logo
HARUN YAHYA

Bahagian 2 - Maklumat Mengenai Kejadian Di Masa Hadapan

Di Dalam Al-Qur'an Pengenalan

Satu lagi aspek keajaiban Al-Qur'an ialah bahawa ia memberi khabar berkenaan sebahagian peristiwa yang berlaku di masa hadapan. Kejadian peristiwa yang diramalkan ini adalah merupakan bukti Al-Qur'an sebagai Kalamullah.

Dalam helaian berikutnya, kita akan membincangkan beberapa peristiwa yang dikhabarkan di dalam Al-Qur'an akan terjadi di masa hadapan dan yang sebenarnya telah pun terjadi.

Kemenangan Byzantin

Sepotong ayat menarik yang terdapat di dalam Al-Qur'an mengenai kejadian masa hadapan dapat dilihat dalam ayat pertama surah rom, yang merujuk kepada empayar Byzantin, bahagian timur kerajaan rom yang ada dahulu. Dalam ayat ini, empayar Byzantin dinyatakan akan menemui kekalahan yang besar tetapi kemudiannya akan memperolehi kemenangan.

"Alif, lam, Mim. Dikalahkan kerajaan rom di kawasan yang paling rendah, dan mereka sesudah kalah itu nanti akan menang. Dalam beberapa tahun. Urusan itu kepunyaan Allah sejak dari permulaan sehingga ke akhirnya." (Surah Ar-Ruum: 1-4)

map deadsea

1. The Mediterranean
2. Tel Aviv

3. Jerusalem
4. The People of Lut

5. Dead Sea

The Dead Sea basin where Byzantium was defeated by Persians. Above is a satellite photograph of the region. The Lake of Lut region, which is the lowest region of the world, is 395 meter below the sea level.

Ayat ini diturunkan lebih kurang tahun 620 Setelah Masihi, hampir 7 tahun setelah Kerajaan Kristian Byzantin mengalami kekalahan yang tragik di tangan kerajaan penyembah berhala Parsi. Tetap dalam ayat tersebut didedahkan bahawa kerajaan Byzantin akan memperolehi semula 67

kemenangan kembali dalam masa yang singkat. Sebenarnya, Byzantin telah awal menanggung kerugian besar yang kelihatan seolah-olah amat mustahil baginya untuk terus kekal apatah lagi meraih semula kemenangan. Selain dari Parsi, Avar, Slav, dan Vonhard juga memberi ancaman yang besar terhadap empayar Byzantin. Kerajaan Avar sendiri telah mara begitu berhadapan dengan kota Konstantipol. Maharaja Byzantin Heraklius telah mengeluarkan arahan supaya meleburkan semua emas dan perak di seluruh gereja untuk memperolehi bantuan kewangan bagi menampung perbelanjaan ketenteraan.

lake of Lut lake of Lut

Above is a satellite photograph of the Dead Sea basin. The altitude of the Dead Sea could only be determined with modern measurement techniques. These measurements led to the discovery that this is the "lowest region on the Earth".

Apabila semua usaha ini masih jauh dari mencukupi, bahkan patung-patung gangsa juga dileburkan untuk tujuan yang sama. Banyak gabenor-gabenor memberontak menentang Heraklius. Dan empayar ketika itu berada dalam kedudukan hampir roboh. Mesopotamia, Alicik, Syria, Palestin, Mesir dan Armenia yang pada asalnya berada di bawah jajahan Byzantin, telah pun dijajah oleh tentera Parsi. 20

Ringkasnya, semua yang ada ketika itu sedang menyaksikan saat kemusnahan empayar Byzantin. Tetapi pada ketika itu, ayat pertama surah Rum yang diturunkan memaklumkan akan kemenangan Byzantin dalam beberapa tahun. Kemenangan ini dilihat amat mustahil sehinggakan kaum Arab jahiliyyah menganggap kemenangan yang dinyatakan di dalam Al-Qur'an tidak akan menjadi kenyataan.

