logo
HARUN YAHYA

Bahagian 1 - Mu'jizat Saintifik Al-Qur'an (2/3)

Kewujudan Alam Semesta

büyük patlama
cosmic radiation

1. Dark brown regions represent the background radiation
2. Light brown regions are cold
3. Dark pink regions are the hottest places
4. Light pink regions are hot

The sensitive sensors on board the COBE space satellite which was launched by NASA in 1992, captured evidentiary remnants of the Big Bang. This discovery served as evidence for the Big Bang, which is the scientific explanation of the fact that the universe was created from nothing.

Asal usul alam semesta diterangkan dalam Al-Qur'an dalam ayat berikut;

“Dia adalah maha Pencipta langit dan bumi.” (Surat al-An'aam: 101)

Maklumat yang dinyatakan dalam Al-Qur'an ini adalah sebuah fakta yang sangat tepat dan selari dengan penemuan sains kontemporari. Seperti yang kami nyatakan lebih awal, kesimpulan yang dicapai dalam bidang astrofizik hari ini menyimpulkan bahawa alam semesta, bersama dengan dimensi benda dan masa, telah terhasil melalui sebuah letupan besar yang terjadi ketika masa-sifar. Fenomena ini yang dikenali sebagai Big Bang membuktikan bahawa alam semesta telah diciptakan dari alam tiada sebagai melalui sebuah letupan titik tunggal.

Sebelum fenomena Big Bang terjadi, tidak terdapat sebarang benda yang wujud. Dalam keadaan tanpa sebarang kewujudan kebendaan, tenaga atau masa, dan yang mana hanya dapat diterangkan secara metafizik, semua ini sebenarnya telah diciptakan secara serentak. Fakta ini, yang baru berjaya diketahui melalui kajian yang dijalankan di dalam bidang fizik moden, telah dinyatakan dalam Al-Qur'an 1400 tahun lalu.

Pengembangan Alam Semesta

lemaitre

Georges Lemaitre

Dalam Al-Qur'an yang diwahyukan 1400 tahun lalu di saat pengetahuan tentang astronomi masih primitif, fakta mengenai fenomena pengembangan alam semesta telah diterangkan seperti berikut;

“Dan langit itu Kami bina dengan kekuasaan dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya.”(Surah az-Dzariyat: 47)

Perkataan "langit" yang dinyatakan dalam ayat di atas digunakan dalam banyak ayat yang bermaksud ruang angkasa dan alam semesta. Di sini sekali lagi, perkataan tersebut digunakan dengan maksud yang sama dan merujuk kepada alam semesta yang mengembang. Dan ini merupakan puncak kesimpulan yang diputuskan di dalam bidang sains hari ini.

Sehingga penghujung abad ke-20, pandangan yang paling masyhur dalam dunia sains ialah bahawa "alam semesta bersifat konstan (statik) dan telah wujud sejak azali". Kajian, pemerhatian dan pengiraan yang dijalankan melalui pelbagai infranstruktur teknologi moden pada hakikatnya telah menunjukkan bahawa alam semesta telah wujud dalam masa yang terbatas dan berkembang secara konstan.

Seawal abad ke-20, seorang ahli fizik russia Alexander Friedmann dan ahli kosmologi Belgium george le'maitre telah membuat pengiraan secara teori bahawa alam semesta adalah dalam keadaan pergerakan yang berterusan dan ia adalah berkembang.

Edwin hubble telescope The Expansion of the Universe

Edwin Hubble with his giant telescope

From the moment of the big bang, the universe has been constantly expanding at a great speed. Scientists compare the expanding universe to the surface of a balloon that is inflated.

Fakta ini juga telah dibuktikan melalui data pemerhatian yang dijalankan pada tahun 1929. Edwin Hubble seorang ahli astronomi Amerika yang membuat pemerhatian di langit dengan menggunakan teleskop, mengumumkan bahawa bebintang dan seluruh galaksi bergerak menjauhi antara satu sama lain secara berterusan. Sebuah alam semesta di mana seluruh objek di dalamnya secara konstan bergerak menjauhi antara satu sama lain jelas menggambarkan pengembangan alam semesta itu. Pemerhatian yang dijalankan dalam tahun berikutnya mengesahkan bahawa alam semesta adalah berkembang secara berterusan. Fakta ini telah di jelaskan dalam Al-Qur'an ketika ia masih belum pernah diketahui oleh sesiapa. ini adalah kerana Al-Qur'an adalah Kalam Allah s.w.t, maha Pencipta dan Pemerintah bagi seluruh alam semesta.

Pemisahan langit Dan Bumi

The Splitting Asunder of The Heavens and The Earth

The picture represents the Big Bang, which revealed once again that God created the universe from nothingness. The Big Bang is a theory that has been proven with scientific evidence. Although some scientists tried to advance alternative theories against the Big Bang, scientific evidence caused the theory to be completely accepted by the scientific community.

