The name "Haman" was not known until the decoding of Egyptian hieroglyphics in the 19th century. When the hieroglyphics were decoded, it was understood that Haman was a close helper of the Pharaoh, and was "the head of the stone quarries". (Above are shown ancient Egyptian construction workers). The really important point here is that Haman is mentioned in the Qur'an as the person who directed construction work under the command of the Pharaoh. This means that information that could not have been known by anybody else at that time was given by the Qur'an. |
Maklumat di dalam Al-Qur'an yang menyentuh tamadun Mesir purba telah mendedahkan pelbagai fakta sejarah yang gagal disingkap sehingga mutakhir ini. Kenyataan ini juga menunjukkan kepada kita bahawa setiap perkataan di dalam Al-Qur'an telah diturunkan oleh Maha Tinggi Bijaksana.
Haman adalah watak yang namanya disebut di dalam Al-Qur'an bersama dengan Firaun. Watak ini dirakamkan di dalam 6 tempat yang berbeza di dalam Al-Qur'an sebagai seorang yang paling kanan kepada Firaun.
Apa yang mengejutkan, nama Haman tidak pernah disebutkan di dalam kitab Taurat yang berhubung dengan sejarah kehidupan nabi Musa a.s. Bagaimanapun, nama Haman ada disebutkan di bahagian terakhir dalam kitab Perjanjian lama sebagai pembantu kepada seorang raja Babylon yang menimpakan banyak kezaliman ke atas bangsa israel lebih kurang 1,100 tahun selepas era nabi Musa.
Setengah penganut non-muslim, yang mendakwa bahawa Muhammad s.a.w menulis Al-Qur'an dengan menyalin kitab Taurat dan Injil juga menegaskan bahawa sewaktu proses ini, nabi s.a.w memindahkan beberapa subjek berkaitan yang terdapat di dalam kedua kitab ini secara tidak tepat ke dalam kandungan Al-Qur'an. Kemustahilan dakwaan ini akhirnya terdedah hanya setelah alphabet hiroglifik tamadun Mesir berjaya ditafsirkan kira-kira 200 tahun lalu, dan nama Haman di temui di dalam pelbagai tulisan purba.
Sehingga abad ke-18, penulisan dan ukiran tamadun Msir purba tidak dapat difahami. Bahasa Mesir purba adalah berbentuk hiroglifik yang masih kekal sehingga kini. Bagaimanapun, dengan penyebaran ajaran Kristian dan pengaruh kebudayaan lain sewaktu abad ke-2 dan ke-3 selepas masihi, Mesir meninggalkan kepercayaan purbanya termasuk tulisan hiroglifik. Contoh terakhir yang diketahui tentang penggunaan penulisan hiroglif ini ialah sebuah ukiran yang bertarikh 394 selepas masihi. Kemudian bahasa itu terus dilupakan meninggalkan tanpa sesiapa yang dapat membaca dan memahaminya, dan begitulah keadaan seterusnya sehingga kira-kira 200 tahun lalu….
Misteri hiroglifik Mesir purba akhirnya berjaya diselesaikan pada tahun 1799 dengan penemuan sebuah batu bersurat yang dinamakan 'Rosetta Stone' bertarikh kembali tahun 196 sebelum masihi. Kepentingan ukiran ini ialah ia ditulis dalam tiga bentuk tulisan yang berbeza: hiroglif, demotic (satu bentuk mudah penulisan hiroglif mesir purba), dan greek. Dengan bantuan skrip greek, tulisan Mesir purba berjaya dikodkan. Penterjemahan ke atas ukiran ini telah disempurnakan oleh seorang berbangsa Perancis bernama jean-Francoise Champollion. Dengan ini, bahasa yang telah pupus dan peristiwa yang berkaitan di dalamnya kini dihidupkan semula. Melalui cara ini, pengetahuan yang bernilai mengenai ketamadunan, agama dan kehidupan sosial Mesir purba berjaya ditemui.
Melalui pengkodan hiroglif, sebuah maklumat penting telah ditemui: Nama Haman sebenarnya telah disebut di dalam ukiran bangsa Mesir. ini dirujuk kepada sebuah tugu di Muzium Hof di Vienna. 22
Dalam kamus The People And The new Kingdom, yang disediakan berdasarkan seluruh koleksi ukiran, Haman dirujuk sebagai: ketua pekerja batuan kuari.23
Hasil yang ditemui adalah satu kebenaran yang amat penting, tidak seperti tuduhan palsu yang dibuat oleh penentang Al-Qur'an. Haman adalah watak yang pernah hidup di Mesir di zaman nabi Musa a.s, sebagai seorang paling kanan kepada Firaun dan terlibat dalam kerja pembinaan seperti yang dinyatakan di dalam Al-Qur'an
Bahkan, ayat di dalam Al-Qur'an yang menerangkan peristiwa di saat Firaun meminta Haman membina untuknya sebuah menara adalah amat tepat dengan penemuan arkeologi ini.
