logo
HARUN YAHYA

Kematian dan Kehidupan di Dalam Alam Baqa

Setengah manusia menganggap kematian sebagai penamat. Tetapi sebenarnya kematian adalah satu perpindahan dari kehidupan di dunia ini kepada kehidupan di akhirat. Ia umpama pintu gerbang untuk ke akhirat.

Di sebalik pintu gerbang ini, iaitu kehidupan alam baqa di mana kita akan memasuki syurga atau neraka bergantung kepada keimanan sebenar kita kepada Allah dan cubaan Allah terhadap kelakuan kita di dunia.

Kematian hanyalah satu penamat untuk satu tempoh tertentu. Ia seperti deringan loceng di sekolah yang menandakan tamatnya waktu peperiksaan. Allah memberikan jangka waktu percubaan berbeza untuk setiap manusia. Sebahagian manusia mempunyai tiga puluh tahun, sementara yang lain dapat hidup sehingga seratus tahun. Sebagaimana Allah menetapkan tarikh kelahiran kamu, di mana bermulanya waktu percubaan kamu, maka Allah juga menentukan bila waktu ini tamat. Dengan kata lain, hanya Allah mengetahui bilakah kamu akan mati.

Çocuklar

Bagaimana Kita Menerima Kematian?

Kematian, penamat waktu percubaan di dunia, adalah satu kegembiraan dan kebahagiaan kepada orang-orang beriman. Apakah kita akan merasa sedih jika seseorang itu berjaya lulus peperiksaan? Kamu mungkin kehilangan saudara terdekat atau seorang yang dikasihi. Tetapi orang beriman mengetahui bahawa kematian bukan perpisahan selamanya, dan mereka yang meninggal dunia sebenarnya telah menamatkan tempoh ujian mereka di dunia ini. Dia tahu di alam baqa, Allah akan mengumpulkan orang-orang Islam yang mengikut suruhan-Nya dan memasukkan mereka ke dalam syurga. Dengan itu mereka tidak akan merasa sedih sebaliknya gembira.

Çiçekler

As for those who believe and do right actions—We impose on no self any more than it can bear—they are the Companions of the Garden, remaining in it timelessly, for ever. (Surat al-A'raf: 42)

Allah boleh meragut nyawa kamu bila-bila masa sahaja. Oleh itu, kita harus berusaha mendapat keredaan Allah.

Kesimpulannya, kematian bukan penamat tetapi sebaliknya adalah sebuah pintu gerbang yang membawa kita ke alam baqa. Kehidupan di alam baqa adalah kehidupan yang sebenar dan ia akan berkekalan selama-lamanya, dan kita perlu bersedia. Pada fikiran kamu, adakah orang yang mengambil peperiksaan mahu kekal selama-lamanya? Sudah tentu tidak. Dia hanya mahu menjawab semua soalan dengan betul dan kemudian meninggalkan kelas.

Di dunia ini juga, seseorang itu perlu berusaha untuk lulus di dalam peperiksaan, mendapat keredaan Allah dan memasuki syurga-Nya.

Di dunia ini, matlamat utama manusia mestilah untuk menyayangi Allah dan mendapat keredaan-Nya. Kerana Allah Yang Maha Kuasa menyayangi kita dan sentiasa melindungi kita. Sepotong ayat Al-Quran memetik ucapan seorang nabi:

... Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengawal dan Pemelihara tiap-tiap sesuatu." (Surah Hud: 57)

Alam Baqa

Allah menyebut tentang dunia sementara ini di dalam banyak ayat Al-Quran dan menegaskan kediaman sebenar manusia ialah di alam baqa. Seorang manusia yang telah diuji di dunia akan dimatikan dan kemudian memulakan kehidupannya di akhirat. Ia adalah kehidupan tanpa penghujung. Allah menjadikan berbagai nikmat di dunia ini. Dia menjadikan kehidupan di dunia ini untuk melihat apa yang akan kita lakukan sebagai balasan kepada nikmat-nikmat yang telah kita kecapi. Sebagai ganjaran atau balasan, Allah juga telah menjadikan syurga dan neraka.