Sepotong ayat lain mengenai penciptaan langit dinyatakan sebagai berikut.

“Apakah orang-orang yang tidak beriman itu tidak melihat bahawa langit dan bumi itu dahulunya berpadu (satu unit ciptaan) lalu Kami pisahkan antara keduanya. Dan Kami jadikan dari air segala benda hidup. Tidakkah mereka beriman?” (Surah Al-Anbiya: 30)

Kalimah "ratq" diertikan sebagai jahitan yang bermaksud "dicantum bersama, disebatikan" dalam kamus bahasa arab. ia digunakan untuk merujuk dua intipati berbeza yang membina sesuatu yang padu. Frasa "Kami pisahkan" adalah perkataan "fataq" di dalam bahasa arab dan menggambarkan mewujudkan dengan membelah bahagian atau memusnahkan struktur yang dicantum atau disebatikan bersama. Biji benih yang tumbuh bertunas dari tanah adalah satu contoh frasa ini.

Sekarang mari kita perhatikan sejenak ayat ini sekali lagi dengan menyimpan pemahaman ini di dalam minda. Di dalam ayat tersebut, langit dan bumi pada status pertamanya adalah berbentuk "ratq". Keduanya dipisahkan (fataqa) dengan kemunculan satu daripada yang satu lagi. Apa yang menarik, apabila kita membayangkan saat pertama terjadinya fenomena Big Bang, kita dapat melihat bahawa keseluruhan materi alam semesta dipadatkan di dalam sebuah titik tunggal.

Dalam perkataan lain, setiap benda termasuk langit dan bumi yang ketika itu belum diciptakan adalah berada dalam situasi cantuman atau sesuatu yang padu. Titik ini kemudiannya meletup dalam satu letupan yang besar sekaligus menghuraikan seluruh materialnya.

Orbits

orbits

While referring to the Sun and the Moon in the Qur'an, it is emphasized that each moves in a definite orbit.

"It is He Who created the night and the day, and the sun and the moon. They swim along, each in an orbit." (The Qur'an, 21:33)

It is mentioned in another verse, too, that the Sun is not static but moves in a definite orbit:

"And the sun runs to its resting place. That is the decree of the Almighty, the All-Knowing." (The Qur'an, 36:38)

These facts communicated in the Qur'an have been discovered by astronomical observations in our age. According to the calculations of experts on astronomy, the Sun is traveling at the enormous speed of 720,000 kilometers an hour in the direction of the star Vega in a particular orbit called the Solar Apex. This means that the sun travels roughly 17,280,000 kilometers a day. Along with the Sun, and all planets and satellites within the gravitational system of the Sun also travel the same distance. In addition, all the stars in the universe are in a similar planned motion.

That the entire universe is full of paths and orbits such as this one, is written in the Qur'an as follows:

"By the sky full of paths and orbits." (The Qur'an, 51:7)

There are about 200 billion galaxies in the universe, consisting of nearly 200 billion stars in each. Most of these stars have planets, and most of those planets have satellites. All of these heavenly bodies move in very precisely computed orbits. For millions of years, each has been "swimming" along in its own orbit in perfect harmony and order with all the others. Moreover, many comets also move along in the orbits determined for them.

orbits orbits

Like many other comets in the universe, Halley's comet, seen above, also moves in a planned orbit. It has a specific orbit and it moves in this orbit in a perfect harmony with other celestial bodies.

All celestial bodies including planets, satellites of these planets, stars, and even galaxies have their own orbits that have been determined with very delicate computations. The One Who established this perfect order and maintains it is God, Who created the entire universe.

The orbits in the universe do not only belong to celestial bodies. The galaxies also travel at enormous speeds in computed, planned orbits. During these movements, none of these celestial bodies cuts across another's path, or collides with another.

Surely at the time the Qur'an was revealed, mankind did not possess today's telescopes or advanced observation technologies to observe millions of kilometres of space, nor the modern knowledge of physics or astronomy. Therefore, at that time, it was not possible to determine scientifically that space is "full of paths and orbits" as stated in the verse. However, this was openly declared to us in the Qur'an that was revealed at that time:–because the Qur'an is the word of God.

Bentuk Sfera Bumi

"Dia telah menciptakan langit dan Bumi sebagai kebenaran. Dia memutar malam ke atas siang dan memutar siang ke atas malam." (Surah Az-Zumar: 5)

The Roundness of the Earth

Dalam Al-Qur'an, perkataan yang digunakan untuk menerangkan alam semesta adalah sangat penting. Kalimah arab yang diertikan sebagai "memutar" dalam ayat di atas adalah kalimah "takwir". Di dalam bahasa Inggeris, ia bermakud "membalut sesuatu benda mengelilingi benda lain, dilipat sebagai sehelai pakaian yang terhampar". (Sebagai contoh, dalam perbendaharaan kata bahasa arab, perkataan ini digunakan untuk merujuk perbuatan memutar sesuatu mengelilingi suatu yang lain seperti orang yang sedang memakai serban).

