Perkataan kapitalis bererti kesetiaan kepada kekayaan, satu sistem bebas dan tidak terbatas yang berasaskan sepenuhnya kepada keuntungan di mana masyarakat bersaing di dalam kriteria ini. Terdapat tiga elemen penting di dalam kapitalisme: individualisme, persaingan dan membuat keuntungan. Individualisme sangat penting di dalam kapitalisme, kerana masyarakat tidak menganggap diri mereka sebahagian daripada masyarakat, tetapi sebaliknya sebagai satu individu yang berdiri di atas dua kakinya dan perlu mendapatkan sesuatu dengan usahanya sendiri. "Masyarakat Kapitalis", adalah satu arena di mana setiap individu bersaing di antara satu sama lain di dalam keadaan yang sukar dan kejam. Ia adalah sebuah arena yang digambarkan oleh Darwin, di mana yang gagah akan selamat, yang lemah akan ditindas dan dihapuskan, dan di mana peraturan-peraturan kejam dijalankan.
Berdasarkan logik, kapitalisme adalah berasaskan kepada setiap individu – dan ini termasuk juga seseorang, sebuah syarikat, atau satu bangsa –perlu berjuang untuk pembangunan dan kemajuan diri mereka sahaja. Kriteria yang paling penting di dalam perjuangan ini ialah pengeluaran. Pengeluar yang terbaik akan selamat, sementara yang lemah dan tidak berdaya saing akan dihapuskan dan lenyap. Ia membentuk sistem ini, dengan melupakan bahawa mereka yang telah dihapuskan di dalam perjuangan yang perit ini, mereka yang ditindas dan jatuh miskin, juga adalah "manusia". Perhatian utama mereka bukannya manusia, tetapi pembangunan ekonomi, dan produk, hasil daripada pembangunan ini. Kerana itulah, mentaliti kapitalis merasa tiada tanggungjawab etnik dan kesedaran kepada mereka yang ditindas dan ditekan, dan mereka yang hidup susah. Darwinismelah yang telah mempraktikkannya di dalam masyarakat melalui ekonomi.
Herbert Spencer |
Dengan menyakini keperluan menggalakkan persaingan di dalam setiap lapangan masyarakat, dan beranggapan tidak perlu memberikan peluang kepada mereka yang lemah di dalam sebarang bidang, daripada kesihatan kepada ekonomi, ahli teori Sosial Darwinisme telah memberikan sokongan "falsafah" dan "sains" kepada kapitalisme. Sebagai contoh, menurut Tille, contoh mentaliti secara Darwin-kapitalis yang terkenal, adalah satu kesilapan untuk cuba menghalang kemiskinan dengan menolong "golongan-golongan yang telah ditewaskan ini", kerana ia akan mengganggu pilihan semula jadi yang membawa kepada evolusi.119
Pada pandangan Herbert Spencer, teori utama Sosial Darwinisme, yang memperkenalkan prinsip-prinsip Darwinisme di dalam kehidupan masyarakat, ialah sekiranya seseorang itu miskin, itu adalah kesilapannya, siapa pun tidak wajar untuk membantunya untuk bangun. Sekiranya seseorang itu kaya, walau pun dia memperolehi kekayaan tersebut dengan cara yang tidak bermoral sekali pun, itu sebenarnya adalah kebolehannya. Kerana itulah orang-orang kaya selamat, dan orang-orang miskin pula lenyap. Pandangan ini telah tersebar luas ke hampir seluruh masyarakat hari ini, dan ia adalah inti pati daripada prinsip-prinsip moral secara Darwin-kapitalis.
