Pengasas Komunisme, Karl Marx dan Friedrich Engels |
Satu ideologi yang telah membawa penderitaan yang maha hebat kepada manusia pada abad yang penuh dengan keganasan dan kekejaman yang baru sahaja kita tinggalkan, dan merupakan ideologi paling tersebar luas di dunia, ialah tidak lain, Komunisme. Komunisme, yang mencapai kemuncaknya dengan dua orang ahli falsafah Jerman Karl Marx dan Friedrich Engels di dalam abad ke-19, telah menumpahkan begitu banyak darah di dunia ini mengatasi Nazi dan imperialis. Ia telah menyebabkan kematian kepada mereka yang tidak berdosa dan menyebarkan keganasan, ketakutan, dan kekecewaan kepada manusia. Sehingga kini apabila orang memperkatakan tentang negara-negara Tabir Besi dan Rusia, imej yang muncul ialah komuniti-komuniti yang dikuasai oleh kegelapan, kabus, dan kekecewaan, jalan-jalan kosong, kesusahan, dan ketakutan. Walau seyakin mana Komunisme dianggap telah musnah pada 1991, tetapi saki-baki yang ditinggalkannya masih wujud. Walau "seliberal" mana pun sebahagian daripada Komunis dan Marxis yang "tidak pernah menyesal", tetapi falsafah materialis, keburukan Komunisme dan Marxisme dan yang telah memesongkan manusia daripada agama dam moral, masih terus mempengaruhi manusia.
Ideologi ini yang telah menyebarkan keganasan ke setiap ceruk dunia sebenarnya telah mewakili satu idea yang berasal daripada zaman purba. Dialektik ialah satu kepercayaan bahawa semua pembangunan di alam ini meningkat hasil daripada konflik. Berdasarkan kepada kepercayaan ini Marx dan Engels telah mula menjalankan analisis sejarah dunia. Marx mendakwa bahawa sejarah manusia adalah satu konflik, di mana konflik ketika itu ialah di antara pekerja dan kapitalis, dan pekerja-pekerja ini akan bangkit dan membentuk revolusi Komunis.
Sifat yang paling menonjol dua orang pengasas Komunisme ini ialah, seperti mana materialis-materialis lain, mereka telah mencetuskan kebencian terhadap agama. Marx dan Engels sememangnya ateis dan melihat penyimpangan daripada agama sebagai inti pati pandangan Komunisme.
Tetapi Marx dan Engels kekurangan satu perkara penting: untuk menarik perhatian masyarakat umum mereka perlu memberikan ideologi mereka satu tarikan saintifik. Dan perikatan bahaya yang telah menyebabkan kepedihan, keganasan, pembunuhan yang melampau, menukarkan dua saudara kepada musuh, separatisme abad ke-20, telah berkembang pada noktah ini. Darwin telah membentangkan teori evolusinya di dalam bukunya The Origin of Species. Dan alangkah menariknya dakwaan asas yang dikemukakannya adalah penjelasan yang Marx dan Engels sedang cari. Darwin mendakwa bahawa hidupan telah berkembang hasil daripada "pertarungan untuk hidup" atau "konflik dialektik". Tambahan pula, dia menafikan ciptaan dan menolak kepercayaan-kepercayaan agama. Bagi Marx dan Engels pula ia adalah peluang yang tidak patut dilepaskan.
Keruntuhan Pandangan Sejarah Marxis |
Karl Marx, pengasas Komunisme, telah mengadaptasi idea Darwin, yang telah mempengaruhinya, ke dalam proses dialektik sejarah. Menurut Marx, masyarakat melalui beberapa fasa di dalam sejarah, dan faktor yang menentukan fasa- fasa ini ialah perubahan purata pengeluaran dan hubungan pengeluaran. Berdasarkan pandangan ini, ekonomi menentukan perkara-perkara lain. Sejarah melalui peringkat- peringkat evolusi: Masyarakat primitif, masyarakat hamba, masyarakat feudal, masyarakat kapitalis, dan peringkat terakhir, masyarakat Komunis. Tetapi sejarah sendiri telah membuktikan bahawa ramalan zaman-zaman evolusi Marx tidak berlaku. Tidak pernah di dalam sejarah mana-mana masyarakat melalui peringkat-peringkat evolusi yang diramalkan oleh Marx. Sebaliknya, dapat dilihat sistem- sistem yang Marx kenal pasti datang sebelum atau selepas pada masa yang sama di dalam satu masyarakat. Ketika sebahagian negara mengalami sistem mirip kepada sistem feudal, undang- undang kapitalis mungkin dijalankan di kawasan lain. Tidak ada sebarang bukti menunjukkan peringkat daripada satu sistem ke satu sistem yang lain mengikut corak evolusi yang didakwa oleh Marx dan teori evolusi. Dari segi lain pula, tidak satu pun ramalan Marx tentang masa depan menjadi kenyataan. Teori Marx telah dikesan tidak berguna hanya 10 tahun selepas kematiannya. Marx mendakwa satu demi satu bangsa kapitalis paling maju akan melakukan revolusi, tetapi tidak satu pun yang berlaku. Lenin, pengikut Marx paling hebat, cuba menjelaskan mengapa revolusi-revolusi ini tidak berlaku, dan kemudian dia pula meramalkan bahawa revolusi- revolusi ini akan berlaku di negara- negara Dunia Ketiga. Hingga kini dakwaan Lenin telah dibuktikan tidak benar oleh sejarah. Hari ini negara-negara yang berada di bawah Komunisme dapat dikira dengan jari sebelah tangan sahaja. Tambahan pula, Marxisme menggunakan kekerasan di dalam kawasan yang dikuasainya, dan ia tidak berkuasa dengan gerakan popular, seperti yang didakwanya, tetapi melalui tekanan diktator. Kesimpulannya, sejarah kini telah membatalkan ramalan zaman-zaman sejarah evolusi falsafah Marx. Teori-teori seperti "sejarah dialektik" dan "sejarah evolusi" di dalam banyak jilid yang ditulis oleh ahli ideologi seperti Marx dan Engels, hanyalah hasil daripada fantasi. |
Darwinsme amat penting kepada Komunisme sehingga hanya beberapa bulan selepas buku Darwin diterbitkan, Engels telah menulis kepada Marx, "(tulisan) Darwin, yang baru saya bacanya, adalah sebuah karya cemerlang" 78
Marx menulis kembali kepada Engels pada 19 Disember 1860, menyatakan "Ini adalah sebuah buku yang mengandungi asas sejarah semula jadi untuk tatapan kita" 79
Di dalam sepucuk surat yang telah ditulis oleh Marx kepada Lassalle, seorang lagi sahabat sosialis beliau, pada 16 Januari 1861, menyatakan: "Buku Darwin amat penting dan ia memberikan saya satu asas di dalam sains naturalisme tentang pertembungan kelas di dalam sejarah" 80 Ia telah mendedahkan kepentingan teori evolusi kepada Komunisme.
Marx meluahkan simpatinya kepada Darwin dengan mendedikasikan hasil kerja beliau yang paling penting, Das Kapital, kepadanya. Salinan jilid pertama buku Marx milik Darwin telah dicatat oleh Marx, ia menggambarkan dirinya sebagai seorang peminat setia kepada penyokong naturalisme English tersebut.81
Engels juga telah mengakui kekaguman beliau terhadap Darwin:
Alam semula jadi adalah satu ujian bagi dialektik, dan perlu dijelaskan… bahawa mutakhir ini, alam semula jadi bekerja secara dialektik dan tidak metafizik... Pada hubungan ini, Darwin mesti diiktiraf dahulu sebelum yang lain. 82
Engels memuji Darwin dan Marx sebagai mempunyai persamaan, "Sebaik sahaja Darwin menemui undang-undang evolusi di dalam alam organik semula jadi, Marx pula telah menemui undang-undang evolusi di dalam sejarah manusia", dia berkata.83
Di dalam hasil kerjanya yang lain, beliau telah menggariskan kepentingan Darwin dalam membentuk satu teori yang menentang agama:
Dia (Darwin) telah menghuraikan konsep metafizik alam semula jadi dengan membuktikan dunia organik hari ini – tumbuhan, haiwan, dan juga manusia – adalah hasil daripada satu proses evolusi yang berlaku berjuta-juta tahun. 84
Begitu juga Engels pernah sekali menunjukkan bagaimana beliau menerima teori Darwin dengan menulis sebuah artikel bertajuk "The Part Played by Labour in the Transition from Ape to Man".
Seorang penyelidik Amerika Conway Zirckle menjelaskan mengapa pengasas Komunisme menerima teori Darwin dengan segera:
Marx dan Engels menerima evolusi sebaik sahaja Darwin menerbitkan buku The Origin of Species. Evolusi diperlukan oleh pengasas komunisme untuk menjelaskan bagaimana manusia dapat hidup tanpa campur tangan daripada kuasa alam ghaib, dan juga boleh digunakan untuk menyokong dasar falsafah materialistik mereka. Tambahan pula, tafsiran Darwin tentang evolusi – evolusi tercetus daripada operasi pilihan semula jadi – telah memberikan mereka satu hipotesis alternatif untuk melindungi penjelasan fakta secara teleologi bahawa semua bentuk hidupan telah diadaptasikan kepada keadaan sekeliling mereka.85
Tom Bethell, daripada majalah Harper, menjelaskan rangkaian asas di antara Marx dan Darwin di dalam ayat berikut:
Marx mendewakan buku Darwin bukan kerana sebab-sebab ekonomi tetapi sebab yang lebih besar, iaitu seluruh bidang diskusi Darwin adalah materialistik, dan penjelasannya tidak lagi melibatkan sebarang rujukan kepada sesuatu yang ghaib, perkara-perkara bukan material di luar atau 'melampaui'nya. Di dalam keadaan ini, Darwin dan Marx adalah rakan seperjuangan sejati. 86
Hari ini, perikatan di antara Darwinisme dan Marxisme adalah kenyataan yang diterima semua. Biografi-biografi Marx sering menyatakan kenyataan ini. Sebagai contoh, sebuah biografi Karl Marx telah menghuraikan perikatan ini seperti berikut:
"Darwinisme telah memberikan kenyataan yang keseluruhannya menyokong Marxisme dan membenarkannya. Penyebaran idea-idea evolusi Darwinis telah membentuk tanah subur kepada idea Marxis sehingga diterima oleh kelas yang memerintah... Marx, Engels dan Lenin telah mengambil sejumlah ideal Darwin dan menggunakannya untuk kepentingan saintifik mereka, dan dengan cara ini penyebaran idea-idea ini telah dipertingkatkan." 87
Seperti yang telah kita disaksikan, Marx dan Engels begitu ghairah untuk mempercayai bahawa konsep evolusi Darwin telah membentuk sokongan saintifik untuk pandangan ateis mereka sendiri. Tetapi keghairahan ini terbukti belum tiba waktunya. Teori evolusi mendapat sambutan meluas kerana ia telah didedahkan di dalam keadaan sains abad ke-19 yang primitif dan dipenuhi dengan kesilapan-kesilapan yang melemahkan sebarang bukti saintifik. Sains, yang telah dibangunkan pada separuh kedua abad ke-20, telah mendedahkan kepalsuan teori evolusi. Ini juga bererti kehancuran pemikiran Komunis dan materialis seperti mana yang berlaku kepada Darwinisme. (Untuk keterangan lebih lanjut sila lihat buku The Evolution Deceit oleh Harun Yahya). Tetapi disebabkan para pakar sains yang bersama dengan pandangan materialis mengetahui bahawa kehancuran Darwinisme juga bererti kehancuran kepada ideologi-ideologi mereka sendiri, maka mereka telah berusaha dengan apa cara sekali pun untuk menyembunyikan kehancuran Darwinisme daripada masyarakat.
