Di dalam bab ini, kita akan bercakap dengan panjang lebar tentang planet-planet dan objek-objek lain di alam semesta ini. Matahari, bulan dan Bumi adalah di antara yang paling kita kenali. Tetapi, sebenarnya terdapat objek-objek angkasa lain di cakerawala ini yang kamu tidak dapat lihat.
Fikirkan tentang filem atau cerita kartun tentang angkasa lepas! Angkasa lepas dipenuhi dengan bintang-bintang, planet-planet dan meteor-meteor yang dapat dilihat di dalam filem-filem ini. Setiap satunya dikenali sebagai objek angkasa. Berbilion objek-objek angkasa ini berkumpul untuk membentuk himpunan gergasi sistem-sistem bintang yang dikenali sebagai galaksi. Semua objek-objek angkasa ini sangat besar. Contohnya, planet kita Bumi adalah sangat kecil jika dibandingkan dengan objek-objek angkasa lain. Tetapi, ia cukup besar untuk menampung manusia, haiwan, gunung-ganang, lautan dan apa sahaja yang kamu dapat fikirkan.
Sekarang mari kita masuki himpunan gergasi sistem bintang ini, galaksi-galaksi yang menghimpunkan berbilion-bilion bintang.
Galaksi adalah gabungan berbilion bintang. (Bintang ialah objek-objek angkasa besar seperti matahari. Bumi dan bulan bukan bintang). Terdapat tiga trilion bintang di dalam galaksi terbesar. Di dalam galaksi bersaiz sederhana, terdapat kira-kira 200 ke 300 bilion bintang, sementara terdapat sekitar 100 bilion bintang di dalam galaksi kecil.
Sekarang berhenti dan fikirkan seketika: Apa ertinya jumlah satu bilion kepada kamu? Contohnya, jika kamu meletakkan dua sifar selepas angka satu, ia akan menjadi 100. Jika kamu menambahkan satu lagi sifar kepada angka ini, ia akan menjadi 1,000. Tambah satu lagi sifar dan sekarang kamu mendapat 10,000 (sepuluh ribu). Bolehkah kamu mengira sehingga 10,000? Mungkin kamu boleh melakukannya, tetapi ia mengambil masa yang panjang. Sedangkan kita masih belum sampai ke angka satu bilion. Kemudian kita tambahkan dua sifar kepada angka 10,000. Sekarang kita mendapat 1,000,000 (satu juta). Kita masih tidak mencapai angka bintang-bintang di galaksi. Tetapi jika kamu menambah tiga lagi sifar pada angka 1,000,000, kamu akan mendapat 1,000,000,000 (satu bilion). Bolehkah kamu mengira sehingga 1,000,000,000? Biar kita menjawab soalan ini; mengira satu bilion memakan masa selama beberapa dekad, satu dekad ialah sepuluh tahun.
Sekarang kita hampir mencapai angka bintang-bintang di galaksi. Jika kamu menambahkan dua lagi sifar selepas angka 1,000,000,000, ia menjadi 100,000,000,000 (seratus bilion). Ia adalah jumlah bintang-bintang di dalam galaksi-galaksi kecil.
Sekarang sudahkah kamu mendapat gambaran tentang cakerawala ini. Jika kamu menghabiskan seluruh masa kamu mengira, kamu masih gagal mengira semua bintang-bintang di angkasa. Allah, Pencipta alam ini, telah menjadikan angkasa tidak terbatas yang tidak dapat kamu bayangkan, dan Dia mengawal setiap titik cakerawala yang besar ini setiap masa. Allah mengetahui dan melihat setiap hidupan di dalam cakerawala yang besar ini, dan segala apa yang berlaku. Kuasa tidak terbatas Allah ini diceritakan di dalam Al-Quran seperti berikut:
… dan Ia mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di Bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Surah Ali ‘Imran:29)
Sekarang mari kita kembali kepada topik kita dan cuba mempelajari lebih banyak tentang galaksi.