Allah memaklumkan kita bagaimana seorang manusia akan dibalas di akhirat kelak:

Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun). (Surah Al-An'am: 160)

Allah sangat penyayang kepada manusia. Dia banyak memberikan mereka anugerah. Tetapi mereka yang layak menerima balasan hanya akan dibalas dengan kejahatan setimpal yang pernah mereka lakukan. Allah tidak menzalimi manusia. Hanya manusia yang menzalimi manusia lain. Di dunia ini, seorang yang bersalah boleh menipu atau memperdayakan orang lain, tetapi di akhirat jika dia tidak beriman kepada Allah dan kesatuan-Nya, Allah pasti akan menghukumnya, dan jika dia seorang Islam Allah mungkin menghukum atau memaafkannya. Allah melihat dan mengetahui segalanya, dan dengan itu Dia membalas setiap perbuatan.

Çiçekler

As for those who believe and do right actions, We will lodge them in lofty chambers in the Garden, with rivers flowing under them, remaining in them timelessly, forever. How excellent is the reward of those who act. (Surat al-Anqabut: 58)

Syurga dan Neraka

Syurga dan neraka adalah dua tempat berbeza di mana manusia akan hidup selepas mati. Al-Quran telah memberikan kita maklumat tentang tempat-tempat ini.

Kamu mungkin pernah ke tempat-tempat yang mempunyai landskap yang cantik atau melihat pemandangan menakutkan di dalam filem. Ada beberapa tempat kamu tidak mahu meninggalkannya. Syurga adalah jauh lebih cantik daripada tempat-tempat ini. Makanan yang akan dinikmati oleh orang-orang beriman adalah jauh lebih lazat daripada makanan di dunia ini.

Allah, Pencipta kepada semua keindahan di dunia ini, memaklumkan kita bahawa Dia menjadikan kecantikan yang lebih hebat di dalam syurga untuk orang-orang beriman.

Kesusahan di Dunia ini Membolehkan Kita Memahami Keindahan Syurga Dengan Lebih Baik

Kita menghadapi berbagai kesusahan di dunia ini. Kita jatuh sakit, mungkin patah tangan atau kaki, kita merasa terlalu sejuk atau panas, perut kita sakit, kulit kita lebam dan lain-lain. Perhatikan gambar ibu bapa kamu ketika mereka muda dan fikirkan wajah mereka hari ini. Kamu akan mengesan perbezaannya.

Allah menjadikan kelemahan-kelemahan ini untuk manusia di dunia ini. Tetapi tidak satu pun kelemahan ini wujud di akhirat kelak. Disebabkan oleh kelemahan-kelemahan di dunia ini, kita lebih menghargai ganjaran di syurga. Apabila memasuki syurga semua kelemahan akan hilang. Fikirkan tentang apa yang tidak kamu sukai di dunia ini... Tidak satu pun wujud di alam baqa.

Köpek yavrusu

Syurga dihiasi dengan berbagai kenikmatan yang manusia ingin kecapi. Makanan dan minuman terbaik di dunia pun tidak dapat menandingi apa yang ada di syurga. Manusia tidak akan merasa sejuk atau panas di sini. Ia tidak jatuh sakit, takut, berduka cita atau menjadi tua. Kamu tidak akan menemui orang yang lemah di sana. Kerana mereka yang lemah, iaitu mereka yang kufur kepada Allah dan menafikan-Nya, kekal di dalam neraka, tempat yang selayaknya bagi mereka. Mereka yang berada di syurga bercakap di antara satu sama lain dengan ramah; mereka tidak mengutuk, menjadi marah, menjerit atau menyakiti sesiapa. Semua manusia baik yang mempunyai keimanan kepada Allah dan mereka yang melakukan perkara-perkara yang diredai Allah dan layak memasuki syurga, menjadi kawan selama-lamanya.

Daripada Al-Quran kita mengetahui benda-benda menakjubkan wujud di dalam syurga: Rumah-rumah besar, taman-taman yang rendang, dan sungai-sungai yang mengalir menambahkan kegembiraan ahli syurga. Sebenarnya apa yang kita sebutkan tidak memadai untuk menggambarkan sendiri kenikmatan-kenikmatan syurga. Keindahan syurga lebih jauh daripada imaginasi kita.