Maklumat yang diertikan di dalam ayat di atas mengenai siang dan malam yang memutari antara satu sama lain adalah maklumat yang tepat mengenai bentuk dunia. Hal ini hanya akan menjadi benar sekiranya bumi adalah berbentuk sfera. ini bererti bahawa di dalam Kitab Al-Qur'an, yang diturunkan di abad ke-7, bentuk sfera bumi telah dikiaskan.

Bagaimanapun harus diingat, pemahaman mengenai astronomi ketika itu melihat dunia dengan cara yang berbeza. Sewaktu itu, bumi dianggap berbentuk dataran rata dan seluruh pengiraan dan penjelasan yang dilakukan adalah berdasarkan kepada kepercayaan ini. Al-Qur'an bagaimanapun adalah kalam-Nya, maka perkataan yang paling tepat digunakan di dalamnya di saat menerangkan tentang alam semesta. Al-Qur'an telah menyampaikan kebenaran yang diketahui hari ini sejak 1,400 tahun dahulu.

Bumbung Perlindungan

Ultraviolet rays

The atmosphere only lets rays required for life reach the Earth. Ultraviolet rays, for example, make it to the world only partially. This is the most appropriate range to allow plants to make photosynthesis and eventually for all living things to survive.

Dalam Al-Qur'an, Allah menarik perhatian manusia kepada ciri-ciri langit;

"Dan Kami jadikan langit itu sebagai atap terpelihara sedang mereka berpaling dari segala tanda (kekuasaan Allah) yang terdapat padanya." (Surah al-Anbiya: 32)

Sifat langit ini telah dibuktikan melalui kajian saintifik yang dijalankan di abad ke-20 ini.

Ruang atmosfera yang mengelilingi bumi sebenarnya menjalankan fungsi yang sangat penting untuk mengekalkan alam hidupan untuk wujud. Sementara memusnahkan sejumlah meteor besar dan kecil yang menghampiri bumi, sekaligus menghalangnya dari jatuh ke muka bumi dan membahayakan makhluk hidupan.

Selain itu, atmosfera turut menapis sinaran yang datang dari luar angkasa yang berpotensi membahayakan makhluk hidupan. Apa yang menariknya, atmosfera menelap sinaran yang berguna dan berfaedah - cahaya nampak, tak nampak dan gelombang radio – untuk menembusinya. Semua jenis radiasi ini adalah sangat penting kepada kehidupan. Cahaya tak nampak, yang hanya sebahagian saja dibenarkan masuk dalam atmosfera adalah sangat penting bagi menjalankan proses fotosintesis dalam tumbuhan yang berperanan membantu mengekalkan makhluk hidupan. Sebahagian besar sinaran lembayung ungu dengan keamatan tinggi yang dipancarkan oleh matahari dituras keluar melalui lapisan ozon dalam atmosfera dan hanya membataskan –dan yang paling penting- sebahagian kecil spektrum ultra ungu untuk mencecah permukaan bumi.

Fungsi protektif atmosfera tidak berakhir di sini. Atmosfera juga melindungi bumi dari kesan pembekuan luar angkasa dengan suhu lebih kurang –270 darjah centigrade.

arizona meteor

Most people looking at the sky do not think about the protective aspect of the atmosphere. They almost never think what kind of a place the world would be like if this structure did not exist. The above photo belongs to a giant crater caused by a meteor that fell in Arizona, in the USA. If the atmosphere did not exist, millions of meteoroids would fall to the Earth and the Earth would become an inhabitable place. Yet, the protective aspect of the atmosphere allows living things to survive in safety. This is certainly God's protection of people, and a miracle proclaimed in the Qur'an.

van allen

The magnetosphere layer, formed by the magnetic field of the Earth, serves as a shield protecting the earth from celestial bodies, harmful cosmic rays and particles. In the above picture, this magnetosphere layer, which is also named Van Allen Belts, is seen. These belts at thousands of kilometres above the earth protect the living things on the Earth from the fatal energy that would otherwise reach it from space. All these scientific findings prove that the world is protected in a very particular way. The important thing is that this protection was made known in the Qur'an in the verse "We made the sky a preserved and protected roof" 1,400 years ago.

sun earth

The energy released in a Sun burst is so powerful that the human mind would hardly comprehend it: A single burst is equivalent to 100 billion atomic bombs similar to the one dropped on Hiroshima. The world is protected from the destructive effects of this energy by the atmosphere and the Van Allen Belts.