Di dalam galaksi-galaksi bersaiz sederhana atau besar, terdapat satu pusat galaksi. Sekeliling pusat galaksi ini adalah tangan-tangan yang berputar pada kelajuan yang besar. Tangan-tangan ini terdiri daripada bintang-bintang, gas dan awan-awan debu.
Dengan tangan-tangan dan pusatnya, galaksi-galaksi adalah objek angkasa terbesar di angkasa. Kelompok-kelompok galaksi ini juga membentuk kelompok-kelompok objek angkasa yang lain. Terdapat beratus-ratus galaksi di dalam satu kelompok galaksi. Tambahan pula, kelompok-kelompok galaksi ini membentuk kelompok-kelompok objek angkasa lain. Kelompok galaksi ini makin membesar dan terus membesar.
Sekarang mari kita senaraikan kembali apa yang telah kita perhatikan setakat ini:
Simpan di dalam fikiran kamu, sebuah galaksi yang terkumpul daripada 100 bilion bintang-bintang adalah sebuah galaksi kecil, jangan lupa setiap bintang adalah sekurang-kurangnya sebesar matahari. Tambahan pula, terdapat planet-planet besar dan kecil seperti Bumi kita yang berputar mengelilingi semua bintang-bintang ini.
Sekarang, fikirkan perkara berikut: Bolehkah berbilion-bilion bintang dapat berkumpul secara kebetulan di dalam keadaan yang tersusun? Bolehkah bintang-bintang ini secara spontan mengadakan satu aturan yang membolehkan mereka bergerak tanpa berlanggar dengan objek-objek angkasa yang lain (contohnya Bumi kita dan planet-planet lain)?
Sudah tentu mustahil. Ini bererti bahawa bintang-bintang yang berputar dengan kelajuan yang tinggi tanpa berlanggar dengan objek-objek angkasa yang lain sejak mula kewujudannya adalah satu petanda kewujudan Allah: Pencipta, Perancang, Pengatur dan Pentadbir seluruh alam. Allah telah menjadikan banyak laluan untuk planet-planet, bintang-bintang dan komet-komet di angkasa. Semua objek-objek angkasa ini mengikut laluan mereka sendiri tanpa berlanggar dengan yang lain.
Sekarang kita sambung semula perjalanan kita dengan galaksi ini.
Bimasakti adalah nama bagi galaksi di mana terletaknya Bumi kita. Galaksi Bimasakti amat besar. Seperti galaksi-galaksi besar yang lain, Bimasakti juga mempunyai pusat galaksi. Sudah tentu kamu masih ingat apa itu pusat galaksi kerana kita baru sahaja membincangkannya di bahagian lepas. Bintang-bintang di dalam pusat-pusat ini adalah bintang-bintang tua; mereka berwarna merah atau kuning. Bintang-bintang pada tangan-tangan galaksi ini selalunya adalah bintang-bintang biru yang muda dan panas. Gas dan awan-awan debu terdapat di dalam tangan-tangan ini.
Bimasakti berbentuk pusar; sebenarnya bentuk galaksi ini adalah seperti “roda pin”. Iaitu, ia mempunyai tangan-tangan pada pusatnya yang keluar ke arah bahagian luar. Terdapat empat tangan. Atau dikenali sebagai “Tangan Pemburu” (Hunter Arms). Kumpulan planet yang dikenali sebagai “Sistem Suria” terletak pada tangan ini, dan Bumi kita adalah satu daripada planet-planet di dalam kumpulan ini.
Sistem Suria kita terletak sedikit agak jauh daripada pusat galaksi ini. Matahari (dan sistem Suria kita) mengelilingi pusat galaksi ini, dan menyempurnakan satu putaran setiap 220 juta tahun atau lebih.
