logo
HARUN YAHYA

Kesimpulan

Wahai adik-adik! Di dalam buku ini kita telah menyentuh fakta paling penting di dalam hidup kita. Kami mengemukakan soalan seperti, "Apakah matlamat hidup kita?", "Bagaimana Allah yang menjadikan kita dan semua di sekeliling kita, mahu kita berkelakuan?", "Apakah tanggungjawab kamu terhadap Pencipta kamu?", "Apakah kehidupan di alam baqa?", "Kenapa kita takut dihumban ke neraka?", dan lain-lain.

Kami berharap anda akan memikirkan persoalan ini dengan baik. Sekarang ini, kamu masih muda, tetapi jangan lupa suatu hari nanti kamu akan menjadi tua.

Mungkin ada sesiapa di sekeliling kamu menyatakan kamu terlalu muda untuk memikirkan soal kematian. Tetapi kamu harus sentiasa ingat tiada siapa dapat mengetahui bila kematian itu akan datang kepadanya. Kamu mungkin akan mati dalam masa sehari atau sepuluh tahun nanti. Apabila kamu memikirkan semua perkara ini, kamu akan sedar betapa ruginya membuang masa.

Çocuklar

Jangan lupa kamu boleh mereka berbagai alasan untuk semua perkara. Kamu juga boleh meyakinkan orang lain. Tetapi di dalam kehidupan di alam baqa yang bermula selepas mati, kamu tidak akan dapat membuat sebarang alasan untuk kesalahan dan kesilapan kamu di hadapan Allah, Yang mengetahui dan melihat segalanya.

Kerana itu, kamu mesti memikirkan fakta-fakta ini tanpa membuang masa dan mula berusaha menjadi seorang yang mencintai Allah.

Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana". (Surah Al-Baqarah: 32)

KONGSI
logo
logo
logo
logo
logo
Muat turun
  • Pendahuluan
  • Allah Menjadikan Kita Semua
  • Allah Mengutuskan Rasul-Rasul dan Kitab-Kitab
  • Mukjizat Al-Qur’an
  • Bagaimanakah Akhlak Yang Allah Kehendaki?
  • Beribadat Kepada Allah
  • Kematian Dan Kehidupan di Dalam Alam Baqa
  • Kesimpulan