"Fir'aun berkata: Hai pembesar-pembesar! Aku tidak mengetahui tuhan lain bagi kamu selain aku. Wahai Haman, nyalakanlah api tanah liat untukku. Buatkanlah untukku menara yang tinggi supaya aku naik melihat Tuhan Musa. Dan sesungguhnya aku mengira bahawa dia termasuk orang yang dusta." (Surah Al-Qasas: 38)
Sebagai kesimpulannya, kewujudan nama Haman di dalam ukiran-ukiran tamadun Mesir purba bukan sekadar menghancurkan dakwaan yang direka-reka oleh golongan penentang terhadap kebohongan Al-Qur'an, tetapi juga mengesahkan sekali lagi fakta bahawa Al-Qur'an sebenarnya adalah diwahyukan dari Tuhan.
Dengan cara yang amat menakjubkan, Al-Qur'an menyampaikan kepada kita maklumat sejarah yang tidak dapat dimiliki atau pun difahami di waktu zaman nabi s.a.w.
Selain dari nabi Musa a.s yang pernah hidup di bumi Mesir dalam sejarah Mesir purba, Yusuf a.s juga pernah menetap di Mesir lama sebelum zaman Musa a.s.
Kita menemui beberapa keserasian ketika membaca mengenai kisah Musa dan Yusuf. Ketika mengisyaratkan pemimpin Mesir di waktu nabi Yusuf, perkataan "Malik" yang bermaksud raja digunakan di dalam Al-Qur'an.
"Dan berkata: bawalah dia kepadaku, akanku pilih dia untuk diriku sendiri. Kemudian setelah bercakap-cakap dengan dia, raja berkata: Sesungguhnya engkau mulai hari ini mempunyai kedudukan tinggi dan kepercayaan di sisi kami." (Surah Yusuf: 54)
Sebaliknya, pemerintah di zaman nabi Musa pula dirujuk sebagai "Firaun".
"Dan sesungguhnya telah Kami berikan kepada Musa sembilan tanda yang jelas, maka tanyakanlah kepada Bani israil ketika dia datang kepada mereka. lalu Fir'aun mengatakan kepadanya: Sesungguhnya aku mengira engkau wahai Musa seorang yang kena sihir." (Surah Al-isra: 101)
Rekod sejarah yang ada hari ini jelas menunjukkan punca kepada perbezaan gelaran tatanama pemerintah ini. Perkataan 'Firaun' adalah berasal dari gelaran yang diberikan kepada istana diraja di zaman Mesir purba. Pemerintah bagi dinasti lama tidak menggunakan gelaran ini. Penggunaan kalimah 'Firaun' sebagai gelaran bagi pemerintah hanya bermula selepas era Kerajaan Baru dalam sejarah Mesir. Period ini bermula pada dinasti ke-18 (1539-1292) sebelum masihi, dan mulai saat dinasti ke-20 (945-730) sebelum masihi, perkataan 'Firaun' telah diangkat sebagai gelaran kehormatan.
Dengan ini, sifat keajaiban Al-Qur'an dimanifestasikan sekali lagi. nabi Yusuf yang hidup di zaman Kerajaan lama dan dengan itu kalimah 75
"Malik" digunakan bagi pemerintah Mesir sebagai ganti perkataan 'Firaun'. Sebaliknya, mulai zaman nabi Musa yang hidup di zaman Kerajaan Baru, pemerintah Mesir dirujuk sebagai 'Firaun'.
Tidak diragui, sesiapa pun mampu memahami tentang sejarah Mesir untuk membuat penafsiran dan penjelasan seperti ini. Tetapi, hakikatnya sejarah Mesir purba telah pun luput dari ingatan manusia mulai abad ke-4, disebabkan hiroglifik tidak dapat difahami dan tidak dapat dikesan sehingga abad ke 19. Dengan itu, di sana tidak terdapat sumber pengetahuan yang mendalam tentang sejarah Mesir ketika Al-Qur'an diwahyukan. Fakta ini adalah antara gugusan bukti yang mengabsahkan bahawa Al-Qur'an adalah kalam Maha Agung Tuhan.