Bimasakti ini telah mengekalkan bentuk dan pergerakannya selama berbilion-bilion tahun. Walaupun bintang-bintang di dalamnya beredar dengan kelajuan yang hebat, mereka memelihara laluan mereka sendiri.
Anak panah menunjukkan kedudukan Bumi kita di dalam Bimasakti. |
Bagaimana pun, mustahil bagi bintang-bintang ini untuk membentuk bentuk-bentuk seperti ini dengan sendiri. Mustahil juga untuk mereka mencapai persepakatan; untuk beratur dengan cara yang paling tepat dan bergerak dengan cara paling tersusun. Tidak mungkin juga undang-undang yang mengatur bintang-bintang ini membentuk dengan sendirinya. Fikirkan tentang batu-batu di taman kamu! Bolehkah batu-batu ini membuat keputusan dan berkata, “Biar sebahagian daripada kita membentuk bahagian pusat dan yang lain mengambil posisi di bahagian tangan, dan kemudian berpusing di dalam taman secara berterusan”? Apakah kamu akan percaya seorang yang menyatakan telah mendengar batu-batu bercakap sesama mereka dengan cara ini? Sudah tentu tidak. Begitu juga, jika menyatakan Bimasakti ini wujud secara kebetulan dan bintang-bintang bergerak dengan sendirinya, ia amat lucu seperti contoh batu-batu di taman. Jangan lupa, objek-objek angkasa ini bukan benda hidup, ia benda tidak bernyawa seperti batu-batu di taman.
Tidak ada kuasa lain selain daripada Allah yang berupaya menjadikan berbilion-bilion bintang gergasi di dalam cakerawala yang teratur ini. Allah menjadikan mereka dan undang-undang yang mengawal mereka. Mereka semua bersaksi dengan kekuasaan dan pentadbiran Allah ke seluruh alam semesta ini. Kerana itu, setiap cebis maklumat yang kita pelajari tentang alam ini mengingatkan kita kepada kewujudan Allah dan penciptaannya. Dengan cara ini, Allah juga menunjukkan kepada kita kebijaksanaan dan pengetahuan-Nya.
Sekarang mari kita beralih kepada bintang.
Bintang memberikan kepanasan, cahaya dan tenaga. Selain daripada bintang-bintang kecil, terdapat juga bintang-bintang besar. Sebenarnya matahari bukan bintang utama seperti yang kita sangka; terdapat banyak bintang-bintang lebih besar daripadanya.
Tahukah kamu bintang juga mempunyai jangka hayat? Bintang bukan benda hidup, tetapi seperti juga benda hidup, mereka juga dilahirkan, hidup dan mati.
Looking from a distance, we see stars as pentagons or hexagons. Actually, stars are round, just like our Sun. |
Seperti yang telah kami tunjukkan, bintang terbentuk di dalam nebula. Sebuah bintang gergasi selalunya mati di dalam letupan besar, jirim-jirim yang membentuknya akan berselerakan ke serata arah. Daripada pecahan-pecahan ini, ia membentuk elemen-elemen yang menyebabkan kemusnahan bintang-bintang dan planet-planet kecil yang berdekatan. Matahari dan planet-planet di dalam Sistem Suria dan Bumi kita telah terbentuk berikutan letupan sebutir bintang gergasi pada masa silam.
Sekarang, mari kita melawat ke dalam Sistem Suria kita dan lihat bagaimana bentuknya!
Di dalam Sistem Suria kita, terdapat sembilan planet utama dengan 61 satelit dan sejumlah asteroid, semuanya mengelilingi sebutir bintang yang dinamakan “matahari”. Matahari terletak di tengah Sistem Suria.
Sembilan planet-planet ini, yang menjadi sebahagian daripada Sistem Suria kita, berputar sendiri sebagaimana ia beredar mengelilingi matahari dalam bentuk yang tersusun. Mari kita sebutkan nama-nama planet ini: Utarid, Zuharah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun dan Pluto. Seperti yang kamu dapat lihat, Bumi kita berada di tempat ke tiga daripada matahari.