Spencer yang mempertahankan prinsip-prinsip moral ini telah menyiapkan hasil kerjanya "Social Statistics" pada 1850, dan menentang semua sistem bantuan yang disediakan oleh kerajaan, perlindungan kesihatan, sekolah-sekolah kerajaan dan inokulasi wajib. Kerana menurut Sosial Darwinisme, kedudukan masyarakat terbentuk daripada prinsip terus hidup yang terkuat. Membantu mereka yang lemah dan menyelamatkan mereka adalah bersalahan dengan prinsip ini. Mereka yang kaya menjadi kaya kerana mereka lebih kuat; sebahagian bangsa menakluki sebahagian yang lain kerana mereka lebih superior daripada yang lain, sebahagian bangsa dijajah oleh bangsa lain kerana mereka lebih bijak daripada mereka. Spencer telah menyerapkan doktrin ini di dalam masyarakat manusia dengan mendakwa: "Sekiranya mereka sempurna untuk hidup, mereka akan hidup, dan memang mereka berhak hidup. Sekiranya mereka tidak sempurna untuk hidup, mereka akan mati, dan adalah lebih baik bagi mereka untuk mati."120
Graham Sumner, pengarah Sains Politik dan Sosial di Universiti Yale, adalah wakil Sosial Darwinisme di Amerika. Di dalam salah satu tulisannya beliau meringkaskan pandangan beliau tentang masyarakat manusia seperti berikut:
"… sekiranya kita menaikkan seseorang, kita perlukan sangga tuas, satu titik tindak balas. Di dalam masyarakat, ia bererti untuk menaikkan seseorang kita perlu menjatuhkan orang lain".121
Richard Milner, editor senior majalah Nature History di American Museum of Nature History, menulis:
Salah seorang wakil Sosial Darwinisme Graham Summer daripada Princeton, menganggap jutawan adalah individu yang "terkuat" di dalam masyarakat dan mereka berhak mendapat keistimewaan. Mereka telah "terpilih secara semulajadi di dalam persaingan yang kejam ini".122
Mereka Yang Tidur Di Jalan-Jalan :Orang-orang miskin dibiarkan tidur di jalan-jalan dalam sebuah negara yang kaya dan selesa. |
Seperti dilihat daripada penyataan-penyataan ini, Sosial Darwinisme telah menggunakan teori evolusi Darwin sebagai satu ulasan "saintifik" kepada masyarakat kapitalis. Akibatnya, manusia telah kehilangan beberapa konsep yang telah dibawa oleh agama, seperti konsep saling membantu, prihatin dan bekerjasama, dan sebaliknya konsep-konsep ini telah digantikan dengan sifat mementingkan diri sendiri, licik dan secara oportunis. Menurut seorang ahli teori sosial Darwinisme Amerika yang terkenal, Profesor E. A. Ross, "Ajaran Kristian tentang kebajikan sebagai satu sifat mulia telah mewujudkan perlindungan di mana mereka yang bodoh dan cacat dibantu dan dipelihara ". Ross juga berpendapat, "Kerajaan meletakkan mereka yang bisu dan pekak di bawah jagaan mereka, dan satu bangsa yang pekak dan bisu sedang dalam proses pembentukan." Beliau menolak semua ini kerana ia akan menghalang perkembangan evolusi semula jadi, Ross mengatakan, "Cara pintas untuk menjadikan dunia ini syurga ialah dengan membiarkan mereka yang lemah dengan keadaan mereka sendiri…".123
Seperti yang disaksikan, Darwinisme telah membentuk asas falsafah kepada sistem ekonomi kapitalis di seluruh dunia dan sistem politik yang mengambil contoh daripadanya.
Kerana itulah, penyokong utama masyarakat Darwinisme adalah mereka yang memiliki kekayaan. Peningkatan mereka yang kuat dengan memijak yang lemah dan kepatuhan mereka terhadap kedudukan ekonomi yang jauh daripada perasaan belas kasihan, prihatin dan simpati, sudah tidak lagi dikecam, kerana perbuatan ini telah diterima sebagai selaras dengan "penjelasan saintifik" dan "undang-undang semula jadi".