Pada awal tahun 1990-an, sejumlah surat khabar terkenal di dunia telah menyiarkan berita dengan menggariskan tajuk besar "Fabled lost Arabian city found", "Arabian city of legend found", "The Atlantis of the Sands, Ubar". Apa yang menjadikan penemuan ini begitu menarik minat ialah kota ini juga pada asasnya telah dirujuk di dalam Al-Qur'an. Sebahagian besar individu yang sebelum itu menganggap Kaum 'Ad yang disebutkan di dalam Al-Qur'an sekadar sebagai sebuah lagenda atau pun amat mustahil untuk menemui kedudukannya, tidak dapat menyembunyikan rasa terkejut mereka. Kisah kota ini yang hanya meniti dari bibir ke bibir kaum badwi sebagai tradisi lisan, membangkitkan tarikan dan semangat ingin tahu yang kuat berikutan penemuannya.
Orang yang menemui kesan kota sejarah yang disebutkan di dalam Al-Qur'an ini ialah nicholas Clapp, iaitu seorang ahli arkeologi amatur.24 Sebagai seorang peminat ketamaduan Arab dan pemenang pengarah filem dokumentari, Clapp telah menemui sebuah buku yang menarik sewaktu melakukan kajiannya berkenaan sejarah bangsa Arab. Buku ini bertajuk Felix Arabia yang ditulis oleh seorang pengkaji berbangsa Inggeris, Bertram Thomas pada tahun 1932. Felix Arabia adalah gelaran bagi bahagian Selatan Semenanjung Tanah Arab yang hari ini meliputi Yaman dan sebahagian besar Oman. Tamadun Yunani menamakan kawasan ini sebagai 'Eudaimon Arabia' dan para ulama Arab zaman pertengahan menamakannya sebagai "Yaman As-Saidah"25.
Semua gelaran ini membawa maksud "Tanah Arab yang Makmur", disebabkan penduduk yang menetap di kawasan tersebut dahulunya pernah terkenal sebagai masyarakat paling makmur di zaman itu. Baiklah, apakah punca ia digelar sedemikian?
Keberuntungan nasib yang mereka dapati sebahagiannya adalah disebabkan kedudukan yang strategik- menjadi perantaraan bagi pedagang rempah antara india dan bahagian Utara semenanjung Tanah Arab. Selain itu, mereka sendiri menghasilkan dan memasarkan 'kemenyan', sejenis aroma resin dari tumbuhan yang jarang diperolehi. ia menjadi benda paling berharga di kalangan masyarakat zaman silam disebabkan ia dijadikan sebagai pengasap sewaktu menjalankan upacara keagamaan mereka. Ketika itu, ia sekurang-kurangnya sangat berharga seperti emas. Thomas menerangkan kaum 'beruntung' ini secara panjang lebar dan mendakwa telah menemui kesan peninggalan sebuah kota purba yang diasaskan oleh salah satu daripada kaum ini.26 Ia dikenali sebagai 'Ubar' di kalangan masyarakat badwi. Dalam sebuah perjalanan menuju ke bahagian tersebut, populasi badwi yang menetap di padang pasir telah menunjukkan kepadanya kesan tapak yang jelas sambil menyatakan kesan tersebut akan membawanya menuju ke kota Ubar. Thomas yang amat berminat dengan subjek ini ditakdirkan mati lebih awal sebelum sempat menyelesaikan kajiannya.
Clapp yang menyelidiki tulisan Thomas terpukau dengan kewujudan kota purba yang telah lenyap seperti mana yang digambarkan di dalam buku tersebut. Tanpa membuang masa, beliau memulakan kajiannya.
Clapp menggunakan dua cara untuk membuktikan kewujudan Ubar. Pertama, mencari kesan yang seperti yang dikatakan oleh kaum badwi. Dan kemudian beliau memohon kepada pihak nASA untuk memberi imej satelit berkenaan kawasan tersebut. Setelah lama berhempas-pulas, akhirnya beliau berjaya memujuk pihak berkenaan untuk mengimbas imej gambar kawasan tersebut.27
Clapp meneruskan kajian ke atas sejumlah manuskrip dan peta purba di perpustakaan Huntington di California. Matlamatnya adalah untuk mendapatkan peta kawasan tersebut. Melalui kajian yang singkat, beliau telah menemui sesuatu. Apa yang ditemuinya ialah sebuah peta yang telah dilukis oleh ahli geografi Ptolemi berbangsa Mesir-Yunani pada tahun 200 Setelah Masihi. Peta tersebut menggambarkan kedudukan kota purba yang ditemui di kawasan tersebut serta jalan menuju ke sana.