Setiap planet di dalam Sistem Suria ini mempunyai ciri-ciri berbeza. Suhu di sesetengah planet ini cukup panas untuk mencairkan timah. Sementara yang lain pula, diseliputi salji. Sebahagian planet terdiri daripada gas-gas keseluruhannya. Sesetengahnya pula terlalu kecil seperti bulan.
Terdapat hubungan harmoni di antara satelit-satelit dengan primernya. (Di dalam ilmu astronomi, satu primer bererti satu objek yang dikelilingi oleh objek lain. Primer Bumi ialah matahari; primer bulan ialah Bumi) Planet-planet menarik satelit-satelit mereka. Bagaimanapun, satelit-satelit ini mengimbangi tarikan ini. Tanpa keseimbangan seperti ini, satelit akan melekat pada planet atau terlepas ke angkasa.
Contohnya jika bulan berputar perlahan, ia akan menjunam ke Bumi dengan kepantasan yang tinggi. Ia akan memusnahkan Bumi. Jika ia berputar terlalu laju, ia akan bergerak meninggalkan Bumi dan tidak akan menjadi satelit kita lagi.
Sekarang, mari kita perhatikan matahari, pusat Sistem Suria kita.
Matahari adalah objek angkasa terbesar di dalam Sistem Suria ini. Ia terdiri daripada gas-gas yang panas dan bercahaya. Setiap saat, berlaku letupan di permukaannya, seolah-olah matahari itu sendiri adalah sebutir bom nuklear gergasi. Letupan-letupan permukaan ini adalah sama dengan tenaga yang dihasilkan oleh berjuta bom atom. Ia melontarkan api 40-50 kali ganda lebih besar daripada Bumi.
Matahari kelihatan seperti bola api dan mengeluarkan kepanasan dan cahaya daripada permukaannya. Jika matahari tidak wujud, kita akan sentiasa berada pada waktu malam, dan seluruh dunia kita akan diliputi salji. Lebih penting, tidak akan ada hidupan di Bumi ini.
Angkasa (kamu masih ingat filem tentang angkasa) adalah satu tempat yang sangat gelap, besar dan kosong. Bumi adalah sebuah objek angkasa di dalam angkasa luas yang gelap ini, dan tiada objek angkasa lain yang cukup hampir untuk menerangi dan memanaskan Bumi kita.
Cahaya daripada matahari sangat terang. Kamu mungkin pernah mencuba melihat tepat pada matahari pada hari cerah. Selepas melihat selama beberapa saat, mata kamu menjadi silau, bukankah begitu? Kerana cahayanya terlalu terang, melihat tepat pada matahari adalah sangat bahaya kepada mata kita. Begitu juga, terdedah terlalu lama kepada cahaya matahari pada musim panas juga berbahaya. Kulit kamu mungkin akan terbakar, dan ia hanya dapat disembuhkan dengan rawatan perubatan. Terutamanya pada musim panas, kepanasan yang terpancar daripada matahari sangat tinggi. Bagaimanapun, matahari terletak berjuta-juta kilometer daripada Bumi, dan hanya satu bahagian daripada dua ribu kepanasan yang dipancarkannya mengenai Bumi.