As we move from the Earth, which is perfectly fitted for human life, beyond the atmosphere into the space, we come across a freezing cold. The world is protected from the freezing cold of space, which is around -270 degrees, by the help of the atmosphere.

Sebenarnya atmosfera tidak bersendirian dalam menjalankan fungsi perlindungan kepada bumi. Sebagai tambahan kepada atmosfera, Jalur Allan Velt, sejenis lapisan yang terhasil melalui medan magnet bumi juga turut berfungsi sebagai perlindungan menentang radiasi merbahaya yang mengancam planet kita. radiasi merbahaya ini yang secara berterusan dipancarkan oleh matahari dan bintang lain adalah berpotensi membawa maut kepada makhluk hidupan. Sekiranya jalur Van Allan tidak wujud, letupan besar-besaran oleh sejenis tenaga dipanggil nyalaan solar yang kerap terjadi di matahari akan menghancurkan seluruh makhluk bernyawa di muka bumi.

Atmosphere

This illustration shows meteors that are about to crash into the earth. The celestial bodies wandering in space could pose a serious threat to the Earth. Yet, God, He Who creates most perfectly, has made the atmosphere a protective roof. Thanks to this special protection, most meteoroids do not harm the Earth, as they fall to pieces in the atmosphere.

Dr Hugh ross menyatakan hal ini mengenai kepentingan jalur Van Allen kepada kehidupan;

Sebenarnya, bumi mempunyai kepadatan paling tinggi berbanding sebarang planet dalam sistem suria kita. Teras besar nikal-besi ini bertanggungjawab ke atas medan magnet gergasi kita. Medan magnet ini menghasilkan perisai radiasi Van Allen yang melindungi bumi dari pengeboman radiasi. Sekiranya perisai ini tidak wujud, kehidupan tidak mungkin berada di bumi. Satu-satunya planet berbatu yang memiliki medan magnet ialah Utarid- tetapi kekuatan medannya 100 kali lebih kecil berbanding medan magnet bumi, bahkan Zuhrah, saudara planet kita, tidak memiliki sebarang medan magnet. Perisai radiasi Van Allen adalah sebuah rekaan yang unik kepada bumi. 1

Tenaga yang dipancarkan dari salah satu pembakaran yang dikesan baru-baru ini telah dikira dan dipastikan adalah bersamaan dengan 100 juta kali ganda bom atom yang digugurkan di Hiroshima!!. 58 jam selepas letupan ini, jarum kompas magnetik diperhatikan menunjukkan pergerakan yang luar biasa dan 250 kilometer di atas atmosfera bumi, suhu jatuh mendadak kepada 2,500 darjah selsius.

Ringkasnya, sebuah sistem yang sempurna sedang bekerja di luar permukaan bumi. ia mengelilingi dunia kita dan melindunginya dari ancaman luar. Tetapi Allah s.w.t telah menerangkan kepada kita dalam Al-Qur'an mengenai atmosfera bumi yang berfungsi sebagai sebuah perisai pelindung 14 abad lalu.

Fungsi Pembalikan di Atas Langit

Ayat ke 11 dalam surah at-Tariq, merujuk kepada fungsi "pembalikan" langit;

"Demi langit yang membalikkan." (Surah at-Tariq: 11)

Perkataan yang ditafsirkan sebagai "membalikkan" dalam penterjemahan Al-Qur'an juga bermaksud "menghantar balik" atau "mengembalikan".

Seperti yang diketahui, atmosfera yang mengelilingi bumi terdiri dari beberapa lapisan. Setiap lapisan memainkan peranan penting bagi faedah kehidupan. Kajian telah menunjukkan bahawa seluruh lapisan ini menjalankan fungsi memantulkan material atau sinaran yang bergerak ke arahnya keluar semula ke luar angkasa atau turun kembali ke bumi. Sekarang kita akan meneliti beberapa contoh fungsi "pembalikan" yang dijalankan oleh pelbagai jenis lapisan yang mengelilingi ruang langit bumi.

The Returning Sky

The presence of water is essential for life on Earth. One of the factors acting in the formation of water is the Troposphere, one of the layers of the atmosphere. The troposphere layer enables water vapour rising from the surface of the Earth to be condensed and turn back down to the Earth as rain.

The atmosphere layer that blocks the rays that might be fatal to life on Earth is the Ozonosphere. The Ozonosphere turns harmful cosmic rays like ultraviolet back to space, hence preventing them from reaching the Earth and harming life.

Each layer of the atmosphere has beneficial attributes for human beings. The Ionosphere layer, one of the upper layers of the atmosphere, for example, reflects radio waves broadcast from a certain centre back down to the Earth, thus enabling broadcasts to be received from long distances.

Troposfera, setinggi 13 hingga 15 kilometer di atas permukaan bumi membantu mengkondensasikan wap air yang naik ke udara dari permukaan bumi kembali sebagai titisan hujan.