Sementara itu, beliau telah menerima imej yang diambil oleh NASA.
Di dalam gambar tersebut, debu akibat perjalanan kafilah lebih menjadi jelas yang sebelum ini sukar dilihat dengan mata kasar kecuali gambaran menyeluruh dari angkasa lepas. Dengan membandingkan gambar ini dengan peta purba yang ada di tangan, Clapp akhirnya menemui kesimpulan yang selama ini dicarinya: Debu serombongan kafilah yang terdapat pada peta purba adalah merupakan kepulan yang didapati di dalam gambar satelit. Destinasi terakhir kepulan debu ini adalah merupakan sebuah kawasan yang luas di mana dahulunya adalah sebuah kota.
Akhirnya, kedudukan kota legenda purba yang menjadi subjek lisan tradisi di kalangan generasi badwi berjaya ditemui. Selang beberapa lama, kerja carigali dimulakan dan sisa kesan sebuah kota purba mula timbul dari permukaan pasir. Sekaligus, kota ini digambarkan sebagai 'Atlantis Padang Pasir: Ubar'.
Baiklah, apakah bukti yang menunjukkan kota ini adalah merupakan kota kaum 'Ad yang disebutkan di dalam Al-Qur'an?
Bermula saat ia digali, telah difahami bahawa timbunan kota ini adalah milik tiang-tiang 'Ad dan iram yang disebutkan di dalam Al-Qur'an disebabkan di antara struktur yang digali keluar khususnya adalah sejumlah menara yang merujuk kepada kenyataan Al-Qur'an tersebut. Seorang ketua kumpulan pengkaji yang mengetuai kerja cari gali, Dr. Zarins berkata: 'disebabkan menara tersebut didakwa sebagai ciri-ciri yang jelas berhubung dengan Ubar dan disebabkan iram telah dinyatakan memiliki sejumlah menara atau tiang, maka ia adalah bukti paling kukuh setakat ini yang menunjukkan kawasan yang ditemui adalah iram, kota penduduk 'Ad yang diterangkan di dalam Al-Qur'an. Berhubung dengan iram ayat berikut:
"Tidakkah engkau ketahui bagaimana Tuhanmu memperbuat terhadap Kaum 'Ad." (Surah Al-Fajr: 6-8)
Seperti yang terlihat, fakta yang diterangkan di dalam Al-Qur'an mengenai peristiwa masa lalu yang mengesahkan penemuan fakta sejarah adalah merupakan sebuah bukti bahawa ia adalah wahyu yang benar dari Allah s.w.t.
Penduduk kaum Saba adalah salah satu daripada empat tamadun paling besar yang pernah menetap di Selatan Tanah Arab.
Kisah sumber sejarah berhubung dengan Saba biasanya menerangkan ia sebagai sebuah kebudayaan seperti sebuah bangsa semitik purba yang khususnya terlibat di dalam aktiviti perdagangan. Kaum Saba terkenal sebagai sebuah bangsa yang bertamadun di dalam sejarah. Di dalam ukiran yang mengisahkan pemerintah Saba, perkataan seperti 'pemulihan', 'dituju khas' dan 'membina' acap kali digunakan. Empangan Ma'arib yang merupakan salah satu monumen agung mereka adalah indikasi yang penting menunjukkan pencapaian tahap teknologi mereka. Kota Saba turut memiliki ketenteraan paling kuat di bahagian tersebut. Bahkan, melalui kekuatan tenteranya ia berkuasa menggubal dasar peluasan kuasa. Dengan peradaban yang maju dan sistem ketenteraannya, kota Saba adalah jelas merupakan sebuah 'kuasa besar' di bahagian tersebut pada waktu itu.
Kekuatan luarbiasa tentera kota Saba juga diterangkan di dalam al-Qur'an. Sebuah ekspresi ucapan seorang ketua tentera yang dinyatakan menunjukkan tahap keyakinan diri askar tersebut. Dengan menyeru kepada Permaisuri kota Saba tersebut;
"Sahut mereka: kita mempunyai kekuatan dan mempunyai keberanian yang sangat dan urusan ini terserah kepada baginda, maka baginda putuskanlah apa yang akan baginda perintahkan." (Surah An-naml: 33)
Ma'arib adalah merupakan ibu kota Saba yang sangat makmur dan gemilang disebabkan kelebihan kedudukannya yang strategik. ibu kota ini terletak sangat hampir kepada Sungai Adhanah. Titik di mana sungai ini mencecah jabal Balaq adalah sangat ideal bagi pembinaan sebuah empangan. Dengan memanfaatkan kedudukan ini, rakyat Saba telah mendirikan sebuah empangan di saat tamadun mereka telah berdiri kukuh dan mula menjalankan kerja pengairan. Sesungguhnya mereka mencapai kemewahan yang melimpah ruah.