Suhu permukaan matahari ialah 6,000°C, sementara suhu dalamannya ialah 12,000,000°C. |
Jika suhu Bumi sudah cukup tinggi walaupun dengan jarak di antara Bumi dan matahari, kamu boleh bayangkan betapa panasnya matahari? Ahli sains mengeluarkan anggarannya. Bagaimanapun, kita tidak dapat mengetahuinya dengan membandingkan dengan suhu yang sama di dunia. Di permukaan matahari sahaja, suhunya ialah 6,000°C. di dalamnya, ia meningkat sehingga 12,000,000°C. Tiada kepanasan di Bumi yang dapat kamu bandingkan dengan kepanasan ini! Tangan kamu hanya dapat menyentuh air sekitar 50°C. Walaupun pada musim panas, suhu hanya berada sekitar 40-50°C. Contoh ini membuktikan Allah telah menetapkan jarak di antara Bumi dan matahari dengan tepat. Jika matahari sedikit hampir kepada kita, semua yang berada di Bumi akan layu dan kering oleh kepanasan dan bertukar menjadi abu. Bagaimanapun, jika ia sedikit terlebih jauh, semuanya akan beku. Sudah tentu hidupan tidak akan wujud di dalam kedua-dua keadaan ini.
Kawasan kutub, di mana kepanasan daripada matahari paling kurang diterima, sentiasa diseliputi ais. Sebaliknya, di khatulistiwa, kawasan paling banyak menerima cahaya matahari, sentiasa panas. Allah telah mewujudkan kawasan-kawasan ini sebagai perumpamaan kepada kita. Kawasan-kawasan lain lebih sesuai untuk manusia hidup. Ini menunjukkan rahmat Allah yang dilimpahkan kepada kita. Ini kerana, jika Allah tidak menetapkan jarak di antara matahari dan Bumi dengan tepat, sedah tentu kehidupan di Bumi ini lebih sukar kepada kita. Mungkin juga tidak ada kehidupan langsung.
Jika matahari lebih hampir kepada Bumi, planet kita akan menjadi terlalu panas. Semua keseimbangan halus ini adalah di bawah kawalan Allah. |
Seperti yang telah kami jelaskan sebelum ini, Allah menjadikan matahari dan bulan selaras untuk membolehkan manusia wujud di planet ini. Di dalam al-Quran, Allah memberitahu kita bahawa matahari dan bulan bergerak dengan arahan Allah:
Objek-objek angkasa yang banyak bergerak dalam keadaan teratur tanpa berlanggar antara satu sama lain adalah kerana Allah telah meletakkan mereka pada orbit yang tepat. Satu orbit ialah laluan sebuah planet atau komet yang diikutinya ketika mengelilingi matahari. Tidak ada planet yang berhenti mengikut orbitnya dan keluar ke angkasa lepas. Kerana planet-planet berada di bawah tarikan graviti matahari. Ketika kamu membaca ayat ini, Bumi sedang bergerak pada kelajuan setinggi 108,000 kilometer (70,000 batu) per jam di dalam orbitnya mengelilingi matahari. Perumpamaan berikut mungkin dapat membantu kamu memahami kelajuan ini: kelajuan maksimum sebuah kereta ialah 200 kilometer (125 batu) per jam. Ini bererti kelajuan Bumi bergerak mengelilingi matahari adalah 540 kali lebih laju daripada kelajuan kereta. Contoh lain pula: sebutir peluru bergerak pada kelajuan 1,800 kilometer (1,100 batu) per jam. Kelajuan Bumi bergerak mengelilingi matahari adalah 60 kali lebih laju daripada kelajuan sebutir peluru.
Kelauan Bumi kita mengelilingi matahari ialah 540 kali lebih laju daripada sebuah kereta lumba. |
Disebabkan oleh kelajuan tinggi Bumi ini, tarikan graviti matahari amat penting. Jika matahari berkurangan tenaga gravitinya, kita akan melayang keluar ke angkasa lepas bersama dengan Bumi. Ia akan memusnahkan Bumi…
Jika tarikan graviti Bumi kita kurang, Bumi dan semua yang ada di atasnya, termasuk kita, akan terbang ke angkasa. |
Sebaliknya pula, jika matahari mula menggunakan tenaga graviti yang terlalu kuat, Bumi kita akan tertarik kepada matahari dan menjadi cair. Dalam keadaan in juga kita akan musnah. Selain itu, daya tarikan graviti matahari juga memelihara planet-planet di dalam orbit mereka daripada berlanggar antara satu sama lain. Bagaimana pun, tahukah kamu bagaimana matahari menarik planet-planet ini?
