Malapetaka paling teruk yang dibawa oleh Darwinisme kepada manusia ialah pemesongan manusia daripada agama. Moral yang ganas dan kepincangan jiwa akan segera melanda masyarakat yang berpaling daripada agama. Terdapat banyak contoh masyarakat seperti ini hari ini.
Pada noktah ini, seseorang mungkin akan menyatakan bahawa Darwinisme tidak boleh dipertanggungjawabkan di atas kelemahan iman manusia kerana sebahagian besar mereka yang hidup tanpa agama tidak pernah mendengar tentang dakwaan-dakwaan Darwinisme. Bahagian kedua bantahan ini adalah benar. Pada hari ini, jumlah mereka yang mempertahankan Darwinisme secara ilmiah adalah amat terhad. Tetapi golongan minoriti ini terdiri daripada mereka yang menyalurkan idea-idea kepada masyarakat di dalam berbagai bidang. Pengaruh yang mereka bentuk di dalam masyarakat telah mencapai angka yang tidak terkira banyaknya. Mereka mempunyai kemampuan untuk menyuntik pandangan mereka kepada sebahagian besar masyarakat. Contohnya, pensyarah-pensyarah universiti terkenal, sebahagian besar pengarah filem, dan editor-editor penyiaran tersohor, akhbar-akhbar dan majalah, adalah sebahagian besarnya evolusionis, dan tentu sahaja adalah ateis. Kerana itulah, sebahagian besar masyarakat yang mendengar syarahan mereka telah terpengaruh dan dipengaruhi oleh pemikiran-pemikiran evolusi mereka yang anti-agama. Hasilnya, masyarakat terus berkembang di dalam keadaan idea-idea liar ini diterima secara meluas.
Ernst Mayr, seorang biologis di Universiti Harvard dan salah seorang pakar evolusi terkenal di dunia, menggambarkan kedudukan teori evolusi di dalam kehidupan masyarakat seperti berikut:
Sejak Darwin, setiap orang mengaku berasal daripada beruk… evolusi telah memberikan impak ke atas setiap aspek pemikiran manusia: falsafahnya, metafiziknya, etniknya…131
Penyebaran luas Darwinis yang mendominasi seluruh kehidupan manusia bertindak sebagai satu bentuk 'hipotesis' yang kuat ke atas manusia. Terutamanya generasi muda yang tidak mempunyai pengalaman yang mencukupi untuk membentuk sebarang pandangan dunia, walau yang paling dangkal sekali pun, dengan mudah terpengaruh dengan pandangan-pandangan seperti ini. Adalah terlalu mudah untuk mengheret golongan ini melalui majalah-majalah yang mereka baca, filem, persembahan atau klip-klip muzik yang mereka tontoni, dan, yang paling penting, pendidikan yang mereka terima di sekolah. Pengaruh inilah yang menyebabkan mereka mempercayai bahawa teori evolusi ini adalah benar selama 150 tahun, tanpa mengira hakikatnya yang menipu dan tidak saintifik.
Jika kamu perhatikan, propaganda anti-agama jarang dilakukan secara terbuka, tidak seorang pun mendakwa secara terang-terangan bahawa dia tidak perlu mempunyai agama. Tetapi sebaliknya uslub yang berbeza telah digunakan, yang tidak disedari sekali imbas. Ejekan terhadap agama, subjek-subjek agama, atau mereka yang dikenali dengan keimanan mereka, dan juga penggunaan perkataan-perkataan yang menjurus ke arah penolakan agama, takdir, dan agama, di dalam lirik-lirik lagu, novel, filem, tajuk-tajuk berita, dan lawak jenaka, adalah sebahagian daripada uslub-uslub lain yang digunakan.