Menurut Richard Hofstadter, pengarang buku "Social Darwinism in American Thought", seorang hartawan landasan keretapi abad ke-19, Chauncey Depew, menegaskan bahawa seorang yang mendapat kemasyhuran, tuah dan kuasa di banda raya New York adalah bukti terus hidup mereka yang kuat, melalui "kebolehan superior, berpandang jauh, dan dapat menyesuaikan diri".124 Seorang hartawan lain pula, James J. Hill, menegaskan bahawa "Nasib syarikat-syarikat landasan keretapi adalah ditentukan oleh undang-undang 'yang kuatlah, yang terus hidup'".125
Di dalam buku biografi beliau, Andrew Carnegie, salah seorang hartawan yang terkaya di Amerika, mengatakan keyakinan beliau terhadap evolusi seperti berikut, "Saya telah menemui kebenaran evolusi".126 Seterusnya beliau menulis:
Ia (undang-undang persaingan) ada di sini, kita tidak dapat menghindarinya; tidak ada gantinya, dan walaupun kadang-kadang undang-undang ini menyulitkan seseorang, tetapi ia memberikan kebaikan kepada bangsa, kerana ia memerlukan terus hidup terkuat di dalam semua bidang.127
Di dalam artikel beliau Darwin's Three Mistakes, saintis evolusi Kenneth J. Hsu, mendedahkan anggapan Darwinis terhadap kapitalis-kapitalis Amerika yang terkenal:
Darwinisme juga digunakan untuk mempertahankan saingan individulisme dan ekonominya daripada pasaran bebas kapitalisme di England dan di Amerika. Andrew Carnegie menulis bahawa "undang-undang persaingan telah berada di sini samada ianya membahayakan atau tidak; kita tidak dapat menolaknya". Rockefeller melangkah setapak ke hadapan apabila beliau mengatakan bahawa, "peningkatan perniagaan yang besar adalah 'yang kuatlah, yang terus hidup'; ia adalah tindakan undang-undang semulajadi.128
Adalah amat menarik bahawa di yayasan-yayasan Amerika seperti Rockefeller Foundation dan Carnegie Institution, yang diasaskan oleh dinasti-dinasti kapitalis seperti Rockefeller dan Carnegie, dapat memberikan bantuan kewangan kepada penyelidikan evolusi.
Seperti yang dapat disaksikan daripada apa yang telah dijelaskan setakat ini, kapitalisme telah mengheret manusia untuk menyembah wang dan kuasa yang terhasil daripada wang tersebut. Dengan mengetepikan semua nilai-nilai agama dan etnik, masyarakat yang telah terpengaruh dengan saranan-saranan evolusi ini telah mula memberikan tumpuan kepada kuasa material, dan mula menjauhkan diri daripada perasaan belas, kasihan dan pengorbanan.
Prinsip moral kapitalis ini telah mempengaruhi hampir semua masyarakat hari ini. Kerana itulah, mereka yang miskin, tidak berdaya dan lemah, dinafikan kebajikan mereka, tidak dipedulikan atau dilindungi. Sekali pun mereka ditimpa penyakit yang serius dan berbahaya, mereka tidak akan dapat mencari sesiapa untuk melindungi mereka dan membantu menyembuhkan mereka. Orang-orang miskin ditinggalkan dengan sakit mereka dan dibiarkan untuk mati. Di kebanyakan negara, perbuatan kejam dan tidak berperikemanusiaan seperti kanak-kanak kecil yang dipaksa bekerja dan ditinggalkan tanpa hak sosial, amat kerap terjadi.
Hari ini, faktor yang menyebabkan negara-negara seperti Ethiopia ditimpa kemarau dan kebuluran adalah disebabkan oleh dominasi prinsip kapitalis ini. Bantuan dan sokongan banyak negara mungkin dapat membantu mereka, tetapi sebaliknya mereka ditinggalkan di dalam keadaan kebuluran dan kemiskinan.