Jawapannya amat jelas. Pencipta kita Allah, Yang Maha Kuasa yang telah menjadikan dan memelihara keseimbangan ini.
Tambahan pula, bukan matahari sahaja yang mempunyai tarikan graviti. Planet-planet di dalam Sistem Suria ini juga mempunyai kuasa tarikan graviti mereka sendiri. Contohnya, tarikan graviti Bumi menarik bulan ke arahnya. Kerana tarikan graviti ini, bulan berada pada satu jarak. Dengan cara ini, Bumi tidak akan berlanggar dengan bulan. Tidak dapat diragukan lagi, kuasa Allah yang tidak terbatas telah memelihara bulan daripada jatuh ke Bumi.
Terdapat tarikan graviti lain yang sama dengan matahari, yang direka khas untuk membolehkan manusia hidup. Iaitu tarikan graviti Bumi yang memberikan kita berat badan. Kuasa graviti ini, yang kita rasai sebagai berat, menahan kita di atas Bumi dan membolehkan kita berjalan dan berlari dengan mudah tanpa melayang ke angkasa.
Bayangkan kamu memegang sebiji bola. Apa terjadi apabila kamu membalikkan tangan kamu? Bukankah bola akan terjatuh? Ini kerana graviti telah menariknya ke tanah. Tetapi, jika kamu melepaskan bola ini ke angkasa lepas, bola tersebut tidak akan jatuh kerana kurangnya kuasa graviti di situ. Oleh itu, kewujudan kuasa graviti yang kuat di Bumi amat penting kepada kita.
Terdapat satu lagi fakta penting tentang graviti: Kuasa graviti boleh bertambah atau berkurang daripada kuasanya yang asal. Jika ia berkurangan, kamu akan berjalan di udara dan tidak dapat menyentuh lantai dengan kaki kamu. Kamu tidak dapat bergerak sesuka hati kamu; kamu akan melayang-layang dari satu tempat ke satu tempat, melambung apabila kamu melangkah dan melanggar siling. Begitu juga sekiranya tarikan graviti Bumi terlalu kuat, kamu tidak dapat berjalan kerana kamu akan ditarik ke tanah. Kamu hanya dapat merangkak di atas tanah.
Tetapi, ini tidak berlaku kepada kita; Allah menjadikan kuasa graviti yang tepat untuk kita.
Mungkin kamu dapat memahaminya dengan lebih baik melalui contoh ini: Bulan, seperti juga Bumi, mempunyai tarikan graviti. Bagaimanapun, tarikan gravitinya lebih rendah daripada Bumi. Oleh itu, tidak mungkin kamu dapat hidup di atas bulan. Di dalam TV, kamu mungkin pernah melihat angkasawan berjalan di atas bulan. Bolehkah kita menghabiskan seluruh hidup kita seperti itu? Sudah tentu tidak.
Sekarang mari kita sambung semula perjalanan kita dengan melawat planet-planet di dalam tarikan graviti matahari.
Keseimbangan sempurna yang dijadikan Allah, dan kawalan-Nya ke atas semua benda, membolehkan kita berjalan dan berlari di atas planet ini tanpa sebarang kesukaran. |
Kami telah menjelaskan sebelum ini, planet ialah objek-objek angkasa yang mengelilingi bintang-bintang. Di dalam bahagian ini, kita akan mengkaji planet-planet di dalam Sistem Suria di mana Bumi kita berada. Jika kita anggarkan Sistem Suria ini sebagai sebuah bulatan, matahari berada di tengahnya.