Pengikut-pengikut Marx dan Engel, yang telah menyebabkan kematian berjuta-juta manusia dan menjadi punca kepada mereka yang lain hidup di dalam kesengsaraan, ketakutan dan keganasan, telah menerima teori evolusi ini dengan amat gembira dan ghairah.
John N. Moore memperkatakan hubungan di antara evolusi dan ketua-ketua Soveit yang telah melaksanakan idea-idea Marx dan Engel di Rusia:
Pemikiran ketua-ketua USSR berakar umbi daripada pandangan evolusi.88
Leninlah yang telah merealisasikan projek Revolusi Komunis Marx. Lenin, pemimpin gerakan Bolshevik Komunis di Rusia, berhasrat untuk menjatuhkan rejim pemerintah di Rusia dengan kekerasan. Kekecohan yang berlaku selepas Perang Dunia I telah memberikan peluang yang mereka cari-cari. Dengan diketuai oleh Lenin, Komunis telah mengambil alih kuasa dengan kekerasan pada Oktober 1917. Selepas revolusi ini, Rusia telah menghadapi tiga tahun perang saudara di antara Komunis dan penyokong-penyokong pemerintah asal (tsar).
Lenin dan Trotsky |
Seperti pemimpin-pemimpin Komunis yang lain, Lenin sering kali menegaskan bahawa teori Darwin adalah asas utama falsafah materialis.
Salah satu kenyataan beliau telah mendedahkan pandangan beliau terhadap Darwin:
Darwin telah memusnahkan kepercayaan bahawa haiwan dan tumbuhan tidak mempunyai sebarang pertalian, melainkan secara kebetulan, dan ia telah dijadikan Allah, dan kerana itu ia kekal.89
Trotsky, yang dianggap sebagai penggubal terpenting revolusi Bolshevik selepas Lenin, juga telah menegaskan kepentingan Darwinisme. Beliau mengisytiharkan kekagumannya terhadap Darwin seperti berikut:
Penemuan Darwin adalah kejayaan terhebat kepada dialektik dalam semua bidang organik.90
Berikutan kematian Lenin pada 1924, Stalin, yang dikenali sebagai seorang diktator paling kejam di dalam sejarah dunia, telah mengambil alih kepimpinan Parti Komunis. Selama 30 tahun berkuasa, Stalin telah membuktikan betapa zalimnya sistem Komunisme ini.
Langkah pertama Stalin ialah menguasai golongan petani yang mewakili 80 peratus populasi Rusia di atas nama kerajaan. Di atas nama polisi pengumpulan yang mencabul hak-hak peribadi, semua hasil pertanian penduduk kampung Rusia telah dikutip oleh pegawai-pegawai bersenjata. Hasil daripada tindakan ini ialah kebuluran yang serius. Berjuta-juta wanita, kanak-kanak, dan orang-orang tua yang tidak menemui sesuatu untuk dimakan telah mengakhiri hidup mereka di dalam derita kebuluran. Jumlah kematian di Caucasus sahaja ialah 1 juta.
Stalin telah menghantar beratus-ratus orang yang cuba menolak polisi ini ke kem-kem buruh Siberia yang teruk. Kem-kem ini, di mana tahanan-tahanan bekerja sehingga mati, telah menjadi tanah perkuburan kepada ramai orang. Di samping itu. Berpuluh ribu orang juga telah dihukum bunuh oleh polis rahsia Stalin. Berjuta-juta penduduk telah dipaksa untuk berpindah ke pelosok-pelosok Rusia yang jauh, termasuk orang-orang Turki Crimea dan Turkestan.
Melalui polisi-polisi kejam ini Stalin telah membunuh kira-kira 20 juta orang. Ahli sejarah mendedahkan bahawa kekejaman ini telah memberikannya kepuasan yang hebat. Ia memberikannya kepuasan untuk duduk di mejanya di Kremlin dan menganalisis senarai-senarai mereka yang telah mati di kem-kem tahanan atau siapa yang telah dihukum bunuh.
Stalin, salah satu nama paling berdarah di dalam sejarah, menyebabkan kematian berpuluh juta orang, kematian disebabkan kebuluran dan kemiskinan, dan berjuta-juta yang lain terbiar tanpa tempat tinggal dan pekerjaan |
Sebahagian ahli psikologi peribadinya menyatakan, pengaruh utama yang menyebabkan beliau menjadi seorang pembunuh yang kejam seperti ini ialah falsafah materialis yang diyakininya. Di dalam perkataan Stalin sendiri, asas utama kepada falsafah ini ialah teori evolusi Darwin. Dia menerangkan kepentingan beliau menerima idea-idea Darwin:
Terdapat tiga perkara yang perlu kita lakukan untuk membebaskan minda pelajar-pelajar menengah kita. Kita perlu mengajar mereka period bumi, asal usul geologi, dan ajaran Darwin. 91
Ketika Stalin masih hidup, seorang rakan sepermainannya yang rapat sewaktu kecil telah menceritakan dengan panjang lebar bagaimana Stalin menjadi seorang ateis di dalam buku Landmark in the Life of Darwin:
Ketika di awal usianya, ketika masih menjadi seorang pelajar sekolah gereja, Stalin telah membentuk satu minda kritikal dan sentimen revolusi. Dia telah mula membaca Darwin dan menjadi seorang ateis.92
Di dalam buku yang sama, G. Glurdjidze, seorang lagi rakan sepermainan Stalin telah menceritakan bagaimana Stalin telah berhenti mempercayai Tuhan dan telah memberitahunya bahawa puncanya ialah buku Darwin, dan mendesaknya untuk turut membacanya.93
Salah satu petunjuk penting tentang keyakinan membabi buta Stalin terhadap teori evolusi ialah penolakan sistem pendidikan Soviet terhadap undang-undang genetik Mendel ketika beliau berkuasa. Undang-undang ini, yang telah diterima oleh seluruh dunia sains semenjak permulaan abad ke-20, telah menolak dakwaan Lamarck bahawa "sifat-sifat perolehan boleh diwariskan kepada generasi berikutnya". Pakar sains Rusia Lysenko yang melihat ini sebagai kejutan hebat kepada teori evolusi dan dalam masa yang sama adalah ancaman yang besar, telah memberitahu Stalin ideal beliau. Stalin telah tertarik dengan idea-idea Lysenko ini dan menjadikan beliau ketua pegawai persekutuan-persekutuan sains. Oleh itu, sains genetik, yang telah memberikan satu kejutan hebat kepada teori evousi, telah ditolak di semua persekutuan sains dan sekolah Soviet Union sehinggalah Stalin meninggal dunia.
Di zaman Stalin, Soviet Union telah berubah kepada keadaan yang kucar kacir di mana berjuta-juta nyawa manusia berada di dalam bahaya, dan di mana mereka boleh diambil pergi bila-bila masa sahaja untuk dikenakan seksaan di luar imaginasi walaupun mereka tidak melakukan sebarang jenayah. Bukan hanya Komunisme, tetapi sejarah Fasisme juga penuh dengan kejadian-kejadian seperti ini.
Sebahagian pengulas sejarah telah melakukan kesilapan ketika mentafsirkan kejadian-kejadian ini apabila cuba membuktikan bahawa punca utama kepada semua kekejaman dan kezaliman ini adalah kerana mereka seperti Lenin, Stalin, Mao, Hitler, dan Mussolini tidak siuman dan kurang waras. Bagaimana ini boleh menjadi satu kebetulan, seluruh dunia boleh jatuh ke tangan orang-orang yang tidak siuman dan gila di dalam satu waktu yang sama.
Ia adalah kebenaran yang nyata dan jelas bahawa semua orang dan ideologi-ideologi ini minum daripada perigi yang sama dan bahawa mereka telah digambarkan sebagai telah dijustifikasikan dan daripada sumber yang sama. Ringkasnya, terdapat pihak lain yang bersalah di sebalik orang-orang ini. Punca ketua-ketua yang kejam dan tidak siuman ini mengheret berjuta-juta yang lain bersama mereka, dan yang membenarkan mereka melakukan perbuatan jenayah, ialah kuasa dan sokongan sains yang telah diberikan kepada mereka oleh falsafah materialis dan Darwinisme.
Ketika Stalin menjalankan rejim pemerintahan satu partinya, rejim Komunis lain yang melihat Darwinisme sebagai sokongan saintifiknya telah terbentuk di China. Komunis di bawah kepimpinan Mao Tse Tung telah mula berkuasa pada 1949 selepas perang saudara yang panjang. Mao telah membentuk sebuah rejim yang menindas dan kejam, seperti sekutunya Stalin, yang telah memerikannya sokongan hebat. China telah menyaksikan pembunuhan politik yang tidak terkira banyaknya. Pada tahun-tahun berikutnya, tentera muda Mao, yang dikenali sebagai "Red Guard", telah menjerumuskan negara tersebut kepada satu keadaan yang sangat teruk.