Lapisan ozon, lapisan paling rendah di dalam stratosfera pada ketinggian 25 kilometer, memancarkan semula sinaran merbahaya dan cahaya ultra ungu yang datang dari luar angkasa kembali ke luar.

Lapisan ionosfera memancarkan liputan gelombang radio dari bumi kembali ke bahagian lain dalam bumi, seumpama komunikasi satelit pasif di mana komunikasi tanpa wayar, radio dan siaran liputan televisyen dapat dilakukan untuk jarak yang lebih jauh.

Lapisan magnetosfera pula berfungsi mengembalikan zarah radioaktif merbahaya yang dipancarkan oleh matahari dan bintang lain kembali semula ke angkasa lepas sebelum mencecah permukaan bumi.

Fakta mengenai sifat lapisan-lapisan di atmosfera yang baru diketahui baru-baru ini telah diumumkan berabad lamanya dalam Al-Qur'an sekali lagi membuktikan bahawa Al-Qur'an sebenarnya adalah kata-kata Maha Suci Allah.

Lapisan Atmosfera

The Layers of the Atmosphere

14 centuries ago, when the sky was believed to be one unified body, the Qur'an miraculously stated that it consisted of layers, and what is more, "seven" layers. Modern science, on the other hand, discovered the fact that the atmosphere surrounding the Earth is made up of "seven" basic layers only very recently.

Sebuah kenyataan penting telah disebut di dalam Al-Qur’an bahawa langit mempunyai 7 lapisan;

"Dia-lah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berberkehendak menuju langit, lalu di jadikannya tujuh lapisan langit.. Dan Dia maha Mengetahui segala sesuatu." (Surah al-Baqarah: 29)

"Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan Kami hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang yang cemerlang dan Kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui." (Surah Fussilat: 11-12)

Perkatan "langit" yang banyak disebutkan di dalam ayat Al-Qur'an adalah merujuk kepada langit di atas bumi dan turut merangkumi seluruh alam semesta. Melalui perkataan tersebut, kita memahami bahawa langit di bumi atau pun atmosfera adalah terdiri daripada 7 lapisan.

Kajian saintifik kontemporari juga mendapati bahawa atmosfera dunia terdiri daripada pelbagai lapisan yang saling tindih menindih di antara satu sama lain. Penakrifan yang dilakukan berdasarkan kriteria kandungan unsur atau jumlah suhu telah memastikan atmosfera bumi adalah terdiri daripada tujuh lapisan. Berdasarkan kepada model "limited Fine Mesh" (lFMMii), iaitu sebuah model atmosfera yang digunakan untuk meramal keadaan cuaca selama 48 jam turut menyimpulkan bahawa atmosfera terbina daripada tujuh lapisan.

The Layers of the Atmosphere

The Earth has all the attributes that are needed for life. One of them is the atmosphere, which serves as a shield protecting living things. Today, it is an established fact that the atmosphere is made up of different layers lying on top of one another. Just as it is described in the Qur'an, the atmosphere is made up of exactly seven layers. This is certainly one of the miracles of the Qur'an.

Berdasarkan kepada definisi geologi moden berhubung tujuh lapis langit adalah seperti berikut:

1. Troposfera
2. Stratosfera
3. Mesosfera
4. Termosfera
5. Eksosfera
6. Ionosfera
7. Magnetosfera

Sebuah keajaiban lain yang disebut dalam ayat ini "Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya" di dalam surah Fusilat ayat ke 12. Di dalam perkataan lain, Tuhan telah menyatakan bahawa Dia telah menetapkan setiap tingkat langit itu dengan tugas dan fungsi tertentu. Memang benar, seperti yang telah dilihat sebelum ini, setiap lapis mempunyai peranan penting untuk kebaikan hidupan semua manusia dan hidupan lain di atas muka bumi. Setiap lapisan mempunyai fungsi yang khusus, bermula dari fungsi pembentukan hujan sehingga kepada perlindungan daripada radiasi berbahaya, dan dari memancarkan gelombang radio sehingga menghalang ancaman meteor yang memusnahkan.

Ayat di bawah memaklumkan kita mengenai tujuh lapis atmosfera:

“Tidakkah kamu melihat bagaimana Allah menjadikan tujuh langit bertingkat-tingkat.”(Surah nuh: 15)
“Yang menjadikan tujuh langit bertingkat-tingkat.” (Surah Al-Mulk: 3)

Penemuan yang menakjubkan ini, yang tidak dapat diperolehi tanpa kemajuan teknologi abad ke-20, secara jelas dinyatakan di dalam Al-Qur’an 1400 tahun dahulu.

Peranan Gunung-Ganang

Al-Qur’an telah menjelaskan fungsi geologi gunung-gunung yang sangat penting.