Pluto adalah planet yang berada paling jauh daripada pusatnya. Pluto adalah planet paling kecil dan paling jauh daripada matahari. Pemerhatian ke atas planet ini amat sukar, dan teleskop Hubble hanya dapat menunjukkan beberapa maklumat dasar permukaannya. Planet ini sangat sejuk. Suhunya adalah sekitar -238°C. Pada musim sejuk, ketika suhu Bumi jatuh di bawah -2 atau -3°C, ia menjadi beku. -238°C adalah suhu yang 100 kali ganda lebih sejuk daripada suhu yang Bumi dapat terima pada musim sejuk. Kesejukan seperti ini boleh memusnahkan kita. Dari luar, Pluto kelihatan seperti sebiji bola yang diseliputi ais.
Menghampiri matahari, kita akan bertemu pula dengan Neptun. Planet ini juga sejuk; suhu permukaannya adalah sekitar -218°C. Atmosferanya mengandungi gas-gas yang beracun kepada manusia. Di samping itu, ribut-ribut menakutkan mencapai 2,000 kilometer (1,250 batu) per jam berlaku di permukaannya.
1. Utarid | 4. Marikh | 7. Uranus |
Bergerak sedikit ke arah matahari, di tengah-tengah bulatan, kita bertemu dengan Uranus. Uranus adalah planet ketiga terbesar di dalam Sistem Suria. Suhu atmosferanya ialah –214°C, bererti planet ini cukup sejuk untuk membekukan kita semua dalam masa sesaat. Atmosferanya mengandungi gas-gas beracun yang sama sekali tidak menyokong hidupan.
Jika kita meneruskan perjalanan kita ke arah matahari, kita akan bertemu pula dengan Zuhal. Planet ini, yang merupakan planet kedua terbesar di dalam Sistem Suria, dikenali dengan sistem gegelang yang mengelilinginya. Gegelang ini diperbuat daripada gas-gas, batu-batu dan ais. Suhu di planet ini juga tidak sesuai untuk hidupan: -178°C.
Apabila kita semakin merapati matahari, kita akan berjumpa dengan Musytari, planet terbesar di dalam Sistem Suria. Musytari adalah 11 kali lebih besar daripada Bumi. Keadaan di planet ini juga tidak sesuai untuk hidup, dan ia terlalu sejuk.
Selepas Musytari ialah Marikh. Marikh adalah sebuah planet mati yang tidak sama dengan Bumi. Marikh tidak mempunyai sebarang hidupan. Ini berpunca daripada beberapa sebab: Pertama, atmosfera Marikh adalah campuran beracun mengandungi karbon dioksida pekat. Kedua, tiada air di planet ini. Ketiga, suhu Marikh ialah -53°C. Akhir sekali, terdapat angin kuat dan ribut pasir di Marikh yang berlaku selama berbulan-bulan.
Planet biru yang muncul di hadapan kita selepas Marikh ialah Bumi kita. Kami akan memberikan perhatian terhadap planet kita Bumi ini pada bab terakhir nanti. Sementara itu, kami ingatkan kamu satu fakta: Bumi kita adalah satu-satunya planet yang membenarkan organisma hidup.
Terus mara ke arah matahari, pencarian kita membawa kita kepada sebuah planet yang dinamakan Zuharah. Zuharah adalah objek angkasa paling terang selepas matahari dan bulan. Oleh itu, manusia telah mengenalinya semenjak berzaman dahulu. Walaupun semua planet sejauh Zuhal telah dikenali manusia sejak dahulu, tetapi Zuharah kelihatan lebih terang dan jelas sama ada di langit waktu pagi atau petang. Tidak seperti planet-planet lain, Zuharah sangat panas. Suhu permukaannya ialah 450°C, yang cukup untuk meleburkan timah. Ciri-ciri lain Zuharah ialah atmosfera beratnya yang terdiri daripada satu lapisan karbon dioksida pekat. Di samping itu, atmosfera Zuharah juga mengandungi lapisan asid beberapa kilometer dalam. Tidak ada organisma yang dapat hidup di tempat seperti ini walau sesaat.