Mao secara terbuka telah mengumumkan asas falsafah kepada sistem yang dibentuknya dengan menyatakan, "Sosialisme China telah terbentuk di atas Darwin dan teori evolusi".94
Dengan menjadi seorang Marxis dan seorang ateis dan penganut setia kepada konsep evolusi, Mao telah menetapkan bahawa bahan bacaan pada awal hari "Loncatan Ke Hadapan Yang Hebat" di dalam kesusasteraan ialah tulisan-tulisan Charles Darwin dan bahan-bahan lain yang menyokong paradigma evolusi.95
Apabila Komunis China mula berkuasa pada 1950 mereka telah mengambil teori evolusi sebagai asas ideologi mereka. Sebenarnya intelektual China telah menerima teori evolusi ini sejak lama dahulu:
Pada abad ke-19, Barat menggelar China sebagai gergasi yang sedang tidur, terasing dan terperosok dalam tradisi purba. Beberapa orang bangsa Eropah telah menyedari kecenderungan intelektual-intelektual China menggunakan idea-idea evolusi Darwin dan melihat pada diri mereka dorongan yang kuat untuk maju dan berubah. Menurut seorang penulis China Hu Shin (Living Philosophies, 1931), apabila buku Thomas Huxler Evolution and Ethics dicetak pada 1898, ia telah disambut dan diterima oleh intelektual-intelektual China. Orang-orang kaya telah menaja edisi China yang murah supaya ia dapat disebarkan lebih meluas kepada rakyat.96
Mao Tse Tung |
Oleh itu, mereka yang berpaling kepada Komunisme dan mengetuai revolusi China ialah intelektual-intelektual ini yang telah "dipengaruhi" oleh idea-idea Darwin.
Tidak sukar bagi China untuk menyertai gerakan Darwinisme dan Komunisme walaupun dengan kepercayaan-kepercayaan dan sejarah panteisme yang tebal. Di dalam sebuah artikel majalah New Scientist, ahli falsafah Kanada, Michael Ruse menyatakan, berkaitan dengan zaman awal abad ke-20 China:
Idea-idea ini segera bertapak, kerana China tidak mempunyai swadaya intelektual dan agama yang menentang evolusi seperti yang sering terjadi di Barat. Dari beberapa segi, Darwin dilihat seperti orang China... Pemikiran Taoist dan pemikiran secara Confusius yang moden sering menegaskan manusia bukan benda. Kejadian kita sama dengan haiwan bukan lagi satu kejutan... Hari ini, falsafah rasmi ialah Marxisme-Leninisme. Tetapi tanpa pendekatan sekular materialis Darwinisme, tentu tanah tersebut tidak dikerjakan supaya Mao dan para revolusioner dapat menabur benih mereka dan memungut hasilnya.97
Seperti yang telah dinyatakan oleh Michael Ruse, dengan firma yang ditubuhkan daripada idea-idea secara Darwin, China dengan mudah telah mengambil Komunisme. Rakyat China, yang telah ditenggelami oleh idea-idea secara Darwin, hanya berpeluk tubuh dan menyaksikan semua pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh Mao Tse Tung, salah seorang pembunuh paling kejam dalam sejarah.
Di samping itu, Komunisme juga adalah punca konflik-konflik gerila, perlakuan kejam keganasan, dan perang saudara di dalam banyak negara, tidak hanya di China. Turkey adalah satu di antaranya. Pada tahun 1960an dan 1970an, kumpulan-kumpulan yang bangkit menentang kerajaan telah mengheret Turkey ke kancah keganasan dengan impian untuk melakukan satu revolusi Komunis di dalam negara. Selepas 1980, terorisme Komunis telah menyertai separatisme dan telah menjadi penyebab kepada kematian berpuluh ribu bangsa Turki, serta polis dan askar-askar ketika menjalankan tanggungjawab mereka.
Ideologi Komunis yang telah membawa pertumpahan darah kepada dunia dengan cara ini selama 150 tahun, sering bersama dengan Darwinisme. Sehingga ke hari ini, para Komunis adalah penyokong utama Darwinisme. Setiap kali seseorang melihat kepada golongan-golongan yang menyokong teori evolusi ini, di hampir setiap negara, seseorang itu akan melihat para Marxis berada di barisan hadapan. Kerana seperti yang disebutkan oleh Karl Marx, teori evolusi membentuk asas ideologi Komunis daripada aspek sains semula jadi dan memberikan para Komunis sokongan saintifiknya paling utama terhadap penolakan agama.
Seperti yang telah dijelaskan terdahulu, sebab utama kepada pergantungan materialis dan Komunis kepada Darwinisme ialah sokongan mantap yang diberikan oleh Darwinsme kepada ateisme. Falsafah materialis telah lama wujud, tetapi sehingga abad ke-19 kebanyakan ahli falsafah telah menolak buku-buku teori ini. Punca utamanya ialah sehingga ke waktu itu kebanyakan ahli-ahli sains mempercayai Tuhan dan mempercayai realiti penciptaan. Tetapi pada abad ke-19 falsafah materialis dan teori Darwin telah mula meresap masuk ke ilmu sains semula jadi. Darwinisme adalah asas utama kepada kebudayaan materialis yang telah melekapkan tandanya pada abad ke-19 dan yang paling ketara kesannya pada abad ke-20.
Ideologi-ideologi yang lahir daripada kebudayaan materialis ini, seperti yang telah kita kaji, telah mencetuskan dua perang dunia yang paling hebat, perang-perang saudara yang banyak dan tindakan-tindakan keganasan, pemusnahan bangsa, pemusnahan, dan kezaliman. Disebabkan oleh bencana ini berpuluh juta orang telah kehilangan tempat kediaman mereka, beratus juta telah ditindas dan terpaksa melalui layanan yang paling teruk.
Pengganas-pengganas yang telah terpengaruh dengan pandangan secara Darwin-materialis, seperti binatang yang mereka dakwa sebagai nenek moyang mereka, pergi ke pergunungan dan tinggal di gua-gua di dalam keadaan yang dahsyat. Mereka boleh membunuh orang tanpa berfikir dua kali dan membunuh bayi-bayi, orang-orang tua, dan mereka yang tidak bersalah. Dengan tidak menganggap diri mereka dan orang lain sebagai hidupan yang telah dijadikan oleh Allah berserta roh, minda, kesedaran, dan kefahaman, mereka telah melakukan perkara sama yang dilakukan oleh binatang-bintang kepada binatang yang lain. Perobohan Stalin terhadap berdozen-dozen gereja dan masjid-masjid adalah salah satu tanda kebencian Komunisme terhadap agama.
Di dalam bukunya The Long War Against God, Henry Morris menggambarkan hubungan ini dengan cara berikut:
Walaupun mempunyai kelemahan saintifik, dakwaan evolusi tentang karakter sains telah digunakan untuk menjustifikasikan semua sistem dan praktis yang jengkel. Antara yang paling berjaya ialah Komunisme, dan pengikut-pengikutnya seluruh dunia telah diperdaya bahawa komunisme adalah betul kerana ia berpaksi kepada bukti-bukti sains evolusi.98
Ketika dan selepas revolusi Bolshevik banyak serang ke atas agama telah berlaku. Gereja-gereja dan masjid telah diruntuhkan. Hasil-hasil seni di dalam gereja telah dirampas, seperti yang dapat dilihat di dalam gambar-gambar di atas. |
Ketika dan selepas revolusi Bolshevik banyak serang ke atas agama telah berlaku. Gereja-gereja dan masjid telah diruntuhkan. Hasil-hasil seni di dalam gereja telah dirampas, seperti yang dapat dilihat di dalam gambar-gambar di atas.
Dendam Komunisme dan materialisme terhadap agama dapat dilihat dalam setiap keganasannya sepanjang kenaikan Bolshevik. Gereja-gereja dan masjid-masjid telah diranapkan, dan di antara mereka yang disingkirkan daripada "masyarakat sosialis baru", ialah orang-orang agama yang mempunyai kedudukan penting. Dengan menafikan bahawa kebanyakan anggota masyarakat adalah mereka yang beragama, mereka telah ditegah daripada menjalankan tanggungjawab agama mereka. Dalam usaha untuk mengetepikan hari Ahad, di mana penganut kristian ke gereja, konsep hari cuti yang biasa telah diubah. Setiap orang akan bekerja lima hari, tetapi hari cuti adalah pada sebarang hari. Tindakan ini telah diperkenalkan oleh komunis "untuk memudahkan usaha menghapuskan agama".99 Berikutan itu, pada 1928 dan 1930 cukai-cukai yang telah dibayar oleh mereka yang beragama telah meningkat 10 kali ganda, kupon-kupon makanan mereka telah dirampas, dan mereka tidak lagi dibenarkan menggunakan perkhidmatan kesihatan, bererti mereka tidak lagi dapat menikmati sebarang hak asasi, mereka juga sering ditahan, dipindahkan daripada jawatan mereka dan diasingkan. Pada 1936, sekitar 65% masjid dan 70% gereja telah dimusnahkan.
Di antara tindakan paling ganas menentang agama telah dilakukan di Albania. Pemimpin Komunis Albania, yang dikenali sebagai seorang yang tidak beragama, Enver Hodja, telah mengumumkan pada 1967 Albania sebagai negara "tidak beragama" yang pertama. Mereka yang beragama telah dimasukkan di bawah pengawasan tanpa sebarang sebab, dan sebahagian mereka telah dibunuh ketika berada di dalam pengawasan ini. Pada 1948 dua orang paderi dan 5,000 orang agama telah ditembak. Orang-orang Islam juga telah dibunuh dengan cara yang sama. Akhbar bulanan Nendori telah mengumumkan bahawa 2,160 masjid dan gereja telah ditutup, daripadanya ialah 327 tempat ibadat Katolik.
Tidak syak lagi, tujuan praktikal ini ialah matlamat Komunisme untuk membentuk masyarakat-masyarakat yang menolak kewujudan Tuhan, tidak mempunyai sebarang kaitan dengan agama, dan yang hanya mempercayai dan menghargai perkara-perkara kebendaan. Sebenarnya, ia adalah salah satu matlamat utama Komunisme, kerana pemimpin-pemimpin Komunis sedar bahawa mereka hanya dapat memerintah orang-orang yang telah menjadi mesin, dan tidak sensitif, tidak berperasaan dan yang lebih penting, masyarakat yang tidak bertakwa kepada Allah, dan dapat mendorong mereka melakukan seberapa banyak pembunuhan dan penindasan yang mereka kehendaki. Dakwaan Darwinisme, yang telah memberikan sokongan kepada ateisme dan yang mewajarkan sebarang jenis penindasan, keganasan, konflik, pembunuhan, dan perkara yang haram di dalam agama, telah menggalakkan semua ideologi yang menumpahkan darah dan menganggap nyawa manusia sebagai tidak berharga pada abad ke-20. Kerana itulah abad lepas telah dipenuhi dengan peperangan, pembunuhan beramai-ramai, pemberontakan, tindakan-tindakan ganas, perkelahian, dan dendam yang tidak berkesudahan.
Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang- orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya, dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatunya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara yang mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar. (Al-Baqara: 114) |
Anarki dan keganasan adalah dua senjata penting Marxisme dan Komunisme. Kecenderungan Marxisme terhadap keganasan dapat dilihat di dalam eksperimen Komuniti Paris ketika Marx masih hidup. Secara dasarnya, keganasan mula menjadi perkara penting kepada ideologi Komunisme disebabkan Lenin, ketika beliau cuba mempraktikkan teori-teori Marx. Komunisme menumpahkan darah berjuta-juta manusia di seluruh dunia, dan menyebabkan mereka mengalami kesengsaraan, ketakutan dan keganasan dengan membentuk organisasi-organisasi teroris. Seperti yang dapat dilihat di dalam halaman berikutnya, hari ini semua pemimpin-pemimpin Komunis diingati kerana penindasan dan pembunuhan yang telah mereka lakukan. Tetapi sebaliknya, sebahagian golongan masih mengetepikan pembunuhan-pembunuhan yang kejam dan tidak berperikemanusiaan ini, dan masih menerima orang-orang gila ini sebagai guru mereka.
Walaupun sebahagian Komunis mendakwa bahawa keganasan bukan perbuatan Komunis dan bahawa ia hanya dilakukan oleh individu-individu tertentu yang mengamalkan Komunisme, dan walaupun mereka cuba membersihkan Komunisme, terdapat satu kebenaran yang tidak dapat dinafikan: Pengasas Komunisme secara peribadi telah menyokong keganasan dan kekejaman dan menganggap ia sebagai inti pati ideologi mereka. Seorang saintis Politik Amerika Samuel Francis menyatakan seperti berikut berkaitan dengan subjek ini:
Marx dan Engels secara umum menegaskan bahawa revolusi sentiasa ganas dan para revolusioner perlu menggunakan keganasan untuk menentang pemerintah, dan dalam beberapa keadaan mereka menyokong keganasan.100
Revolusi Komunis sangat kejam. Berpuluh juta manusia telah dibunuh beramai-ramai dan dibunuh dengan biadab. Pemimpin- pemimpin Komunis memerintahkan sesiapa yang menentang mereka mesti dibunuh. |
Karl Marx menyatakan "pemberontakan adalah satu seni tidak berbeza dengan peperangan" dan telah mengambil kata-kata Danton, sebuah nama yang tersohor di dalam "politik revolusi", sebagai satu prinsip, "de I'audace, de I'audace, encore de I'audace" (Serang, serang dan serang lagi)101. Terdapat kenyataan jelas dikeluarkan oleh Lenin tentang kepentingan menggunakan keganasan secara sistematik. Ini adalah sebahagian daripadanya:
Realitinya sebuah negara adalah tidak lebih daripada sebuah mesin untuk penindasan satu kelas ke atas yang lain. Kediktatoran adalah peraturan berasaskan kuasa dan tanpa dibatasi oleh undang-undang... Kediktatoran revolusi proleteriat (golongan pekerja makan gaji) ialah undang-undang menang dan bertahan melalui penggunaan keganasan oleh golongan proleteriat menentang golongan pertengahan burjuis, peraturan yang tidak dibatasi oleh sebarang undang-undang.102
Kami sama sekali tidak menentang pembunuhan politik... Secara terus terang, hubungan langsung dengan gerakan rakyat boleh dan hendaklah berasaskan nilai tindakan ganas individu.103
Untuk berkuasa pekerja kelas yang berkesedaran perlu memenangi golongan majoriti ke pihak mereka. Selagi keganasan tidak digunakan menentang mereka, tidak ada jalan lain untuk berkuasa.104
Penindasan Di Rusia :Penindasan yang dialami di dalam revolusi Rusia dapat di lihat di dalam gambar ini. |
Bercakap di dalam sebuah mesyuarat pekerja, Lenin telah memberikan satu kenyataan pengakuan tentang peri pentingnya keganasan kepada mereka:
Sekiranya rakyat tidak bangkit segera, ia tidak akan membawa apa-apa hasil... Selagi kita gagal memperlakukan spekulator-spekulator ini dengan cara yang sepatutnya – dengan meletakkan peluru di kepala – kita tidak akan berjaya.105
Salah seorang pemimpin Revolusi Oktober di Rusia yang terkenal, Trotsky, menyatakan seperti berikut untuk menguatkan dakwaan Lenin:
Tetapi revolusi menuntut kelas revolusi mencapai penamatnya dengan apa cara sekali pun – jika perlu; dengan mengangkat senjata: jika diperlukan; dengan keganasan.106
Malah Trotsky lebih berani lagi di dalam ucapan beliau yang lain:
Satu-satunya pilihan kita kini ialah perang saudara. Perang saudara ialah pertarungan untuk makanan... Hidup perang saudara!107
Natijah daripada kebul 1921-1922, yang disebab oleh rejim Komunis, merupakan yang paling menyeksakan. Gambar- gambar ini menunjukka manusia yang mati kebuluran. |
Prinsip-prinsip ahli teori Komunis seperti Lenin dan Trotsky ini telah diamalkan di dalam revolusi Bolshevik di Rusia. Ketika zaman revolusi pada musim sejuk 1917, telah berlaku pembunuhan beramai-ramai secara meluas, perampasan, dan keganasan yang sukar dipercayai. Mereka yang menentang revolusi, atau mereka yang disyaki menentang revolusi, telah dicekup tanpa sebab, ditahan, dan ditembak: rumah-rumah telah dirampas dan dimusnahkan. Keganasan yang telah dimulakan pada zaman Lenin dan Trotsky menjadi lebih parah di zaman Stalin.
Tindakan kerajaan Rusia merampas hasil penduduk kampung di Ukraine telah menyebabkan penduduknya mati kebuluran. |
Harrison E. Salisbury dari The New York Times, menggambarkan sistem kem tahanan Soviet seperti berikut:
... seluruh benua berada di dalam keadaan menakutkan... Dibandingkan dengan mereka yang melakukan beratus ribu hukuman bunuh dan berjuta-juta yang mati dalam sistem ganas Soviet, Czar kelihatan lebih baik... Minda kita ragu dengan pemikiran jahat bersistem ini, di mana tiga atau empat juta atau lebih lelaki dan perempuan telah dipenjarakan setiap tahun untuk mendesak buruh dan orang buangan – di dalam keadaan yang terlalu pantas sehinggakan banduan-banduan tersebut tidak tahu mengapa mereka dipenjarakan...108
Bangsa bukan Rusia, terutamanya bangsa orang Turki Crimea dan Asia Tengah, dan Kazakhistan, terdedah kepada keganasan sistem Soviet ini. Mahkamah khas, troiki, telah dibentuk untuk membersihkan masyarakat Rusia daripada bangsa Kazakhistan. Pada Oktober 1920 sahaja, mahkamah-mahkamah troiki telah menjatuhkan hukuman mati kepada lebih 6,000 orang, dan hukuman ini telah dilaksanakan serta merta. Ahli keluarga, dan kadang kala jiran tetangga yang menentang rejim ini dan tidak ditahan, telah dijadikan sebagai tebusan dan telah dihantarkan ke kem-kem pengawasan. Martin Latsis, salah seorang ketua di kem-kem ini mengakui wujudnya kem-kem maut di dalam salah satu laporannya:
Dikumpulkan di dalam sebuah kem berhampiran Maikop, tawanan-tawanan ini yang terdiri daripada wanita, kanak-kanak dan orang tua hidup di dalam keadaan yang paling teruk, di dalam kesejukan dan selut bulan Oktober... Mereka mati seperti lalat. Kaum wanita akan melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan diri daripada kematian. Askar-askar yang mengawal di kem ini mengambil kesempatan di atas keadaan ini dan melayan mereka seperti pelacur.109
Di bawah pengaruh Darwin, revolusi-revolusi Komunis telah membunuh manusia dengan berbagai cara yang gila. Telah dikenal pasti bahawa matlamat utamanya ialah penghapusan. Mereka seolah-oleh percaya bahawa semakin banyak manusia yang mereka bunuh, semakin hebat kejayaan yang akan mereka kecapi. Rancangan mereka untuk menghapuskan sesiapa sahaja yang disyaki menentang revolusi dapat dilihat di dalam salah satu keputusan mereka:
"senarai penyerahan" telah disusun oleh Stalin, di samping penyeksaan, mereka juga merampas hasil tuai penduduk- penduduk kampung. Unit-unit ini menindas manusia dalam berbagai-bagai cara. Mereka yang tidak dapat memberikan hasil yang mencukupi untuk pegawai-pegawai kerajaan akan diseksa sehingga mati dalam berbagai cara. |
Pyatigorsk (Jawatankuasa Khas Untuk Perang Menentang Revolusi Balas), telah membuat keputusan untuk menjalankan hukuman mati ke atas 300 orang sehari. Mereka membahagikan sebuah bandar kepada beberapa wilayah dan mengambil satu kuota daripada setiap wilayah, dan meminta Parti mencabut senarai hukum bunuh... Di Kislovodsk, kerana tidak ada idea yang lebih baik, mereka telah memilih untuk membunuh mereka yang berada di hospital.110
Seperti yang telah diumumkan di dalam sebuah artikel akhbar Krasnyi Mech (Pedang Merah), yang menyokong Komunis, Komunis melihat segalanya adalah halal dan percaya bahawa darah perlu ditumpahkan supaya warna bendera Merah dapat berkibar:
Gambar menunjukkan penderitaan masyarakat di bawah pemerintahan Komunis. |
Kepada kami, segalanya dibenarkan, kerana kami yang mula mengangkat senjata bukan untuk menindas bangsa-bangsa dan menjadikan mereka hamba tetapi untuk membebaskan manusia daripada belenggunya... Darah? Biarkan darah mengalir seperti air! Biarkan darah terus menodai bendera hitam lanun yang dikibarkan oleh masyarakat burjuis (kelas pertengahan), dan biarkan bendera kita merah darah selama-lamanya! Hanya melalui kematian dunia lama akan dapat membebaskan diri kita selama-lamanya daripada kembalinya serigala-serigala ini!111
Penyokong-penyokong Komunis Mao menghukum siapa sahaja yang menentang mereka dalam perang saudara dengan cara yang biadab, memalukan mereka di khalayak ramai dan kemudian membunuh mereka. |
Di samping seksa-seksaan ini, Stalin juga telah menyediakan "senarai penyerahan" untuk merampas hasil petani-petani secara kekerasan. Unit ini bertanggungjawab terhadap segala penindasan ini. Pada 14 Februari 1922, seorang inspektor telah menulis seperti berikut:
Penderaan berdasarkan kepada senarai penyerahan ini telah mencapai satu tahap yang tidak dapat dibayangkan lagi. Para petani yang ditahan akan dikurung di dalam gudang yang besar dan panas; mereka kemudian disebat dan diancam untuk dibunuh. Mereka yang tidak memenuhi kuota mereka akan diberkas dan dipaksa berlari dalam keadaan telanjang sepanjang jalan utama kampung dan kemudian akan dikurung di dalam bangsal. Ramai wanita telah dipukul sehingga pengsan kemudian dihumban dalam keadaan telanjang ke dalam lubang yang dikorek di dalam salji...112
Stalin percaya Sepanyol memberikannya peluang kepada USSR dan dengan itu mencampuri urusan negara ini akan membuahkan keuntungan. Kerana itu dia memihak dan menyokong Komunis di dalam Perang Saudara Sepanyol. Rentetan daripada itu, keganasan di USSR telah merebak ke Sepanyol. Satu contoh penindasan dan penderaan ini ialah kem pusat di mana 200 orang anti-Stalin telah ditempatkan pada awal 1938. "Apabila para penyokong Stalin memilih untuk membuka cheka", seorang mangsa menyebut:
Terdapat sebuah perkuburan yang telah dibersihkan dekat sini. Para Chekis ini mendapat idea jahat: mereka membiarkan batu nisan kubur tersebut terbuka, dalam keadaan tengkorak dan badan mayat terdedah. Di situlah mereka mengurung kes-kes yang sukar. Mereka mempunyai beberapa cara penyeksaan yang ganas. Ramai banduan digantung kaki mereka dalam keadaan terbalik sepanjang hari. Sebahagian yang lain pula telah dikurung di dalam almari kecil yang hanya mempunyai beberapa lubang udara berhampiran muka mereka untuk bernafas... salah satu cara paling teruk dikenali sebagai "the drawer"; banduan dipaksa bercangkung di dalam sebuah kotak empat segi selama beberapa hari. Sebahagian yang dimasukkan ke dalam kotak ini tidak dapat bergerak selama lapan ke sepuluh hari.113
Pada 1931 Paus Pius XI telah menyebut seperti berikut tentang keganasan Komunis yang telah menggugat dunia di dalam surat Quadragesimo Anno:
Komunis mengajar dan mencari dua objektif: peperangan berterusan antara kelas-kelas, dan penghapusan sepenuhnya hak milik peribadi. Mereka melakukannya secara terang-terangan, terbuka dan menggunakan apa juga cara yang boleh, walaupun secara keganasan. Untuk mencapai objektif ini, tidak perlu merasa takut untuk melakukan apa sahaja, tiada apa pun yang patut dihargai dan dihormati. Apabila telah berkuasa, ia menggalakkan kekejaman dan kezaliman. Penyembelih dan kemusnahan yang teruk telah meluas di Timur Eropah dan Asia, telah membuktikannya.114
Seperti yang disebutkan, matlamat prinsip Komunisme ialah satu peperangan antara kelas yang kejam dan menghapuskan harta peribadi. Dengan kata lain, matlamatnya adalah untuk melaksanakan teori evolusi, yang telah Darwin laksanakan di dalam bidang biologi sehingga kepada kehidupan sosial manusia, sehingga menjadikan manusia seperti haiwan liar di dalam alam semula jadi, dalam konflik, dalam peperangan.