Mereka Yang Menderita KebuluranWalaupun hari ini terdapat bantak sumber bahan mentah, berjuta-juta kanak-kanak terbiar kebuluran disebaban oleh mentaliti kapitalis ini. |
Di antara sifat lain masyarakat kapitalis ialah cara ia memberikan peluang yang tidak adil. Di dalam masyarakat seperti ini, jurang di antara yang kaya dan miskin, dan kekayaan mereka yang berharta terus menjadi bertambah hebat. Kewujudan berjuta-juta orang yang tidak mempunyai rumah dan ditinggalkan dalam keadaan yang paling teruk, sekali pun di Amerika yang merupakan sebuah negara paling maju di dunia, adalah disebabkan oleh prinsip kapitalis ini. Memang masyarakat Amerika cukup kaya untuk melindungi mereka dan memberikan mereka pekerjaan. Tetapi prinsip moral yang mereka amalkan tidak membenarkan yang miskin meningkat maju, tetapi mereka sendiri mesti maju dengan menindas orang-orang miskin, maka tidak ada sebarang penyelesaian diberikan kepada mereka. Ini adalah hasil praktikal daripada saranan masyarakat Darwinis bahawa "untuk maju, perlu ada satu batu pemijak untuk seseorang itu memijaknya".
Pada peringkat ini, kita perlu memberikan perhatian kepada satu fakta penting: Sepanjang sejarah sentiasa terdapat masyarakat di mana yang miskin dan lemah ditindas, hanya material sahaja yang penting, dan di mana sifat kedekut, lokek, dan menipu di anggap sebagai satu-satunya cara untuk menjadi kaya: dahulu juga terdapat mereka yang hanya mementingkan material yang terdiri daripada mereka yang berharta dan tidak mempunyai sifat-sifat terpuji. Tetapi sejak separuh kedua abad ke-19, mereka yang mempunyai pandangan seperti ini telah memasuki satu zaman berbeza. Sepanjang 150 tahun, mereka yang mengamalkan sifat-sifat ini tidak lagi dicemuh atau dikritik seperti yang lain. Tingkah laku seperti ini akhirnya telah diterima sebagai undang-undang semula jadi. Dan pada ketika ini, Darwinisme telah menjadi satu agama songsang yang menjustifikasikan sifat-sifat yang tidak bermoral dan berperikemanusiaan ini.
Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta).(Surah Adh-Dhariyat:19) |
Robert E. D. Clark menjelaskan situasi ini seperti berikut:
Evolusi, secara ringkasnya, telah menyebabkan mereka yang melakukan kejahatan merasa lega. Perbuatan paling teruk kepada seorang pesaing telah dirasionalkan; kejahatan boleh digelar kebaikan.129
Dan H. Enoch menulis di dalam bukunya Evolution or Creation:
Profesor J. Holmes menyatakan, "Darwinisme secara konsisten telah meletakkan ukuran kebaikan itu pada nilai terus hidup"… Ini adalah undang-undang rimba di mana "yang kuat sentiasa benar", dan yang paling gagah akan selamat. Semakin licik dan ganas, penakut atau penipu, dan apa sahaja yang membolehkan seseorang itu selamat adalah baik dan betul untuk individu atau masyarakat tersebut.130
Seperti yang dapat kita lihat, kelemahan iman dan Darwinisme yang menjadi puncanya, berada di sebalik setiap orang, sistem-sistem dan ideologi-ideologi yang menimbulkan kebimbangan, kesukaran, kesakitan, dan putus asa kepada dunia, terutamanya pada akhir 150 tahun ini. Mereka yang menyangka dapat melindungi diri dan kepentingan mereka di dalam masyarakat yang kejam dan mementingkan diri ini yang disebabkan oleh kelemahan iman, melihat Darwinisme sebagai penyelamat kepada mereka. Mereka menerima tesis Darwin bahawa "yang lemah akan lenyap, sementara yang kuat akan selamat", sebagai falsafah hidup mereka.
Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah; dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (Surat an-Nur: 22) |
Mereka tidak menyedarinya, mereka yang menyangka telah menyediakan perangkap kepada semua manusia, sebenarnya menyediakannya untuk diri mereka sendiri. Kerana walau betapa gigihnya mereka berusaha untuk selamat dan terus hidup, hanya terdapat seorang hakim, seorang raja, dan seorang Tuan, samada kepada diri mereka sendiri, seluruh dunia, segala apa yang mereka cuba miliki, ketua tempat mereka bergantung, atau ideologi dan "isme" yang mereka yakini. Allah adalah satu-satunya hakim dan kuasa. Dan bukannya kuasa dan peluang-peluang sementara yang diberikan kepada manusia, benda-benda yang mereka capai secara kejam dengan menentang dan menindas manusia lain, dengan titik peluh mereka sendiri. Kekayaan, kekuatan dan kuasa yang mereka sangkakan telah diperoleh sendiri, sebenarnya telah diberikan kepada mereka oleh Allah untuk menguji mereka. Walaupun dia cuba meyakinkan bahawa dia berada di dalam satu arena pertempuran di mana yang lemah dihapuskan dan yang kuat menguasai, sebenarnya, setiap manusia hidup sebagi ujian daripada Allah untuk dirinya. Allah menjelaskan di dalam ayat al-Quran bahawa Dia menguji manusia dengan peluang-peluang yang diberikan kepada mereka:
Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana Kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya. (Al-Kahfi:7)
Mereka yang beranggapan bahawa mereka telah berjaya memperolehi apa yang mereka usahakan hasil daripada "fight for survival" (perjuangan untuk hidup) ini akan merasa kecewa kerana tidak mendapat sebarang imbuhan, dan merasa sedih apabila bersemuka dengan realiti di hari kiamat dan akan mendapati betapa kosongnya idea yang mereka ikuti itu.
Dan orang-orang yang berada di atas tembok Al-A'raaf menyeru beberapa orang (Ketua kaum kafir) yang mereka kenal dengan tandanya, dengan berkata: "Nampaknya kumpulan kamu yang ramai (atau kekayaan kamu yang besar) dan juga segala apa yang kamu sombongkan dahulu - tidak dapat menolong kamu".(Al-A'raaf:48)
Bagi mereka yang tidak terpengaruh dengan pemikiran secara Darwin-kapitalis ini dan mereka yang tidak melupakan tujuan kewujudan mereka dan kewujudan Allah, mereka melihat manusia lain sebagai makhluk hidup yang dijadikan Allah. Seperti mana yang diarahkan oleh Allah, mereka sentiasa melayani manusia lain dengan baik, dengan kasih sayang, dan simpati, dan akan melakukan apa sahaja yang termampu untuk menghilangkan kesukaran dan kebimbangan mereka. Mereka sering menuturkan perkataan yang lunak, mengambil berat terhadap anak-anak yatim, membantu yang sakit dan cacat, melindungi dan menjaga mereka. Orang seperti ini akan menghindari dosa dan menjalankan tanggungjawab mereka kepada Allah seperti yang dijelaskan di dalam al-Quran dan mereka adalah golongan yang paling mulia di sisi Allah: mereka tidak menghiraukan kekayaan, bangsa, warna kulit, kelas, ideologi, dan falsafah.
119- Alaeddin Şenel, Irk ve Irkçılık Düşüncesi (The Idea of Race and Racism), Ankara: Belem ve Sanat Yayınları, 1993, p. 61
120- Herbert Spencer, Social Status, 1850, p.414-415
121- The Challenge of Facts and Other Essays, as quoted in Mason Drukman, Community and Purpose in America: An Analysis of American Political Theory, New York: McGraw-Hill, 1971, p. 202.
122- R. Milner, Encyclopedia of Evolution 1990 p. 412
123- Thomas F. Gossett, Race: The History of an Idea in America, Dallas: Southern Methodist University Press, 1963, p. 170
124- Chauncey Depew, My Memories of Eighty Years, New York, 1922, pp.383-384
125- James J. Hill, Highways of Progress, New York, 1910, pp. 126, 137
126- Andrew Carnegie, Autobiography, Boston 1920, p. 327, cited in Richard Hofstadter, Social Darwinism in American Thought, Boston: Beacon Press, 1955, p. 45
127- Andrew Carnegie, Wealth, North American Review 148, 1889, s. 655-657, cited in Richard Hofstadter, Social Darwinism in American Thought, Boston: Beacon Press, 1955, pp. 45-46
128- Kenneth J. Hsü, "Darwin's Three Mistakes”, Geology, vol.14, June 1986, p. 534
129- Bolton Davidheiser, W E Lemmerts (ed) Scientific Studies in Special Creationism, 1971 p. 338-339.
130- H. Enoch, Evolution or Creation, 1966 p.145