Selepas Zuharah, kita sampai pula ke Utarid, planet paling hampir dengan matahari. Putarannya menjadi perlahan oleh kedudukannya yang hampir dengan matahari sehinggakan ia hanya melakukan tiga putaran apabila ia mengelilingi matahari dua kali. Kerana itu satu bahagian planet ini sangat panas sementara sebahagian yang lain pula terlalu sejuk. Perbezaan di antara bahagian siang dan malam di Utarid ini ialah 1,000°C. Sudah tentu keadaan seperti ini tidak menyokong hidupan.
Pencarian kita setakat ini telah mendedahkan bahawa selain Bumi, tidak satu pun planet-planet di dalam Sistem Suria ini memberikan apa yang diperlukan untuk hidup. Semuanya tidak berpenghuni dan kosong. Bagaimanapun, dunia kita adalah sebuah planet yang menghasilkan semua keperluan untuk hidup. Dengan hutan hijau dan lautan birunya, ia kelihatan cantik dari angkasa. Angkasawan pertama ke bulan terperanjat dengan warna-warni dan cahaya bumi.
Sebuah komet |
Objek-objek angkasa lain di dalam Sistem Suria ini ialah komet, asteroid dan meteor. Ia adalah objek-objek angkasa yang berbaki daripada letupan nebula di mana Sistem Suria terbentuk empat ke enam bilion tahun dahulu.
• Komet terdiri daripada gas-gas pekat dan debu. Kadangkala, orbit-orbit mereka membawa mereka menghampiri matahari. Apabila menghampiri matahari, permukaan bintang-bintang mula mengewap disebabkan oleh kepanasan. Pengewapan ini menghasilkan cahaya terang. Sebiji bola gas dan debu muncul di sekeliling nukleus. Bola gas dan debu ini dikenali sebagai “coma”. Terdapat juga ekor gas dan debu yang mengikut coma ini.
• Meteor adalah objek-objek batu di angkasa. Selalunya, ia dapat dilihat di antara orbit Marikh dan Musytari. Dalam beberapa keadaan, diameter meteor ini boleh mencapai sebesar 1,000 kilometer (620 batu).
Meteorit adalah meteor-meteor yang sampai ke permukaan Bumi |
• Meteorit (tahi bintang) adalah ketulan-ketulan yang jatuh ke Bumi daripada angkasa. Ketulan-ketulan batu, atau campuran batu dan besi yang terpisah daripada meteor dan komet. Kadangkala, apabila Bumi melalui awan debu sisa daripada sebuah komet, sebagai contoh, objek-objek di dalam awan debu ini terbakar di dalam atmosfera. Ia terbakar apabila memasuki atmosfera Bumi dan meninggalkan sejalur cahaya nipis di langit. Ia dikenali sebagai meteor. Kadangkala, jika ia tidak terbakar dengan sempurna, meteor-meteor ini melanggar Bumi. Meteor-meteor yang sampai ke Bumi ini dikenali sebagai aerolit atau meteorit.
Perhatikan satu fakta penting di sini: Meteor-meteor yang sampai ke atmosfera selalunya jatuh ke Bumi. Apabila ia jatuh, kerosakan yang dilakukannya adalah berdasarkan kepada saiz mereka. Bumi kita sentiasa terdedah kepada ancaman ini, tetapi Allah telah menjadikan objek-objek angkasa ini sedemikian rupa sehingga ia akan terbakar dan musnah di dalam atmosfera dan dengan itu ia tidak membahayakan kita. Ini menunjukkan rahmat dan kasih Allah kepada kita seperti juga dengan perlindungan yang diberikan-Nya kepada kita.
Mungkin sekarang kamu sudah menyedari bahawa Allah mengawal semua objek-objek angkasa, sama ada besar atau kecil, dan mentadbir mereka semua setiap masa di dalam keadaan yang teratur dan tersusun.