Malapetaka yang dibawa oleh Darwinisme tidak hanya terhenti di Rusia. Di antara negara yang paling teruk terkesan ialah China.
Ketua Komunis China Mao mempunyai dua panduan penting; salah satu daripadanya, seperti yang telah kita sebutkan sebelum ini, ialah Darwin, dan yang lain pula ialah Stalin. Kedua-dua nama ganas yang dapat ditemui di dalam personaliti Mao, telah membawa banyak tragedi dan meninggalkan kesan di sepanjang sejarah China. Sekitar 6 ke 10 juta orang telah dibunuh secara langsung di bawah arahan Mao Tse Tung, berpuluh juta penyokong revolusi menghabiskan sebahagian besar hidup mereka di dalam penjara, di mana 20 juta daripada mereka mati. Di antara 20 hingga 40 juta manusia mati kebuluran pada tahun 1959-1961, di dalam zaman yang digelar "The Great Leap Forward", natijah daripada polisi ekstrem Mao. Pembunuhan beramai-ramai di Tienanmen Square pada Jun 1989 (1000 telah terbunuh), adalah satu contoh tentang apa yang telah dilalui oleh China di dalam sejarahnya mutakhir ini. Pembunuhan dan pemusnahan bangsa menentang orang Islam Turki di Timur Turkestan masih berlaku.
Banyak kekejaman dan perkara-perkara tidak masuk akal telah berlaku revolusi Komunis di China. Masyarakat yang terkesan oleh sejenis hipnosis, telah menyokong semua kekejaman ini dan menunjukkan sokongan mereka dengan bersorak apabila mereka melihat pembunuhan. Buku Le Livre Noir du Communisme ("Buku Hitam Komunisme"), yang ditulis oleh ahli sejarah dan guru-guru telah menggambarkan kekejaman Komunis seperti berikut:
Semua orang dijemput untuk menghadiri perbicaraan umum "penyokong revolusi" yang akan dihukum mati. Semua orang yang mengambil bahagian di dalam hukuman bunuh ini, menjerit "bunuh, bunuh" kepada Red Guard yang bertanggungjawab untuk mengerat mangsanya menjadi cebisan. Kadang kala cebisan-cebisan ini dimasak dan dimakan, atau dipaksa ahli keluarga mangsa yang masih hidup memakannya. Semua orang dijemput ke majlis keraian, di mana hati dan jantung bekas pemilik tanah akan dibahagikan bersama, dan ke perjumpaan di mana pengerusi akan menunjukkan deretan kepala-kepala segar yang dicucuk di kayu sula. Kelakuan menyerupai kanibalisme ini, yang kemudiannya menjadi satu kebiasaan pada zaman rejim Pol Pot, meniru prototaip purba Asia Timur yang sering berlaku pada kejadian-kejadian besar sejarah China 115
Pemimpin-pemimpin parti China yang dituduh sebagai kapitalis telah dicukur kepala mereka terlebih dahulu di hadapan khalayak ramai dan kemudian dibunuh. |
Hukuman bunuh ke a seorang wanita Chin Wang Souxin. Wang digunakan untuk me peluru yang digunak dalam pembunuhan tersebut di Red Chin telah diambil daripa ahli keluarga mangs |
Pol Pot Dan "Ladang Pembunuhan" Khmer Rouge | |
Di antara tahun 1975 dan 1979, ketika pemerintahan Pol Pot, dua juta rakyat Kambodia daripada tujuh juta penduduk telah dibunuh. Jika dilihat pada pembunuhan yang dilakukan oleh Pol Pot, yang bercita- cita untuk mengasaskan sebuah negara Komunis paling sempurna, sebagai satu keuntungan kepada penduduk, maka pembunuhannya adalah lebih dahsyat daripada Hitler dan Stalin. Sasaran utama Pol Pot ialah golongan masyarakat seperti doktor, jurutera, pakar sains, ringkasnya golongan intelektual negara, yang telah dibu- nuhnya. Arahan telah dikeluar- kan bahawa "se- siapa yang me- makai kaca ma- ta" mesti dibunuh. Hasil daripada pem- bunuhan kejam ini, "ladang pembunuhan" yang ber- langsung selama setahun telah dibentuk. Logik yang digunakan oleh pegawai-pegawai Khmer Rouge untuk menjustifikasikan pembunuh- an mereka dapat diringkaskan di dalam kata-kata ini: "Biarkan engkau hidup tidak membawa sebarang keuntungan. Kehilangan engkau juga tidak merugikan". Mereka membunuh sesiapa sahaja yang mereka anggap atau sekadar disyaki sebagai tidak berguna atau berbahaya. Sekurang-kurangnya seorang ahli keluarga akan hilang nyawa di dalam pembunuhan ini. Pol Pot, yang menganggap manusia sebagai tidak bernilai, percaya keluarga hanya akan meng- halang visi radikal sosialisnya. Beliau cuba menghancurkan idea kekeluargaan dengan memecah belahkan keluarga-keluarga dan membantu mereka hidup di dalam tempat-tempat yang menjadi milik bersama. Polisi yang sama telah dilaksanakan oleh Stalin di Rusia. Mulanya tanah-tanah petani telah dirampas, kemudian beberapa bidang tanah diberikan semula, di kawasan yang jauh dari satu sama lain. Hasilnya ialah untuk membolehkan sebuah keluarga mengerjakan ladang-ladang mereka yang terdiri daripada beberapa bidang tanah, mereka perlu hidup terpisah daripada satu sama lain. ------------------Robert Templer, Pol Pot's Legacy of Horror, The Age, April 18, 1998, http://dithpran.org/PolPotegacy.htm |
Pol Pot dan Khmer Rouge telah menukarkan negara tersebut kepada "Ladang Pembunuhan" |
Beberapa contoh kekejaman telah dialami di dalam setiap negara yang diambil alih oleh Komunis, Kambodia, Korea Utara, Laos, Vietnam dan Eropah Utara dan negara-negara Afrika. Korban berdarah ini telah diatur di dalam buku The Black Book of Communism seperti berikut:
Jenayah-jenayah ini cenderung menyerupai bentuk tertentu walaupun pelaksanaannya berubah-ubah kepada beberapa bentuk oleh rejim. Bentuk-bentuk ini termasuklah hukuman bunuh dengan berbagai-bagai cara, seperti skuad menembak, gantung, lemas, pukul, dan di dalam kes-kes tertentu gas, racun atau "kemalangan kereta"; kemusnahan populasi melalui kelaparan, kebuluran yang dibuat-buat, menyekat makanan, atau kedua-duanya; pengasingan, di mana kematian boleh berlaku di dalam perjalanan dari satu tempat ke satu tempat (sama ada disebabkan fizikal letih atau dikurung di tempat tertutup), atau melalui kerja berat (keletihan, sakit, kelaparan, kesejukan). Jangka masa yang digelar "perang saudara" adalah lebih kompleks – tidak mudah untuk menggambarkan peristiwa yang disebabkan oleh pergaduhan di antara pemerintah dan pemberontak atau peristiwa yang hanya boleh digambarkan sebagai satu pembunuhan beramai-ramai penduduk yang tidak berdosa.
