Ini bererti kebulatan bumi telah dibayangkan di dalam Al-Quran yang diturunkan pada abad ke-7. Ini kerana Allah mengajar kebenaran kepada manusia. Perkara ini, ditunjukkan di dalam kitab yang diturunkan Allah ini, hanya terbukti beberapa abad kemudian oleh para ahli sains.
Disebabkan Al-Quran adalah Kalam Allah, perkataan paling tepat digunakan untuk menggambarkan cakerawala ini. Adalah mustahil untuk manusia mengetahui dan memilih perkataan-perkataan ini. Tetapi kerana Allah mengetahui segalanya, Dia dapat menjadikan fakta-fakta ini diketahui manusia apabila dikehendaki-Nya.
Apabila dinyatakan di dalam Al-Quran bahawa Allah dapat menghidupkan manusia selepas kematiannya dengan mudah, Allah telah menarik perhatian kepada cap jari manusia:
Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)? Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain). (Surah Al-Qiyamah: 3-4) |
Mengembalikan semula tubuh manusia yang telah hancur adalah terlalu mudah bagi Allah. Sekarang, perhatikan cap jari kamu. Setiap cap jari adalah unik. Jika kamu mempunyai kembar, saudara kembar kamu juga berbeza. Setiap manusia yang hidup atau siapa sahaja yang pernah hidup di dunia ini mempunyai satu set cap jari yang unik. Kerana itulah ia seunik identiti seorang manusia.
Allah Yang Maha Kuasa dapat menjadikan semula kita, dan semua perincian kita. Sementara itu, jangan lupa tanda cap jari dan kenyataan bahawa setiap manusia mempunyai satu set cap jari khas untuk dirinya hanya diketahui pada abad ke-19. Tetapi Allah telah menyebutnya di dalam Al-Quran 1,400 tahun dahulu.
Terdapat banyak lagi mukjizat yang terdapat di dalam Al-Quran. Kita hanya membincangkan sebahagian kecil daripadanya. Ini sahaja sudah memadai untuk menunjukkan Al-Quran adalah Kalam Allah. (Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku, Miracles of the Qur'an oleh Harun Yahya)
Allah memberitahu kita seperti berikut mengenai Al-Quran:
Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya. (Surah An-Nisaa: 82)
Seperti yang ditunjukkan di dalam ayat di atas, Al-Quran memberikan maklumat tepat. Dengan kemajuan sains, lebih banyak mukjizat yang disebutkan di dalam Al-Quran sedang didedahkan. Mukjizat Al-Quran ini telah membuktikan bahawa ia adalah wahyu daripada Allah. Pada peringkat ini, menjadi tanggungjawab kita untuk mempelajari dan melaksanakan Al-Quran dengan teliti.
Allah memerintahkan kita berpegang kepada Al-Quran di dalam banyak ayat. Sebahagiannya seperti berikut:
Dan ini sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan, yang ada berkatnya (banyak manfaatnya). Oleh itu, hendaklah kamu menurutnya; dan bertakwalah (kepada Allah), mudah-mudahan kamu beroleh rahmat. (Surah Al-An'am: 155) |
Janganlah melakukan lagi yang sedemikian itu! Sebenarnya ayat-ayat Al-Quran adalah pengajaran dan peringatan (yang mencukupi).
Janganlah melakukan lagi yang sedemikian itu! Sebenarnya ayat- ayat Al-Quran adalah pengajaran dan peringatan (yang mencukupi). Maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya.(Surah 'Abasa: 11-12) |