Lebih kurang 7 tahun setelah ayat pertama surah rom diwahyukan pada Disember 627 selepas masihi, peperangan sengit di antara Byzantine dan empayar Parsi tercetus di ninaveh. Dan kali ini, askar Byzantin tidak disangka-sangka telah berjaya menewaskan tentera Parsi. Beberapa bulan kemudian, kerajaan Parsi telah mengadakan perjanjian dengan Byzantin yang mewajibkan mereka menyerahkan kembali kawasan jajahan yang dirampas. 21

Dan akhirnya, kemenangan kerajaan Rom yang telah dinyatakan oleh Maha Suci Allah di dalam Al-Qur'an menjadi kenyataan.

Sebuah keajaiban lain yang turut dinyatakan di dalam ayat ini ialah perkhabaran mengenai fakta dari sudut geografi yang tidak difahami sesiapa ketika itu. Dalam ayat ke-3 surah rum, kita dimaklumkan bahawa kerajaan rum telah ditewaskan di bahagian paling rendah di permukaan bumi. Frasa 'Adna Al-Ard' dalam bahasa arab diertikan sebagai "kawasan yang berhampiran"dalam kebanyakan penafsiran. Tetapi ini bukanlah pengertian literal dari kenyataan yang asal, tetapi lebih berbentuk pentafsiran secara kiasan. Perkataan "adna" dalam bahasa arab berasal dari perkataan "daniy" yang bermaksud rendah dan "ard" bermaksud bumi.

Dengan itu kenyatan"Adna al ard" bermaksud kawasan paling rendah di muka bumi.

Sebahagian ahli mufassirin yang membahaskan kedudukan bahagian yang dimaksudkan di dalam ayat lebih cenderung memilih maksud 'paling hampir' bagi perkataan tersebut. Akan tetapi, makna aktualnya menunjukkan sebuah fakta geologi yang sangat penting yang tidak diketahui oleh individu yang hidup ketika itu. ini adalah kerana, apabila kita mengkaji bahagian paling rendah di muka bumi, kita akan berhadapan dengan "laut Mati" yang merupakan bahagian yang sebenarnya di mana tentera Byzantin mengalami kekalahan.

Apa yang menarik, saat penting peperangan yang terjadi di antara empayar Byzantin dan Persia ketika Byzantin ditewaskan dan kehilangan wilayah Jerusalem, adalah tepat terjadi di Teluk Laut Mati, yang terletak di bahagian pertemuan antara tanah Syria, Palestin dan jordan. mati yang terletak 395 meter di bawah paras laut, sebenarnya adalah kawasan paling rendah di muka bumi.

Ini bermaksud bahawa kerajaan Byzantin telah ditewaskan di kawasan paling rendah di muka bumi seperti yang dinyatakan dalam ayat tersebut.

Seperkara yang penting di sini ialah altitud laut Mati hanya dapat diukur melalui teknik pengukuran moden. Sebelum itu, adalah amat mustahil bagi sesiapa pun untuk mengetahui bahawa ia adalah kawasan yang 'paling rendah di muka bumi'. Tetapi hal ini telah disebut di dalam Al-Qur'an. Oleh yang demikian bukti ini sekaligus membuktikan bahawa Al-Qur'an adalah wahyu dari Maha Suci Tuhan.

Nota Kaki

20.Warren Treadgold, A History of the Byzantine State and Society, Stanford University Press, 1997, p. 287-299.

21.Warren Treadgold, A History of the Byzantine State and Society, Stanford University Press, 1997, p. 287-299.

KONGSI
logo
logo
logo
logo
logo
Muat turun
  • Bahagian 1 - Mu'jizat Saintifik Al-Qur'an (1/3)
  • Bahagian 1 - Mu'jizat Saintifik Al-Qur'an (2/3)
  • Bahagian 1 - Mu'jizat Saintifik Al-Qur'an (3/3)
  • Bahagian 2 - Maklumat Mengenai Kejadian Di Masa Hadapan
  • Bahagian 3 - Mukjizat Sejarah Al-Qur’an
  • Kesimpulan