Ibu kotanya, Ma'arib adalah salah satu daripada kota paling maju ketika itu. Penulis Yunani, Pliny yang pernah melawat kota ini dan sangat memujinya turut menyatakan suasana kehijauan di kota tersebut.28
Ketinggian empangan Ma'arib adalah 16 meter dengan lebar meter dan panjang 620 meter. Berdasarkan kepada pengiraan, jumlah kawasan yang dapat diairi oleh empangan sebesar ini ialah seluas 9,600 hektar di mana 5,300 hektar ialah kawasan Selatan dan selebihnya di Utara. Kedua kawasan ini dirujuk sebagai "Ma'arib dan dua kawasan" di dalam ukiran purba kaum Saba. Di dalam Al-Qur'an, pernyataan 'dua taman di kiri dan di kanan' adalah mengisyaratkan kepada kawasan pertanian dan kehijauan di lembah tersebut. Disebabkan empangan dan sistem pengairannya, wilayah ini terkenal sebagai kawasan paling subur dan berbuah di Yaman. j. Holevy yang berbangsa Perancis dan glaser berbangsa Austria telah membuktikan dari sejumlah dokumen bertulis bahawa empangan Ma'arib telah wujud sejak zaman purba. Di dalam dokumen yang ditulis di dalam dialek Himer, telah dinyatakan bahawa empangan ini menjadikan wilayah tersebut sangat produktif.
Apabila kita memerhati kepada Al-Qur'an melalui data sejarah di atas, kita mendapati di sana terdapat sebuah argumen yang sangat berasas. Kedua penemuan arkeologi dan dokumen sejarah mengesahkan kenyataan di dalam Al-Qur'an. Seperti yang terkandung di dalam ayat, kaum ini yang enggan menuruti nasihat rasul yang diutus dan yang tidak pernah bersyukur serta menolak kebenaran telah dimusnahkan di dalam bencana banjir besar. Bencana banjir ini telah dikisahkan di dalam al-Qur'an sebagai berikut;
"Sesungguhnya bagi penduduk Saba di negeri mereka terdapat petanda iaitu dua bidang kebun di sebelah kanan dan di sebelah kiri. (Dikatakan kepada mereka): Makanlah rezeki Tuhanmu dan berterimakasihlah kepada-nya. (inilah) negeri yang baik dan Tuhan yang Maha Pengampun. Kemudian mereka berpaling, lalu Kami kirimkan kepada mereka banjir (yang merobohkan) empangan dan Kami tukar kedua kebun mereka menjadi kebun lain yang mempunyai buah yang pahit dan pohon Atsl (pohon tanpa buah) dan sedikit pohon Sidr. Demikian itulah mereka Kami balasi akibat kekufuran mereka. Kami tidak membalasi kecuali orang-orang yang kafir." (Surah Saba: 15-17)
Di dalam Al-Qur'an, bencana yang menimpa kaum Saba disebut sebagai Sayl al-Arim yang bermaksud 'banjir Arim'. Perkataan ini juga menjelaskan bentuk bencana yang terjadi. Perkataan Arim bermaksud empangan atau halangan. Sayl al-Arim kini bermaksud banjir yang menyusul dengan robohnya empangan ini. Para pemikir islam telah melihat isu ini dan dihidayahkan melalui petunjuk kalimah yang digunakan untuk mengisahkan banjir Arim di dalam Qur'an. Al-Maududi menulis di dalam ulasannya:
Seperti yang juga digunakan di dalam kalimah, Sayl al-Arim, perkataan 'arim' adalah berasal dari perkataan 'arimen' yang digunakan dalam dialek Selatan Tanah Arab bermaksud 'empangan, halangan'. Di dalam kesan runtuhan yang ditemui di dalam kerja cari gali di Yaman, perkataan ini dilihat berulangkali digunakan dalam pengertian ini. Sebagai contoh, di dalam ukiran purba yang dikerahkan oleh raja Habesh Yaman, Ebrehe (Abrahah), berikutan kerja pemulihan dinding besar empangan Ma'arib pada 542 dan 543 selepas masihi, perkataan ini adalah berulangkali digunakan bermaksud empangan. Dengan itu, Sayl al-Arim bermaksud 'sebuah banjir yang terjadi setelah kerosakan sebuah empangan.'