The book The Lie: Evolution and its author Ken Ham. |
Dari segi lain pula, subjek-subjek Darwinisme adalah senjata utama propaganda anti-agama ini. Walaupun di dalam subjek-subjek yang sama sekali tidak berkaitan, penipuan bahawa moyang kita adalah beruk telah ditekankan. Malah, teori evolusi juga turut dicatatkan di dalam analisis psikologi manusia. Dengan cara ini, masyarakat manusia yang lahir ialah mereka yang tidak mengambil berat tentang agama, hari qiamat, dan tanggungjawab moral, mereka tidak berfikir, tidak beriman atau bertaqwa kepada Allah, dan tidak benar-benar percayakanNya, walaupun apabila ditanya mereka akan mengakui bahawa mereka mempercayai Tuhan dan agama. Mereka yang tidak beriman dan bertaqwa kepada Allah, tidak mengenali sebarang batas di dalam apa-apa bidang, dan mula hidup seperti haiwan yang mereka anggap sebagai asal mereka.
Sebagai contoh, seseorang tidak boleh mangharapkan seorang yang cuai dan tidak bertakwa kepada Allah untuk memelihara akhlaknya, kerana mereka beranggapan bahawa tidak ada sebarang sempadan yang perlu mereka awasi. Mereka akan terus melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral selagi mana mereka bebas daripada pengawasan. Seperti keadaan sekarang ini, terutamanya golongan muda dan bahagian tertentu di dalam masyarakat, tindakan-tindakan yang melampaui batas, penyebaran fahaman yang menganggap nilai-nilai moral dan perintah Tuhan itu sebagai sesuatu yang tidak bererti, pemalingan manusia daripada agama hasil daripada dakwaan-dakwaan Darwinisme, adalah di antara kesannya. Mereka yang menganggap diri mereka terbiar tanpa sebarang batasan dan mereka yang percaya bahawa mereka tidak perlu bertanggungjawab kepada orang lain, mempamerkan sikap boros yang melampau setiap hari. Pemuda dan pemudi boleh mengeluarkan kenyataan kepada akhbar menerangkan kehidupan seksual mereka secara terperinci, dan akhbar akan menyiarkannya, dan pembaca juga tidak ambil kisah. Perzinaan, yang media agungkan dan gambarkannya dengan berhati-hati, malah menyeru manusia untuk melakukannya, telah menjadi satu amalan yang tidak lagi dianggap luar biasa. Melalui pemerhatian yang teliti, di dapati di sebalik pembunuhan, pelacuran, dan penipuan di dalam segala aspek, memberi dan menerima rasuah, dan pembohongan: ringkasnya di dalam semua perkara yang tidak bermoral, kelemahan iman dapat dilihat di sini. Cara paling efektif kelemahan iman ini tersebar ialah kesan daripada penipuan Darwin yang mendakwa bahawa "manusia telah berkembang hasil daripada kebetulan yang amat tipis".
Ken Ham, pengarang buku The Lie: Evolution, menjadikan kelemahan iman yang disebabkan oleh Darwin sebagai subjek dan berkata:
Sekiranya kamu menolak Tuhan dan menggantikanNya dengan kepercayaan lain yang meletakkan peluang, proses-proses rawak di tempat Tuhan, tidak akan ada asas pertimbangan yang betul dan salah. Undang-undang akan menjadi apa yang kamu inginkan. Tidak akan ada sebarang prinsip kukuh yang dipegang. Manusia akan menulis undang-undang mereka sendiri.132
Seorang evolusionis terkenal, Theodious Dobzhansky, bersetuju bahawa idea "pilihan semula jadi", yang menjadi asas Darwinisme, telah menyumbang ke arah kemerosotan moral di dalam masyarakat:
Pilihan semula jadi boleh menyebabkan egotisme, hedonisme, pengecut, penipu dan eksploitasi, sementara etika kumpulan di dalam setiap masyarakat berusaha untuk menghalang atau mengharamkan perilaku 'tabii' seperti ini, dan memuliakan perlakuan yang bertentangan dengannya, seperti: baik hati, bersopan santun, dan berkorban untuk kepentingan kumpulan atau bangsa lain dan seterusnya untuk manusia sejagat.133
Jika kita perhatikan di sekeliling, kita dengan mudah akan mengesan kerosakan moral yang telah dibawa oleh Darwinisme. Idea bahawa peningkatan, kemajuan, dan ketamadunan, adalah hasil daripada manusia yang hidup berasingan di antara satu sama lain dan tanpa ikatan untuk saling membantu, kesetiaan, menghormati, dan kasih sayang, telah membebankan masyarakat. Idea bahawa akibat-akibat seperti ini terpaksa diterima untuk penghasilan dan pembangunan yang lebih hebat, telah dibuat berulang kali. Sedangkan ia sebenarnya adalah hasil daripada perbuatan manusia yang mengheret diri mereka kepada "status binatang", bukannya kepada pembangunan dan ketamadunan.