“Dan Kami jadikan di bumi ini gunung-ganang yang teguh supaya ia tidak bergoncang bersama mereka....” (Surah al-Anbiya: 31)

mountain root

1. Ocean
2. Sediment

3. Continental Crust
4. Moho

5. Mantle
6. Horizontal Distance not to scale

Mountains have roots deep under the surface of the ground. (Earth, Press and Siever, p. 413)

mountain root

1. British Isles
2. N. Germany

3. Alps
4. Europe

5. Russian Platform
6. Caucasus

Schematic section. Mountains, like pegs, have deep roots embedded in the ground. (Anatomy of the Earth, Cailleux, p.220)

mountains deep root, Erosion

1. Mountain Range
2. Erosion

3. Deposition
4. Sea Level

5. Continental Crust
6. Mantle

7. Mountain root

Another illustration shows how mountains are peglike in shape, due to their deep roots. (Earth Science, Tarbuck and Lutgens, p.158)

Seperti yang telah kita lihat dalam ayat di atas bahawa gunung-gunung memainkan peranan untuk mengelakkan goncangan pada bumi.

Fakta ini tidak diketahui oleh sesiapa pun di saat Al-Qur'an diwahyukan. ia menjadi sebuah fakta yang hanya diketahui hari ini melalui penemuan dalam bidang geologi moden.

Berdasarkan kepada penemuan ini, gunung-ganang telah timbul hasil daripada pergerakan dan pertembungan bongkah daratan yang besar membentuk kerak bumi. Apabila dua lapisan bertembung, rempuhan lapisan yang kuat akan tergelongsor ke bawah dan yang di atas akan melengkung dan membentuk kawasan tinggi dan gunung-ganang. lapisan yang di akan terus ke dasar bumi dan membentuk ketegangan di bahagian bawah. Akibatnya, seperti yang dinyatakan, pergunungan mem-punyai bahagian memanjang ke bawah yang sama besar dengan bahagian atas yang tertonjol di permukaan bumi.

Dalam sebuah teks saintifik, struktur gunung-ganang diterangkan seperti berikut.

Di kawasan benua yang lebih tebal, seperti mana perbanjaran gunung, kerak lebih jauh ke dasar mantel. 4

Dalam sepotong ayat, peranan gunung-ganang dijelaskan dengan membandingkannya sebagai "pancang":

"Bukankah Kami telah menjadikan bumi ini sebagai hamparan. Dan gunung-gunung sebagai pancang?" (Surah an-Naba: 6-7)

mountains

With extensions that mountains extend out towards under the ground as well as over the ground, they clench different plates of the earth together like a peg. The Earth's crust consists of plates that are in constant motion. This clenching property of mountains prevents shocks to a great extent, by fixing the earth's crust, which has a very movable structure.

Gunung ganang dalam erti kata lain, mengenggam lapisan pada kerak bumi bersama melalui sebuah "pancang" yang memanjang dari atas ke bawah permukaan bumi sekaligus menghubungkan semua lapisan di dasar bumi. Melalui cara ini, ia menetapkan kedudukan kerak bumi dan menghalangnya daripada terapung di atas batuan magma atau terapung bersama lapisan lain. Secara ringkas, analogi ini mirip seperti keadaan apabila kita memakukan cantuman kepingan kayu bersama-sama.

Fungsi pengukuhan gunung-ganang ini dijelaskan dalam kesusateraan saintifik dengan istilah "isostasi". Definisi isostasi;

Keseimbangan di dalam kerak bumi dikekalkan oleh sebuah kandungan material batu-batan di dasar permukaan di bawah tekanan graviti.5

Peranan penting gunung-ganang yang ditemui melalui hasil kajian dalam bidang geologi moden dan kajian gempa bumi, sebenarnya telah dijelaskan dalam Al-Qur'an berabad lalu sebagai lambang kebijaksanaan Tuhan. Dalam ayat lain Al-Qur'an menyebut;

".....dan Dia menciptakan gunung-gunung di muka bumi supaya tidak bergoyang bersama kamu…" (Surah Al-Anbiya: 31)

Pergerakan Ganang

Dalam sebaris ayat, kita telah dimaklumkan bahawa gunung-ganang bukanlah kaku seperti yang kita lihat, tetapi adalah dalam pergerakan secara berterusan.

"Dan kamu melihat gunung-gunung itu, kamu menyangka ianya tetap di tempatnya, padahal ia bergerak seperti geraknya awan." (Surah an-naml: 88)

The movements of the continents

mountains

1. 200 million years ago
2. 135 million years ago
3. 65 million years ago

4. Today
5. The Western Hemisphere 50 million years later
6. The Eastern Hemisphere 50 million years later

The pictures to the left show the position of the continents in the past. If we assume that the movements of the continents will continue in the same way, millions of years later, they will be in the position shown in the picture to the right.