Tidak dapat tidak, kita mesti memulakannya. Anggaran kasar berikut yang berdasarkan agakan tidak rasmi, dapat memberikan ukuran jenayah-jenayah ini:
U.S.S.R : 20 juta kematian
China : 65 juta kematian
Vietnam : 1 juta kematian
Korea Utara : 2 juta kematian
Kambodia : 2 juta kematian
Eropah Timur : 1 juta kematian
Amerika Latin : 150,000 kematian
Afrika : 1.7 juta kematian
Afghanistan : 1.5 juta kematian
Gerakan Komunis Antarabangsa dan Parti-parti Komunis yang tidak berkuasa : kira-kira 10,000 kematian
Jumlah anggaran kematian : 100 juta kematian.116
Semua rejim Komunis dan organisasi yang berbeza ini berkongsi satu psikologi yang sama: semua perasan manusia seperti belas, adil dan kasihan telah hilang. Seluruh masyarakat manusia tiba-tiba menjadi medan peperangan dan pembunuhan beramai-ramai di mana haiwan liar cuba hidup dan mencari makanan. Cara yang sama haiwan liar berlawan dengan ahli keluarga lain yang dari spesies yang sama untuk mendapatkan makanan dan kawasan, manusia ini juga berkelakuan seperti "haiwan-haiwan" ini dengan cara yang sama. Kerana kelahiran Darwin telah mengajar mereka bahawa mereka berasal daripada haiwan, seperti mana haiwan bergaduh untuk terus hidup, mereka juga harus berkelakuan seperti itu.
Gerakan tidak berperikemanusiaan ini beranggapan bahawa mereka telah mendapat kehormatan dengan memakai topeng palsu saintifik. Punca mengapa pemimpin Bolshevik dapat bercakap terang-terangan tentang sifat agresif, keganasan dan pembunuhan beramai-ramai ialah kebenaran yang mereka perolehi daripada teori evolusi Darwin. Di dalam buku beliau Evolution for Naturalist, P.J. Darlington mengaku sebagai seorang penyokong evolusi, bahawa kekejaman adalah hasil semula jadi teori evolusi dan dengan itu perbuatan ini telah dijustifikasikan:
Fakta yang pertama ialah sifat mementingkan diri dan keganasan yang telah diwariskan di dalam diri kita, adalah warisan daripada nenek moyang haiwan kita yang paling hampir... Keganasan adalah sesuatu yang biasa bagi manusia, yang terhasil daripada evolusi.117
Jelas melalui pengakuan penyokong evolusi ini, bahawa adalah semula jadi bagi ideologi Komunis, yang menerima teori evolusi Darwin sebagai panduan, untuk menerima manusia lain sebagai haiwan, melayan mereka sama seperti haiwan, dan menindas mereka. Kerana dia yang menerima ideologi Komunis secara Darwin terlupa bahawa dia mempunyai seorang Pencipta, tujuan kewujudannya di muka bumi ini, dan bahawa dia akan dihisab di atas apa yang telah dilakukannya di hadapan-Nya pada Hari Perhitungan. Dan hasilnya, seperti kebanyakan mereka yang tidak bertakwa kepada Allah, dia akan menjadi seorang yang mementingkan diri sendiri dan hanya memikirkan kepentingannya sahaja, menjadi seorang yang kejam, malah pembunuh yang liar. Allah mendedahkan situasi mereka dan apa yang akan berlaku kepada mereka:
Sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan) hanyalah terhadap orang-orang yang melakukan kezaliman kepada manusia dan bermaharajalela di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar. Mereka itulah orang-orang yang beroleh azab seksa yang tidak berperi sakitnya. (Surah Ash-Shura 42)
Pada 1968 ideologi berhaluan kiri telah mempengaruhi hampir setiap bahagian di seluruh dunia, terutamanya golongan mula di universiti-universiti. Perjumpaan-perjumpaan telah dilakukan, telah dihasut untuk menentang negara sendiri, pihak polis dan tentera. Kesan daripada keadaan ini, di mana saudara membunuh saudaranya sendiri, bandar-bandar telah dimusnahkan, dan seluruh dunia menjadi kacau bilau. |
Enindasan Di Turkestan Timur |
Walaupun telah diterima pem- bubaran Soviet Union sebagai penamat kepada Komunisme sebagai sebuah rejim politik, ideologi dan amalan Komunis sebenarnya masih berterusan. Amalan Rusia, yang masih didominasi oleh mentaliti 'Tentera Merah, di Chechnya dan China di Turkestan Timur, membuktikannya. Orang-orang Islam Uighur yang tinggal hari ini di Turkestan Timur, melalui pengalaman yang sama seperti China 'Merah' M a o . Golongan muda ditahan tanpa sebab, dipenjarakan seumur hidup di bawah tanah, dan ditembak, orang-orang Islam dihalang daripada menjalankan tanggungjawab agama mereka, hasil titik peluh mereka dirampas melalui cukai-cukai yang melampau, mereka hidup di jurang maut melalui ancaman kebuluran dan ujian nuklear yang dilakukan berhampiran dengan mereka sehingga menyebabkan mereka mendapat penyakit berbahaya. Orang-orang Islam Uighur Turkestan Timur telah hidup di bawah pemerintahan China selama 250 tahun. Orang-orang China menggelarkan "Sinkiang" atau "tanah yang dijajah" kepada Turkestan Timur, sebuah tanah orang-orang Islam, dan meng- anggapnya sebagai tanah jajahan mereka. Setelah Komunis yang dipimpin oleh Mao mengambil alih pada 1949, tekanan terhadap Turkestan Timur meningkat ke tahap yang belum pernah disaksikan sebelum ini. Polisi rejim Komunis bermatlamatkan kemus- nahan sepenuhnya orang-orang Islam, yang menolak perpaduan. Jumlah orang-orang Islam yang dibunuh telah meningkat ke jumlah yang tidak dapat dibayangkan. Di antara 1949 hingga 1952, 2,800,000; di antara 1952 hingga 1957, 3,509,000; di antara 1958 hingga 1960, 6,700,000; di antara 1961 hingga 1965, 13,300,000 orang telah dibunuh oleh tentera China atau mati disebabkan kekurangan bahan keperluan yang disebabkan oleh rejim ini. Dengan pembunuhan beramai-ramai selepas 1965, jumlah rakyat Turkestan Timur yang dibunuh telah mencecah ke angka yang dahsyat sekitar 35 juta orang. Di samping menghapuskan orang-orang Islam sejak 1949, rejim ini juga telah memasukkan pendatang-pendatang China secara sistematik. Kesan daripada kempen ini, yang telah dimulakan oleh Kerajaan China pada 1953, adalah berbentuk provokasi minda. Pada 1953, terdapat 75% penduduk Muslim dan 6% China, tetapi pada 1982, anggarannya ialah 40% Muslim dan 53% China. Banci 1990, yang mendedahkan bahawa anggaran populasi kini ialah 40% Muslim dan 53% China, adalah lebih penting daripada pandangan yang mendedahkan skala pem- bersihan etnik. Pada masa yang sama, pemerintah China menggunakan orang-orang Islam Turkestan Timur sebagai haiwan eksperimen di dalam ujian nuklear. Hasil daripada ujian nuklear ini yang telah bermula pada 1946, rakyat tempatan telah dihinggapi penyakit berbahaya, dan 20,000 kanak-kanak cacat telah dilahirkan. Telah dikenal pasti orang-orang Islam yang terbunuh disebabkan oleh ujian nuklear ini ialah 210,000. Beratus-ratus manusia menjadi cacat, dan beratus-ratus yang lain menjadi mangsa berbagai penyakit seperti penyakit kuning dan kanser. Di antara 1964 sehingga kini, China telah meletupkan 50 butir bom atom dan hidrogen. Pakar Sweden telah membuktikan bahawa satu ujian nuklear bawah tanah pada 1984 dengan sebutir bom yang mempunyai kekuatan 150 ton telah menyebabkan gempa bumi pada magnitud 8.8 skala Richter. Penindasan China ke atas bangsa Uighur tidak berakhir di situ sahaja. Pengalaman Februari 1997, ketika berbagai kejadian meningkat secara mendadak, akan dapat merumuskan penindasan China ini. Menurut berita yang diumumkan kepada umum, pada 4 September, yang merupakan suatu hari perayaan, tentera China telah memukul 60 orang wanita, yang berkumpul di dalam masjid dan membaca al-Quran, dengan batang- batang besi dan mengheret mereka< ke ibu pejabat keselamatan. Penduduk tempatan telah pergi ke ibu pejabat tersebut dan meminta supaya wanita-wanita tersebut dibebaskan. Ketika itulah, tiga mayat wanita yang telah diseksa hingga mati dihumban di hadapan mereka. Perselisihan mula tercetus di antara orang ramai, disebabkan oleh provokasi, dan orang-orang China. Pada 4 September tersebut 7,200 rakyat Turkestan Timur telah dipenjarakan. Pada pagi 8 September, mereka yang telah dihalang oleh tentera keselamatan daripada melakukan sembahyang Jumaat di masjid di mana mereka berkumpul. Ekoran itu, perselisihan tercetus sekali lagi, dan natijahnya jumlah mereka yang ditahan, yang telah mencapai 58,000 di antara April dan Disember 1996, telah bertambah melebihi 70,000. begitu juga, seramai 100 golongan muda ditembak di kawasan lapang umum, dan 5,000 bangsa Uighur telah dibogelkan dan dipamerkan di khalayak ramai dalam kumpulan yang terdiri daripada 50 orang. Contoh Turkestan Timur hanyalah satu daripada kepedihan dalam abad ke-20 ini. Di setiap pelosok dunia pada abad ke-20 ini, manusia yang terdiri daripada berbagai agama, bangsa, atau ideologi telah dibunuh dan diha- puskan. Bukanlah suatu kebetulan di sebalik semua ideologi-ideologi ini yang melakukan pembunuhan- pembunuhan ini pandangan Darwin berkembang. Kerana dengan teori- nya, Darwin telah memudahkan manusia membunuh manusia lain dan kemudian menjustifikasikan perbuatannya. |
Dan jatuhlah hukuman atas mereka (dengan azab) disebabkan kezaliman mereka (berlaku kufur ingkar), lalu mereka diam membisu. (Surah An-Naml: 85) Orang-orang yang zalim itu (tidak berfikir), bahkan menurut hawa nafsu mereka (melakukan syirik) dengan tidak berdasarkan pengetahuan. Maka tiada sesiapa yang dapat memberi petunjuk kepada orang yang telah disesatkan oleh Allah (disebabkan bawaannya sendiri), dan tiada pula bagi mereka sesiapa yang dapat menolong melepaskan mereka dari azab. (Ar-Ruum: 29)
|
Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: "Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya". Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: "Cukuplah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)". (Surah Ali 'Imran:173) |
Penindasan Berterusan Di Chechnya |
Penaklukan Rusia ke atas Chechnya pada 1991, setelah bergan- tung kepada Dzhokar Dudayev, telah berubah menjadi peperangan pada 11 Disember 1994, diikuti oleh masalah yang lebih besar pada November berikutnya. Ketika 100,000 rakyat Chechnya kehilangan nyawa mereka di dalam peperangan ini, berpuluh ribu yang lain pula terpaksa ber- hijrah. Chechnya telah kehilangan beratus-ratus sumber sejarah dan ekonomi di dalam peperangan ini. Apabila Rusia mengumumkan bahawa Chechnya adalah "masalah dalaman", tiada sebarang protes datang daripada dunia luar. Bertan-tan bom digugurkan di setiap inci bumi Chechnya. Pe- musnahan bangsa telah dilakukan, seperti yang pernah terjadi sebelum ini di dalam sejarah dunia, dengan menggunakan senjata kimia, yang telah diharamkan penggunaannya sehingga kini. Walaupun meng- hadapi berbagai kesulitan, pada bulan Ogos 1996 Rusia terpaksa mengaku kalah di tangan rakyat Chechnya, yang sama sekali tidak pernah gentar dan berjuang demi tanah air mereka dengan segala yang mereka miliki. |
Rusia, yang terpaksa menerima Chechnya sebagai sebuah negara yang terpisah di dalam satu perjanjian yang ditandatangani di peringkat tinggi pada Ogos 1996 dan May 1997, nampaknya telah menerima situasi ini. Tetapi, pada Oktober 1997 Rusia telah mema- suki kawasan Chechnya dan mula membunuh wanita, kanak-kanak dan orang-orang tua. Sasaran awam dibom tanpa henti selama berbulan-bulan. Untuk melumpuh- kan kekuatan, hospital, wad bersalin, pasar, dan konvoi pelarian dipilih sebagai sasaran serangan. Akhirnya telah dikenal pasti bahawa Rusia telah menggunakan senjata kimia dan misil skud dan api menentang rakyat Chechnya. Di samping itu, Rusia juga telah memasukkan racun ke dalam Sungai Argun, yang digunakan oleh kebanyakan penduduk kampung Chechnya. Ketika beratus-ratus wanita dan kanak-kanak yang minum air beracun ini mati, beratus-ratus yang lain pula sedang menanti kematian di pintu hospital. Kerana air sungai tersebut telah meracuni penduduk-penduduk awam ini yang tidak dapat mencari air untuk minuman dan untuk tujuan-tujuan lain telah melalui masa yang sukar. Keadaan pelarian- pelarian juga amat mem- bimbangkan. Kajian yang dilakukan di kawasan-kawasan pelarian menunjukkan pelanggaran hak asasi manusia telah mencecah angka yang besar. Sekitar 250,000 pelarian Chechnya telah melarikan diri daripada peperangan berada di bawah pelindungan Ingushetya, sementara sebahagian yang lain di negara-negara jiran. Telah diumum- kan Rusia telah membelanjakan 385 juta dolar ke atas operasi ini. Chechnya mendedahkan di antara September 1999 dan 25 Julai 2000, 1,460 askar Chechanya dan 45,000 penduduk awam terbunuh. Rancangan Rusia adalah untuk menghapuskan semua pejuang Chechnya yang telah berjuang menentang mereka pada November 2000. |
Newsweek 13 Februar 1995 |
Newsweek 1 November 1999 |
Newsweek 6 December 1999 |
Time 5 Februar 1996 |
Umpahan Ideologi Komunisme Darwinisme Telah Dibubarkan |
Komunisme adalah satu ideologi yang dibawa oleh mereka yang hidup di zaman 1800-an, yang boleh digambarkan sebagai "kebodohan" pandangan sains. Antara punca utama pengaruh cepat menular di dalam berbagai sektor manusia di banyak negara oleh ideologi ini, yang analisis dan dakwaannya telah banyak kali dibuktikan salah dan telah membawa kemudaratan kepada manusia daripada kebaikan, ialah kebodohan mereka yang menerima ideologi ini. Selepas Revolusi Industri, apabila sebahagian masyarakat berada di dalam tahap kemiskinan yang teruk, sementara dalam masa yang sama, sebahagian yang lain pula telah meningkat maju ke tahap yang lebih baik, telah menyebabkan ketegangan yang membawa kepada pergolakan di dalam kumpulan masyarakat di hampir kebanyakan negara. Ketegangan yang terbentuk di negara-negara seperti Rusia, yang masih berada pada tahap masyarakat pertanian, dan China Kumpulan-kumpulan masyarakat yang mencari kebenaran dan keadilan juga turut sama. Tetapi natijah akhirnya tidak memihak kepada mereka. Mereka hidup di bawah keadaan ekonomi yang lebih teruk daripada sebelum ini, di samping berjuang supaya tidak mati kelaparan, yang lain pula hidup di dalam ketakutan dan kengerian daripada dibunuh pada bila-bila masa sahaja, disiksa, dibuang, dan dirompak. Telah terbukti bahawa satu ideologi yang berasaskan kepada kelemahan iman, yang percaya asas utama pembangunan ialah konflik, pergaduhan, dan peperangan, bahawa manusia berasal daripada haiwan, yang berasaskan kepada penyimpangan bahawa nilai-nilai moral seperti keluarga, keimanan, hubungan rapat adalah tidak berguna dan tidak relevan, tidak akan memberikan manusia kebebasan, keselamatan, kegembiraan, dan, keadilan. Tetapi kumpulan masyarakat ini lemah dari segi pandangan dan kefahaman untuk menilai dan menganalisis perkara ini. Mereka merenung gambar Marx dan Engels dan menganggap mereka sebagai pemikir yang "dalam", "sukar dimengertikan" dan "berilmu". Mereka melihat penipuan saintifik dan luaran dan kelakuan sentimental mereka yang menyokong mereka dan merasa terpengaruh dengan mantera Komunisme dan materialisme. Tetapi hari ini, sekiranya mereka masih hidup, mereka akan faham bahawa setiap ketua Komunis mempunyai kefahaman yang dangkal dan primitif dan telah memperbodohkan manusia. Tidak seorang pun yang mereka anggap sebagai ketua bertindak dengan kelakuan yang formal, mereka hanya berjaya membawa manusia kepada mereka dengan cara menyerang dan menakutkan mereka: mereka adalah mereka yang melakukan kekejaman, keganasan, kebiadaban, dan pem- bunuhan sebagai uslub mereka, dan berfikir secara dangkal dan primitif. Hari ini ramai Komunis "lama" telah menyedari kesalahan besar yang dilakukannya di masa silam dan menyesalinya. Setiap seorang daripada mereka kini menyedari dia telah mengikut secara membuta tuli satu ideal yang tidak produktif, atau sesuatu yang tidak berguna. Sebahagian yang lain pula cuba menunjukkan bahawa mereka masih belum berputus asa dengan ideologi mereka untuk tidak menerima kekalahan dan kebenaran bahawa masa telah menolaknya dan berkata, "Kami akan menang". Satu jangka masa telah bermula di mana sains dan ilmu pengetahuan dapat dicapai di mana sahaja pada bila-bila masa sahaja, di mana setiap manusia dapat mencari kebenaran dan realiti lebih mudah daripada sebelum ini, dan pada darjah yang hebat. Di dalam keadaan ini cara anjuran, kecenderungan kepada mantera magis Komunis, materialis, dan para penyokong Darwin, tangkal ajaib dan seruan mereka untuk berperang telah kehilangan kuasanya. Ideologi-ideologi kosong seperti Komunisme, materialisme, dan Darwinisme, yang kuasa mereka boleh dilumpuhkan dengan sedikit sains dan pemikiran, telah mula kehilangan pengaruh mereka ke atas manusia. Hasilnya, harihari yang lebih cerah, damai dan bukti yang lengkap, akan selesa menanti manusia. Lebih membawa kepada kemusnahan penting lagi, kesedaran terhadap kepada ideologi ini. penipuan Darwinisme, dengan |
Sesiapa sahaja yang memikirkan pembunuhan beramai-ramai, pembunuhan dan penyeksaan yang telah membebankan manusia oleh Komunis, Nazi atau kolonialis, akan tertanya-tanya bagaimana penyokong-penyokong idea ini boleh terpesong jauh daripada manusia biasa. Sebab utama kekejaman dan penindasan ditimpakan ke atas manusia oleh pemimpin-pemimpin ini ialah kelemahan iman, dan kenyataan bahawa mereka ini tidak takut kepada Allah. Sesiapa yang bertakwa kepada Allah dan mempunyai iman yang kuat terhadap hari akhirat, pasti tidak mampu melakukan sebarang penindasan, kesalahan, ketidakadilan, dan pembunuhan seperti yang kita gambarkan. Lebih daripada itu, walaubagaimana dia didorong, seorang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat tidak akan mengikut ideologi-ideologi sesat ini.
Tetapi mereka yang tidak mempunyai agama dan tidak bertakwa kepada Allah, mereka tidak mengenal sebarang batasan. Dengan hanya sedikit dorongan seorang yang percaya dia dan makhluk lain telah berubah secara kebetulan daripada benda mati, yang percaya nenek moyangnya adalah haiwan, dan percaya tiada benda yang wujud melainkan kebendaan, akan mudah melakukan berbagai keganasan. Sekali imbas mereka kelihatan tidak berbahaya kepada manusia; tetapi di dalam keadaan-keadaan tertentu mereka boleh menjadi seorang pembunuh yang melakukan pembunuhan beramai-ramai, pembunuh yang memukul manusia atau membiarkan mereka kelaparan hanya kerana mereka tidak menerima ideanya, mereka yang diselubungi kebencian, dan keganasan. Kerana mereka percaya pandangan dan nilai dunia memerlukannya.
Pada tahun1983, Alexander I. Solzhenitsyn, pemenang hadiah Nobel 1970 untuk kesusasteraan, telah memberikan ucapan di London di mana beliau mengungkapkan mengapa terlalu banyak kejahatan menimpa manusia:
Selama setengah abad dahulu, ketika saya masih kanak-kanak, saya masih ingat mendengar ramai orang-orang tua memberikan penjelasan terhadap malapetaka yang menimpa Rusia: "Manusia telah melupakan Tuhan; kerana itu semua ini terjadi".