. Kemudian mereka berpaling, lalu Kami kirimkan kepada mereka banjir (yang merobohkan) empangan dan Kami tukar kedua kebun mereka menjadi kebun lain yang mempunyai buah yang pahit dan pohon Atsl (pohon tanpa buah) dan sedikit pohon Sidr. (Surah Saba: 16) Iaitu setelah bangunan empangan musnah, seluruh kota diliputi banjir. Terusan yang digali, empangan yang dibina dengan membina sejumlah penghalang di antara dua bukit telah musnah dan sistem pengairan telah pecah musnah. Kesannya, wilayah tersebut yang sebelum itu adalah seumpama sebuah ladang bertukar menjadi hutan belantara. Tidak ada buah-buahan yang tinggal kecuali buah seperti ceri di tunggul-tunggul kayu.29
Seorang ahli arkeologi beragama Kristian Werner Keller, penulis buku The Holy Book Was right" (Und Die Bible Hat Doch recht), mengakui bahawa banjir Arim terjadi selaras dengan penerangan Al-Qur'an dan menulis bahawa kewujudan empangan seumpama itu dan kemusnahan yang menimpa seluruh kota dengan keruntuhannya membuktikan bahawa contoh yang diberikan di dalam Qur'an mengenai kaum yang menghuni taman tersebut sesungguhnya adalah benar.30
Setelah bencana banjir Arim, wilayah tersebut mula bertukar menjadi padang pasir dan kaum Saba menanggung kerugian mata pencarian dengan lenyapnya sebahagian besar tanah pertanian. Mereka yang tidak mempedulikan seruan Allah untuk beriman dan bersyukur kepada-nya telah berakhir dengan bencana seperti ini.
Di antara kaum yang disebut di dalam Al-Qur'an, Thamud adalah sebuah bangsa yang menyediakan sumber maklumat yang ekstensif kepada kita hari ini. Sumber sejarah mendedahkan bahawa sebuah kaum yang dipanggil Thamud sebenarnya pernah wujud.
Bangsa Al-Hijr yang disebutkan di dalam Al-Qur'an adalah dianggap kaum Thamud yang sama. nama lain bagi kaum Thamud ialah Ashabul al-Hijr. Dengan itu, 'Thamud' ialah nama bangsa dan Al-Hijr ialah antara salah sebuah kota yang telah dibina mereka. Penjelasan oleh seorang ahli geografi Yunani, Pliny adalah selari dengan yang ini. Pliny menulis bahawa Domatha dan Hegra adalah lokasi yang menjadi tempat menetap Thamud dan yang kedua (merujuk kepada Hegra) adalah yang mendirikan Hijr hari ini.31
Sumber tertua pernah diketahui yang merujuk kepada Thamud ialah rekod kemenangan raja Babylon, Sargon ii (abad ke-8 Sebelum Masihi) 85
yang menumpaskan bangsa tersebut di dalam peperangan di Utara Tanah Arab. Yunani turut merujuk bangsa ini sebagai 'Tamudaei'. Sebelum zaman Muhammad s.a.w, lebih kurang 400-600 Sebelum Masihi, mereka telah lenyap hilang.
Di dalam Qur'an, 'Ad dan Thamud sering digandingkan bersama. Bahkan, ayat tersebut turut menasihatkan Thamud untuk mengambil pengajaran dari kehancuran 'Ad. ini menunjukkan Thamud mengetahui dengan terperinci maklumat berhubung 'Ad.
"Ingatlah ketika Dia mengangkatmu menjadi khalifah sesudah kaum 'Ad dan Dia tempatkan kamu di muka bumi. Kamu mendirikan mahligai di lembahnya dan kamu pahat bukit-bukitnya menjadi rumah. Maka itu ingatlah akan nikmat Allah dan janganlah kamu berbuat kebinasaan di muka bumi sebagai orang-orang yang merosak." (Surah Al-A'raf: 74)
22. Walter Wreszinski, Aegyptische Inschriften aus dem K.K. Hof Museum in Wien, 1906, J. C. Hinrichs' sche Buchhandlung
23. Hermann Ranke, Die Ägyptischen Personennamen, Verzeichnis der Namen, Verlag Von J. J. Augustin in Glückstadt, Band I, 1935, Band II, 1952