Pergerakan gunung-ganang adalah disebabkan oleh pergerakan dalam kerak bumi di mana ia terletak. Kerak bumi "terapung" di atas lapisan mantel yang lebih padat. Pada awal kurun ke-20, pertama kali dalam sejarah apabila seorang saintis jerman bermana Alfred Wegener mengemukakan bahawa benua bumi pada asasnya bercantum bersama seawal pembentukannya, tetapi kemudian hanyut dalam arah yang berbeza dan akhirnya terpisah ketika bergerak menjauhi antara satu sama lain.

Pakar geologi baru hari ini menyedari bahawa Wegener adalah benar ketika mengemukakan fakta tersebut pada tahun 1980-an, iaitu 50 tahun setelah kematiannya. Seperti yang dinyatakan oleh Wegener dalam artikel yang diterbitkan pada tahun 1915, daratan bumi terbentuk dalam sebuah gugusan daratan yang besar 500 juta tahun lalu dipanggil Pangaea yang terletak di kutub selatan.

Dianggarkan 80 juta tahun lalu, Pangaea terbahagi kepada dua bahagian yang hanyut dalam arah yang berbeza. Salah satu dari benua gergasi ini ialah gondwana, yang meliputi Afrika, Australia, Antartika dan india. Manakala yang satu lagi dipanggil laurasia yang meliputi Eropah, Amerika utara dan Asia kecuali lebih kurang 150 juta tahun selepas pemisahan ini, gondwana dan laurasia terbahagi kepada bahagian yang lebih kecil.

Seluruh benua yang timbul selepas penghanyutan daratan Pangaea bergerak secara konstan di permukaan bumi pada kadar beberapa sentimeter setahun, dan pada masa yang sama menyebabkan perubahan keseimbangan di lautan dan daratan bumi.

Ditemui sebagai penemuan kajian geologikal yang dijalankan pada awal abad ke-20, pergerakan kerak bumi dijelaskan oleh saintis sebagai berikut;

Kerak dan bahagian atas mantel, dengan ketebalan hampir 100 kilometer, terbahagi kepada beberapa segmen dipanggil daratan. Terdapat enam daratan besar dan beberapa daratan kecil. Berdasarkan kepada teori dipangil tektonik daratan (plate tectonic), daratan ini bergerak mengelilingi permukaan bumi, dengan membawa seluruh benua dan lantai lautan bersamanya. Pergerakan benua telah disukat pada kadar 1-5 sentimeter per tahun. Pergerakan daratan yang berterusan ini akan mengubah sedikit demi sedikit kedudukan geografi dunia. Setiap tahun, sebagai contoh, lautan Atlantik menjadi lebih lebih luas sedikit. 6

Di sana harus dinyatakan beberapa fakta penting; Tuhan merujuk pergerakan gunung-ganang sebagai satu gerakan "penghanyutan" dalam ayat di atas. Hari ini, saintis moden juga menggunakan istilah "Hanyutan Benua" (Continental Drift) untuk fenomena ini.7

Tidak dapat dipertikaikan bahawa ia adalah sebuah dari keajaiban Al-Qur'an di mana fakta saintifik ini yang baru diketahui mutakhir kini melalui bidang sains, pada hakikatnya telah pun dikhabarkan dalam Al-Qur'an 1400 tahun yang lalu.

Keajaiban Dalam Besi

iron

Iron ingot

Besi adalah sebuah unsur yang disebutkan dalam Al-Qur'an di dalam surah al-Hadid, yang bermaksud besi, kita dikhabarkan;

"....dan Kami telah menurunkan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia...." (Surah al-Hadid: 25)

Perkataan "diturunkan" khususnya digunakan untuk besi dalam ayat di atas mempunyai sebuah maksud kiasan untuk menerangkan bahawa besi dikurniakan untuk faedah kegunaan umat manusia. Tetapi apabila kita mempertimbangkan pengertian literalnya, perkataan ini akan bermaksud secara fizikal diturunkan dari luar angkasa, seperti dalam kes hujan dan sinaran matahari. Kita menyedari bahawa ayat ini menggambarkan satu keajaiban saintifik yang sangat-sangat signifikan.

Ini adalah kerana penemuan astronomi moden telah menyingkap bahawa besi yang wujud dalam dunia ini berasal dari bintang-bintang gergasi di luar angkasa.

Unsur besi hanya dapat dihasilkan di dalam bintang yang lebih besar berbanding matahari di mana suhu mencecah beratus juta darjah. Apabila jumlah besi melebihi peringkat tertentu dalam sebuah bintang, ia akan gagal untuk menampungnya dan yang akhirnya meletup dalam letupan yang dipanggil 'nova' atau 'supernova'. Hasil dari letupan ini, meteor yang mengandungi besi berserakan ke seluruh alam semesta dan bergerak melalui celah ruang angkasa sehingga ditarik oleh kuasa graviti sebarang objek di cakerawala.