Sejak itu, saya telah menghabiskan 50 tahun mengkaji sejarah revolusi kita; di dalam proses ini saya telah membaca beratus-ratus buku, mengumpulkan beratus-ratus pengakuan peribadi, dan telah menambah lapan jilid milikku sendiri tentang usaha untuk membersihkan sisa-sisa keruntuhan yang ditinggalkan oleh pergolakan tersebut. Tetapi sekiranya saya diminta hari ini untuk merumuskan sebaik mungkin punca revolusi yang telah mengorbankan 60 juta orang kita, saya tidak dapat menyatakan yang lain melainkan mengulangi bahawa: "Manusia telah melupakan Tuhan, kerana itu semua ini terjadi"118
Mereka Yang Dizalimi:Gambar ini menunjukkan sebahagian daripada mimpi ngeri di mana ideologi Komunis telah mempengaruhi manusia. Manusia yang menjadi lemah disebabkan oleh kebuluran, dahaga, dan kekecewaan, hidup dalam kemiskinan dan kekurangan... |
Pengenalan Solzhenitsyn ini amat jujur. Memang benar, satu-satunya sebab yang boleh mengheret sebuah masyarakat kepada keganasan yang dahsyat, tidak mempedulikan sebarang tekanan, hanya melihat di tepi jalan, adalah kealpaan mereka terhadap Tuhan. Tetapi Tuhan tidak pernah melupakan dan tidak pernah tersilap. Pemimpin-pemimpin Komunis yang kejam merasakan mereka telah membentuk sistem mereka sendiri untuk memerintah manusia di dunia, dan menyangka telah berjaya memperoleh kekuasaan dan kekuatan yang hebat. Malah mereka mengadakan perjumpaan-perjumpaan sulit, di mana mereka membisikkan di antara satu sama lain tentang penindasan yang akan mereka lakukan ke atas masyarakat untuk meningkatkan kekuasaan dan kekuatan mereka. Tetapi ketika mereka melakukannya, Allah mengetahui segala-galanya, dan Dia akan membalas apa yang telah mereka lakukan. Dia telah mengumumkannya di dalam al-Quran:
Semasa mereka semuanya dibangkitkan hidup semula oleh Allah (pada hari kiamat), lalu diterangkan kepada mereka segala yang mereka telah kerjakan. Allah telah menghitung amal-amal mereka itu satu persatu, sedang mereka telah melupakannya. Dan (ingatlah), Allah menjadi Saksi akan tiap-tiap sesuatu. Tidakkah engkau memikirkan, bahawa sesungguhnya Allah mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi? Tiada berlaku bisikan antara tiga orang melainkan Dia lah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dia lah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai, melainkan Ia ada bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada. Kemudian Ia akan memberi tahu kepada mereka - pada hari kiamat - apa yang mereka telah kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Surah Al-Mujadalah: 6-7)
Kemudian terdapat sekumpulan manusia yang mengikut pemimpin-pemimpin kejam ini, yang merangkak mengekori mereka. Keadaan mereka telah didedahkan di dalam al-Quran. Ia disebutkan di dalam ayat:
Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri. (Surah Yunus:44)
Dengan kata lain, mereka menzalimi diri mereka sendiri dengan melupakan agama Allah dan mengikut pemimpin-pemimpin penyokong Darwin. Ayat lain pula menerangkan bahawa manusialah yang membawa kejahatan di dunia ini:
Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). (Surah Ar-Ruum:41)
Satu-satunya cara untuk menghalang malapetaka ini daripada menimpa manusia sekali lagi ialah dengan manusia kembali hidup dengan beriman kepada Allah dan hari akhirat dan tanpa melupakan apa yang mereka kerjakan kini akan dihisab kemudian. Dan, dengan panduan al-Quran, telah Allah turunkan untuk semua manusia, untuk mereka ambil semua sifat-sifat baik, seperti cinta, mengasihi, mengasihani dan kesetiaan, seperti yang diarahkan di dalam ayat:
Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan. (Surah An-Nahl: 97)
Sebuah rejim yang berpandangan Darwinisme- Komunisme melihat manusia tanpa nilai. Ia membiarkan mereka mati dan berada dalam kemiskinan. Rusia adalah salah satu contohnya. |
78- Conway Zirkle, Evolution, Marxian Biology and the Social Scene, Philadelphia: University of Pennsylvania Press, 1959, pp.85-87
79- Conway Zirkle, Evolution, Marxian Biology and the Social Scene, Philadelphia: University of Pennsylvania Press, 1959, pp.85-87
80- Conway Zirkle, Evolution, Marxian Biology and the Social Scene, Philadelphia: University of Pennsylvania Press, 1959, pp.85-87
81- Stephen Jay Gould, Ever Since Darwin, W. W. Norton & Company, New York 1992, p. 26
82- Friedrich Engels, Socialism: Utopian and Scientific, Foreign Languages Press, Peking 1975, p. 67
83- Gertrude Himmelfarb, Darwin and the Darwinian Revolution, London: Chatto & Windus, 1959, pp. 348-9
84- Friedrich Engels, Socialism: Utopian and Scientific, Foreign Languages Press, Peking 1975, p. 67
85- Conway Zirkle, Evolution, Marxian Biology and the Social Scene, (University of Pennsylvania Press, 1959), pp.85-86
86- Tom Bethell, "Burning Darwin to Save Marx”, Harper's Magazine, (December 1978), p.37
87- Karl Marx Biyografi (The Biography of Karl Marx), Öncü Yayınevi, p. 368
88- John N. Moore, The Impact of Evolution on the Social Sciences, Impact No. 52, www.icr.org/pubs/imp/imp-052.htm
89- Marshall Hall, Hitler, Lenin, Stalin, Mao et al: The Role of Darwinian Evolutionism in Their Lives, http://www.fixedearth.com/hlsm.html
90- Alan Woods and Ted Grant, Reason in Revolt: Marxism and Modern Science, London:1993
91- Kent Hovind, The False Religion of Evolution, http://www.royalse.com/scroll/evolve/ndxng.html
92- E. Yaroslavsky, Landmarks in the Life of Stalin, Moscow: Foreign Languages Publishing House, 1940, pp. 8.; cited by Paul G. Humber, Stalin's Brutal Faith, Vital articles on Science/Creation October 1987, Impact No. 172
93- E. Yaroslavsky, Landmarks in the Life of Stalin, Moscow: Foreign Languages Publishing House, 1940, pp. 8.; cited by Paul G. Humber, Stalin's Brutal Faith, Vital articles on Science/Creation October 1987, Impact No. 172
94- K. Mehnert, Kampf um Mao's Erbe, Deutsche Verlags-Anstalt, 1977
95- Marshall Hall, Hitler, Lenin, Stalin, Mao et al: The Role of Darwinian Evolutionism in Their Lives, http://www.fixedearth.com/hlsm.html
96- Robert Milner, Encyclopaedia of Evolution 1990 p.81
97- Michael Ruse: The Long March of Darwin, New Scientist 103, August 16, 1984: 35; cited in Henry M. Morris, The Long war Against God, Baker Book House, 1989, pp.85-86
98- Henry M. Morris, The Long War Against God, Baker Book House, 1989, p. 57
99- Nicolas Werth, "Le Pouvoir soviétique et l'Eglise orthodoxe de la collectivisation à la Constitution de 1936", Revue d'études comparatives Est-Quest nos. 3-4, 1993, pp.41-49 cited by Stéphane Courtois, Nicolas Werth, Jean-Louis Panné, Andrzej Paczkowski, Karel Bartosek, Jean-Louis Margolin, The Black Book of Communism, Harvard University Press, 1999, p. 172
100- Samuel T. Francis, The Soviet Strategy of Terror, The Heritage Foundation, 1981, p. 46
101- V. I. Lenin; Collected Works, 4th English Edition, Progress Publishers, Moscow, 1964, p. 180
102- V. İ. Lenin, The Proletarian Revolution and The Renegade Kautsky (Moscow: Foreign Languages Publishing House, 1952, pp. 32-33, 20)
103- V. I. Lenin, Collected Works, Moscow, Volume 35, p. 238
104- V. I. Lenin, Collected Works, Vol. 24, pp. 38-41, Progress Publishers, Moscow, 1964
105- V.I. Lenin, Polnoe sobranie sochinenii, (Complete Collected Works), Moscow, Gos.-izd-vo polit. Lit-ry, 1958-1966, 35: 311, cited by Stéphane Courtois, Nicolas Werth, Jean-Louis Panné, Andrzej Paczkowski, Karel Bartosek, Jean-Louis Margolin, The Black Book of Communism, Harvard University Press, 1999, p. 59
106- Ann Arbor, Leon Troçki, Terrorism or Communism, University of Michigan Press, 1961, p. 58
107- Protokoly zasedanii VSIK 4-sozyva, Stenograficheskii otchet (Protocols of the sessions of the CEC in the fourth phase: Stenographic account) (Moscow, 1918), p. 250
108- Harrison E. Salisbury, "Reading The Gulag Archipelago is like no other reading experience of our day," Book-of-the-Month Club NEWS, Midsummer, 1974, pp. 4,5.
109- Russian Center for the Conservation and Study of Historic Documents, Moscow, 17/84/75/59, cited by Stéphane Courtois, Nicolas Werth, Jean-Louis Panné, Andrzej Paczkowski, Karel Bartosek, Jean-Louis Margolin, The Black Book of Communism, Harvard University Press, 1999, p. 100
110- Quoted in V.I. Brovkin, Behind the Front Lines of the Civil War: Political Parties and Social Movements in Russia, 1918-1922, Princeton: Princeton University Press, 1981, p. 353, cited by Stéphane Courtois, Nicolas Werth, Jean-Louis Panné, Andrzej Paczkowski, Karel Bartosek, Jean-Louis Margolin, The Black Book of Communism, Harvard University Press, 1999, p. 101
111- Krasnyi Mech, no.1 (18 August 1919), p.1 cited by Stéphane Courtois, Nicolas Werth, Jean-Louis Panné, Andrzej Paczkowski, Karel Bartosek, Jean-Louis Margolin, The Black Book of Communism, Harvard University Press, 1999, p. 102
112- Stéphane Courtois, Nicolas Werth, Jean-Louis Panné, Andrzej Paczkowski, Karel Bartosek, Jean-Louis Margolin, The Black Book of Communism, Harvard University Press, 1999, p. 119
113- Quoted in Julian Gorkin, Les Communistes contre la révolution espagnole, Paris: Belfond, 1978, p.181, cited by Stéphane Courtois, Nicolas Werth, Jean-Louis Panné, Andrzej Paczkowski, Karel Bartosek, Jean-Louis Margolin, The Black Book of Communism, Harvard University Press, 1999, p. 342
114- Stéphane Courtois, Nicolas Werth, Jean-Louis Panné, Andrzej Paczkowski, Karel Bartosek, Jean-Louis Margolin, The Black Book of Communism, Harvard University Press, 1999, p. 29
115- Stéphane Courtois, Nicolas Werth, Jean-Louis Panné, Andrzej Paczkowski, Karel Bartosek, Jean-Louis Margolin, The Black Book of Communism, Harvard University Press, 1999, p. 470-471
116- Stéphane Courtois, Nicolas Werth, Jean-Louis Panné, Andrzej Paczkowski, Karel Bartosek, Jean-Louis Margolin, The Black Book of Communism, Harvard University Press, 1999, p. 4
117- P.J. Darlington, Evolution for Naturalists, 1980, s. 243-244
118- Edward E. Ericson, Jr., "Solzhenitsyn - Voice from the Gulag", Eternity, October 1985, pp. 23, 24.