Çiçekler

Mi smo zaštitnici vaši u životu dunjaluka i na ahiretu. A imat ćete vi u njemu šta zažele duše vaše, i imat ćete vi u njemu šta zatražite. (Fussilet, 31)

Di dalam Al-Quran, Allah memaklumkan kita tentang syurga, manusia akan mendapat lebih dari apa yang jangkakannya. Fikirkan tentang sesuatu yang kamu inginkan atau suatu tempat yang ingin kamu lawati. Dengan izin Allah kamu akan memilikinya dalam sekelip mata. Sebahagian ayat Al-Quran yang menceritakan keindahan syurga seperti berikut:

Sifat Syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. Dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredaan dari Tuhan mereka. (Adakah orang-orang yang tinggal kekal di dalam Syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan diberi minum dari air yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (Sudah tentu tidak sama)! (Surah Muhammad: 15)

Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan;

Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin;

Mereka beroleh dalam Syurga itu pelbagai jenis buah-buahan, dan mereka beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki; (Surah Yaa Siin: 55-57)

Allah juga memaklumkan kita mereka yang layak menerima syurga akan kekal di dalamnya selama-lamanya:

Çiçekler

Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh - (dengan tidak menjadi keberatan kepada mereka, kerana) Kami tidak memberati diri seseorang (dengan kewajipan) melainkan sekadar yang terdaya olehnya, - merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya. (Surah Al-A’raaf: 42)

Pada dasarnya, seorang yang beriman senang mendapat pemberian Allah. Mengetahui dan menyedari ini adalah satu kegembiraan yang paling hebat kepada manusia di dunia ini.

Seksaan Di Dalam Neraka Akan Berkekalan Selama-lamanya

Mereka yang kufur kepada Allah dan menolak kewujudan-Nya juga akan dibalas di atas apa yang telah mereka lakukan. Mereka tidak menerima Allah atau mempercayai bahawa Dialah yang telah menjadikan segalanya, dan mereka menunjukkan kebongkakan mereka, gagal melakukan ibadat yang wajib ke atas mereka dan kerana itu mereka juga memberontak di dunia ini. Balasan kepada semua ini, mereka akan dihukum di dalam neraka.

Sesetengah manusia melakukan beberapa jenayah di dunia. Apabila tiada sesiapa yang menyaksikannya, mereka akan terlepas tanpa dihukum. Tetapi mereka lupa Allah sentiasa melihat mereka setiap masa, dan mengetahui hingga ke isi hati mereka.

Ceylan yavrusu

Setiap orang akan dibalas di atas kebaikan dan kejahatan yang dilakukannya. Allah mempunyai keadilan yang tidak terbatas, di dalam ayat-ayat Al-Quran Dia memberikan berita gembira bahawa setiap zarah kebaikan itu akan diberi ganjarannya. Allah juga memberitahu kita bahawa manusia akan diberi ganjaran sekiranya mereka bertaubat dan memohon keampunan daripada-Nya. Dengan itu, Allah juga mengancam mereka yang tidak mempercayai-Nya, gagal mentaati perintah-Nya di dalam Al-Quran dan merasakan tiada kehidupan lain selepas mati.

Neraka adalah balasan mereka yang bersalah dan melakukan penderhakaan kepada Allah. Allah menggambarkan situasi mereka di dalam Al-Quran:

Onima koji su uzimali vjeru svoju igrom i zabavom, a obmanuo ih je život dunjaluku. Zato ćemo njih danas zaboraviti, kao što su zaboravili na susret dana svog ovog, i što su ajete Naše nijekali." (El-E'raf, 51)

U Džehennemu najtežoj kazni, koja nije uporediva sa nijednom patnjom i bolom na ovom svijetu nevjernike čeka Vatra. Džehennem je mjesto vječnog straha, bola, užasa i nesreće. Ljudi iz Džehennema će moliti da ih izbave. Ali kada se jednom dospije tamo nema kajanja i žaljenja. Ranije smo spominjali faraona koji se pokajao. Allah nam je pružio tu mogućnost sve do trenutka smrti. Ali, kada čovjek umre, kasno je da se kaje i žali za onim što je učinio.