Fenomena ini menunjukkan bahawa besi tidak dibentuk di dalam bumi sebaliknya dibawa dari bebintang yang meletup di ruang angkasa melalui meteor dan diturunkan ke dalam bumi, seperti yang disebut di dalam ayat di atas: Adalah jelas bahawa fakta ini tidak dapat diketahui secara saintifik di abad ke 7 di saat berlangsungnya proses pewahyuan Al-Qur'an.

Relativiti Masa

hourglass

Hari ini, konsep relativiti masa adalah merupakan sebuah fakta saintifik yang telah pun dibuktikan secara empiris. Hal ini telah didedahkan melalui Teori relativiti Einstein seawal abad 20. Sebelum itu, manusia tidak pernah mengetahui bahawa masa adalah sebuah konsep bersifat relatif yang berubah bergantung kepada persekitaran. Akhirnya, saintis terhebat Albert Einstein secara terbuka membuktikan fakta ini melalui teori relativitinya. Dia menunjukkan bahawa masa adalah bebas dari jisim dan halaju. Dalam sejarah manusia, tidak seorang pun yang pernah menjelaskan fakta ini secara nyata. Tetapi hanya satu pengecualian; Al-Qur'an telah pun memuatkan maklumat mengenai kerelatifan masa!! Beberapa ayat mengenai subjek ini berbunyi:

"Dan sesungguhnya satu hari di sisi Tuhan engkau adalah seperti seribu tahun menurut perhitunganmu." (Surah Al-Hajj: 47)

"Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian urusan itu naik kepada-nya pada Sehari yang panjangnya seribu tahun menurut perhitungan kamu." (Surah As-Sajdah: 5)

"Malaikat dan roh naik kepada-pada sehari yang ukurannya lima puluh ribu tahun." (Surah Al-Ma'arij: 4)

Dalam sesetengah ayat, telah dijelaskan bahawa manusia merasakan masa secara berbeza dan pada masa tertenu mereka merasa masa yang singkat seolah-olah suatu masa yang panjang. Perbualan manusia berikut yang terjadi sewaktu pengadilan di Hari Kemudian adalah contoh yang baik dalam hal ini.

"(Malaikat) bertanya: 'Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi?' Mereka menjawab, 'Kami tinggal sehari atau setengah hari. Maka tanyakanlah kepada orang-orang (pintar) menghitung.' (Malaikat) berkata, 'Kamu tinggal hanya sebentar, jika kamu mengetahuinya'." (Al Mukminun: 112-114)

Fakta mengenai kerela-tifan masa yang sangat jelas disebutkan di dalam Al-Qur'an tahun 610 sebelum masihi adalah sebuah lagi bukti bahawa Al-Qur'an adalah sebuah kitab suci.

Time is a concept entirely contingent on the perceiver. While a certain time period seems long for one person, it may seem short for another. In order to understand which one is right, we need sources such as clocks and calendars. It is impossible to make correct judgments about time without them.

Nota Kaki

1.http://www.jps.net/bygrace/index. html Taken from Big Bang Refined by Fire by Dr. Hugh Ross, 1998. Reasons To Believe, Pasadena, CA.

2.Carolyn Sheets, Robert Gardner, Samuel F. Howe; General Science, Allyn and Bacon Inc. Newton, Massachusetts, 1985, p. 319-322

3.http://muttley.ucdavis.edu/Book/ Atmosphere/beginner/layers-01.html

4.Carolyn Sheets, Robert Gardner, Samuel F. Howe, General Science, Allyn and Bacon Inc. Newton, Massachusetts, 1985, p. 305

5.http://southport.jpl.nasa.gov/ scienceapps/dixon/report6.html

6.Carolyn Sheets, Robert Gardner, Samuel F. Howe; General Science, Allyn and Bacon Inc. Newton, Massachusetts, 1985, p. 305

7.National Geographic Society, Powers of Nature, Washington D.C., 1978, p.12-13

8.http://www.2think.org/nothingness. html, Henning Genz – Nothingness: The Science of Empty Space, p. 205

KONGSI
logo
logo
logo
logo
logo
Muat turun
  • Bahagian 1 - Mu'jizat Saintifik Al-Qur'an (1/3)
  • Bahagian 1 - Mu'jizat Saintifik Al-Qur'an (2/3)
  • Bahagian 1 - Mu'jizat Saintifik Al-Qur'an (3/3)
  • Bahagian 2 - Maklumat Mengenai Kejadian Di Masa Hadapan
  • Bahagian 3 - Mukjizat Sejarah Al-Qur’an
  • Kesimpulan