Sedangkan sebenarnya manusia bukan satu spesies haiwan dan tidak muncul daripada sebarang haiwan. Manusia, yang Allah ciptakan dengan kewarasan, kecerdikan, kesedaran, dan jiwa, adalah makhluk yang jauh berbeza dengan hidupan lain oleh beberapa kualiti yang baik. Tetapi akibat terpengaruh dengan moral secara Darwin-materialis, manusia telah melupakan kualiti-kualiti ini dan terjerumus kepada kebengkengan, ketidaksopanan dan tiada kesedaran dan berfikiran lebih teruk daripada haiwan. Kemudian mereka mengatakan bahawa, "Lagi pun kita ini berasal daripada haiwan, (perangai buruk) ini juga adalah warisan genetik daripada mereka", dan menyediakan asas saintifik sebagai jawapan kepada kelemahan jiwa dan kesedaran mereka.
Ramai para pakar kajian kelakuan manusia secara Darwin menggunakan logik ini sebagai hujah, dan mendakwa bahawa kecenderungan manusia kepada keganasan adalah warisan daripada haiwan yang menjadi nenek moyang mereka. Seorang penyokong evolusi terkenal, Stephen Jay Gould menerangkan dakwaan ini, yang pertama kali telah dipekenalkan oleh seorang ahli fizik Itali, Lombroso, di dalam satu bahagian buku beliau Ever Since Darwin:
Teori biologi jenayah adalah sesuatu yang baru, tetapi Lombroso telah memberikan dakwaan ini satu pembaharuan yang aneh, putar belit evolusi. Dilahirkan sebagai penjenayah (born criminal) bukan satu sifat gila atau penyakit; ia adalah, satu pengembalian ciri-ciri lama daripada peringkat evolusi terdahulu. Sifat-sifat keturunan moyang kita yang primitif dan bodoh kekal di dalam koleksi genetik kita. Sebahagian manusia malang telah dilahirkan bersama sejumlah besar sifat-sifat lama ini. Kelakuan mereka mungkin dapat diterima di dalam masyarakat mereka yang ganas dahulu, tetapi hari ini, kita melabelkannya sebagai penjenayah. Kita mungkin merasa kasihan kerana kelahiran penjenayah (born criminal) ini, kerana dia tidak dapat berbuat apa-apa; tetapi kita tidak dapat bersikap toleran dengan aksi-aksinya.134
Berdasarkan dakwaan penyokong Darwin ini, atau dengan kata lain, pembunuhan sesama manusia, mencederakan orang lain, mencuri, dan bergaduh, adalah warisan yang dipindahkan secara genetik daripada moyang beruk mereka. Kerana itulah, berdasarkan kepada dakwaan ini, jenayah-jenayah ini tidak boleh dirujuk kepada seorang individu dan ia boleh dimaafkan.
Seperti yang dapat dilihat daripada dakwaan ini, penyokong Darwin beranggapan kewarasan dan kesedaran manusia dan berbagai kebolehan seperti pertimbangan dan pengadilan, adalah tidak berguna, dan menerima bahawa manusia adalah makhluk tidak berakal, yang bertindak hanya berdasarkan naluri sahaja, tidak ubah seperti haiwan. Berdasarkan kepada pandangan ini, seperti mana singa tidak dapat menahan dirinya daripada sifat agresif di dalam dirinya dan tidak mempamerkan sifat-sifat baik seperti mengawal kemarahannya, atau memaafkan dan bersabar, begitu keadaan manusia. Telah jelas di sini bahawa tidak akan ada keamanan dan keselamatan, kekacauan, konflik, dan perkelahian di dalam sesebuah masyarakat yang mempertahankan golongan ini.