Ljudi će u Džehennemu zauvijek živjeti životom gorim od najgorih životinja. Jedina hrana koju će imati su gorko trnje i drvo Zekum. Njihovo piće biće krv i gnoj. Koža će im se guliti, a meso će biti spaljeno, krv će prskati svuda i tako će oni provoditi svoj život. Ruke će im biti svezane vatrenim okovima za njihove vratove. I ovakav život će im trajati zauvijek ako Allah drugačije ne odredi.

U Kur'anu stoji sljedeće:

(Tuhan berfirman: Orang-orang kafir itu ialah) orang-orang yang menjadikan perkara-perkara agama mereka sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan, dan orang-orang yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya). Oleh itu, pada hari ini (hari kiamat), Kami lupakan (tidak hiraukan) mereka sebagaimana mereka telah lupa (tidak hiraukan persiapan-persiapan untuk) menemui hari mereka ini, dan juga kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat keterangan Kami. (Surah Al-A'raaf: 51)

Di dalam neraka seksaan pedih yang tidak sama dengan kesakitan di dunia, menanti mereka ini di neraka. Neraka adalah sebuah tempat yang dikelilingi ketakutan, kesakitan, tekanan dan kesedihan. Ahli neraka memohon dan meminta daripada Allah jalan keluar daripada neraka ini. Tetapi, apabila telah berada di dalam neraka, sudah terlambat untuk merasa menyesal. Kami sebutkan terdahulu penyesalan Firaun. Allah memberikan manusia peluang sehinggalah pada saat-saat kematian. Bagaimanapun, apabila dia telah meninggal dunia dan memulakan kehidupan baru di alam baqa, penyesalan tidak lagi berguna.

Ahli neraka hidup dalam keadaan yang lebih teruk daripada haiwan untuk selama-lamanya. Satu-satunya makanan yang mereka ada ialah buah pahit yang berduri dan pokok Zaqqum. Mereka minum air panas yang menggelegak dan nanah. Dengan kulit terkoyak dan daging terbakar, mereka berada di dalam keadaan yang teruk. Dengan tangan terikat, mereka dilemparkan ke kerak api. Tambahan pula, kehidupan yang perit ini akan berlangsung selama-lamanya.

Ramai orang percaya neraka adalah tempat sementara, dan apabila mereka telah dihukum di atas segala kesalahan mereka, mereka kemudian akan masuk syurga. Pertimbangan seperti ini terpulang kepada Allah, yang memberitahu kita di dalam Al-Quran seperti berikut:

Mereka ditimpakan (azab seksa) neraka yang ditutup rapat (supaya kuat pembakarannya). (Surah Al-Balad: 20)

Yang demikian ialah disebabkan mereka (mendakwa dengan) berkata: "Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka melainkan beberapa hari sahaja yang boleh dihitung". Mereka (sebenarnya) telah diperdayakan dalam agama mereka, oleh dakwaan-dakwaan dusta yang mereka telah ada-adakan. (Surah Ali 'Imran: 24)

Bagaimanapun, apa yang perlu dilakukan oleh seorang Muslim yang mengetahui kesilapan dan perbuatannya yang salah ialah menyesalinya, berdoa dan mencari pengampunan Allah. Di dalam Al-Quran, Allah memberitahu kita bahawa Dia akan mengampunkan sebarang kesalahan apabila kita telah bertaubat dengan ikhlas. Firman Allah di dalam Al-Quran:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah Az-Zumar: 53)

Adalah penting bagi seseorang itu untuk mengetahui kesilapannya sendiri dan memohon keampunan daripada Allah untuk mengelakkan penyesalan yang tidak berkesudahan di akhirat kelak, dan untuk menyelamatkan diri daripada seksaan neraka yang tidak tertanggung.

KONGSI
logo
logo
logo
logo
logo
Muat turun
  • Pendahuluan
  • Allah Menjadikan Kita Semua
  • Allah Mengutuskan Rasul-Rasul dan Kitab-Kitab
  • Mukjizat Al-Qur’an
  • Bagaimanakah Akhlak Yang Allah Kehendaki?
  • Beribadat Kepada Allah
  • Kematian Dan Kehidupan di Dalam Alam Baqa
  • Kesimpulan