Berdasarkan kepada para penyokong Darwin dan materialis, seluruh alam semesta ini, termasuk juga manusia, adalah hasil daripada tindak balas berkecamuk dan kebetulan. Apabila kesan daripada pandangan ini berkembang di dalam masyarakat, ia telah melahirkan manusia-manusia yang tidak bertanggungjawab yang percaya mereka sama sekali tidak boleh dikawal.
Seorang yang tidak mempunyai matlamat tidak akan berfikir, tidak akan membentuk matlamat untuk meningkatkan dirinya, ialah seorang yang tidak ambil peduli, berpura-pura, tidak mempunyai perasan, tidak ada apa pun yang dapat menyentuh hatinya, dia tidak dapat menggunakan kesedarannya, dan tidak mengenal sebarang undang-undang dan sempadan. Dia tidak dapat melakukan sebarang kebaikan dan sifat baik. Pada pandangannya, sebagai haiwan maju, di dunia ini dia mesti mencari makanan dan membiak, dengan cara yang sama dengan hidupan lain, dan setelah memenuhi semua keperluan ini, dia mesti mencari hiburan dan kegembiraan sebanyak yang mungkin dan kemudian menanti saat kematian. Dan kemudian dapat disaksikan, walau pun kebanyakan manusia tidak mengetahui Darwinisme secara terperinci, tetapi mereka hidup berdasarkan kepada kehidupan yang disarankan oleh Darwinsme kepada manusia.
Disebabkan mereka hidup di dalam satu kehidupan yang ganas dan yang kemudiannya akan berakhir, maka mereka menghadapi tekanan yang hebat, pesimisme, dan perasaan putus asa. Menyedari bahawa segalanya akan berakhir dengan kematian dan semuanya akan menjadi hampas, telah menyebabkan mereka menjadi tidak gembira dan terkurung. Salah satu sebab disebalik kes bunuh diri, masalah psikologi, dan tekanan ialah kesan negatif sumpahan Darwinisme ke atas pemikiran manusia.
Richard Dawkins, salah seorang pembela evolusi paling taksub di zaman kita, mendedahkan satu contoh. Dawkins mendakwa manusia ini adalah mesin-mesin gen dan tujuan utama kewujudan mereka ialah untuk memindahkan gen-gen mereka kepada generasi berikutnya. Di dalam pandangan Dawkins tidak ada matlamat lain sama ada bagi kewujudan alam semesta ini atau pun manusia. Semuanya, alam ini dan manusia adalah hasil daripada kecamukan dan kebetulan. Mereka yang tertipu dengan dakwaan seperti ini akan dengan mudah menjadi mangsa tekanan dan kekecewaan. Mereka yang percaya satu-satunya matlamat hidup ialah untuk memindahkan gennya, dan segalanya akan berakhir dengan kematian, dan bahawa segala apa yang telah dilakukannya di dalam dunia ini tidak mempunyai sebarang erti, mereka yang merasakan bahawa persahabatan, cinta, kebaikan, dan keindahan itu tidak mempunyai sebarang makna, akan merasakan bahawa hidup ini adalah kejam dan tidak berguna, dan tidak akan redha dengan apa pun. Di dalam mukadimah bukunya Unweaving the Rainbow, Dawkins mengakui kesan negatif dan pesimistik dakwaannya tentang matlamat hidup manusia kepada masyarakat:
Seorang penerbit luar kepada buku pertama saya telah mengaku beliau tidak dapat tidur selama tiga malam setelah membacanya, dia menghadapi kesukaran setelah mendapatkan 'pesanan yang kosong dan dingin ini'. Sebahagian yang lain bertanyakan bagaimana saya mampu bangun setiap pagi. Seorang guru dari sebuah negara jauh telah menulis kepada saya sebagai teguran, bahawa seorang muridnya mendatanginya di dalam keadaan menangis setelah membaca buku yang sama, kerana ia telah menyakinkannya bahawa hidup ini adalah kosong dan tidak bermatlamat. Dia menasihatkan muridnya supaya tidak menunjukkan buku tersebut kepada rakan-rakannya yang lain, kerana takut ia akan mengganggu mereka dengan pesimisme secara nihilisme yang sama. Dakwaan dakwaan seperti ini yang membawakan berita yang gersang dan tidak menggembirakan, sering berlaku di dalam sains secara umumnya, dan adalah mudah untuk para pakar sains mengembar-gemburkannya. Rakan saya Peter Atkins memulakan buku beliau The Second Law (1984) seperti berikut:
Kita adalah hasil kecamukan, dan struktur kebetulan yang dalam ialah pereputan. Pada dasarnya, hanya ada kerosakan, dan kacau bilau. Hilang adalah matlamat; apa yang ditinggalkan adalah arah tuju. Ini adalah ketandusan yang terpaksa kita terima apabila kita meneliti jauh ke jantung alam semesta ini.135
Seorang lagi penyokong Darwin yang percaya bahawa hidup adalah kosong dan menyebabkan hidup ini dilihat secara pesimis, iaitu seorang ahli falsafah Jerman, Nietzsche, yang telah menghasilkan tesis berkaitan bangsa maju yang telah memberikan sokongan falsafah kepada Hitler. Pemikiran Nietzsche, yang dikenali sebagai "nihilisme" atau "ketiadaanisme" secara dasarnya ialah: Manusia perlu ada matlamat untuk hidup. Tetapi matlamat ini, menurut Nietzche yang menolak kewujudan Tuhan, tidak ada sebarang kaitan dengan penciptaan manusia oleh Tuhan. Kerana itulah, di dalam falsafah Nieztzche, manusia sering mencari satu matlamat tetapi gagal menemuinya dan mula merasa pesimisme dan kecewa yang lahir daripada keadaan ini. Sebaiknya mereka mesti mencari matlamat di sebalik kewujudan manusia. Tetapi, jika seseorang, seperti Nietzche, menolak matlamat utama (kejadian manusia) dan mula mencari matlamat di luar daripada skop kebenaran, sudah tentu dia tidak akan dapat menemuinya. Dan perlu dijelaskan di sini, bahawa Nietzche mati di dalam keadaan gila.
Masyarakat yang lupa bahawa mereka telah dijadikan oleh Tuhan untuk satu matlamat, akan ditimpa masalah keruntuhan moral dan kerohanian. Pembangunan harta, kesejahteraan dan ekonomi tidak akan dapat memberikan mereka keamanan dan keselamatan. Banyak perkara yang mengheret mereka, yang gagal mematuhi taakulan dan naluri mereka, dan mereka yang melihat diri mereka sebagai makhluk yang tidak boleh kawal dan tidak bermatlamat, kepada duka cita, kekecewaan dan pesimisme. Yang pentingnya ialah segala kekosongan, duka cita, dan pesimisme yang dirasai oleh mereka yang menyangka akan bebas dengan kematian, setelah mengetahui kehidupan sebenar yang akan mereka tempuhi selepas mati.
Sementara mereka yang beriman dengan Allah dan hari akhirat menyedari kesudahan yang akan dihadapinya nanti. Dia sentiasa merasa gembira dan sering berharap untuk memenangi rahmat Allah dan syurga. Apa pun yang berlaku, dia sentiasa mensyukuri Allah: kerana itulah dia tidak akan terjerumus ke kanca kekecewaan dan pesimisme.
131- Ernst Mayr, "Interview", Omni, March/April 1988, p. 46; cited in Henry M. Morris, John D. Morris, The Modern Creation Triology, Vol. 3, p. 12
132- Kenneth A. Ham, The Lie Evolution, Master Books, April 1997, p. 84
133- Theodosius Dobzhansky, "Ethics and Values in Biological and Cultural Evolution”, Zygon, the Journal of Religion and Science, as reported in Los Angeles Times, part IV (June 16, 1974), p. 6
134- Stephen Jay Gould, Ever Since Darwin, W. W. Norton & Company, New York 1992, p. 223
135- Richard Dawkins, Unweaving The Rainbow, Houghton Mifflin Company, Newyork, 1998, p. ix)